Chapter 90 : Brollmuthaz vs Hayyel


Pheara berpusing ke udara dan menghayunkan pedang,Aena tersentak dan menahan dengan dua bilah pedangnya sebelum tercampak ke belakang.

Sayapnya dikibarkan dan Aena kembali stabil,dia memandang tajam ke arah Pheara tanpa satu ayat sekalipun.

Sanzo pula menyerang puluhan askar kematian,dua bilah pedang dipegang kemas dan membelah musuh tanpa teragak-agak.

Nafas diatur dengan kemas,dia memandang tajam ke arah Pheara yang sedang bertarung sendirian. Askar-askar kematian mara ke arahnya,dia memegang erat kedua-dua pedangnya dan terus mencincang musuh.

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!!!

DIMENSION CUTTS!!

Sekelip mata askar-askar kematian hancur,dia menghela nafas panjang. Aura bunuhnya membuatkan Ruhiel menggigil dan bersyukur,kerana dia kini berada di pihak yang sama.

"Hey Irene.." sapa Ruhiel dan Irene menoleh ke arahnya.

"Apa?" soal Irene selepas melubangkan badan askar kematian.

"Aku rasa buat pilihan yang bijak berpihak dengan kamu semua.." kata Ruhiel dan Irene hanya tersengih.

"Aku setuju dengan kau.." ujar Irene dan Ruhiel menoleh ke arah lain.

"Budak tu pula boleh tahan.." kata Ruhiel dan Irene menoleh ke arah Astia yang terbang menyerang askar musuh.

"ANKLE DROP!!" Astia menghayunkan buku lalinya.

DUUUSSH!!!

"METEOR IMPACT!!" tangan Astia kedua-dua angkat ke udara,bola sebesar saiz tubuhnya terhasil dan dibaling ke arah puluhan askar kematian yang mara.

BRAAMMM!!!!!

"WING FEATHER!!" Astia terbang ke udara sebelum menembak dengan bulu pelepah hitamnya.

TUSSH!!!

TUSSH!!!

Irene dan Ruhiel yang menyaksikan keadaan itu,hanya mampu tersengih melihat Astia yang ketawa girang.

"Aku boleh percaya yang dia adalah anak Raja Shaitan.." ujar Ruhiel tersenyum kelat menelan air liur.

"Ini masa dia main-main.. Kalau masa dia serius?" soal Irene pula dan dua askar kematian menyerang curi.

ZRASSH!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Irene menyerang balas dengan lembingnya,Ruhiel pula memegang dua pucuk pistol yang muncungnya masih berasap.

"JANGAN SIBUK!!" Irene dan Ruhiel berkata serentak.

TANG!!!!!

Tez dan Hayyel berbalas tetakan pedang,mereka berdua bertarung dengan impak sekeliling bergegar. Hayyel berundur beberapa langkah ke belakang akibat ditolak Tez,dia menjejakkan kakinya untuk menghentikan dirinya lalu memecut semula ke arah Tez.

KRAANG!!

Tez mengetap giginya dan tangannya sedikit kebas menahan libasan Hayyel,dia memandang ke arah Hayyel yang berpatah balik ke arahnya dan kembali menyerangnya semula.

KTANG!!!

"Tch!! Damn...!" Tez diasak teruk.

"Menyerah dan biarkan aku bunuh kau.." ujar Hayyel.

Tez dan Hayyel kembali berbalas tetakan pedang,mereka berbalas renungan walaupun wajah Hayyel disembunyikan sebalik topeng tetapi Tez jelas dapat melihat renungan matanya.

KTANG!!

KTANG!!

"Putus asa? Jangan harap walaupun seribu tahun!" Tez berkata dengan megah.

"Ha... Kita tengok sampai mana kau bertahan.." kata Hayyel.

Tez menghela nafas pendek,dia memandang ke arah Hayyel. Suasana menjadi sunyi seketika sambil diperhatikan oleh Elene yang turut bertempur,dia risaukan Tez walaupun tahu Tez sukar untuk mati.

Aura daripada Tez dikeluarkan,dia terus memecut laju ke arah Hayyel. Hazen terkejut dan Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,Elene pula risau.

"HIYAH!!" Tez menghayunkan pedangnya.

"Hmmph!!" Hayyel pula melibas secara melintang.

Tez berpusing melambung ke udara,Elene terkejut dan dia membuka mulutnya.

"BROLLMUTHAZ!!!"

