27: Kaunter

120 votes + 100 comments

"Eh! kenapa pula? kita kan dah tetapkan untuk gilir-gilir jaga kaunter" balas Minjung sebaik sahaja mendengar kata-kata Jungkook.

Jungkook menayangkan wajah kosong kepada gadis itu sebelum berkata

"Suka hati kau lah" lalu dia beredar daripada situ.

"Weh, kau ni, Jungkook dah suruh buat tu, buat jelah" kata Jimin kepada Minjung setelah Jungkook pergi meninggalkan gerai mereka.

"Kenapa aku perlu dengar arahan dia pula?" balas gadis itu.

"Dia ketua kelas kita" bidas Chaeyoung pula.

Minjung mendiamkan diri buat seketika sebelum memandang ke arah Nayeon.

"Minjung, kau tak boleh macam ni. Sampai bila kau nak semua orang ikut cakap kau saja?" kata Nayeon.

Mungkin kerana Kim Minjung merupakan anak bongsu dan ketua kelas Mantel selama empat tahun berturut-turut telah membuatkan dia agak degil untuk mendengar pendapat dan arahan orang lain yang sebaya dengannya.

"Tak, yang dia nak emo sangat tu kenapa?" Minjung masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap Jungkook yang tiba-tiba beredar begitu sahaja.

"Dia kecewa dengan kau lah" balas Taehyung pula. Wah, memang semua orang nak pertahankan lelaki itu, mengapa?

"Ah! iyalah! iyalah! aku jaga kaunter" akhirnya Minjung mengalah.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Langkah Jeon Jungkook terhenti sebaik sahaja melihat kelibat Kim Namjoon memasuki pintu pagar utama sekolah.

Hari ini merupakan hari karnival dan sudah tentu ia dibuka kepada orang ramai.

"Oh, Jungkook, kau nampak Minjung?" soal Namjoon sebaik sahaja dia melihat wajah Jungkook.

"Kau buat apa nak jumpa dia?" soal Jungkook kembali.

"Aku dengar kelas dia buat dating service, jadi aku nak tolong" balas Namjoon bersama nada senang.

"Dia jaga kaunter, dia tak ada dalam senarai orang yang bertugas" balas Jungkook.

"Oh ya? tak apalah, aku teman dia jaga kaunter sajalah" balas Namjoon.

"Aku yang bertugas jaga kaunter dengan dia, jadi kau tak perlu susahkan diri" balas Jungkook.

"Hahaha! kau ni kelakar lah" tawa Namjoon meletus membuat Jungkook menjadi pelik. Lelaki ini kenapa?

"Jadi, kau dah ajak dia keluar bersama?" soal Namjoon kepada Jungkook.

"Apa?" Jungkook tidak memahami maksud Kim Namjoon itu.

"Kau suka Minjung kan? kau dah bagitahu dia atau belum?" soal Namjoon lagi.

"A-apa kau mengarut ni?" balas Jungkook pula.

"Mula-mula aku jumpa kau bawa Minjung pergi pertandingan tu pun aku dah boleh agak yang kau suka dia, tak perlulah nak tipu diri sendiri" kata Namjoon.

"Tapi, kau kan teman lelaki dia? tak akan kau tak marah?" soal Jungkook.

"Hahaha!" sekali lagi Namjoon tertawa.

"Aku abang sepupu dia lah, aku sengaja cakap macam tu sebab nak tengok reaksi kau macam mana" terang Namjoon.

Tipulah kalau Jeon Jungkook tidak berada dalam keadaan malu ketika ini.

☆☆☆☆

Kim Minjung POV💚

Minjung duduk di atas sebuah kerusi plastik seorang diri sementara pelajar kelasnya sudah pergi merata-rata bersama orang yang menggunakan servis mereka.

Wah, tak sangka betul. Baru sahaja beberapa minit mereka membuka gerai sudah ramai yang beratur menunggu giliran. Jelas sekali, ramai betul sebenarnya yang menaruh hati kepada pelajar-pelajar kelas itu.

"Akak saya, nak tanya Jungkook oppa tak datang ke hari ni? tadi saya macam nampak dia hias gerai" soal gadis junior di sekolah itu.

"Oh, tadi dia ada, tapi tak tahu lah sekarang dia pergi mana" balas Minjung. Bukan dia tidak tahu yang lelaki itu merajuk dengannya.

"Saya nak daftar nama dengan Jungkook oppa boleh?" soal gadis itu.

"Oh, boleh boleh, isi nama dengan nombor telefon dekat sini dulu, nanti dia dah datang saya call awak" balas Minjung sambil menghulurkan sehelai kertas dan sebatang pen.

Baru sahaja gadis itu ingin mencapai kertas yang dihulurkan oleh Minjung itu. Jeon Jungkook yang baru tiba di situ terlebih dahulu merampas kertas itu.

"Maaf, aku bertugas jaga kaunter saja" kata jejaka itu yang membuatkan Minjung dan gadis itu berpaling memandang ke arah Jungkook.

