11: Sertai
200 votes + 70 comments
"Aku kookie, kau milk, serasi bukan?" balas Jungkook sambil matanya memandang ke arah Minjung.
Kim Minjung buat-buat batuk bagi menamatkan keadaan yang kekok itu. Aduhai, lelaki ni. Sejak hari pertama jumpa, selalu sangat buat hatinya berdebar.
Bukan berdebar cinta tapi berdebar sebab takut jika tiba-tiba Jungkook lakukan benda yang pelik. Kerana, jejaka itu sukar untuk diramal.
Kadang-kadang baik, kadang-kadang sombong, kejap-kejap garang, kejap-kejap suka cakap benda mengarut.
Tapi apa yang Minjung tahu, Jungkook tu selalu ada back-up plan. Senang cerita, agenda lelaki itu bukan satu, tapi lebih. Tak kiralah apa benda Jungkook lakukan sekali pun.
"Kau nak main mix and match ke, waktu pagi-pagi buta ni" akhirnya Minjung bersuara.
"Kenapa? tak boleh?" balas Jungkook sambil berpeluk tubuh.
"Dahlah beg kau berat, aku nak masuk kelas dulu. Kau berdiri lah dekat sini, teruskan bercakap pasal mix and match kau tu" balas Minjung lalu dia berjalan meninggalkan Jungkook.
Jeon Jungkook tergelak kecil lalu dia mengejar langkah Minjung, aduhai gadis tu memang jenis yang cepat malu tapi mahu cover dengan perangai dingin ya?
"Kalau macam tu, kau hydrogen dan aku oxygen" kata Jungkook lagi.
"Weh, kau bekas polystyrene, aku Tupperware" balas Minjung.
"Kenapa?" soal Jungkook.
"Kita sama-sama bekas tapi, kau murah, aku mahal. Jadi, jangan dekatkan sangat diri kau dengan aku. Ha, gitu" balas Minjung lalu dia berlari meninggalkan Jungkook.
Sekali Kim Minjung berlari, kau ingat budak-budak lain boleh kejar? Oh, tolonglah.
Jungkook mengukirkan senyuman sambil melihat ke arah Minjung yang sedang berlari menjauhinya.
"Baiklah, mari kita tengok sejauh mana hubungan bekas polystyrene dan Tupperware tu akan bertahan" kata Jungkook dengan perlahan.
☆☆☆☆
"Baiklah, esok petang siapa nak teman cikgu, untuk siapkan hiasan kelas?" soal Cikgu Sizuka.
10 orang pelajar gabungan Sky dan Mantel dalam kelas itu hanya mendiamkan diri. Weh, malaslah.
"Cikgu, saya nak tolong" Jungkook mengangkat tangan kanannya ke udara.
"Ok, lagi ada sesiapa?" soal Cikgu Sizuka.
"Kim Minjung kata dia nak tolong juga" kata Jungkook. Terus seluruh pelajar kelas itu berpaling memandang ke arah ketua kelas Mantel itu.
"S-sejak bila, aku kata?" soal Minjung kepada Jungkook.
"Eh, bukan ada 3 minggu ke?" balas Jungkook dengan jawapan berlapik sambil tersenyum jahat.
"Cikgu saya, nak tolong" akhirnya Minjung turut mengangkat tangannya.
"Kalau Minjung, join, saya nak tolong juga" kata Nayeon sambil mengangkat tangannya.
"Kalau ketua kelas saya nak sertai, saya pun nak sertai" kata Jimin sambil mengangkat tangannya lalu Jung Jaehyun juga turut mengangkat tanganny
"Weh, Chanyeol jom lah join" kata Eunwoo kepada Chanyeol.
"Tak naklah, malas lah" balas Chanyeol.
"Aku belanja ayam lepas balik esok" kata Eunwoo sambil menjongket kening.
"Ok, kalau macam tu aku join" kata Chanyeol lalu dia mengangkat tangan.
"Belanja aku sekali, aku nak join juga esok" Taehyung menyampuk perbualan mereka.
"Ok, boleh boleh" balas Eunwoo lalu dia tergelak.
"Kalau hampir semua nak join, saya pun nak juga lah cikgu" kata Jisoo sambil mengangkat tangannya.
Hanya tinggal Chaeyoung sahaja yang tidak mengangkat tangannya.
