Chapter 96 : Return From The Dead


Suasana sunyi dan Sophie serta yang lain,memerhatikan kuasa dan penampilan Sophiriel yang berbeza. Pheara yang di dalam dakapan Sanzo mula sedar,dia membuka matanya dan Sanzo menyedarinya lalu turunkan dewi itu dari dukungannya.

"Pheara.. Awak okay?" soal Sanzo dan Pheara tersenyum sambil mengangguk.

Pheara menyedari sesuatu dan menoleh ke satu arah,melihat Sophie dan Sophiriel sedang berbalas renungan.

"Itu Vera?" soal Pheara menekup mulutnya dan bahu disentuh oleh Sanzo.

"Dia bukan lagi seseorang yang awak kenal.. Serahkan saja pada auntie Sophie.." jelas Sanzo.

Sophiriel tersenyum sinis merenung Sophie,manakala Sophie pula hanya tersenyum licik.

"Kau masih boleh tersenyum?" soal Sophiriel.

"Kenapa tidak? Saya teruja melihat pihak lawan yang kuat.." jelas Sophie.

"Keterujaan kau akan membawa padah perempuan naga.." ujar Sophiriel dan Sophie tersenyum.

"Besarnya tanduk ni kerbau kalau lambung sesenang je.." seseorang menegur dan mereka menoleh.

Tez berada di sebelah mereka,Sanzo hanya menghela nafas pendek. Elene turut ada bersama,kemudian memandang ke arah Sophie.

"Siapa perempuan tanduk merah besar tu.." kata Elene dan Irene menghampirinya.

"Kata dewi Pheara.. Nama demon dia adalah Sophiriel.." jelas Irene.

"Nama demon?" soal Elene hairan.

"Ya.. Nama sebenar dia adalah Vera.." tambah Irene lagi dan Elene terkejut.

"Pheara! Itu ialah Vera?!" soal Elene dan Pheara hanya mampu mengangguk sahaja.

"Saya fikir awak berjaya bunuh dia.." ujar Elene dan Pheara hanya mendiamkan diri sahaja kemudiannya.

"Pheara!" Elene ingin berkata lagi,Tez menangkap lengannya.

"Tez!? Lepaskan lah!" Elene cuba ingin menarik tangannya lepaskan dari pegangan tangan Tez namun gagal.

"Elene.. Cukup.." kata Sanzo menghalang Elene.

"Ia bukan masalah awak Sanzo.. Sepatutnya Pheara dah hapuskan dia!" kata Elene.

"Boleh kau bunuh seseorang yang kau sayang.. Besarkan kau dari kecil?" soalan Sanzo buatkan Elene terdiam.

Suasana tegang itu disedari Sophiriel,senyuman sinis terukir dan Sophiriel mengangkat pedangnya.

"Marilah perempuan naga.. Kita tengok siapa yang akan jatuh.." ujar Sophiriel.

"Okay je bagi saya.." kata Sophie memegang kipas lipatnya dengan kemas.

"Senjata kecil itu tidak akan membantu kau..!!" Sophiriel meluru dan menetak ke arah Sophie.

Namun Sophie dengan mudah menepis,kemudian mulutnya dingangakan dan Sophiriel terkejut.

"Dragon Maiden Breath!!

ZROOOSSHHH!!!

Semburan api mengenai tubuh Sophiriel sehingga dia terseret jauh,Sophiriel menahans semburan dengan bilah pedang miliknya. Lantas Sophiriel menghayunkan pedangnya dan semburan api lenyap,Sophie hanya menutup separuh mukanya dengan kipas lipat yang dibuka secara luas.

"Ops.. Sorry,panas ke?" soal Sophie.

Sophiriel tidak berkata apa-apa,hanya meluru laju ke arah Sophie dan dengan gerakan pantas. Sophiriel bergerak ke belakang Sophie,dia menoleh ke belakang dan hayunan dilibas.

Tetapi Sophie berjaya mengelak dan ini menaikkan darah Sophiriel,serangannya langsung tidak kena pada Sophie.

"Awak serang mana?" soal Sophie tersenyum dan Sophiriel mengerutkan dahi merenung tajam ke arah Sophie.

Pedang dicacakkan dan ditarik hulunya,sedikit terbuka dan mengeluarkan bayang merah berlegar-legar kemudian meluru ke arah Sophie.

Melihat benda tersebut ingin mendekati dia,segera Sophie berganjak ke belakang. Namun bayangan merah yang lain sudah menunggu,sebaik sahaja terkena dengan tiba-tiba letupan kuat berlaku.

BOOMM!!!

"Ibu!" Tez mula risau.

