CHAPTER 13


[Di rumah family ji hyo]
Selepas pertengkaran kecil antara ji hyo dan Xiumin..ji hyo memandu keretanya menuju kerumah family nya..kalau dia ada masalah di situlah tempat pertama yang akan dia kunjung.
Selepas memarkir mini coopernya dia lantas melangkah malas kerumah agam milik keluarganya..
Setibanya dia di dalam terlihat wajah adik lelakinya yang memandang pelik padanya..malas ambil pusing dia lantas menapak satu persatu anak tangga..song jihoon tetap juga memandang noonanya yang tampak lesu gaduh dengan xiuminlah tu tahu sangat yang si Xiumin tu akan selalu buat noonanya sakit hati sebab itu dia kurang berkenan dalam erti kata lain tak suka dengan xiumin.

Puan song yang kebetulan baru saja keluar dari ruangan dapur segera menegur anak perempuannya.
"Ji hyo how??ji hyo ada bincang dengan Xiumin tentang hubungan korang berdua"macam menempah angin ji hyo,puan song bertanya tentang hubungan yang tidak pernah sekali pun dia bincang bersama Xiumin..song ji hyo tak mahu dan tak tahu nak jawab apa dia lantas menapak satu lagi anak tangga.
"Ji hyo dengar tak mama cakap apa?"walaupun itu ayat berbentuk soalan tetapi pada pendengaran ji hyo yang anginnya tak berapa nak ok dia rasakan yang soalan ommanya itu agak tegas dan sedikit memaksa..dia lantas mendengus kasar dan memandag raut tua ommanya..
"Mama boleh tak sekali je mama tak payah paksa ji hyo dalam hubungan yang ji hyo sendiri tak tahu apa pengakhirannya.."
"Wae??Wae??ji hyo dengan Xiumin bergaduh ke??ni mesti sebab ji hyo kan?ji hyo panas baran sangat."bukan dia tak tahu yang anaknya itu panas baran kalau tengok di kaca televisyen memanglah perwatakan anaknya lembut dan manja tapi di dunia realiti song ji hyo sangat lain dia panas baran dan dingin sebab itu dia begitu yakin yang semuanya sebab ji hyo.
Song ji hyo meraup mukanya kasar sekarang ni dia betul-betul sedang hidupkan mood marah.
"Sekarang ni ji hyo ke Xiumin anak mama kenapa mama sedikit pun tak percayakan ji hyo tapi dengan Xiumin semuanya mama iakan..mama ji hyo ni yeoja taw..mana letaknya maruah ji hyo kalau ji hyo yang buka mulut pasal hubungan ni..ji hyo balik ni ingatkan nak tenangkan fikiran tapi apa yang ji hyo dapat mama tak habis-habis paksa ji hyo..baik ji hyo tak payah balik"song ji hyo berlalu pergi dan menghempas pintu utama sekuat hati..
Dipecut mini coopernya laju..tak paham kenapa semuanya berpihak pada xiumin habis macam mana dengan hatinya perasaannya tiada siapa yang peduli.
Dia menghentikan keretanya di bahu jalan lantas dia keluar dan menghalakan pandangan pada kereta yang bertali arus..
Sekarang ni otakkan sesak dengan segala persoalan satu kenapa Xiumin melarangnya rapat dengan suzy,kedua tentang hubungan mereka...kemana tujunya hubungan mereka...
Hubungan mereka seakan tiada noktah..

Menungan panjang ji hyo terganggu dengan kehadiran kereta porsche yang berhenti di depan keretanya..Keluar lay dari perut kereta dan melemparkan senyuman pada ji hyo yang sedang tuntas memandangnya..
"Macam mana lay tahu ji hyo ada dekat sini?"pelik betul mamat ni macam tahu-tahu je dia ada dekat sini..
Lay tersenyum menayang muka comelnya.
"Kebetulan lay lalu jalan ni..nampak kereta ji hyo lay berhentilah..ji hyo ok?"ok soalan dan jawapn yang bodoh saat ini,tapi ok apa jawapannya sekurang-kurangnya tak kantoi yang dia follow ji hyo dari tadi..
Ji hyo tidak menjawab pertanyaan lay..dia membaringkan kepalanya dibahu lay..kali ni dia tak menangis tetapi dia termenung panjang sampai lenguh bahu lay memangku kepala ji hyo.
"Lay..."
"Em..?"
"Ji hyo nak kawin,ji hyo nak ada anak..ji hyo nak habiskan usia tua ji hyo dalam family ji hyo sendiri..ji hyo nak lalui semua fasa itu...lay...agaknyakan impian ji hyo terlaksana tak atau ia hanyalah anganan saja"ji hyo bercakap sambil tertawa melakar masa depannya yang masih kabur..lay merenung muka ji hyo dan tanpa jawapan lay terus memeluk tubuh ji hyo erat..
"Please jangan pernah berhenti berharap trust your feeling...lay yakin ji hyo akan bahagia satu hari nanti lay sayangkn ji hyo"dan cintakan ji hyo..Antara dengar dan tidak je setiap perkataan yang diutarakan lay..
Song ji hyo merasa nyaman berada di dalam pelukan lay..entah kenapa bila bersama dengan lay hatinya tenang dan tanpa sedar ada satu perasaan halus yang tersimpan kemas dalam hatinya yang ingin dia buang...apa perasaan halus yang mula bercambah dalam hatinya?dia sendiri tiada jawapannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top