"Awak tak nak sertai, Chaeyoung?" soal cikgu Sizuka kepada gadis dari kelas Sky itu.
"Dah ada 9 orang kan? cukup untuk siapkan semua kerja. Saya kena balik awal esok, ada kelas tambahan" balas Chaeyoung dengan nada dingin.
"Ok, baiklah. Itu sahaja untuk kelas hari ni, kamu semua boleh pergi rehat" kata Cikgu Sizuka memberi kata putus.
Minjung memandang ke arah Chaeyoung buat seketika. Kenapa dengan perempuan itu? cakap elok-elok boleh kan.
☆☆☆☆
Cha Eunwoo POV💚
Eunwoo, Chanyeol, Taehyung dan Nayeon duduk di meja kantin sambil menikmati makanan mereka. Seperti biasa, mereka memang selalu berbual bersama apabila makan di kantin.
"Kau tak rasa yang ketua kelas kita tu macam pelik je hari ni" kata Eunwoo.
"Kan, aku perasan juga, hari ni dia langsung tak bergaduh dengan ketua kelas Sky. Apa yang Jungkook suruh, semua dia buat, Jungkook suruh dia sharp pensel pun dia buat. Padahal dia tahu yang Jungkook menulis guna pen bukannya pensel" balas Chanyeol dan mendapat anggukkan daripada rakan-rakannya kecuali Taehyung, dia kekal mengunyah.
"Tengok tu, dia rehat dengan Jungkook. Sebelum ni bukan main kutuk si Jungkook tu" kata Nayeon pula sambil menunjuk ke arah meja yang selang tiga baris dari mereka.
Meja itu hanya ada Jungkook dan Minjung, tiada orang lain.
"Cepatlah makan, nanti makanan korang sejuk" kata Taehyung membuatkan mereka semua kembali fokus untuk menjamah makanan masing-masing.
Jeon Jungkook POV💚
"Sedap?" soal Jungkook sambil menongkat dagu memandang ke arah Minjung yang sedang makan di hadapannya.
Minjung hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Jungkook.
Jungkook melihat pinggan milik Minjung, daging semua sudah habis, hanya tinggal sup, sayur dan nasi sahaja. Nampak sangat gadis itu menyukai daging.
Tapi pelik, biasanya, kalau lauk yang orang suka, mereka akan simpan untuk makan waktu akhir nanti. Tapi Kim Minjung ni, dia habiskan dulu awal-awal.
Jungkook meletakkan beberapa keping daging tebal miliknya ke dalam pinggan Minjung. Membuatkan gadis itu berpaling memandang ke arahnya.
"Kau tak nak makan ke?" soal Minjung.
"Kau nak makan daging tu atau tak?" balas Jungkook dengan soalan.
"Ok, tanpa rasa malu aku akan makan" kata Minjung lalu dia menyuapkan semua daging itu ke dalam mulutnya. Takut Jungkook ambil balik nanti daging tu. Bukan apa, Jungkook ni tak boleh percaya.
"Kau ingat aku bagi daging tu saja-saja?" soal Jungkook membuatkan Minjung tersedak semasa menelan daging itu.
"uhuk! uhuk!" terbatuk-batuk gadis itu gara-gara Jungkook. Dasar, Jeon Jungkook!
Jungkook menahan tawanya, kelakar betul reaksi gadis itu.
"Kau nak apa, Jeon Jungkook?" soal Minjung dengan nada dingin. Kan dah kata, Jungkook ni memang selalu ada agenda lain.
"Petang ni kau ada pertandingan matematik dekat luar kan?" soal Jungkook.
Minjung mengangguk perlahan.
"Aku nak kau sertai pertandingan tu" kata Jungkook.
"Apa kau gila? hari ni ada kelas sampai malam tau. Macam mana nak keluar?" soal Minjung.
"Aku ada idea macam mana kita nak keluar sebelum waktu sekolah tamat" kata Jungkook.
"Kejap, apa maksud kau dengan, kita?" soal Minjung.
"Bodoh, maksudnya, kau dan aku, akan ponteng kelas petang dan malam"
TBC
Sejujurnya, aku baru perasan, cerita ni agak comel 😂😂
Baiklah jangan lupa komen dan vote!!
Oh ya, siapa dah ketagih dengan cerita ni?
Sebab aku dah ketagih nak tulis cerita ni.
Promote‼
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top