Sophie memerhatikan keadaan bahunya,cedera dengan teruk dan Sophiriel hanya ketawa sahaja. Bayangan merah begitu banyak,Sophie hanya mendiamkan diri sahaja dan air mukanya berubah.

"Elaklah la lagi..kau tidak akan buat muka macam tadi lagi.."

Sophie hanya memerhatikan sahaja Sophiriel ketawa,gaya lagak angkuhnya hanya ditenung tajam.

"Marah ke? Muka inilah yang aku nak tengok.. Hahaha..." kata Sophiriel tersengih.

Sophie hanya mendiamkan diri dan lukanya,kembali sembuh dan Sophiriel terkejut lalu memandang ke arah Sophie. Senyuman manis diberikan oleh Sophie,kemudian sekelip mata serangan lutut mengenai batang hidung Sophiriel.

DUUUSSH!!

Sophiriel berundur beberapa langkah ke belakang,hidungnya keluar darah hitam kemerahan dan menekup batang hidungnya. Sophie hanya mengibaskan kipas lipat,dia memandang Sophiriel dengan bersahaja.

"Oh my dear.. Still too earlier to. Give up.. Right?" soal Sophie.

"Don't get hope to high bitch.." kata Sophiriel mengetap gigi menahan marah.

Sophiriel mengawal bayang merah yang banyak,meluru ke arah Sophie namun si naga hanya membuka kipas dan menghayunkan dengan tenang. Tiupan angin yang kuat sekelip mata melenyapkan bayangan hitam milik Sophiriel.

Tindakan Sophie mengejutkan Sophiriel,dia merengus geram kerana taktiknya gagal. Dia memegang hidungnya yang terkena serangan lutut oleh Sophie.

"Hidung sakit lagi ke?" soalan Sophie buatkan Sophiriel mengetap gigi meningkatkan kuasanya.

"Lawan dengan aku secara serius!!" Sophiriel meluru laju ke arah Sophie.

Mereka bertembung dan pertarungan sengit kembali bermula,Sophie sekadar tersenyum dan menangkis serta menepis serangan Sophiriel. Libasan merah dilepaskan dan Sophie,terus membalas dengan menghayunkan libasan dari kipas lipatnya.

ZRASSH!!

ZRASSH!!!

TASSHH!!

Serangan mereka bertembung dan Sophiriel,meluru dan bertembung sekali lagi. Mereka berlawan dengan gerakan yang pantas,tetapi kelihatan Sophie sekadar bermain-main sahaja.

"Aku cakap.. LAWAN AKU DENGAN SERIUS!!" Sophiriel menetak pedang dan Sophie menahan kemas.

Pedang Sophiriel tekan ke bawah,namun Sophie langsung tidak berganjak dan ini hanya membuatkan Sophiriel benar-benar marah. Sayap hitam yang besar dikepakkan dan Sophiriel terbang ke udara,pedang dijulang dan puluhan ribu pedang dihasilkan dari cahaya kemerahan.

"Banyaknya?!" Irene terkejut dan Elene mendecih.

"Wow.. Awak ada tenaga lagi ye?" soal Sophie.

"Senyum la selagi kau mampu!!" Sophiriel melancarkan serangan bagaikan hujan dari langit ke arah Sophie dan yang lain.

"Berlindung!!" Elene menjerit.

"Tak perlu.." jelas Tez dan Elene serta yang lain kehairanan.

Sophie menarik kipasnya ke belakang,kipas lipatnya mula bersinar warna kelabu dan Sophie dengan tenang mengibaskan kipasnya.

ZWOOSSHH!!!

Sekali kibasan serangan ribuan pedang cahaya merah,milik Sophiriel terus terbatal dan membuatkan Sophiriel tergamam.

"Lawan awak dengan serius?" soal Sophie dengan nada yang berlainan,auranya juga dikesan berlainan dari aura yang dia tunjukkan tadi.

Sophiriel merasai tekanan yang menakutkan daripada Sophie,malah auranya bagaikan memberi dia perasaan seram sejuk.

"Kalau itu yang awak mahukan.. Saya akan tunaikan.." ujar Sophie.

Sophiriel ingin melancarkan serangan,namun Sophie sudah terapung di hadapannya. Lalu segera Sophiriel menghayunkan serangan,tetapi dengan mudah Sophie menahan bilah pedangnya hanya guna tangan kosong.

"Ibu saya dipanggil Dragon Maiden bukan kerana rupa dan personaliti saya..." ujar Tez dan seiring Sophie menghancurkan pedang Sophiriel hanya dengan satu kali genggaman sahaja.