Tez berguling ke tanah beberapa kali sebelum berhenti,tubuhnya berdarah dan Hayyel hanya menghela nafas pendek.

"Kau memang kuat..." ujar Hayyel memandang ke arah Tez yang masih terbaring.

"Tetapi aku lebih kuat daripada kau.." tambah Hayyel dan berpaling,Elene ingin mendapatkan Tez tetapi dia tidak mampu kerana diasak askar-askar kematian.

"Tidak! Saya perlu sembuhkan dia!!" Elene berkata dengan air matanya mengalir.

Hayyel melangkah pergi dan Hazen serta Ikhwan,tiba-tiba sahaja berdiri di hadapan dia. Hayyel terhenti langkahnya,dia kehairanan dengan tindakan dua orang tersebut.

"Apa? Giliran kamu berdua nak menentang aku?" soal Hayyel dan Hazen ketawa sahaja.

"Menentang kau? Haha.. Tidak.." ujar Hazen tersengih dan Ikhwan menuding jari ke belakangnya.

"Kau pasti nak berlalu pergi..?" soal Ikhwan pula.

Hayyel kehairanan dan dia merasai aura yang menyeramkan,datang dari belakangnya dan perlahan-lahan Hayyel menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Ikhwan.

"Tez..." Elene berkata dengan senyuman lega.

Hayyel tergamam melihat Tez berdiri,dalam keadaan muka menunduk ke bawah tanah. Namun auranya memberikan seram sejuk,Hayyel melihat gambaran tengkorak bertanduk.

"I-ini..." Hayyel hilang kata-kata dan berundur beberapa langkah ke belakang tanpa disedari.

Ikhwan dan Hazen berbalas pandangan,mengangguk faham tanpa berkata apa-apa lalu beredar. Mereka harus membantu Elene,Tez pula perlahan-lahan mengangkat mukanya.

Air muka Tez tidak lagi seperti biasa,nak kata serius bukan nak katakan dia marah pun bukan. Air mukanya yang dingin memberikan bulu roma seseorang merinding,Tez menghela nafas panjang.

"Hey.. Old man.. Are you ready?" soal Tez dan Hayyel kehairanan.

"Ready for what?" Hayyel tidak faham dengan soalan Tez.

DUUUSSH!!!

KRASSH!!!

Tumbukan Tez mengenai tepat ke topeng helmet Hayyel,Elene yang menyaksikan dari jauh tergamam. Ikhwan dan Hazen hanya tersenyum sahaja,mereka berdua tahu apa yang akan jadi.

Hayyel terpelanting jauh dan Tez pula,dengan reaksi dingin terus lenyap dari pandangan mata. Tidak lama muncul semula di saat Hayyel,hampir terjatuh dan Tez terus menghayunkan tumbukan.

DUSH!!

Hayyel melambung tinggi ke udara,Tez mengubahkan tangannya menjadi cakar naga. Tez terus melompat tinggi,dia bergerak pantas ke atas Hayyel yang terapung seketika di udara.

"Dragon Ancient Fist...." Tez menarik tangan ke belakang,Hayyel tidak mampu bergerak.

"ANCIENT FIST!!!"

DUUUSSH!!!

DUUUSSH!!!

Hayyel kembali menjunam dan terhempas ke bumi,dengan impak yang kuat dan helmet miliknya merekah lalu pecah berlubang.

"Impossible... Arghh!" Hayyel tidak mampu meneruskan pertarungan,kesedarannya hilang.

Igdriren dan Igdes ditemani Xirgiath,menyaksikan tewasnya Hayyel dan Igdriren tersenyum sinis. Mulutnya bergerak membaca sesuatu,Igdes tidak memahami ayat yang dibaca oleh Igdriren.

Igdriren berhenti membaca dan Igdes merasai sesuatu,Igdriren memetik jari dan Hayyel yang tidak sedarkan diri. Matanya terbeliak besar dan buatkan Tez terkejut,Ikhwan dan Hazen hanya memerhatikan sahaja.

"ARGHH!!!!"

Hayyel terbangun dan menjerit seperti sedang kesakitan,dia sedar dirinya mengalami perubahan dan bakal menjadi shaitan.

"Hey anak Raja Shaitan!" Hayyel menjerit ke arah Tez.

"Hah?" Tez kehairanan.

"Cepat! Bunuh aku sekarang!!" kata Hayyel dan Tez serta Elene terkejut.

"Aku takkan membunuh dewa.." jelas Tez.

