Chapter 87 : War & Reinforcement From Another World
🔶Imej untuk Kenji di media🔶
(Gambaran untuk Army of Dead)
Kenji menghela nafas pendek,melihat Sanzo dan yang lain pergi. Lengannya ditarik oleh Aphys,Kenji menoleh ke arah Aphys.
"Okay ke kami di sini?" soal Aphys.
"Yalah.. Takkan kami perlu bersembunyi di sini.." kata Astia pula tidak berpuas hati.
"Kita akan lindungi dojo ini serta God Emperor dan Goddess Empress.." jelas Irish pada Aphys.
"Ya.. Kita tidak tahu sama ada dojo ini selamat jika kita tinggalkan.." balas Kenji.
"Maknanya kita juga akan berlawan?" soal Astia dan Kenji mengangguk.
"Yossha! Asobo yo!!" Astia berkata girang.
Tez menjerit seiring mencengkam muka askar kematian,lalu menyeret askar tersebut dihempaskan ke tanah. Gegaran yang kuat terhasil,dia menggayakan tangannya membuka cakar dan meluru laju ke arah ratusan askar kematian yang menyerang.
KRAANG!!
KDANGG!!
Elene yang mengekorinya hanya mampu memerhatikan sahaja Tez menggila,Sanzo dan Pheara bersama yang lain baru tiba.
"Frirja! Hilna..! Kamu pergi bantu orang awam.. Irene pula ikut saya dan Sanzo.." Pheara berkata seiring menyeru pedangnya.
"Baiklah.." Frirja dan Hilna berpandangan kemudian siap sedia dengan menyeru senjata masing-masing.
Frirja dan Hilna terbang pergi dari situ,Irene pula menyeru lembingnya dan terus bersiap-sedia.
"Master.." seorang ninja berpakaian serba hitam,muncul melutut ke arah Sanzo.
"Hanzo.. Bagaimana dengan yang lain?" soal Sanzo.
"Penduduk kampung kami telah pindahkan.. Kini Hattori serta yang lain sedang pertahankan kawasan masing-masing.." jelas ninja bernama Hanzo.
"Bagus.. Pastikan jangan sampai mereka sentuh manusia.." jelas Sanzo dan Hanzo mengangguk faham kemudian hilang dari pandangan.
Sanzo menyedari kehadiran askar kematian,malah mengepung mereka dan Irene ingin mula menyerang tetapi dihalang oleh Pheara.
"Goddess?" soal Irene kehairanan.
Sanzo melangkah ke hadapan dengan tiba-tiba,pedangnya ditarik sedikit dan askar kematian tersebut mengaum lalu ingin menerkam Sanzo. Irene terkejut dan ingin bertindak,tetapi Sanzo hanya dengan muka yang tenang menarik pedangnya.
INFINITY SLASH!!
Sekelip mata askar kematian dipotong bagaikan dicincang dengan pisau pemotong daging sehingga hancur.
Irene tergamam dan Pheara sekadar tersenyum,Sanzo pula sekadar menyarung semula pedangnya.
Sanzo menarik sebilah lagi pedangnya,Irene menyedari tubuhnya menggigil. Dia merasai daya bunuh Sanzo yang kuat,Sanzo menjeling ke arah Pheara.
"Jangan tertinggal belakang.." kata Sanzo tersenyum lembut.
"Awak fikir saya siapa?" soal Pheara dan Sanzo sekadar mengangguk.
"Irene! Mari!!" Pheara dan Sanzo serentak berkata lalu memecut ke hadapan.
"Ya!" Irene menurut arahan.
Pada masa yang sama,berlainan dimensi di dunia Mithgar. Ikhwan yang sedang duduk minum petang ditemani Alisa,mereka berbual dengan tenang tanpa ada masalah.
Walaupun sudah berkahwin selama 6 tahun,kemesraan mereka tidak kurang dan sentiasa mencintai antara satu sama lain. Namun Ikhwan terdiam dan mendongak ke langit,rekahan dimensi berlaku dan kembali normal.
"Abang?" soal Alisa melihat Ikhwan berjalan ke tengah-tengah halaman belakang rumahnya.
"Abang ada urusan.. Boleh Alisa tengokkan anak kita?" soal Ikhwan dan Alisa seakan faham dan memberikan senyuman.
"Abang.. Hati-hati ya?" pinta Alisa dan Ikhwan tersenyum mengangguk.
Ikhwan mula terapung dan terbang laju meninggalkan rumahnya,Alisa pula hanya mampu berdoa semuanya selamat.
"Uncle!!" Ikhwan terkejut sebaik ada yang menegurnya,dia menoleh ke belakang.