Sophiriel terkejut apatah lagi Sanzo dan yang lain,Igdriren tergamam dan Igdes terkejut melihat pintu tersebut.

"Ibu saya adalah Naga.. Anak kepada ketua Puak Naga.. Datuk saya adalah kesatria naga yang disanjungi oleh puak lain.. Seperti Puak Shaitan.. Puak ayah saya.." jelas Tez.

Sophiriel mengetap gigi dan menghayunkan kaki,Sophie menahan hanya menggunakan kipas lipatnya. Kemudian dia libas kipas lipatnya,tepat ke muka Sophiriel dan terhempas jatuh ke bumi. Sophie hanya menutup kembali kipasnya dan turun mendarat ke tanah semula,dia memerhatikan Sophiriel yang terbaring.

Sophie sedar sesuatu dan menangkis serangan mengejut dari belakang,Sophiriel menyerang hendap menggunakan imej bayang dan ingin cuba melakukan serangan mengejut namun gagal.

"Bagaimana?" soal Sophiriel sebelum tercampak ke belakang dan jatuh menyeret jauh.

Sophiriel mengerang kesakitan dan tidak puas hati,bagaimana dia tidak boleh menyentuh Sophie yang bagi dia seperti perempuan naga yang biasa?

"Kenapa aku tidak boleh sentuh kau.. Bagaimana kau.. Siapa kau sebenarnya?!" soal Sophiriel bangkit dengan terkial-kial.

"Awak patut tanya saya dari awal.. Baru la nak berlawan.." kata Sophie tersenyum.

"JAWAB SOALAN AKU!!" bentak Sophiriel.

"Oh my.. Macam budak kecil nak tunjukkan perasaan.." kata Sophie dan Sophiriel sudah hilang sabar.

Sophiriel meluru ke arah Sophie dengan amarah yang menguasai dirinya,Sophie hanya menghela nafas pendek dan membuka kipas lipatnya lalu melakukan ribuan libasan.

ZRASSH..!!

ZRASSH..!!!

ZRASSH..!!!!

Ribuan libasan menyerang Sophiriel tanpa henti,darah memancut keluar dan jeritan kesakitan. Pheara hanya memalingkan muka,tidak sampai hati untuk melihat keadaan tersebut dan Sanzo mengusap kepalanya menenangkan dia.

"Maaf..." kata Sophie dan Sophiriel diam kaku berdiri lalu lenyap seperti debu,Igdes mengetap gigi cuba menahan dari marah.

=======================

Ikhwan menyeret ke belakang dan melutut,nafasnya jelas termengah-mengah dan Zahhak pula hanya tersengih.

"Kau semakin lemah ke? Bukan kau lebih kuat semasa tewaskan aku?" soal Zahhak dan Ikhwan hanya berdiri semula.

Zahhak hilang senyuman melihat renungan Ikhwan,dia berjaya mendesak lelaki itu namun kenapa dia merasakan sesuatu tidak kena.

Zahhak hanya memandang ke belakang,Marvus tidak berbuat apa-apa tindakan dan hanya sekadar menunggu sahaja. Zahhak mendecih dan sejak bila dia mula terasa teragak-agak untuk melakukan sesuatu?

Ikhwan ditenung dalam-dalam dan senyuman Ikhwan terukir di mulut,Zahhak mengetap gigi dan meluru ke arah Ikhwan. Sekelip mata dia bergerak ke belakang,Ikhwan ingin menoleh namun diri tercampak jatuh.

"Apa yang kau senyumkan ha?!!" Zahhak memekik dengan sifat marah yang menguasai diri.

"Haaa... Korang nak berlawan satu lawan satu sampai bila ni?" soal Ikhwan sambil berdiri dan Marvus kehairanan.

"Apa yang kau nak katakan?" soal Zahhak.

"Kau dan Marvus.. Apa kata serang aku serentak,aku sudah bosan menunggu.. Nak bunuh aku bukan?" Ikhwan berkata dengan sengaja menyimbah petrol pada api kemarahan.

"Kau memang berani Raja Naga.." Marvus mula termakan hasutan dan Zahhak mendecih geram.

Zahhak dan Marvus merenung tajam ke arah Ikhwan,kuasa mereka berdua semakin lama semakin meningkat.

"Is he gonna be okay?" soal Hazen.

Hazen yang melawan Army of Dead hanya memerhatikan dari jauh,Army of Dead kembali dengan tiba-tiba dan menyerang.

Zahhak menyerang terlebih dahulu,Marvus pula memegang kemas pedangnya. Zahhak menyerang dengan serangan lutut,Ikhwan menangkis kemas dan Marvus sudah bergerak ke sebelah kanannya.

