Ep 7 [Kembali]

Apa..?

siapa..kau?

Aku memandang hairan pada bebola kuning yang terbang di sebelah ku

Ku lihat dia tersenyum ke arah ku lalu memegang tanganku,membawa ku berjalan ke hadapan

Aku melihat tangan robotnya yang memegang tangan ku

Terasa tidak asing sentuhan itu di tangan ku..

Kenapa aku...rasa rindu akan sentuhan yang terasa hangat di tangan ku ini..?

Bebola kuning itu berhenti membuatkan aku turut terhenti,aku pun memandang ke hadapan

Aku menjadi semakin bingung apabila melihat beberapa orang di hadapan ku

Mereka yang aku lihat di kejauhan tadi,memang betul..semuanya tujuh orang

"Boboiboy" kata seorang lelaki dengan baju coklat tersenyum ke arah ku

Dia pun maju satu tapak ke hadapan,menghadap ke aku membuatkan aku turut menghadapnya

"Akhirnya aku dapat melihat kau secara depan-depan sekarang" katanya lagi

Senyuman dia..terasa hangat dan..sedih

Siapa sebenarnya..mereka ni..?

"Hahaha!~"

Aku diam memandang tiga orang lelaki yang sedang berkejar-kejaran tak jauh dari tempat aku duduk

Satu berbaju merah,satu berbaju biru laut dan satu berbaju hijau

Mereka perkelakuan seperti budak-budak walaupun mereka tahu yang mereka sudah berumur 18 tahun

Terlihat juga tiga lelaki berbaju hitam berjalur merah,berbaju biru dan berbaju putih sedang duduk tak jauh dari tempat aku

Bebola kuning tadi juga berada di dekat tiga lelaki yang duduk itu

Aku pun memandang ke hadapan,melihat permandangan padang yang terbentang luas di hadapan ku

Tiba-tiba..aku merasakan seseorang duduk di sebelah ku

Aku pun menoleh dan terlihat lelaki berbaju coklat tadi sedang duduk di sebelahku,dia memandang ke arah tiga orang lelaki yang bermain tak jauh daripada kami

Aku hanya diam,membiarkan dia duduk di sebelah ku

Pelik...ini kali pertama aku mimpi macam begini

Terasa...nyaman dan hangat..

"Tidak kah kau rindukannya?"

Pertanyaan dari lelaki berbaju coklat di sebelahku membuatkan aku menoleh hairan

Apa maksud dia?

Dia memandang ku lalu memberikan lagi senyuman hangat itu

"Maksud aku,semuanya..yang ada..di hadapan kau sekarang" dia memandang ke hadapan semula

"Mereka..semua"

Aku melihat ke hadapan,melihat ke arah mereka yang berada tak jauh dari aku dan lelaki berbaju coklat ini

Rindu...?

Ya..aku rasa rindu

Tapi..

Aku tak tahu kenapa..

"Mungkin kau tidak akan ingat disebabkan semuanya telah hilang..memori ini telah hilang dari dalam fikiran kau"

Dia pun berdiri lalu memandang ku membuatkan aku mengangkat kepala memandangnya

"Tapi...macam mana tak ingat sekali pun diri kau pada kami..perasaan yang ada di hati kau tak akan pernah hilang"

Dia memegang dadanya lalu menutup matanya perlahan

"Jadi aku mohon..tolong lah ingat...kami mahu kau mengetahuinya-" dia menghentikan percakapannya

Dan itu terus membuatkan aku tanpa sedar berdiri

"kami mahu kau tahu..tentang diri kami.." sambungnya tersenyum sedih ke arah ku

Senyuman itu..ia terasa sangat rapuh..kenapa aku rasa sedih melihatnya..?

"Boboiboy!"

Aku terus menoleh ke arah bebola kuning yang berjalan ke arah ku

Ku lihat mereka semua berjalan ke arah kami

Bebola kuning itu memegang tangan ku,tangan robotnya memegang kedua-dua tanganku

"Kau tak ingat aku ke Boboiboy..?" Tanyanya membuatkan aku memandang dia

Aku diam..ingin aku mengeluarkan suara tetapi tak boleh

"Boboiboy,tolong ingat kami semua..." kata salah seorang dari mereka,berbaju hitam berjalur merah

"Betul Boboiboy...tolong ingat kami.." kata seorang lelaki lagi,berbaju hijau

"Kami tak kesah jika kau kehilangan kami tapi...kami mohon-" kata lelaki berbaju putih itu tidak meneruskan ayatnya

"Kami mohon..ingatlah Ochobot..kami mohon..datang cari dia.." kata lelaki berbaju coklat itu

"Apa kau tidak rindukan aku Boboiboy..?" Tanya bebola kuning itu

Aku diam memandang kedua-dua tanganku yang di pegang oleh dia

Dan tak lama lepas tu...

Aku membalas pegangannya

Air mataku jatuh membasahi pipi ku

Aku rindu...aku rindu sangat kau

Aku tak tahu kenapa

Tapi..

Perasan rindu ini membuatkan aku seperti tahu kenapa aku rindukan kau

Aku menangis perlahan,mataku menjadi kabur disebabkan air mata yang menakung di mataku

Dan itu menbuatkan aku tidak dapat melihat dengan jelas pegangan tangan kami berdua

"Aku rindu kamu..kamu semua Hisk..aku tak tahu kenapa..tapi Hisk..aku rindu kamu.." kataku pada akhirnya

Aku terduduk di rumput itu lalu terus memeluk bebola kuning itu dan menangis sepuas-puasnya

"Maafkan aku Hisk..ughh aku tak tahu kenapa aku minta maaf...aku rindu kau Ochobot..maafkan aku.."

"Hisk..aku rindu kau sangat-sangat ochobot Hisk ugh" tangisku lagi membuatkan ochobot memelukku erat

"Aku pun..rindukan kau Boboiboy..." katanya perlahan

"Baguslah..." kata lelaki berbaju coklat itu,dia tersenyum lega

Aku terus memandang mereka dan ku lihat cahaya terang di belakang mereka

Tak..jangan pergi..

Aku terus bangun lalu memegang tangan lelaki berbaju coklat tu

Aku memandangnya sedih dengan air mata yang masih mengalir

Jangan pergi...

"Terima kasih..kerja kami dah selesai.." katanya membuatkan aku terkejut

"Jangan pergi..."

"Selamat tinggal.."

"Sekurang..kurangnya..beritahu aku siapa kamu semua..." kataku dengan suara yang bergetar menahan rasa sesak di dadaku

Dia tersenyum nipis,cahaya terang itu semakin membawanya masuk ke dalam

"Kami adalah-"

"Kau.."

————
———
——

Aku membuka mataku lalu terus mengangkat tanganku seperti ingin meraih sesuatu

Aku memandang kosong siling bilik ku dan terus bangun lalu memandang ke luar tingkap

Sekarang..aku ada di bilik aku..

Jadi..tadi tu mimpi..

Aku pun memegang pipiku yang basah dengan air mata lalu aku terus mengelapnya

Aku ingat dengan jelas sekarang mimpi tu..

Semua mereka,aku ingat sekarang...wajah mereka..aku nampak dengan jelas sekarang..

Lelaki berbaju coklat itu cakap..mereka adalah aku..

Aku tak faham..

Aku memegang dadaku yang terasa sesak

Walau bagaimanapun...aku rindu kan dia..bebola kuning bernama Ochobot itu

Aku rindu Ochobot...

Air mata jatuh mengenai selimut ku

Dan pada saat itu..

Hanya tangisan yang dapat aku keluarkan..

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top