Ep 4 [Tidak dikenali]


"Ke-kenapa kau ke sini?"

Aku memandang lama lelaki berambut landak di depan ku itu,bingung dan terkejut.

"Kau..."

"Kenal aku ke?" Tanya ku sambil aku menggaruk leher ku tanda hairan. Ku lihat dia tambah terkejut apabila aku berkata begitu. Aku salah cakap ke?..

"Oh,aku lupa kau hilang ingatan"

Katanya nya lalu menutup pintu pagar rumah usang itu.

"Ermm,siapa kau ni dan macam mana kau tau nama aku?" Tanya ku sekali lagi membuatkan dia memandang ke arah ku.

Keadaan senyap seketika sebelum ku lihat dia tersenyum nipis ke arah ku.

"Aku kan selalu datang kedai Tok Aba sebab tu aku boleh kenal kau."

"Ohhh,jadi kita kawan lah ni?"

"Eh..Ermm tak pastilah" kata lelaki itu sambil memasukkan tangannya ke poket seluar

Aku pun tersenyum lalu berjalan ke arahnya dan terus menghulurkan tangan.

"Kita jadi kawan nak? Kau dah tahu nama aku kan? Jadi.. siapa nama kau?"

Dia terdiam sekejap sambil memandang huluran tangan ku sebelum menyambutnya.

"Fang,nama aku Fang"

---

"Tok,Boboiboy dah balik" kata ku sambil berjalan ke kedai Tok Aba lalu duduk di salah satu kerusi di situ.

"Tok aba?" Panggil ku lagi apabila ku sedar kedai Tok Aba yang sunyi.

"Mungkin dia jalan kot" kata ku lalu ku letakkan kepala ku perlahan di meja.

Dan tanpa ku sedar,aku mula melelapkan mataku dan tertidur di situ.

---
--
-

Eh..aku dekat mana ni?... terangnya cahaya

Automatik aku mengangkat tanganku apabila cahaya putih yang terang mula menusuk ke mataku.

Eh..

Sekali lagi aku terdiam apabila melihat satu permandangan yang tidak asing di perlihatan ku.

Kedai Tok Aba...?

Itulah yang bermain di fikiranku apabila melihat kedai Tok Aba yang tak jauh di hadapan ku.

"Hahahaha..pikachu dah mengamuk! Lariiii hahahaha!!"

"Hahahah,kejar lah kalau boleh"

"Huaaa,tunggu aku"

"Mana korang nak lari hah!! Gerakkan kilat!"

Aku terkaku apabila melihat tiga orang permuda sedang berlari dengan riangnya di hadapan kedai Tok Aba,diikuti dengan seorang lelaki yang sedang memakai baju kuning.

Apa yang lebih mengejutkan,lelaki berbaju kuning itu berlari dengan sangat pantas,seperti kilat.

Dan tiga permuda tadi. Seorang berbaju merah lengan pendek,seorang berbaju biru tua dan seorang lagi memakai baju hijau.

Lelaki berbaju merah dengan tangan berapi,seorang lagi seperti terbang kerana aku tidak melihat langsung kakinya yang menginjak tanah. Dan seorang lagi sedang bergayut sambil memegang kuat tali hijau di tangannya.

Entahlah,mungkin terlalu jauh aku tidak dapat melihat dengan jelas.

"Haihh,sudah-sudah lah tu"

Satu suara yang tidak asing kedengaran di pendengaran ku,membuatkan aku terus melihat ke tepi kedai Tok Aba dan ku lihat satu berbola kuning yang terbang sedang menuju ke arah tempat permuda-permuda tadi berada.

Apa tu...aku seperti pernah melihatnya..

Di sebelah berbola kuning itu terdapat seorang lagi lelaki berbaju coklat sedang berjalan dengan barangan di tangannya.

"Cahaya,kenapa kau tak suruh dorang berhenti?" Kata lelaki berbaju coklat itu sambil meletakkan barangan di meja.

