31: Game
120 votes + 90 comments
"S-saya nak tanya, macam mana nak guna kertas merah ni?" soal 004 sambil memandang ke arah juruwang itu.
"Awak tengah buat lawak ke ni?" soal juruwang berjantina lelaki itu.
"Urmm.." 004 mula buntu untuk menjawab apa. Memang dia tidak tahu sebenarnya cara menggunakan duit!
004 dan juruwang itu saling berpandangan buat seketika kerana 004 masih belum mengeluarkan sebarang jawapan.
Ding! Ding!
Bunyi pintu kedai serbeneka itu dibuka. Menandakan ada pelanggan baru masuk.
"Eh, Jeon Jungkook!" satu suara lelaki memanggil 004.
Oh tidak, dia bukan Jeon Jungkook! apa yang patut dia lakukan?
"Err, hai?" 004 membalasnya walaupun dia tidak mengenali lelaki yang menyapanya itu.
☆☆☆☆
"Kau ponteng sekolah lagi ke, Jungkook?" soal lelaki itu sambil menghirup air tin yang telah dibelinya di 7e tadi.
"Awak tak sekolah ke?" soal 004 kembali.
"Kau ni dah kenapa? aku dah habis sekolah 2 tahun lepas lah" balas lelaki itu.
"Lagi satu" lelaki itu menyambungnya.
"Kau guna 'awak'? "soal lelaki itu.
Jika anda semua tertanya-tanya ini siapa. Ini Dongjae, jika tidak ingat, boleh rujuk kembali chapter 9.
"Eh, tak, tak. Kau! kau!" cepat-cepat 004 membetulkannya.
"Hahaha! kau buat aku teringat macam mana kita boleh rapat dulu" kata Dongjae.
14 tahun yang lalu...
"Dongjae, ini anak kawan mama" kata ibu Dongjae kepada anaknya yang sedang sibuk bermain permainan video di ruang tamu.
Dongjae hanya mengangguk lalu kembali bermain permainan video itu. Tidak langsung dia memandang ke arah wajah Jungkook.
Ibu Dongjae dan ibunya Jungkook terlebih dahulu sudah pergi ke dapur untuk berborak dengan lebih lama sambil meminum teh.
"Hai, saya Jeon Jungkook!" Kanak-kanak berusia 4 tahun itu mengenalkan dirinya kepada Dongjae. Tetapi kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu memilih untuk tidak membalasnya.
"Seronok ke main permainan tu?" soal Jungkook sambil merapatkan wajahnya ke arah permainan video game tersebut.
"Ah! kau ni serabutlah!" teriak Dongjae lalu melemparkan permainan video itu ke arah sofa.
Dongjae berjalan keluar daripada rumahnya.
Jeon Jungkook memandang seketika ke arah permainan video game itu.
"Wah! ada game Mario lah!" suara Jungkook berubah teruja lalu mengambil permainan video yang dilempar oleh Dongjae tadi.
Sebagai seorang kanak-kanak lelaki, bermain game merupakan salah satu tanggungjawabnya. Tanpa membuang masa Jungkook bermain permainan video tersebut.
Setelah hampir setengah jam dia bermain, akhirnya sudah kehabisan bateri membuatkan Jeon Jungkook mengeluh lalu berjalan ke arah dapur untuk menemukan ibunya.
Perlahan-lahan dia menarik hujung baju ibunya untuk mendapatkan perhatian.
"Ibu, jom balik" kata Jungkook.
"Iya, iya jom balik" balas ibunya.
Baru sahaja Jeon Jungkook gembira melihat ibunya berdiri ingin meninggalkan kerusi, perubahan topik perbualan antara ibu Jungkook dan ibu Dongjae membuatkan ibunya kembali duduk.
"Ibu, kata nak balik!" Jungkook seperti mahu memulakan tangisannya di sini.
"Kejap lagi kita balik, Jungkook pergilah main dekat luar sekejap" kata ibunya.
Jeon Jungkook mengeluh sebelum dia berjalan keluar daripada rumah Dongjae dan berjalan ke arah taman permainan yang terletak di kawasan rumah ini.
Baru sahaja Jungkook gembira melihat buaian yang masih tiada orang main, tiba-tiba dia terdengar suara seperti kanak-kanak menangis.