ZRASSH!!!

TANG..!!!!!

Ikhwan menahan dengan pedang yang dihasilkan oleh bara api biru,tekanan hayunan Marvus buatkan Ikhwan menyeret jauh. Tidak cukup dengan itu,Zahhak mara lagi sekali menyerang tanpa memberikan Ikhwan ruang.

Tumbukan padu mengenai tubuh Ikhwan bertubi-tubi,Ikhwan mengetap giginya menahan senak dan sakit pedih sebelum terseret di atas tanah. Marvus pula mengambil kesempatan ketika Ikhwan masih terbaring di atas tanah,pedangnya bersinar aura ungu kehitaman dan dijulang ke atas udara.

Lantas Marvus menghayunkan secara menegak ke arah Ikhwan,letusan kuat berlaku dengan impak gegaran yang hebat. Ikhwan terbaring kaku tidak bergerak,dua antagonis yang terkuat mendesak dia sehingga menjadi seperti itu.

"It's over? You're really become weak.." Marvus berkata dengan nada yang kecewa,Zahhak mendekati Marvus.

"Only miracle when you defeat me that time.. Huh?" soal Zahhak tersenyum puas.

"Now is your turn.." ujar Marvus memandang ke arah Hazen.

"Who? Me?" soal Hazen tersengih.

ZRASSH!!!

Hazen yang melibas sehingga Army of Dead hancur,kemudian menoleh ke arah dua orang antagonis dengan sinis.

"But you should turn around.." ujar Hazen dan Marvus serta Zahhak kehairanan.

"Turn your back when think enemy already lost?" suara Ikhwan kedengaran.

Zahhak dan Marvus terkejut lalu menoleh ke belakang,pipi mereka dihinggapi penumbuk sebelum sempat menoleh penuh ke arah belakang.

DUUUSSH!!

TEPAT! Mengenai sasaran jika dikatakan,sehingga herot mulut Marvus dan Zahhak. The Drifter tergamam melihat keadaan tersebut,Hazen hanya tersengih sahaja dan sambung melibas Army of Dead yang ingin mara.

Marvus dan Zahhak kali ini yang jatuh terseret,Ikhwan berdiri sambil mengibaskan pakaiannya dengan muka yang tenang. Mukanya sedikit calar dan kotor,Ikhwan menoleh ke arah Marvus dan Zahhak.

"Kau..." Zahhak bangun semula.

"Nampaknya bukan mudah nak tumbangkan kau huh?" soal Marvus dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Tidak kisah la.. Yang penting aku nak hentak dia lagi sepuas hati aku.." kata Zahhak

"Hentak aku?" soal Ikhwan dan dua orang itu merasai sesuatu tidak kena datang daripada Ikhwan.

Aura sekeliling kawasan jelas berubah,Zahhak memandang sekeliling kawasan dan jelas ia datang daripada Ikhwan. Marvus terasa menggigil dan memandang ke arah Ikhwan semula,pandangan mata yang buas di sebalik ketenangan Ikhwan.

"Apa yang kau buat?" soal Hazen mendarat di sebelahnya dan Ikhwan hanya menjeling dia.

"Mereka berdua buruan aku.. Jangan menyibuk.." kata Ikhwan dingin.

"Ah.. Come on.. I'm bored here.." ujar Hazen dan The Drifter ketawa.

"Oh Hazen The Destroyer.. If entertainment you seek.. I'll grant it.." kata The Drifter dan Hazen memandang ke arah dia serentak dengan Ikhwan.

"Rise and Awake.. The Great Nemesis..." The Drifter menyebut nama yang Hazen tidak mahu dengar.

Satu bulatan magik seruan yang besar terhasil,satu susuk tubuh mula terbentuk dan menunjukkan wajahnya.

Nemesis.

Anasir yang telah ditewaskan Hazen 400 tahun yang lalu kini berdiri di hadapannya.

"Hello Hazen.. I miss you so much.." ujar Nemesis.

"Sorry,but I don't have a slightest missing you.." kata Hazen dengan renungan tajam.

=========================

Yes guys

Ini adalah persetujuan penuh aku dan MuhdHayatulAkmal untuk munculkan semula villain utama dari siri hot daripada Mr. Akmal

TALE OF THE GREAT IMMORTAL

Tiada siapa nak ambil kisah Zahhak dan Marvus return?

Sedih aku tengok watak jahat yang dua ni

Macam tak excited pun,aku double update khas untuk reader

Haih kalau macam ni la

Baik aku update seminggu sekali

HAAA...

Adeu..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top