18: Ketua

120 votes + 80 comments

Jeon Jungkook merenung ke arah tempat duduk Minjung yang masih lagi kosong kerana dia belum datang ke sekolah.

"Jungkook, tunggu Minjung ke tu?" soal Jaehyun yang baru sahaja tiba di muka pintu kelas.

"E-eh mana ada" balasnya sambil tangannya mula sibuk mencari buku di bawah mejanya untuk mengulang kaji pelajaran sebelum kelas bermula.

Jung Jaehyun tersenyum kecil sehingga terlihat lesung pipinya yang membuatkan Jungkook kurang selesa. Alamak, kantoi ke?

Jaehyun mengambil tempat duduknya yang berada dihadapan Jungkook. 

"Jungkook, aku nak tanya sesuatu" bicara Jaehyun sambil memalingkan wajahnya menghadap Jungkook.

"Apa?" balas Jungkook.

"Kau, tahu tak tentang eksperimen golden Brain?" soal Jaehyun.

"Ha..? ermm, apa tu? aku tak pernah dengar pula" balas Jungkook, Sudah tentu dia tahu! tapi dia tidak mahu mengaku.

"Oh, tak apalah kalau macam tu" balas Jaehyun.

"T-tapikan, mana kau dengar pasal eksperimen tu?" soal Jungkook.

Jaehyun hanya membalas dengan sebaris senyuman tawar dari bibirnya lalu dia terus mengalihkan pandangannya kembali menghadap mejanya.

Tak mungkin! bagaimana orang lain dapat tahu tentang eksperimen gila itu? Jaehyun itu sebenarnya antara yang terlibat dengan profesor untuk menculik Kim Minjung ke?

Tidak kira! Jungkook mesti ambil tahu, bagaimana Jung Jaehyun dapat tahu  tentang Golden Brain.

Masa terus bergerak dengan pantas, satu persatu pelajar kelas atmosfera mula masuk ke dalam kelas. Termasuklah Minjung.

Tidak lama kemudian bunyi loceng sekolah yang kuat itu membuatkan mereka semua menyedari bahawa guru kelas akan tiba dalam masa beberapa minit lagi.

☆☆☆☆

"Baiklah, sudah seminggu lebih masa diberikan kepada kamu semua untuk saling mengenali" kata cikgu Sizuka kepada pelajar kelas itu.

Semua pelajar hanya mendiamkan diri sahaja.

"Jadi, hari ini, saya rasa dah tiba masanya untuk pilih ketua kelas baru" kata Cikgu Sizuka lagi. Tanpa membuang masa, Cha Eunwoo mengangkat tangannya.

"Saya nak cadangkan Kim Minjung untuk jadi ketua kelas" katanya.

Kemudian, terus Park Jimin mengangkat tangannya dan berkata

"Saya cadangkan Jeon Jungkook" 

"Baiklah, jadi sekarang ni kita ada dua orang calon" kata cikgu Sizuka.

"Siapa yang mahu Jeon Jungkook jadi ketua kelas sila angkat tangan"arah Cikgu itu.

Empat  orang yang merupakan bekas pelajar kelas Sky mengangkat tangan mereka ke udara.

"Siapa yang undi Minjung sebagai ketua kelas sila angkat tangan" kata Cikgu lagi. Terdapat empat orang juga yang mengangkat tangan mereka, sudah tentu mereka semua bekas pelajar Mantel.

"Erm, jadi sekarang Minjung dan Jungkook dapat jumlah undian yang sama, jadi macam mana ni?" soal Cikgu Sizuka dengan harapan salah seorang dari mereka akan mengalah.

"Cikgu, pada pendapat saya, Jungkook lebih layak untuk jadi ketua, lihat sahaja pencapaian dia, nombor satu dalam sekolah, dapat selesaikan pelbagai masalah matematik, saya pasti kalau pelajar kelas ini ada masalah Jungkook akan menyelesaikannya dengan baik" kata Chaeyoung yang merupakan antara salah seorang bekas pelajar kelas Sky.

Jeon Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah Chaeyoung yang sedang berbicara itu. Mengapa gadis itu bersungguh-sungguh ingin menjadikan dirinya sebagai ketua kelas? 

Sejujurnya, Jungkook tidak kisah pun jika dia tidak menjadi ketua kelas, kerana dia sudah pernah menjawat jawatan itu sebelum ini.

Tambahan pula, Minjung juga bijak menyelesaikan masalah matematik, jadi pastilah dia juga pandai menyelesaikan masalah lain. Oh lupa, bukan semua orang tahu tentang itu.