Tanpa membuang masa Jeon Jungkook berjalan mengikuti arah suara itu, dan dia melihat Dongjae sedang dibuli oleh budak-budak sekolah rendah.
"Cepatlah, kitorang lapar ni" kata budak gemuk itu kepada Dongjae.
"Aku tak ada duit" balas Dongjae lagi.
"Menipu, kau tu anak orang kaya, tak akan tak ada duit!" marah budak itu lalu dia bersama rakan-rakannya mula menarik baju Dongjae membuatkan Jungkook yang tengok daripada jauh itu menyesal.
Menyesal kerana terlupa membawa popcorn bersamanya untuk menyaksikan ini.
Jungkook baru teringat tentang game Mario yang dia dah main di alat permainan video milik Dongjae tadi.
"Haih, tak baiklah pula kalau biarkan dia macam tu" kata Jungkook lalu dia mula berjalan mendekati mereka.
"Hai! saya Jeon Jungkook!" Jeon Jungkook memperkenalkan dirinya kepada pelajar sekolah rendah itu.
"Kau nak apa?" soal salah seorang pelajar itu.
"Saya nak bawa balik anak kawan mak saya" kata Jungkook sambil jarinya di halakan ke arah Dongjae.
"Kau jangan nak masuk campur" kata pelajar itu lalu menolak Jeon Jungkook sehingga dia terjatuh.
Kanak-kanak berumur empat tahun itu kembali berdiri lalu berkata
"Minta maaf untuk itu" kata Jungkook dengan nada mendatar.
"Hahaha! baik kau balik, sebelum nasib kau sama macam dia" kata pelajar itu.
Jeon Jungkook mengeluh perlahan "nilah, budak-budak tak matang"
"Cepat, saya bagi awak masa untuk awak minta maaf. Satu"
"Dua"
"Apa budak ni mengarut?" soal pelajar itu kepada sesama mereka.
"Tiga" kiraan Jungkook sudah tamat.
Terus Jungkook menumbuk pelajar lelaki itu membuatkan mereka bergolek ke tanah.
"Awak ok?" soal Jungkook kepada Dongjae.
Perlahan-lahan Dongjae mengangguk sambil berdiri.
"Dah, pergi sekarang, saya tak nak pukul awak semua sampai jadi macam dia" kata Jungkook kepada sekumpulan pelajar sekolah rendah itu.
Masih lagi kekal dalam ingatan Dongjae wajah Puan Jeon berubah sebaik sahaja mendengar Jungkook memukul pelajar itu.
Sudah berkali-kali Dongjae jelaskan bahawa Jungkook cuba untuk melindunginya. Tetapi, tetap sahaja puan Jeon memarahi Jungkook.
"Ibu dah cakapkan, jangan guna kekerasan!" masih segar lagi dalam ingatan Dongjae, bagaimana Puan Jeon memarahi anaknya.
☆☆☆▪︎
Dongjae memandang ke arah 004 yang sedang menunduk ke bawah memandang lantai.
"Kau masih lagi nak bertinju? aku boleh tolong kau carikan tempat baru" soal Dongjae. Dia tahu yang Jeon Jungkook amat meminati sukan itu tetapi kerana keluarganya tidak memberikannya kebenaran.
Dia tidak boleh melakukannya dan kerana itulah, Dongjae membantunya untuk berlawan underground. Bukan setahun dua dia berkawan dengan Jungkook, sudah berbelasan tahun!
"Ha? bertinju?" soal 004.
"Iyalah, benda yang kau suka sekali tu" balas Dongjae.
004 terdiam lama membuatkan Dongjae menukar topik perbualan.
"Kau lapar tak?" soal Dongjae.
Perlahan-lahan 004 mengangguk.
"Jom, aku belanja kau makan dekat restoran mewah. Hari ni aku dah dapat duit elaun dari pihak universiti aku" kata Dongjae.
Boleh ke ni 004 ikut? Jeon Jungkook tak marah ke nanti? Tapi dia dah lapar sangat dah ni..
TBC
Maaflah chapter ni tak ada Jeon Jungkook atau Kim Minjung. Next Chapter ada.
Sumpah aku rasa next chapter tu best😭❤
Maaf lambat update, busy betul weh hshs
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top