"Aku tak ada masa! Aku akan menjadi shaitan! Masa tu aku tidak mampu mengawal diri aku!!" Hayyel memberikan penjelasan dan Tez terkejut.

"Mustahil..." ujar Tez dan Hayyel tersenyum.

"Tolong.. Aku tidak mahu matis sebagai shaitan.." jelas Hayyel memejamkan matanya dan Tez terkedu kemudian berwajah serius.

Tez menguatkan kuasanya dan tangannya bersinar,berwarna kemerahan dan diselubungi kilat hitam. Tez membuat muka sayu,Hayyel sedar dan tersenyum kemudian Tez memecut meluru ke arahnya.

"Terima kasih..."

ZWOOSSH!!

ZRAKK!

Sekelip mata kepala Hayyel berpisah,transformasi dia terus terbatal dan Igdriren terkejut tetapi dia tersengih sahaja.

"Kau lebih rela dibunuh huh?"

Tubuh Hayyel terus tumbang dan Tez,hanya mengetap gigi dan air mata Elene mengalir. Dia memberikan penghormatan kepada Hayyel,Elene melakukan libasan kuasa penuh dan askar kematian yang mara hancur semuanya.

Ikhwan mengepalkan kedua-dua penumbuknya,api biru yang marak terhasil. Hazen pula yang berada di belakangnya,memegang erat pedang digelar Tyrant.

"Rain of Thousands Blaze!" Ikhwan terus melancarkan serangan dari langit.

"One Swing of Pure Soul!!!" Hazen melakukan serangan yang sama seperti tadi.

TUSSH!!!

TUSSH!!!!

TUSSH!!!

ZRASSHH!!!

BOOMMMM!!!!!

Letusan dari dua serangan menghasilkan impak yang dahsyat,angin kencang dirasai dan Elene terpaksa mencacak pedangnya pada tanah kerana impak tiupan angin itu hampir menerbangkan dia. Tez muncul dan membantu Elene,supaya tidak tercampak.

Suasana kembali tenang dan Ikhwan serta Hazen,berbalas pandangan tanpa kata-kata dan mereka membuka mulut.

"Oi apa hal kau lakukan serangan serentak?" soal Ikhwan.

"Itu soalan aku! Apahal kau sibuk nak menyerang?!" bidas Hazen.

"Kau tu watak pembantu je tak payah tunjuk sangat kehebatan kau tu.."

"Aku boleh katakan perkara yang sama pada kau.. Ini bukan dunia kau dan aku.. Kita bantu je kan?"

Ikhwan dan Hazen berbalas tikaman lidah,Elene dan Tez hanya mampu terkebil-kebil sahaja melihat mereka berdua bertekak mulut. Pada masa yang sama,Z yang memerhatikan dari tempat tersembunyi ditemani oleh seorang pemuda.

"Sukar nak percaya mereka ni dikatakan entiti terkuat di antara dimensi.." ujar pemuda itu dan Z tersengih ketawa kecil.

"Jangan begitu Kay.. Mereka cuma sedang berseronok.." jelas Z dan Kay menghela nafas pendek.

(Kay The Young Dimension Traveller)

"Dunia ini akan hancur.. Mereka ada masa untuk bermain-main?" soal Kay dan Z tersenyum menghela nafas pendek.

"Jangan risau Kay.. Semua akan okay.." ujar Z dan Kay pula hanya mengangguk sahaja.

"Baiklah.. Aku akan percayakan mereka.." jelas Kay memandang ke arah Ikhwan dan Hazen yang bertekak lalu dileraikan oleh Tez dan Elene.

"Ya.. Seperti kau percaya 9 orang kawan tu.." ujar Z tersengih.

"Mungkin..." balas Kay tersenyum.

"Bukankah kau beruntung dikelilingi gadis comel.. Hehe.." kata Z dan Kay membuat muka blur.

"Mereka semua masih lagi muda.. Lagipun,aku sudah hampir seratus tahun.." jelas Kay.

"Suka hati kau.." ujar Z tersenyum.

Kay hanya memetik jari dan pintu portal terbuka,Z hanya memerhatikan sahaja dan Kay menundukkan kepalanya tanda hormat lalu melangkah masuk ke dalam portal tersebut.

"Be careful out there.." ujar Z dan Kay hanya melambai sahaja dari belakang.

=======================

Ini untuk sambungannya

Okay guys

Akhirnya Goddess & The Immortal berjaya mencapai 90 chapter.

Please comment and vote okay?

No comment with asking fast update okay?

If you do.. You know what I'm going to do

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top