29: Tolak
110 votes + 100 comments
Park Jimin membantu Cha Eunwoo memanjat tembok belakang sekolah itu memandangkan pintu pagar sekolah telah dikunci oleh pengawal sekolah pada petang tadi.
"K-kau, m-makan apa benda sampai badan berat sangat ni?" soal Jimin yang jelas sekali yang dia hampir terputus nyawa menampung si Eunwoo untuk memanjat tembok itu.
Daripada tadi hampir semua orang yang dia bantu untuk memanjat tembok itu, Eunwoo lah yang paling berat sekali.
"Mana ada! aku ringan je lah" balas Eunwoo yang sedang mencuba sehabis boleh untuk memanjat tembok itu.
"Tepi, aku buat" kata Jungkook lalu menolak sedikit hujung kaki milik Eunwoo membuatkan si perenang handal itu terus tergolek dan jatuh melepasi tembok itu.
"Aduh!" Eunwoo mengusap punggungnya yang terasa sakit akibat jatuh tadi.
"Kuat betul Jungkook tolak,nasib baik tak patah tulang aku" kata Eunwoo.
"Mana ada, dia tolak kau perlahan je tadi, kau je yang drama sangat" kata Nayeon sambil menarik tangan Eunwoo untuk bangun.
"Sumpah kuat weh" balas Eunwoo sambil berdiri.
"Janganlah bising-bising, kantoi nanti" kata Jaehyun yang mendapat anggukan daripada Taehyung tanda bersetuju.
"Jimin, cepat, kau pula" kata Jungkook lalu menadahkan tangannya sebagai signal supaya Jimin memanjatnya.
Jimin perlahan-lahan memanjat peha milik Jungkook lalu memanjat tapak tangan Jungkook terus sahaja Jeon Jungkook menolak sedikit agar Jimin dapat ke atas dengan lebih mudah.
Entah di mana silapnya, Jungkook menolak sedikit kuat membuatkan Jimin terus terpelanting melepasi tembok itu.
Mujur sahaja Jaehyun dan Taehyung sempat menangkap Park Jimin. Kalau tidak sudah pasti gigi Park Jimin akan patah akibat terhempap ke tanah.
Riak wajah Jungkook sedikit berubah setelah melihat Jimin 'terbang' melepasi tembok itu disebabkan dirinya.
"Jimin, kau ok?" soal Jungkook. Ini lah kenapa sebabnya dari awal tadi asalnya dia tidak mahu membantu rakannya memanjat tembok itu. Dia takut teman sekelasnya kan tercedera disebabkannya.
"Jimin ok!" balas Jaehyun yang sudah berada di luar tembok.
"Aku dah kata, Jungkook tolak kuat gila!" kata Eunwoo.
"Ah, dah diam, diam" kata Chanyeol supaya Eunwoo tidak memperbesarkan hal ini.
Jeon Jungkook POV💚
Jeon Jungkook memandang ke arah Kim Minjung dan 004 yang masih belum memanjat tembok itu.
"Siapa nak panjat dulu ni?" soal Jungkook.
"004, kau dulu" kata Minjung sambil menolak sedikit badan jejaka itu supaya ke depan.
Jungkook menolak sedikit badan 004 dan 004 sendiri yang memanjat tembok itu dengan kekuatannya sendiri.
Jeon Jungkook memandang ke arah Kim Minjung yang jaraknya beberapa langkah dari Jungkook.
"Cepatlah" kata Jungkook sambil menghulurkan tangannya.
"A-aku guna pintu utama lah, kita jumpa dekat sana nanti" balas Minjung.
Terus Jeon Jungkook menarik tangan gadis itu.
"Kenapa? guna sajalah jalan ni, kalau guna pintu utama nanti pengawal tanya kau nak pergi mana. Dah lah festival ni belum habis lagi" balas Jungkook.
"Aku pakai skrit pendek" kata Minjung dengan nada perlahan.
Oh, ya Jungkook baru sedar tentang pemakaian gadis itu sudah berubah. Petang tadi dia memakai seluar panjang sama seperti budak perempuan kelasnya yang lain. Tetapi Minjung sudah menukarnya.
"Bukan kau pakai seluar ke petang tadi?" soal Jungkook.
"Ais krim Chanyeol tertumpah atas seluar aku tadi, Nayeon bagi skrit yang dia simpan dalam locker kelas" balas Minjung. Jelas sekali gadis itu tiada plihan lain tentang pemakaiannya.
"Kau rasa aku nak intai seluar dalam kau ke?" soal Jungkook.
"Hei! Hei!" tidak sangka betul Jungkook akan menyoalnya dengan soalan sebegitu.
"Dah tu cepatlah panjat, kantoi kita semua nanti kalau cikgu buat rondaan" kata Jungkook.
Minjung masih lagi teragak-agak untuk memanjat tembok itu.
Jungkook mengeluh kecil lalu dia membuka jaket biru gelap miliknya lalu memberikannya kepada Minjung.
"Cepat, ikat dekat pinggang kau lepas tu panjat" kata Jungkook.
Minjung hanya mengikut arahan Jungkook tanpa sebarang bantahan.
☆☆☆☆
"Nanti rak tin minuman yang dekat belakang tu tolong kemaskan ya" kata pekerja yang baru sahaja habis masa berkerja di 7 eleven itu.
"Baik" balas seorang gadis yang baru sahaja mula berkerja di sini pada hari ini.
