15: Berita

Chapter kali ni memang panjang, aku tulis penat duh T-T but, sokay lah. Aku pun jarang update kan? maaflah.

210 votes + 100 comments

"K-kau, Jungkook, spesimen Golden physical yang keempat" kata lelaki yang badannya agak berisi berbanding rakannya yang ditumbuk oleh Jeon Jungkook tadi.

Jungkook terkaku buat seketika, apa maksud lelaki itu? adakah dia juga salah seorang yang pernah menjadi bahan eksperimen sebelum ini?

"Polis! Polis! Polis!" teriak Minjung sebaik sahaja siren polis berbunyi.

Dua orang saintis itu berlari lintang-pukang melarikan diri supaya tidak ditangkap.

Setelah beberapa saat berlalu, Minjung menyentuh bahu Jeon Jungkook yang daripada tadi tidak bergerak.

"J-Jungkook, kau o-okay?" soal Minjung apabila Jungkook tidak mempamerkan sebarang reaksi.

Jeon Jungkook menghembus nafas lalu mengukirkan senyuman paksa sambil memandang ke arah Kim Minjung.

"Jadi, aku dah selamatkan nyawa kau 2 kali, bukan?" soal jejaka itu sambil mengambil beg sekolahnya yang berada di tangan Minjung.

"Tch, banyaklah kau punya selamatkan. Nasib baik tadi ada kereta polis lalu sebab buat rondaan untuk cari pemandu mabuk je" balas Minjung dengan kenyataan bagaimana bunyi siren polis tadi berbunyi.

Di kawasan sini memang banyak pemandu-pemandu mabuk, jadi seminggu itu akan ada empat hingga enam kali rondaan polis.

Jungkook tergelak kecil lalu dia mula menyandang beg sekolahnya.

"Kau balik naik apa?" soal Jungkook.

"Naik kaki" balas Minjung.

Jungkook hanya melamparkan pandangan kosong tanda malas ingin bergaduh dengan gadis itu.

Mereka berdua terus berjalan bersama dan berpisah di lampu jalan yang terletak tidak jauh dari sekolah itu kerana rumah mereka terletak di arah yang bertentangan.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Jungkook sedang duduk di kerusi meja makan sambil memandang ke arah ibunya yang sibuk menyusun Tupperware edisi terbaharu di rak koleksi Tupperware milik ibunya.

"Ibu, ayah tak balik ke malam ni?" soal Jungkook. Ingin sekali dia bertanya tentang Golden Physical, tetapi dia ingin menunggu waktu yang sesuai dahulu.

"Tak, ayah kerja dekat wad kecemasan hari ni, sambil nak tengok-tengokkan doktor-doktor pelatih" balas ibunya.

"Aik, pengarah hospital pun nak kerja dekat wad kecemasan?" balas Jungkook sambil menongkat dagu.

"Kamu tahulah, ayah kamu tu cerewet lain macam sedikit, nak pilih doktor di kalangan doktor pelatih pun dia sendiri yang turun padang sendiri untuk pilih" balas ibunya sambil tangannya masih sibuk menyusun bekas Tupperware itu.

"Dekat hospital ada padang ke?" soal Jungkook dengan niat bergurau, sudah tentu dia memahami apa yang ibunya maksudkan, cuma sengaja dia mencari topik perbualan yang mahu membuat ibunya pening kepala.

"Eh, kamu ni, ibu lempar juga Tupperware ni dekat kepala kamu nanti" balas ibunya.

Jungkook tergelak kecil lalu dia berjalan ke arah sofa. Sempat dia mencapai alat kawalan jauh lalu menekan suis buka.

Skrin memaparkan seorang wanita berumur dalam lingkungan awal 50-an sedang membaca berita tengah malam hari ini.

Apa yang membuatkan Jungkook tidak berhenti memandang ke arah skrin televisyen itu, ialah..

"Kenapa muka pembaca berita tu ada iras-iras dengan Kim Minjung?" itu persoalan yang bermain di minda Jungkook. Adakah dia sedang gila bayang atau apa?

Jungkook mengusap matanya lalu dia memandang sekali lagi ke arah skrin. Masih sama, wajah wanita yang membaca berita tengah malam itu, kelihatan ada iras-iras dengan wajah Minjung.

Kim Minjung POV💚

"Hyung, ibu kan kerja baca berita tengah malam hari ni, jom lah keluar, pergi makan ramen dekat 7e ke, tengok perlawanan tinju ke" kata Minjung sambil memujuk abangnya supaya dapat keluar malam ini.

"Eh, kau tu baru je balik dari sekolah, pergi tidur, esok nak kena pergi sekolah lagi" balas Seokjin sambil menolak Minjung supaya menjauhinya.

"Lagi pun, tempat perlawanan tinju tu kan baru je kena serbu dengan pihak polis, mestilah ambil masa nak cari tempat baru untuk adakan perlawanan tinju lagi" balas Seokjin. Tempat kegiatan haram, memang prosesnya begitu, bila diserbu mereka akan buat lagi beberapa minggu kemudian.