"Aku malas Nak layan perangai dorang" lelaki bernama Cahaya itu berkata sambil sibuk dengan buku yang banyak di depannya.

"Huaaa! Tanah tolong!!" Teriak salah satu dari tiga permuda yang berlari tadi itu,mereka bertiga pun berlari ke arah lelaki berbaju coklat yang bernama tanah itu lalu menyorok di belakangnya.

"Mana kau nak lari Hah!" Teriak lelaki berbaju kuning tadi sambil berlari dengan pantas sekali ke arah mereka.

"Petir,cukup!" Kata Tanah berjaya membuatkan lelaki berbaju kuning bernama Petir itu berhenti tepat di hadapannya.

"Api,Angin,Daun! Haihh,Korang ni memang suka sangat kacau Petir kan." Kata Tanah sambil memandang ke arah tiga permuda di belakangnya.

"Arhh! Daun tak salah,Daun ikut dorang je" kata lelaki berbaju hijau menggelar dirinya Daun,dari sifatnya aku dapat tahu bahawa dia seorang yang naif.

"Tu tak penting,aku nak korang minta maaf cepat!"

"Kami minta maaf"

"Oke,aku maafkan. Kalau korang buat lagi,memang siaplah korang" kata lelaki bernama Petir itu dingin sambil mengeluarkan elektrik berbentuk kilat di tangannya.

Bukan tiga permuda itu sahaja terkejut tetapi aku sekali terkejut kerana melihat benda yang mustahil di depan mata ku.

"Mana Air?" Tanya lelaki bernama Tanah sambil mengeluarkan barang-barang ke atas meja.

"Ada kat pokok tu" kata lelaki bernama Angin sambil menunjuk ke arah pokok di tepi mereka dan terus aku mengikut arah tunjuk nya.

Ku lihat seorang lelaki berbaju biru jernih dengan berbaring di atas pokok sambil dia menutupi wajahnya dengan topi

"Aik,boleh pula tidur kat situ" kata lelaki bernama Daun.

Tak akan lepas tu aku hanya mendengar suara kebisingan di depan ku dan aku tidak dapat mendengarnya dengan jelas lagi

Oh,aku baru tersedar yang wajah kesemuanya sama,mereka ni kembar ke?

Dan aku pun menyentuh perlahan kepala ku apabila aku merasa seperti pernah melalui semua perkara di depan ku...

Eh..

Aku terus berhenti menyentuh kepala ku apabila aku sedar lelaki bernama Tanah itu seperti sedang melihat ke arah ku?

Dia...nampak aku ke?...

Satu senyuman terukir di wajahnya membuatkan aku semakin terkejut.

"Boboiboy ma-" Katanya tidak jelas dan aku hanya dapat melihat mulutnya yang bergerak sahaja

"Boboiboy!" Panggil satu suara sebelum-

----
---
--
-

"Boboiboy! Boboiboy! Bangun!!"

"Ermm Hah? Ya?" Kata ku sambil membetulkan topi di kepala ku yang mula senget.

"Tolong Atok kemas kejap. Lepas selesai kita balik,dah malam ni" kata Tok Aba sambil ku lihat dia mengemas sedikit barang-barang di meja itu.

"Baik Tok" kata ku sambil menguap sekejap lalu menolongnya

Selesai sahaja Tok Aba dan aku mengemas semuanya,aku pun terus mengikuti Tok Aba dari belakang,ingin menuju ke rumah.

Aku berhenti sekejap sebelum menoleh ke arah kedai Tok Aba.

Tiba-tiba terlintas mimpi tadi di fikiran ku,tapi malangnya aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka.

Apa mereka lelaki-lelaki yang aku nampak di mimpi ku sebelumnya,atau bukan?

Entah kenapa..Aku merasa mimpi tadi macam bukan sebuah mimpi.....






[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top