12: Rahsia

200 votes + 80 comments

Keadaan kelas itu mula diam sebaik sahaja Cikgu Nobita tiba di muka pintu kelas baru itu.

Haih, selama ini kelas Mantel dan Sky kecil sahaja kerana mereka hanya terdiri daripada 5 orang pelajar sahaja setiap kelas. Tidak seperti kelas lain yang ada 20 hingga 30 orang sekelas. Jadi, kelas mereka besar.

Oleh kerana pengetua mengarahkan pelajar kelas Sky dan Mantel untuk berkerjasama. Maka, terpaksalah mereka duduk sekelas.

Jadi, 10 orang pelajar ini telah ditempatkan di sebuah kelas baru yang asalnya stor untuk meja dan kerusi berlebihan. Sebab itulah Cikgu Sizuka mahu hias kelas esok selepas waktu sekolah tamat.

Adakah anda dapat memahami situasi buat masa ini?

"Baiklah, memandangkan kamu semua dari dua kelas yang berbeza, jadi pengetua arahkan untuk namakan kelas ini dengan nama lain, bukan Sky dan bukan Mantel lagi. Kita perlu cari nama lain" kata Cikgu Nobita.

Tiba-tiba sahaja Cha Eunwoo mengangkat untuk memberikan cadangan.

"Oh, laju betul awak fikir nama, apa dia, Eunwoo?" soal Cikgu Nobita.

"Cikgu, kelas Mental, boleh tak?" Eunwoo memberi cadangan.

Lantas Park Chanyeol memukul bahu Eunwoo dengan penuh perasaan.

"Yang mental tu kau sorang je, bukan satu kelas ni" kata Chanyeol.

"Err, ok cadangan lain?" ujar Cikgu Nobita.

"Cikgu, kalau kelas Mentol?" Eunwoo memberi cadangan lagi.

"Weh, aku rasa kau patut diam" kata Minjung sambil menepuk perlahan bahu milik Eunwoo yang duduk di barisan meja hadapannya.

Eunwoo menayangkan riak wajah kecewa, alah, apa salahnya kalau letak nama seakan-akan dengan Mantel.

"Jeon Jungkook, ada cadangan?" soal Cikgu Nobita kepada Jungkook.

"Sky maksudnya langit dan Mantel tu lapisan bawah kerak bumi. Jadi, saya cadangkan nama kelas ni.. erm macam mana kalau  'atmosfera'?" Jungkook memberi cadangan.

"Dah macam buku teks geografi" kata Jaehyun sambil tersenyum menongkat dagu. Jeon Jungkook dan pelajar kelas Sky hanya mengangguk sambil tergelak kecil. Mereka rasa nama itu kelakar.

Manakala pelajar kelas Mantel pula hanya saling berpandangan sesama sendiri.

"Atmosfera tu bukan jenama biskut ke?" soal Eunwoo kepada pelajar kelas Mantel yang lain.

"Bukanlah, tu Famous Amos" balas Taehyung sambil meluku kepala milik Eunwoo.

Nayeon dan Minjung hanya mampu menepuk dahi akibat stress melihat pengetahuan cetek si perenang handal itu.

"Baiklah, semua setuju dengan nama Atmosfera?" soal Cikgu Nobita dan mendapat anggukkan lemah daripada semua pelajar.

Aduhai, tak bersemangat langsung.

"Cikgu!" panggil Jungkook.

"Iya?" balas Cikgu Nobita.

"Saya sakit perutlah cikgu, mungkin tadi saya tersalah makan, boleh tak kalau saya nak berehat di bilik kesihatan?" soal Jungkook.

Minjung memandang ke arah jejaka itu. Eh eh, tadi bukan main gelak-gelak sihat je. Tiba-tiba saja sakit perut.

Cikgu Nobita hanya mengangguk memandangkan Jungkook merupakan Top student jadi Cikgu Nobita mempercayainya.

"Oh ya cikgu, tadi saya makan dengan Minjung, dia pun sakit perut juga" kata Jungkook lagi.

Terbeliak mata Minjung, sejak bila dia sakit perut? Hah?!

"Awak sakit perut juga, Minjung?" soal Cikgu Nobita kepada Minjung.

"Err" Kim Minjung mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook. Apa pula si talam dua muka ni nak buat, aduhai.

Jungkook memberi signal seakan-akan menyuruh Minjung menipu sahaja.

"Aduhh, perut saya sakit sangat, cikgu" kata Minjung sambil membuat muka seolah-olah menahan sakit. Maka, mula lan sesi berlakon.

"Cepat-cepat, Jungkook dan Minjung pergi terus ke bilik kesihatan!" arah Cikgu Nobita membuatkan Jungkook terus menarik tangan Minjung supaya berlari keluar daripada kelas itu.