"Lagipun, Jungkook lelaki dan Minjung perempuan. Lelaki lebih sesuai untuk memimpin sebab mereka tidak terlalu mengikut perasaan ketika membuat keputusan" kata Chaeyoung lagi.

Cikgu Sizuka menghela nafas berat sebelum dia berkata

"Jadi, saya lantik Jungkook sebagai ketua kelas Atmosfera" 

☆☆☆☆

Kim Minjung menyimpan alat tulisnya ke dalam bekas penselnya manakala Nayeon, Taehyung, Eunwoo dan Chanyeol sudah turun ke kantin terlebih dahulu kerana menu hari ini ada donat coklat sebagai pencuci mulut.

Siapa sahaja tidak tahu kelazatan donut coklat meleleh buatan mak cik kantin. Jarang-jarang tahu mak cik kantin nak sediakan donut coklat itu!

Kini hanya tinggal Jungkook dan Minjung sahaja di dalam kelas itu membuatkan gadis itu ingin keluar daripada kelas itu dengan secepat yang mungkin.

"Kim Minjung!" suara Jungkook memanggil Minjung.

"Apa?" balas gadis itu dengan nada mendatar.

"Aku rasa Jung Jaehyun ada terlibat dengan Gol--" belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Minjung terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Tahniah ketua kelas" katanya.

Berkerut dahi milik Jungkook, mengapa tiba-tiba ni?

"Minjung, kau kenapa?" soal Jungkook sebaik sahaja dia menyedari yang riak wajah Minjung tampak seperti benci akannya.

"Iyalah, aku kan perempuan, bodoh pula tu buat apa nak dibandingkan dengan kau" kata Minjung.  Jelas sekali yang dia terasa dengan kata-kata Chaeyoung tadi.

"M-minjung, aku tak minta pun nak jadi ketua kelas" kata Jungkook.

"Iyalah tu" balas Minjung.

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, memang kalau perempuan merajuk ni, emosi begini ke?

"Sumpah weh, kalau kau nak jawatan tu, kau ambil jelah, aku tak nak pun" kata Jungkook lagi.

"Aku kan bodoh" balas Minjung lagi.

"Kenapa dengan kau ni?" soal Jungkook.

"Kalau kau jadi ketua kelas, pasti kau akan pentingkan budak kelas sky" balas Minjung.

"A-apa kau mengarut ni?" soal Jungkook lagi.

"Dan budak kelas aku akan terabai sebab mereka tidak sepandai kau semua" balas Minjung lagi. 

Sungguh dia penat dengan sistem halimunan yang dicipta oleh manusia. Yang sentiasa mementingkan orang yang sudah memiliki segalanya dan memijak mereka yang sedang berusaha untuk memilik segalanya.

"Tak, Minjung! aku tak pernah terfikir langsung untuk layan kelas sky lebih daripada kelas mantel. Aku tahu tanggungjawab aku sebagai ketua kelas untuk bersikap adil dengan semua orang!" suara Jungkook meninggi apabila dia dituduh sebegitu.

Tipulah kalau Jungkook tidak terkilan dengan kata-kata Minjung. Dia mengharapkan gadis itu mempercayainya kerana mereka sudah mula berkawan dan saling berkongsi rahsia. Ah, dia salah, Minjung juga tidak mempercayainya!

"Sudahlah Jungkook, aku tahu aku masih ada seminggu sebagai kuli kau, jadi selepas seminggu itu, aku nak kita berdua lupakan semuanya dan kembali seperti asal" kata Minjung.

Anak mata milik jejaka itu bergerak dengan laju tanpa dapat dikawal oleh kerana dirinya sudah sampai tahap maksimum menahan diri daripada berteriak keras.

"A-apa maksud kau?" soal Jungkook.

"Seperti asal, kau benci aku dan aku benci kau" balas Minjung lalu dia berjalan menuju ke arah pintu kelas untuk keluar daripada situ.

Lantas Jungkook mengejar langkah gadis itu. Tanpa befikir dua kali, Jungkook terus menarik lengan gadis itu.

"Kenapa sejak akhir-akhir ni kau layan aku macam ni? apa aku dah tak cukup kacak ke, hah?!" 

TBC 

So, maaf lah sebab lama tak update.

Jadi, maaf juga untuk chapter hambar ni, aku janji chapter lepas ni akan jadi lawak dan sweet, kotlah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top