Tidak kiralah merempit, berjudi tanpa lesen, perlawanan tinju tanpa lesen, pusat-pusat hiburan tanpa lesen. Semuanya sama sahaja proses mereka. Tidak serik.

Mereka berdua serentak memandang ke arah pintu masuk rumah sebaik sahaja bunyi pintu itu terbuka.

Rupanya, ayah mereka berdua baru sahaja pulang dari tempat kerja.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" soal ayahnya yang baru sahaja pulang dari bank negara.

Sudah tentu mereka tahu ayahnya baru pulang dari situ kerana ayahnya merupakan salah seorang pegawai penting di bank negara.

"Ha, nak tidurlah ni" balas Minjung sambil menolak Seokjin supaya mendekati ayah.

"Appa, nak makan?" soal Seokjin.

"Ada makanan apa?" balas ayahnya sambil meletakkan beg kerjanya di atas sofa.

"Tadi kitorang berdua masak spaghetti bolognese" balas Seokjin.

"Jadi semua dah makanlah ni?" soal ayahnya.

Seokjin dan Minjung mengangguk laju.

"Teman appa makan, boleh?" pinta ayahnya kepada kedua-dua anaknya.

Mereka tersenyum sebelum menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan ayah mereka.

"Makanlah, kitorang teman" kata Minjung sambil menongkat dagu dan tersenyum.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Jeon Jungkook memandang ke arah Kim Minjung yang sedang curi-curi makan gula-gula sambil membuka plastik pembungkus gula dibawah laci meja itu.

Sementara cikgu Sizuka di hadapan sibuk mengajar subjek matematik.

Jejaka kacak itu menongkat dagu sambil berpaling ke sebelah kanan menghadap. Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah gadis yang sebenarnya pandai tetapi tidak diketahui umum.

Alahai, comel betul apabila melihat gadis itu sedang mengunyah gula-gula getah itu secara diam-diam sambil mulutnya di tekup dengan buku teks matematik.

"Jungkook, apa jawapan untuk b?" soal Cikgu Sizuka membuatkan Jungkook terkejut tetapi dia sempat mengawal riak wajahnya.

"b? ah, saya dapat x sama dengan 52, sama dengan 3" balas Jungkook sambil memandang ke arah buku tulisnya.

Sekarang mereka sedang bincangkan latihan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu semalam. Jadi, Jungkook telah menyiapkan semuanya semalam, sudah tentu jawapannya ada dalam buku itu.

"Ok, bagus, jawapan Jungkook betul, yang lain siapa yang tak dapat jawapan tu buat balik jalan kerja di muka surat sebelah" kata Cikgu Sizuka.

"Minjung, apa jawapan c?" soal cikgu Sizuka.

Hampir sahaja gadis itu tertelan gula-gula getah akibat terkejut apabila namanya dipanggil oleh cikgu.

"ha? err apa soalan dia cikgu" soal Minjung sambil berdiri dari kerusi. Ah, sudah tentu semalam dia tidak membuat kerja sekolah. Mana pernah gadis itu membuka buku untuk membuat kerja sekolah ketika berada di rumah.

Jeon Jungkook dan satu kelas mengalihkan pandangan mereka ke arah Minjung.

"Haih, ni mesti kamu tak buat kan? soalan senang je Minjung, tu soalan yang awak belajar 4 tahun lepas, saya bagi nak suruh awak recall balik je" ujar cikgu.

"Apa soalan dia?" bisik Minjung kepada Nayeon yang duduk di sebelahnya. Aduhai, buku Nayeon pun kosong, tak buat apa langsung kerja sekolah. Sama dengannya.

"Yang ni" kata Nayeon sambil menunjukkan soalan yang mana satu.

g(x) = 3 + 1
cari g² (4)

"Tch, senang je pun ingatkan soalan kbat ke apa" kata Minjung perlahan.

"cikgu bagi latihan untuk kamu juga, bukan untuk cikgu, dah lah tahun ni kamu ada peperiksaan awam. Kalau latihan cikgu bagi pun kamu tak buat, macam mana nak lulu--" bebelan cikgu Sizuka dipotong oleh Minjung.

"40, jawapan dia 40" kata Minjung.

Cikgu Sizuka terus menyelak buku jawapan edisi guru, iya jawapannya betul.

"Ehem, ok bagus, duduk" kata Cikgu.

Tanpa membuang masa Nayeon terus berbisik pada Minjung kerana sifat ingin tahunya yang tinggi.

"Macam mana kau dapat jawapan?" soal Nayeon. Padahal bukunya tiada jawapan, Minjung lagilah, bukunya entah ke mana. Macam mana dapat jawapan?

"O-oh aku agak-agak je ehehe" balas Minjung sambil menghulurkan sekeping gula-gula getah kepada Nayeon. Sudah tentu bila dapat makanan masa kelas ini akan membuatkan orang teruja dan berhenti bertanya.