Dia menunduk hormat kepada pekerja itu sebelum dia keluar daripada kedai 7eleven.
Gadis muda itu mula bergerak menuju ke rak yang terletak di hujung kedai itu bersama bakul kosong untuk menyusun tin minuman dan membuang tin minuman yang sudah melebihi tarikh luput.
Bunyi loceng pintu kedai itu membuatkan gadis itu melihat ke arah pintu masuk kedai.
"Jungkook, kau belanja boleh?" pinta Chanyeol sebaik sahaja memasuki kedai itu.
"Eh, kenapa aku pula? aku bukan ayah kau" balas Jungkook.
"Alaaa, boleh laa" pinta Eunwoo pula sambil menarik-narik lengan Jungkook.
Park Jimin POV💚
"Weh, yang ni boleh makan dekat sini ke?" soal Jimin yang kali pertama makan di 7eleven, sebelum ini dia cuma datang menyinggah ke kedai untuk membeli minuman atau makanan dan balik terus makan di rumah.
"Entahlah, ni kali pertama sebenarnya aku datang makan dekat sini, sebelum ni aku tengok dalam drama je orang makan dekat kedai ni" balas Jaehyun.
Kim Taehyung POV💚
"Weh, tepilah sikit" kata Nayeon sambil menolak Taehyung sehingga terdorong ke arah Chaeyoung.
Kedai ni sudahlah sempit lepas tu ramai-ramai pula berkumpul dalam ni.
"Eh, apa ni tolak-tolak" balas Taehyung.
"Tepilah sikit, nak lalu ni" kata Chaeyoung sambil menolak Taehyung sehingga dia terdorong ke arah Jisoo.
"Eh, janganlah rapat sangat, aku tengah nak pilih air ni" kata Jisoo sambil menolak Taehyung menjauhinya.
"Tak, sekarang ni, asal aku seorang saja yang kena tolak-tolak ni" ujar Taehyung dengan perasaan tidak puas hati.
"Eh, tepi sikitlah, aku nak ambil mangkuk ramen dekat belakang kau" kata Jimin sambil menolak Taehyung.
Cha Eunwoo POV💚
"Sekali je, boleh lah Jungkook" Eunwoo masih lagi memujuk Jungkook.
"Tak boleh" balas Jungkook.
"Alaa, boleh laa" pinta Chanyeol buat kali kedua belas sebenarnya.
Jung Jaehyun POV💚
"Dalam drama dia buat macam ni" kata Jaehyun sambil merenyukkan sepeket ramen
"Tapi dalam drama yang aku tengok dia makan dalam cup" kata Jimin.
"Dalam drama yang aku tengok dia makan yang dalam paket lepas tu buat dalam mangkuk kertas yang kedai sediakan" balas Jaehyun.
Kim Taehyung POV💚
Taehyung yang cuba untuk menjauhi semua orang agar dirinya tidak ditolak lagi.
"Eh, tepi sikitlah Taehyung, aku tengah nak pujuk Jungkook ni" kata Eunwoo sambil menolak Taehyung sehingga membuatkan dia terdorong ke belakang.
Jung Jaehyun POV💚
Jejaka itu menaburkan serbuk perasa mi segera itu sebelum meletakkan air panas membuatkan Park Jimin terus menghalang Jung Jaehyun.
"Dalam drama yang aku tengok, dia letak air panas dulu baru letak serbuk" kata Jimin.
"Tapi, dalam drama yang aku tengok, dia letak serbuk dulu baru letak air panas" balas Jaehyun.
Kim Minjung POV💚
Gadis itu hanya berdiri di luar kedai itu bersebelahan dengan 004 sambil melihat kekecohan yang berlaku di dalam kedai itu dari luar sahaja.
"Kau, tak nak masuk?" soal Minjung kepada 004.
Perlahan-lahan 004 menggeleng.
"Bila kau nak bagitahu Jungkook?" soal Minjung.
"Bagitahu apa?" soal 004.
"Golden Physical " kata Minjung ringkas.
"Saya rasa lebih baik dia tak tahu, benda tu bukan memori yang indah untuk diingat" balas 004.
"Satu hari nanti dia sendiri akan tanya kau" kata Minjung.
"Iya, nanti bila dia dah berani nak tanya, baru saya bagitahu. Sekarang ni, dia saja yang tinggal, saya dah tak ada sesiapa dah nak bergantung" kata 004.
"Kau memang betul-betul nak keluarga?" soal Minjung. Bukannya dia tidak tahu, hari tu, sewaktu dia diculik, ahli saintis gila itu telah menceritakan segala-galanya apa yang berlaku kepada eksperimen Golden Physical dan menjadikan 004 dan Jungkook sebagai contoh utama.
004 mengagguk perlahan sekali lagi. Iya, sebab itulah kenapa 004 sangat ingin berbaik dengan Jungkook. Dia mahu Jungkook menganggapnya sebagai ahli keluarga.
"Boleh aku tahu sesuatu?" soal Minjung.
004 mengalihkan pandangannya ke arah Minjung.
"Kau, 004 kan?" soal Minjung dan mendapat anggukan daripada 004.
"Mana pergi 001,002 dan 003?" soal Minjung yang membuatkan air muka jejaka yang menyerupai Jungkook itu terus berubah.
TBC
Maaflah updatelambat. Lama betul aku cari mood nak buat chapter ni, harap tak hambar sangat lah hshshs.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top