☆☆☆☆

Setelah berjaya keluar daripada kawasan sekolah dengan cara memanjat tembok belakang sekolah, mereka berdua berjalan  di lorong sempit kerana tidak mahu menggunakan jalan biasa. Takut nanti tertangkap.

"Jungkook, kalau kita kena tangkap, macam mana?" soal Minjung dengan nada risau.

"Ni kali pertama kau ponteng sekolah eh?" balas Jungkook dengan soalan juga sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sekolahnya.

"Bukan masalah kali pertama ke tak, masalahnya, kalau kena tangkap nanti dapat demerit macam mana?" balas Minjung pula.

"Jadi, kita kenalah pandai menipu" balas Jungkook.

Minjung menayangkan riak wajah yang tidak percaya. Biar betul, macam ni perangai sebenar ketua kelas Sky? perangai sebenar pelajar paling top dalam sekolah?

"Kau, memang selalu buat kerja jahat macam ni ke?" soal Minjung akibat terlalu terkejut dengan perangai Jungkook.

Jeon Jungkook yang semua orang tahu, seorang yang garang, tegas, berdiplin dan jujur.

Tak sangka perangai sebenar dia, punyalah setan. Ya tuhan, lelaki ni memang dasar talam dua muka.

"Kenapa? kau tak suka?" soal Jungkook sambil kening kanannya dijongketkan lalu dia merapatkan dirinya dengan gadis itu.

"Aku dengar, majority perempuan suka bad boy, kan?" soal Jungkook bersama suara maskulinnya membuatkan Kim Minjung menelan air liurnya yang terasa kelat semacam itu.

Terus Minjung mempercepatkan langkahnya bagi menjauhi Jeon Jungkook.

"Hei, aku tahu kau boleh lari laju, tapi janganlah tinggalkan aku" kata Jungkook sambil berjalan untuk menyamai langkah gadis itu.

"Kenapa perangai kau lain bila depan aku? depan orang lain perangai kau punyalah baik" soal Minjung.

"Sebab apa ya?" soal Jungkook kembali dengan nada yang menyakitkan hati.

"Tak nak jawab, sudah" balas Minjung.

"Sebab hanya kau dan Dongjae orang yang tahu aku ni pelajar sekolah dan pada masa yang sama ahli tinju. Jadi, buat apa aku perlu berlakon baik padahal kau dah tahu rahsia aku" kata Jungkook.

Langkah Minjung terhenti, lalu dia berpaling ke arah Jungkook.

"Sebab tu je?" soal Minjung.

"Eh, sebab tu dah cukup kukuh untuk aku berbaik dengan kau, tau" kata Jungkook dengan nada yang tinggi.

"Dah tu, kenapa kau berhenti bertinju selama 2 tahun sebelum ni?" soal Minjung.

"Aku terkantoi dengan mak ayah aku, yang aku bertinju dekat underground" balas Jungkook sambil mengusap lehernya.

"Mak ayah kau tak bagi kau bertinju?" soal Minjung.

"Kalau mak ayah aku bagi bertinju, lama dah aku wakil negara, tak payah bertinju dekat underground, tapi sebab diorang tak bagilah, aku terpaksa bertinju senyap-senyap" kata Jungkook.

Minjung hanya mengangguk kepala. Hebat juga Jungkook bertinju, wajahnya tidak pernah lebam atau luka, mungkin pernah ada sekali. Sebab tu boleh, kantoi.

"Jadi, kita dah saling tahu rahsia sesama sendiri, dah boleh upgrade hubungan? daripada Polyethylene dan Tupperware kepada Oxygen dan Hydrogen?" soal Jungkook sambil tersenyum gatal.

"Tch, kau tahu cerita penuh ke tentang rahsia aku?" soal Minjung.

"Kau dilahirkan dengan kelebihan genius dengan nombor. Jadi kau boleh kira dengan pantas tanpa guna kalkulator. Tapi, kau cuma pandai matematik, subjek lain kau perlu belajar macam orang normal" kata Jungkook dengan yakin.

Minjung menepuk tangannya lalu tersenyum sinis.

"Apa yang kau cakap tu memang betul, tapi kau terlupa satu bahagian" kata Minjung.

"Apa?" soal Jungkook.

"Aku, sedang menyorok daripada sekumpulan saintis gila yang nak culik aku untuk lakukan experiment kejam" kata Minjung.

"Err, saintis tu dua orang lelaki ke? seorang gemuk dan pendek, seorang lain tinggi dan kurus macam tiang lampu?" soal Jungkook.

"Macam mana kau tahu?!" suara Minjung meninggi akibat terkejut.

"Sebab, diorang tengah ada dekat belakang kita, sekarang ni"

TBC

Baiklah, chapter ni, ok ke? aduhai, takut aku nak teruskan cerita mengarut ni.

Oh ya, siapa kurang faham masalah Jungkook dan Minjung? silakan tanya di sini, aku akan reply ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top