"Baiklah, kelas kita sampai sini saja, nanti siapa yang dah janji nak stayback hias kelas hari ni, awak semua kemas dulu kelas, saya nak pergi kedai beli bakul untuk letak marker pen lepas tu saya datang sekolah balik" kata Cikgu.

Semua hanya mengangguk tanda akur dengan arahan cikgu Sizuka.

"Oh ya, Jungkook, nanti sebelum mula kemas kelas tu, tolong pergi pejabat ambil surat dan edarkan surat tu kepada semua orang" pesan cikgu Sizuka lagi.

"Baik, cikgu" balas Jungkook sambil mengangguk.

☆☆☆☆

Kim Minjung kini sedang sibuk memasang kain langsir di kelasnya. Manakala Chanyeol  dan Eunwoo sedang memotong kertas untuk ditampal pada papan kenyataan kelas.

"Ini dikira gotong-royong ke, Taehyung?" soal Eunwoo kepada Taehyung yang sedang memasang wallpaper di dinding kelas yang berdekatan dengan papan putih.

"Dah tu? kita tengah buat kenduri kahwin ke sekarang?" balas Taehyung.

"Gotong-royong dalam bahasa inggeris apa?" soal Eunwoo.

"Oh, tolonglah jangan mulakan!" marah Nayeon yang sedang menyapu lantai. Bukannya mereka tidak tahu, kalau Eunwoo sudah mula mengeluarkan soalan ingin tahunya itu. Dia akan terus bertanya.

"Jimin, gotong-royong dalam bahasa inggeris apa?" soal Eunwoo sambil memandang ke arah Park Jimin dan Jaehyun yang sedang menyental dakwat marker pen di locker belakang kelas. Kelas itu sudah lama tidak guna pakai, kali terakhir senior yang menggunakan kelas itu, dalam lima enam tahun lepas.

Itu yang dakwat permanent marker pen banyak diconteng oleh bekas pelajar dahulu. Kenanganlah katakan.

"Entahlah weh" balas Jimin, malas mahu melayan Eunwoo.

Jeon Jungkook yang baru sahaja tiba di kelas itu bersama beberapa keping kertas yang diambilnya di pejabat tadi.

"Surat apa tu, Jungkook?" soal Kim Jisoo sambil berhati-hati turun daripada meja itu kerana dia baru sahaja selesai mengelap kipas siling.

"Oh, ni surat pemberitahuan" balas Jungkook membuatkan satu kelas berhenti membuat kerja dan mengalihkan pandangan mereka kepada jejaka itu.

"Pasal apa?" soal Jaehyun.

"Jangan cakap yang kita kena pergi kem" kata Minjung.

"Cliche sangat tu" balas Nayeon kepada Minjung.

"Tak, pasal benda lain. Lagi cliche" balas Jungkook.

"Apa?" soal Chanyeol dengan perasaan ingin tahu.

"Selalunya kita tak join kan aktiviti sekolah bersama pelajar lain, sebab nak fokus sukan dan belajar" kata Jungkook dan mendapat anggukan setuju daripada mereka semua.

"Tahun ni, kita semua perlu join" kata Jungkook.

"Semua?!" soal Taehyung dengan nada tinggi.

"Iya, dan macam yang korang tahu, aktiviti awal tahun sekolah" kata Jungkook lagi.

"Jangan cakap... hari yang.. tu" balas Eunwoo.

"No way!" laung Jisoo.

"Iya, aktiviti yang kita semua tak nak terlibat tu lah, aktiviti pertama kita akan join tahun ni" kata Jungkook.

"Aku nak pindah sekolah jelah macam ni" kata Park Jimin.

"Nanti mesti budak kelas lain perli-perli kita sebab baru sertai semua aktiviti tahun ni" kata Nayeon sambil mencebik muka.

"Kejap, tahun kita ada berapa buah kelas?" soal Chanyeol. Akibat jarang hadir ke sekolah, sampai tidak tahu bilangan kelas yang ada untuk tahun mereka.

"Termasuk kita dulu ada enam kelas, kalau kira sky dan mantel dah bercampur satu kelas, jadi lima kelas " balas Jisoo.

"Argh, aku paling tak suka kelas biosfera" kata Jaehyun dan mendapat anggukan daripada seluruh pelajar kelas itu.

"Aku ingat, kelas Mantel je yang tak suka kelas Biosfera sejak dulu, rupanya Sky pun tak suka" balas Taehyung.

"Weh, siapa je yang suka kelas tu?" balas Jimin.

"Haih, sekarang ni kita ada masalah besar, perlu hadap hari karnival sekolah dan menghadap perangai tak matang pelajar kelas biosfera" kata Jisoo sambil berpeluk tubuh.

Minjung dan Jungkook saling berpandangan. Tidak cukup masalah Golden, masalah sekolah pula tiba!

TBC

Mengaku jelah chapter ni hambar, dah lah maleh aku. Dahlah hampir 2000 words, tapi hambar.

Eii, benci pulak aku dengan diri sendiri. Ok bai.







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top