CHAPTER 12


[Di rumah ji hyo]
Song ji hyo menyanyi kecil sambil menyusun pinggan di atas meja dikerling jam yang terpapar di dinding dapur sekejap lagi pukul 8 malam lay dan Xiumin akan bertandang kerumahnya,dia memang dah lama bercadang nak buat makan-makan dirumahnya..kebetulan pula Xiumin dan lay tidak sibuk hari ini..
Song ji hyo menyusun spagetti goreng dan pau kesukaan Xiumin,semua ini di tempah dari sebuah restoran kegemaraan mereka,ingatkan dia nak masak tapi kesian pula dengan Xiumin dan lay terpaksa makan masakannya yang rasa macam kertas bak kata kwang soo..dia bukan tak tahu selama ini kwang soo selalu telan masakannya demi menyedapkan hati saja je dia paksa adik kesayangannya tu makan..
Song ji hyo menanggalkan apron berwarna pink miliknya dan menarik kerusi di meja makan sambil menanti si buah hati dan si kawan sampai matinya itu bertandang.sesekali dia memintal-mintal rambutnya yang dah di dye berwarna hitam pekat nampak cantik dan kena dengan penampilannya malam ini..dia menyarungkan dress singkat berwarna putih pemberian Xiumin masa hari jadinya tahun lepas..hari ini dia bertekad dan berjanji pada dirinya yang dia akan cuba memahami Xiumin dan dia cuba menjadi teman wanita yang setia dalam dunia ni..kedengaran agak clishe tapi itulah tekadnya.
Song ji hyo menghitung detik dan akhirnya jam menunjukkan pukul 8 malam.song ji hyo berlari-lari ala-ala kanak-kana rebina apabila mendengar lonceng rumahnya dibunyikan.

[Di luar rumah ji hyo]
Lay dan Xiumin masing-masing membetulakan sut serba putih mereka..entah buang tabiat apa si ji hyo ni nak makan pun kena ada tema..jenuh jugalah mereka mencari sut yang sesuai dan jenuh jugalah mereka bersoal jawab dengan member yang lain..
Selepas terlepas dari soalan 'wartawan' yang tak bertauliah mereka segera memecut laju ke rumah ji hyo.Mereka memang sedia maklum yang song ji hyo ni tidak berapa gemar makan di rumah sebab itu skill. Masak song ji hyo master...sebab itu juga mereka heran kenapa song ji hyo baik hati mengajak mereka kerumahnya untuk makan malam..
Pintu dibuka dari luar..mereka berdua terpana dengan penampilan ji hyo kalau Xiumin memang tak boleh cover rasa terujanya dia memeluk erat tubuh langsing milik kekasihnya lay yang berada dibelakang menelan air liur dan pipinya berbahang melihat adegan terlebih mesra mereka berdua..
Lay memasukkan sebelah tangannya di dalam kocek dan berdehem...
"Oi..jangan lupa aku ada dekat belakang"lay selamba menolak sedikit tubuh hyungnya itu dan melangkah masuk ke dalam rumah ji hyo..

Xiumin masih sama seperti tadi memeluk pinggan song ji hyo tanpa rasa segan pada lay yang sudah pun duduk di meja dapur tanpa dipelawa lay menyenduk spaghetti goreng ke pinggannya namun perbuatannya terhenti bila tangan kecil lagi putih milik ji hyo menampar kuat tangan lay sampai terlepas sudu ditangan lay..
"Ah..wae..kata makan malam lay dah lapar ni"lay buat mukanya yang comel atau lebih tepat lagi muka blank di depan ji hyo.
"Kita ada satu lagi tetap khas special"senyum ji hyo.
Xiumin memandang muka ji hyo..siapa agaknya tetamu ji hyo tak kan family ji hyo nak datang.
"Siapa chagi...saya ingat kami berdua tetamu istimewa hari ni"soal Xiumin sambil mencapai boazinya tak sempat ji hyo ingin menepis boazi itu selamat masuk dalam perutnya.
"Adalah..saya nak kenalkan orang yang penting dalam hidup saya"
Mendengarkan perkataan 'orang yang paling penting dalam hidup saya'membuat senyuman Xiumin mengendur..
Song ji hyo yang faham gejolak hati Xiumin segera mendekatkan bibirnya ditelinga Xiumin dan berbisik.
"Don't worry dear..it's yeoja"
Xiumin tersenyum lega nasib yeoja kalau namja..habislah namja tu dia lipat-lipat dan kerat-kerat.
Sedang mereka berbual-bual bunyi loceng membuat song ji hyo berlari-lari anak ke pintu..
Dibukan pintu kepada tetamu istimewanya hari ni..
Dipaut kemas lengan tetamu istimewanya itu dan dibawa kedapur..
Xiumin yang tadi asyik menskrol iphonenya segera mengalihkan perhatiannya pada ji hyo.
Xiumin terdiam bibirnya tidak mampu menuturkan sebarang kata apabila melihat figura gadis yang dia tidak ingin lihat untuk selamanya tapi what the hell dia ada dekat sini..
"Guys..kenalkan ni suzy my forever best friend..suzy yang tu boyfriend aku Xiumin..yang namja ada lesung pipit tu lay kau mesti kenal dia orang kan..kan kau fan exo"penjelasan panjang lebar ji hyo sedikit pun tidak menarik perhatian suzy sekarang ni matanya tuntas memandang Xiumin.
Xiumin membaling napkin di atas meja kasar..dan menarik tangan ji hyo keluar..

[Di luar rumah ji hyo]
Xiumin meraup mukanya kasar dan memegang kedua belah bahu ji hyo dan memandang tepat ke dalam anak mata ji hyo.
"Ok..listen here..saya tak suka awak rapat dengan suzy"
Ji hyo menepis kasar tangan Xiumin
"Wae??awak dia je kawan baik saya..awak ni dah kenapa?"soal ji hyo pelik mendengar permintaan mengarut Xiumin...
"No..awak tak faham..apa yang saya nak awak jauhkan diri awak dari dia...saya lebih rela awak rapat dengan lay dari suzy"
"Tak sekarang ni saya tak faham?kenapa awak tak bagi saya rapat dengan suzy..awak kenal dengan dia pun tak.."yelah rasanya Xiumin tidak pernah kenal rapat dengan suzy selama ni dia hanya bercerita je pasal suzy.
"Boleh tak sekali ni je awak dengar cakap saya.saya tak sukakan suzy faham tak?"tanpa sedar Xiumin telah pun meninggikan suaranya..ji hyo tersentak..
"Ke awak ada sejarah silam dengan dia"song ji hyo serkap jarang namun reaksi Xiumin macam mengiakan tanggapan ji hyo apabila Xiumin melangkah pergi meninggalkannya.
"Ye..memang ada sejarah yang tercipta antara kami sejarah yang sangat pedih untuk aku ingati dan sangat sakit untuk kau ketahui song ji hyo "namun kata-kata itu hanya terucap di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top