28: Together!
110 votes + 100 comments
Jung Jaehyun menggaru belakang telinga sambil matanya tertumpu ke arah Jungkook dan 004 yang sedang berdiri bersebelahan dengan Jungkook di bawah khemah gerai kelas mereka.
"Tak, sekarang ni, macam mana muka korang berdua boleh sama?" soal Eunwoo.
Sekitar 5 minit yang lalu...
"Maafkan aku, Jungkook!" Eunwoo melutut meminta maaf kepada 004.
"Weh, kau buat apa tu? Jungkook panggil kau balik ke gerai ada pelanggan" kata Chanyeol yang baru sahaja tiba di situ.
"Eh, Jungkook dekat sini lah" balas Eunwoo sambil melihat ke arah 004.
"Mana ada, Jungkook ada dekat gerai tengah jaga kaunter--" kata-kata Chanyeol berakhir sebaik sahaja 004 berpaling ke belakang memandang ke arahnya.
"A-apa kau buat dekat sini?! bukan tadi kau ada dekat gerai ke?" soal Chanyeol sebaik sahaja melihat 004 yang mempunyai wajah seperti Jungkook di situ.
"Korang buat apa ni? aku panggil suruh balik khemah--" Jungkook yang kini baru sampai di situ turut terkejut dengan keadaan ini.
"Jungkook ada dua?!" deras benar suara Eunwoo menjerit akibat terkejut manakala Chanyeol terlebih dahulu rebah di atas tanah akibat pengsan disebabkan terkejut sangat.
"Pakai balik maskot kau" kata Jungkook kepada 004 sebelum membantu lelaki itu bangun berdiri dari tanah.
Sekarang...
"Tapi muka korang memang sebijik sama!" kata Park Jimin sambil menyentuh pipi milik 004.
"Taklah, aku lagi kacak" balas Jungkook.
Minjung dan Jaehyun hanya mampu saling berbalas pandangan kerana tidak tahu mahu mengatakan apa.
"Weh, korang kenapa berkumpul ni?" soal Taehyung yang baru sahaja habis menjalankan servis '15 minit' nya.
Kening Taehyung berkerut sebaik sahaja melihat dua orang Jungkook sedang berdiri di bawah khemah itu.
"Kenapa Jungkook ada dua?" soal Taehyung.
"Tulah, aku daripada tadi tanya Jungkook dia tak jawab" balas Nayeon.
"Muka korang sebijik sama weh, korang kembar ke?" soal Taehyung.
"Taklah! aku lagi--"
"Iya, Jungkook, kau lagi kacak, sudah enam kali orang cakap benda sama dan kau balas benda sama" Minjung memotong percakapan Jungkook akibat tidak sanggup mendengar lagi ayat yang sama keluar daripada mulut Jungkook.
Jeon Jungkook menjongketkan kening kanan miliknya sambil menghalakan pandangannya ke arah gadis itu.
"Ok, semua, boleh dah mula pergi, banyak lagi servis kita nak kena buat ni" Kim Minjung mula mengubah topik perbualan sebaik sahaja melihat pandangan yang dilontarkan oleh Jungkook membuatkan gadis itu mula tidak keruan.
☆☆☆☆
Seluruh pelajar kelas Atmosfera sedang sibuk mengemas gerai mereka kerana sudah hampir malam. Selepas ini mereka mempunyai konsert festival yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
"Banner tu aku dah turunkan, kau tolong simpan dah tong kosong tu" kata Jungkook kepada Jisoo.
"Ok, semua dah siap" kata Chaeyoung membuatkan mereka semua melepas lega. Wah, penat betul hari ini, macam-macam perangai pelanggan yang mereka perlu hadap, lagi-lagi pula ramai budak sekolah lain yang datang ke sekolah mereka ketika hari terbuka ini.
"Korang semua pergi lah dulu, aku nak letak bekas-bekas ni dekat almari belakang kelas" kata Jungkook.
"Nak kitorang tolong tak?" soal Taehyung.
"Tak apalah, aku naik sorang" kata Jungkook sambil tangannya mula mengangkat beberapa buah bekas besar.
"Ok, hwaiting, Jungkook" kata Eunwoo sebelum pergi mendekati pentas sementara yang telah didirikan di padang sekolah.
Langkah Jeon Jungkook terhenti apabila tubuh 004 mengikutinya daripada belakang.
"Kau pergilah ikut Minjung dan Jaehyun dulu, nanti aku datang" kata Jungkook kepada 004 yang sudah menukar pakaiannya, kini dia memakai baju kemeja-T berwarna putih bersama jaket kulit hitam dan seluar jeans hitam milik Jungkook. Sudah tentu Jungkook menyuruhnya memakai mask supaya cikgu tidak tersilap dirinya dengan 004.
"T-tapi saya nak ikut awak" kata 004.
Jeon Jungkook menayangkan wajah menyampahnya kepada 004. Geli lah!
"Boleh tak guna kau-aku, tak perlu guna saya-awak, geli lah" balas Jungkook.
Perlahan-lahan 004 mengangguk.