Luqman dan Aminudden terbang secara bersebelahan,dia tersengih sahaja dan Luqman serta Aminudden terbang di sebelahnya.
"Bawa kami sekali! Kami juga ingin membantu!!" jelas Aminudden dan Luqman mengangguk,Ikhwan tersengih sahaja.
"Suka hati korang.." ujar Ikhwan.
Ikhwan berhenti di atas awan dan dua beradik itu sama menunggunya,Ikhwan menghalakan tapak tangannya ke hadapan dan bulatan portal terhasil.
"Let's go.." ujar Ikhwan dan dua beradik itu tersengih.
"Alright!!"
Pada masa itu, Hazen sedang berbual dengan isterinya iaitu Aveline di satu tempat yang tenang. Tiada satu pun makhluk yang berani mengganggu mereka berbual.
Mereka bergelak tawa sesama sendiri. Namun, gelagat mereka berdua diperhati oleh seorang lelaki dan seorang wanita.
"Look at them. Dah bersama lebih ratusan tahun pun masih lagi sweet." Kata lelaki itu.
"Well. Just let them be. They are one of the Supreme Gods and Goddesses." Balas wanita itu.
Secara mengejut, Hazen merasakan sesuatu yang bahaya. Sesuatu yang mampu membawa kepada malapetaka jika tidak dihalang.
Dia segera berdiri. Dia menghalakan tangannya ke udara. Tidak lama kemudian, sebilah pedang besar melayang ke arahnya. Hulu pedang itu ditangkap lalu disisipkan di belakang Hazen.
"Abang nak pergi mana?" Soal Aveline.
"Sayang ingat tentang dunia yang pernah abang masuk tu? Dunia di mana dewa dewi mereka menjadi korup?" Soal Hazen.
"Haah. Kenapa? Jangan cakap abang nak pergi ke dunia tu?" Soal Aveline lagi.
"Well, abang cuma nak pastikan benda yang muncul di dunia tu, tak merebak ke dunia ni. Kang nanti habis abang tukarkan menjadi debu." Balas Hazen dengan berseloroh. Aveline hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Ikut suka hati abang. Saya nak turun ke Realm of Life. Nak jumpa budak-budak tu. Nanti selesai urusan abang terus jumpa budak-budak tu eh?"
"Sure. Abang rindu juga nak ketuk kepala Zen tu. Hahahaha!!"
"Kalau abang nak tidur luar malam ni, cubalah." Kata Aveline seraya memberi amaran.
"Abang gurau jelah. Abang pergi dulu." Kata Hazen lalu membuka sebuah portal dimensi lalu masuk ke dalam portal itu sebelum hilang bersama dengan portal itu.
ZRASSHH!!!
Takemikazuchi memancung satu demi satu askar kematian,Bisha pula mengiringi manusia yang masih tersangkut di kawasan menjadi medan peperangan.
SLASSHH!!
Bisha membelah askar kematian yang ingin menyerang,dia mendecih dan mendongak kemudian mendecih kerana askar aneh itu semakin lama semakin banyak.
"Ini tiada penghabisan! Ebisu! Kau tidak ada penyelesaian?!" soal Takemikazuchi.
"Kau ingat aku ni per? Doraemon?" soal Ebisu memancung kepala salah satu askar kematian.
"Ah.. Come on.. Aku tanya je kan?!" kata Takemikazuchi bengang.
"VIVA LA FESTA!!!"
Sebelum sempat Ebisu membalas kata-kata Takemikazuchi,mereka dikejutkan oleh Aminudden yang muncul menjunam umpama roket.
BRAAMMMMM!!!!!!
Askar kematian terbakar menjadi debu,bersih sebelum datang lagi beratus. Api di tangan Aminudden marak,dia tersengih dan terus membakar tentera kematian yang begitu banyak.
"MARI SINI TAMBAH LAGI BERJUTA PUN TAK APA!!"
Melihat kegilaan di hadapan mereka,buatkan Ebisu,Bisha dan Takemikazuchi hilang kata-kata.
"Siapa dia?" soal Ebisu.
"Aku tak kenal.. Kalau boleh aku tak nak tahu.." Bisha mengangguk.
"Siapa kisah.. Dia bantu kita! Yo! Terima kasih sebab bantu kami!!" kata Takemikazuchi tersengih.
"Ha? Ya.. Sama-sama.. Saya Aminudden Al'Reezal.. Dari dunia Mithgar..!!" Aminudden memberikan namanya sambil menyepak askar kematian sehingga hancur.