Manakala Kim Namjoon yang mengikut Jungkook datang ke gerai itu hanya menahan tawanya apabila melihat Jungkook bertindak sebegitu.

"Eh, kenapa pula? aku dah jaga kaunter, kau pergilah bertugas" balas Minjung.

"Kita berdua jagalah kaunter" balas Jungkook kembali.

"Kenapa pula?" soal Minjung dengan nada yang sedikit tinggi.

"Takut kalau kau tak tahu ke nak jaga kaunter macam mana" balas Jungkook.

"Apa kau fikir jaga kaunter ni macam jaga kambing ke? perlu bagi makan, minum lepas tu mandikan, bersihkan tahi dia, macam tu?" balas Minjung kembali.

Wah, memang lama sudah dia bersabar dengan perangai pelik Jungkook ini, sekejap nak begitu, sekejap nak begini, sakit kepala!

"Woa, woa, bawa bertenang" Kim Namjoon kini datang mendekati mereka berdua.

Gadis itu perlahan-lahan melepaskan kertas senarai nama itu sebelum diam-diam berjalan menjauhi gerai mereka. Takut betul lihat mereka bergaduh.

"Tadi suruh aku sangat jaga kaunter, lepas tu tiba-tiba kata aku tak pandai jaga kaunter" kata Minjung sambil menarik kertas itu, matanya masih lagi tepat memandang ke arah Jeon Jungkook.

"Aku cakap 'kalau' bukan bermaksud pasti" balas Jungkook sambil menarik kertas itu mendekatinya sudah tentu anak matanya juga tepat memandang ke arah gadis itu.

"W-weh terkoyak nanti kertas tu" kata Namjoon yang berada di tepi mereka berdua.

"Aku dah duduk jaga kaunter ni, kau tak perlulah nak sibuk jaga kaunter juga!" balas Minjung sambil menarik kertas itu dengan lebih kuat.

"Korang sama-sama jaga kaunter ok?" kata Namjoon kepada mereka berdua.

Jungkook mengeluarkan sedikit tenaganya membuatkan kertas itu terus terkoyak kerana mendapat tekanan berat apabila Jungkook dan Minjung menarik secara serentak.

"Ok, sekarang kertas tu dah terkoyak" kata Namjoon seakan-akan mengeluh.

Minjung dan Jungkook masih lagi berbalas renungan tajam diantara mereka berdua.

"Haih, korang ni. Dah lah aku nak kena pergi ni, ada kerja dekat pejabat" kata Namjoon kepada mereka berdua.

Tetapi tiada seorang pun yang memberikan sebarang reaksi. Jadi, Namjoon telah membuat keputusan untuk meninggalkan mereka begitu sahaja.

☆☆☆☆

Cha Eunwoo POV💚

Eunwoo menunduk hormat kepada gadis yang telah menggunakan servis 15 minitnya tadi.

"Terima kasih sebab sudi bergambar dengan saya, sekarang saya dah boleh ada profile picture yang bagus untuk instagram saya" kata gadis itu.

Eunwoo tersenyum kekok, sebelum berjalan meninggalkan gadis itu. Wah, gadis tadi memang tidak pernah lihat pinterest  ya? dekat sana semua gambar boleh cari. 

Eunwoo berjalan menuju ke arah gerai kelasnya sambil kakinya menyepak batu-batu kecil yang berada di jalan itu.

Mungkin dia tersepak terlalu kuat tetapi tidak kena pada batu tersebut telah membuatkan dia terjatuh.

Eunwoo bertambah panik sebaik sahaja dia dapat tahu yang tidak jatuh atas tanah, tetapi dia terjatuh dia atas orang lain.

Paling mengejutkan apabila dia terjatuh di atas maskot arnab milik gerainya. Sudah lah itu sepupu Jeon Jungkook! pasti nanti dia akan dimarahi teruk!

"Sepupu Jungkook! saya minta maaf! Tolong jangan beritahu Jungkook" kata Eunwoo kepadanya.

Berita buruk, kepala maskot itu tercabut dan Eunwoo mahu memakaikannya kembali tetapi perbuatnya terhenti sebaik sahaja melihat orang yang berada di dalam maskot itu ialah Jeon Jungkook.

Terus Eunwoo duduk melutut di atas tanah sambil menghadap ke arah Jungkook.

"Jungkook! aku minta maaf! aku tak sengaja terlanggar kau!" kata Eunwoo.

"Eh, tak apa, tak apa, saya ok. Jatuh sikit je" balas 004 yang mempunyai wajah yang sama seperti Jungkook.

"Weh, Jungkook. Aku betul-betul minta maaf!" sekali lagi Eunwoo meminta maaf.

004 menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, seorang manusia yang tidak sepatutnya telah melihatnya, aduhai.

TBC

Marilah habis cerita hambar ni secepat yang mungkin HSHSHSH btw, chapter seterusnya aku rasa dah kembali ke sesi sweet sweet gitu HSHSHS

OH YA, WEH JUNGKOOK RAMBUT BLONDE WEH YA AMPUNNN NAK NANGES😭❤ my hearteu.







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top