Jeon Jungkook menyambung perjalanannya sambil membawa bekas-bekas besar itu.
Manakala 004 setia mengikuti Jungkook daripada belakang.
"Jadi apa perancangan kau lepas ni?" soal Jungkook.
"Maksudnya?" balas 004 dengan nada bingung.
"Iyalah, tak akanlah selamanya kau nak duduk dekat rumah aku?" soal Jungkook.
"Urmm, kalau nak tumpang untuk beberapa bulan lagi, boleh?" soal 004.
"Tengoklah dulu macam mana" balas Jungkook dengan nada mendatar.
Jeon Jungkook menolak pintu kelas miliknya lalu mereka berdua melangkah berdua masuk ke dalam.
"Jungkook.. boleh tak saya--"
Jeon Jungkook melamparkan pandangan dingin terhadap 004 sebaik sahaja mendengar perkataan 'saya'.
"Aku, boleh tak aku nak minta sesuatu" 004 membetulkan ayatnya.
"Apa?" soal Jungkook sambil tangannya sibuk menyusun bekas-bekas itu di dalam almari kelasnya.
"A-aku tak pernah ada nama, boleh tak kalau k-kau namakan aku?" soal 004 yang masih lagi kekok menggunakan 'kau-aku'
"Kau nak nama apa?" soal Jungkook sambil menutup semula pintu almari kelasnya.
"Apa-apa pun boleh" balas 004 dengan senyuman lebar kerana gembira apabila dia akan mendapat nama sebenar setelah berapa belas tahun hidup melalui proses mitosis yang dilakukan di makmal untuk menghasilkannya.
"Nantilah aku fikirkan nama yang sedap sikit" ujar Jungkook lalu berjalan keluar daripada kelas.
"Terima kasih, Jungkook!" suara 004 berubah teruja dan ketika itu dia terlalu gembira sehingga dia tidak dapat menahan dirinya untuk memeluk Jeon Jungkook.
"Terima kasih" sekali lagi dia mengucapkan perkataan itu.
Cepat-cepat Jungkook menepis pelukan 004 itu.
"Jangan sentuh aku, aku tak suka" kata Jungkook lalu berjalan menjauhi 004.
004 mengejar langkah Jungkook yang sudah berada jauh di depan.
"Kalau nak pegang tangan, boleh?" soal 004.
"Eh, kau ni kenapa?" balas Jungkook. Takut tahu tak bila orang tak kenal, tiba-tiba nak berbaik dengan kau tapi muka dia sebiji macam kau.
Kau tak akan faham perasaan ragu-ragu yang Jungkook sedang alami sekarang ini. Lagi-lagi pula lelaki itu terlibat sama semasa kes Minjung diculik itu.
Memang sejujurnya setakat ini dia baik sahaja, tetapi perancangannya apa pun tidak tahu. Mungkin dia ada pelan jahat? tiada siapa pun tahu apa yang akan jadi nanti.
"Jungkook, janganlah kasar sangat dengan dia" satu suara yang datang dari hujung tangga menegur mereka.
Iya, itu Kim Minjung.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Jungkook sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke arah gadis.
"Bosanlah persembahan tahun ni" kata gadis itu.
"Dah tu, kau nak buat apa?" soal Jungkook.
"Jom pergi 7eleven makan ramen" kata Minjung.
"Tak, kau kenapa macam tiba-tiba sangat ni?" soal Jungkook.
"Ok, biar aku jujur" kata Minjung.
"Mak kau datang sekolah, untuk melawat kau" kata Minjung.
Minjung dan Jungkook mengalihkan pandangan mereka ke arah 004 yang sedang menuruni anak tangga menuju ke bawah.
"Ok, kita bertiga keluar ikut pintu belakang" kata Jungkook.
"Ehee, maaf lupa nak bagitahu, bukan kita bertiga" kata Minjung.
"Bersebelas" kata Minjung sambil tangannya dihalakan ke arah seluruh budak kelas Atmosfera yang berada di belakangnya.
"Mula-mula tadi aku rancang dengan Jaehyun je, tapi Eunwoo terdengar, lepas tu dia bagitahu dekat Chanyeol, lepas tu bagitahu dengan Jimin lepas tu bagitahu dekat Chaeyoung, lepastu dia bagitahu dekat--" Minjung belum sempat habis menerangkan keadaan.
"Ok, cukup, aku faham" Jungkook terlebih dahulu memotong percakapan gadis itu.
"Ok, dengar baik-baik kita semua akan guna laluan belakang sekolah, jadi buka lampu suluh dekat telefon masing-masing" kata Jungkook kepada seluruh pelajar kelas itu.
"Wah! rasa macam nak pergi cari harta karun!" kata Eunwoo.
"Cepat-cepat, pergi sekarang, nanti cikgu bertugas nampak"
TBC
aku tahu that akan ramai kata chapter ni macam cerita true beauty lah apa.
Hei hei! aku rangka chapter ni sebelum drama true beauty keluar okay, hshshd
Btw, next chapter siyes chaos gila duh HSHSHE beramai-ramai berkumpul dalam kedai 7e
ok bai.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top