"Budak tu sopan... Tapi ganas.." ujar Ebisu tergamam.
"Aku Takemikazuchi,God of Thunder!!" Takemikazuchi berkata dengan girang.
"Dia pun melayan!!" Bisha menekup mukanya.
"God of Thunder eh? Like my brother.. Cool!!" Aminudden berkata dan mengembungkan pipinya.
"Eh your brother?" soal Takemikazuchi.
"FIRE BREATH!!!" Aminudden menyemburkan api biru yang marak menjadikan askar kematian ke debu.
"Yeah. He can shoot thunder from his hand.." jelas Aminudden tersengih.
Seseorang dari langit dengan kilat ungu menyelubungi tubuhnya,dia menghela nafas pendek dan kilat dari atas awan menembak askar kematian itu semua dan hangus.
TUSSH!!
Kzzt!
TUSSH!!
Kzzt!!!
Aminudden menoleh ke satu arah,seseorang mendarat dan menghela nafas pendek. Dia tersengih individu tersebut manakala,individu itu tidak lain tidak bukan ialah Luqman.
"Oi Am.. Jangan suka-suka gerak sorang.. Kau nak kena panggang dengan uncle?" soal Luqman dengan muka blur.
"Dia ke abang kau?" soal Takemikazuchi dan Aminudden tersengih.
"Ah.. Selamat berkenalan.. Saya Luqman Al'Reezal.. Maafkan saya jika adik saya susahkan tuan-puan dewa semua.." ujar Luqman menundukkan kepala tanda hormat.
"Ah.. Sopan.. Bagus.." Takemikazuchi berkata dengan tersengih,Ebisu hanya terkebil-kebil.
"Ini bukan masa untuk sesi suai-kenal!!" Bisha mula bengang.
Pada masa yang sama juga,di lain kawasan Hanzo dan teman dia yang lain. Terbaring kerana tidak mampu tewaskan lelaki di hadapannya,Hayyel memegang kemas pedangnya.
"Jadi.. Ini je ke kebolehan puak Yamasato?" soal Hayyel menghalakan pedang ke arah Hanzo,tiada balasan dari Hanzo hanya mendiamkan diri.
"Haa... Kill them.." ujar Hayyel agak kecewa dan menghela nafas pendek,lalu askar kematian yang berada di belakang Hayyel mula bergerak melepasinya.
Hayyel terus hilang dari pandangan,askar kematian yang beratus menghampiri Hanzo dan ahli puaknya yang lain.
"My Lord..." ujar Hanzo memejamkan matanya.
"Slash of the Impure King..."
ZRASSHH!!!
Hanzo tergamam melihat ratusan ribu askar kematian hancur begitu sahaja,dia memandang ke satu arah dan seorang lelaki mendarat di hadapannya membelakangkan Hanzo.
"Siapa tuan?" soal Hanzo.
"Heh.. Panggil aku Hazen.. Hazen Siegfried.." jelas Hazen dan menoleh ke hadapan melihat ratusan ribu askar yang meluru ke arahnya.
"Thousands Blazing Shooting.."
TUSSH!!
TUSSH!!!
TUSSH!!!!
Ratusan ribu askar kematian menjadi debu dalam sekelip mata,Hazen dan Hanzo serta puak Yamasato yang lain tergamam.
"Apa?" soal Hazen sedikit hairan.
"Adakah ia perbuatan tuan Hazen..?" soal Hanzo.
"Bukan.. Ia bukan kuasa aku.." jelas Hazen.
"Jadi siapa?" soal Hanzo dan mereka menoleh ke satu arah,seorang lelaki mendarat dengan lembut.
Hazen memerhatikan lama penampilan lelaki itu,dia terkejut dan tersengih melihat kehadiran lelaki tersebut. Malah lelaki tersebut menoleh ke arahnya,Hazen menuding ke arahnya.
Ikhwan Syah Al'Solleh berdiri dengan muka selamba,dia hanya memerhatikan Hazen agak lama dan baru sedar siapa lelaki yang menuding jarinya ke arah dia.
"Kau lagi!!?" kata Hazen menuding ke arah Ikhwan.
"Ah.. Eyepatch.."
Sanzo yang sedang bertarung mengesan aura Ikhwan,dia tersengih dan gembira.
"Master!.."
======================
Hellooo guys
Peperangan sudah bermula dan apabila mereka kekurangan bantuan...
Muncul kuasa yang hebat membantu mereka
Sila bersama kami sehingga ke hujung cerita
Jangan push aku dengan komen minta update cepat
Harap faham aku tak suka tekanan.
Berikan komen dan vote di ruangan yang disediakan
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top