BONUS EPISODE
Shaaaaa!!!
Bunyi hujan kuat kedengaran tetapi tidak aku menghiraukannya
Begitu juga dengan air hujan yang jatuh membasahi badanku
Aku hanya diam berdiri di tengah-tengah taman yang kosong itu sambil memandang ke arah langit
Aku menutup mataku sambil aku mengangkat tangan separas dada untuk ku menakung air di tangan ku
Sejuknya angin hujan terasa olehku tetapi tidak aku hiraukannya
Aku suka bila hujan turun
Sebab tak akan ada sesiapa pun akan nampak kesedihan wajahku di dalam derasnya hujan ini
Bukan itu sahaja..
Aku juga suka hujan sebab..
Bila aku berdiri di tengah-tengah derasnya hujan ini..mereka atau dia akan datang
Datang untuk menjemput ku
"Boboiboy!"
Suara seseorang memanggilku membuatkan aku menoleh lalu tersenyum gembira
Susuk tubuh seseorang yang aku sangat kenal berjalan ke arahku sambil membawa payung
Raut wajahnya kelihatan risau sahaja
Tetapi aku senang..sebab dia datang
"Kenapa kau main hujan ni? Nanti demam macam mana? Sudah,mari balik" kata dia dan aku hanya mengikutinya
—————
"Nah,keringkan rambut kau dengan tuala ni" dia memberikan aku tuala dan aku menyambutnya
Aku pun meletakan tuala itu di rambutku lalu mengosok rambutku dengan tuala itu
"Mana mereka yang lain?" Tanya ku perlahan
Dia menoleh memandang ku lalu diam berfikir
"Erm..mereka jalan tadi dan rasanya belum balik"
Aku mengangguk faham lalu berdiri dan berjalan ke dapur
"Apa yang kau nak buat?" Tanya dia
Aku mengeluarkan bahan makanan lalu tersenyum nipis ke arahnya
"Hari ni biar aku yang memasak,kau rehat je"
"Eh,tap-"
Aku terus menolak lembut badan dia keluar dari dapur
"Tak apa,kau rehat je. Biar aku masak" kata ku tersenyum
"Erm,Iyalah" kata dia mengalah
———
"Kami dah balik!~"
Suara seseorang di luar sana membuatkan aku yang sedang buat kerja terhenti
Aku tersenyum apabila mengetahui siapa kah itu
Itu mereka
"Selamat pulang" jawab dia kepada mereka
"Mana Boboiboy?" Tanya mereka membuatkan aku terus tergesa-gesa mengemas
"Ada di dapur" kata dia
"Aik? Kau tak masak ke?" Tanya mereka
"Memang nak tapi Boboiboy cakap biar dia yang buat jadi yaa"
"Ohh,jom kita ke dapur lah"
Aku yang mendengarnya terus mengemas meja di depanku
Klak
Bunyi pintu kedengaran membuatkan aku menoleh lalu tersenyum gembira
"Hua! Apa ni?" Tanya mereka terkejut
"Tak ingat ke? Hari ni hari jadi kita!" Kata ku gembira
Aku mengelap sisa krim di pipi ku lalu membetulkan kedudukan kek di depan meja
"Dan aku buat istimewa untuk korang semua Haha!~" kata ku lagi
Dia tersenyum gembira lalu berjalan ke arah ku
"Terima kasih Boboiboy tapi-" dia pun mengeluarkan sesuatu lalu terus memberikan kepada ku
Ianya topi hari jadi
Dia pun memakaikan aku benda itu dan membetulkan kedudukannya
"Tapi..orang yang lebih layak untuk semua ni adalah kau" kata Dia menyambung ayatnya tadi
"Betul tu Boboiboy!" Kata mereka tersenyum gembira
"E-eh..Haha terima kasih korang" kata ku terharu
Mereka dan dia tersenyum membuatkan aku turut tersenyum
"Terima kasih! Sebab jadikan kami sebahagian dari keluarga kau"kata dia dan mereka serentak
"Ya! Terima kasih juga sebab datang kepada ku" Balas ku
"Dah jom kita bergambar hihi" kata mereka
Kami semua pun berdiri di hadapan kek hari jadi lalu tersenyum ke arah sebuah kamera di hadapan kami
"Selamat Hari Jadi Boboiboy"
"Dan kami semua..tak akan pernah lupakan kau sampai bila-bila"
13/03
[CREDIT AND SPECIAL THANKS TO @ aicrystalyia | Instagram]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top