Chapter 86 : Attack By The Army of Dead


Ebisu yang duduk secara melutut,di tengah-tengah tempat seperti dewan. Matanya yang mula dipejam rapat,kini dibuka perlahan-lahan dan menoleh ke luar tingkap.

Awan menjadi gelap dengan tiba-tiba,guruh mula berdentum dan Ebisu keluar dengan wajah yang serius.

"Tidak... Hujan nak turun.. Baju tak teduh lagi.." ujar Ebisu dan seorang servant memandang Ebisu dengan muka blur.

"Itu yang dia risau?"

Hujan turun dengan lebat bagai tidak mahu berhenti,di satu sudut di kaki lima adanya Lucas dan Kenji sedang duduk bersebelahan sedang menikmati air teh.

"Ah.. Bagusnya jika masih muda.." ujar Kenji.

"Bukan muka kau muda lagi.. Umur je la.." kata Lucas.

"Kau nak aku cekik kau sampai mati?"

"Malangnya aku tak boleh mati.."

Kenji dan Lucas ketawa serentak,mereka memandang ke halaman dojo. Hujan yang lebat turun,membasahi muka bumi yang hijau. Guruh dan kilat saling bertukar giliran menjalankan tugas,suasana sunyi dan yang kedengaran hanyalah bunyi hujan yang turun dengan lebat.

Tiba-tiba satu potongan berwarna emas,terhasil di hadapan mereka dan Kenji serta Lucas terkejut. Potongan emas itu menghasilkan satu pintu dimensi,seseorang keluar dan Ikhwan menunjukkan diri. Dia agak terkejut serta matanya memerhatikan keadaan sekeliling,Kenji dan Lucas hanya mendiamkan diri.

"Kau.. Orang yang bersama Z.." ujar Kenji terkedu.

"Kat mana aku ni? Sekejap.. Ini dojo Sanzo.." kata Ikhwan.

"Sanzo? Kau kenal anak aku?" soal Kenji pula.

"Kau... Macam tu rupanya.." kata Ikhwan memerhatikan pedang bilah warna keemasan di genggaman tangannya.

Ikhwan segera berpaling daripada Kenji dan Lucas,dia tersenyum dan faham akan apa yang berlaku. Dia melakukan potongan dan membuka dimensi,saat Ikhwan ingin melangkah masuk dengan tiba-tiba Kenji bersuara.

"Nanti!" kata Kenji dan Ikhwan hanya sekadar membelakangkan mereka berdua.

"Kau datang dari dunia lain serta dari masa depan bukan?" soalan Kenji hanya buatkan Ikhwan menoleh ke arahnya,hanya sekadar senyuman Ikhwan berikan dan terus melangkah masuk ke dalam pintu dimensi serta lenyap bersamanya.

"Kenji.. Apa maksud kau 'dari dunia lain dan masa depan'..?" soal Lucas.

"Aku tak tahu.. Tapi gerak hati aku kuat mengatakan seperti itu.." jelas Kenji.

Hujan kekal tetap turun dengan lebat,Kenji sekadar menghirup air tehnya. Lucas pula menghela nafas pendek,dia memandang ke arah awan gelap.

"Aku dapat rasakan Igdriren sudah bangun..." kata-kata Kenji buatkan Lucas tersentak.

"Kau biar betul?" soal Lucas.

"Aku tak main-main kalau mengenai dia,Lucas.. Aku nak kau jaga-jaga.." kata Kenji dan Lucas terdiam lalu mengangguk.

"Aku faham.. Aku harus pulang ke demon realm.." jelas Lucas dan Kenji mengangguk.

Lucas segera bangkit dan menghalakan tapak tangannya ke satu arah,satu bulatan portal muncul dan Lohrryn melangkah keluar dari portal.

"My lord.." sapa Lohrryn menundukkan kepalanya tanda hormat.

Lucas mengangguk sahaja dan melangkah masuk ke dalam portal,diiringi oleh Lohrryn dan Tez pula hanya memerhatikan sahaja dari tempat terlindung sebalik dinding.

"Kau tak mahu pulang ke sana?" soal Kenji dan Tez agak terkejut kemudian menghela nafas pendek.

"Rasanya tiada masalah.. Ayah saya bukan calang-calang walaupun dia nampak baik.." kata Tez dan Kenji sekadar ketawa kecil.

"Ya.. Ayah kau bukan sembarangan demon lord.." ujar Kenji dan Tez hanya tersengih.

"Kita perlu risaukan di sini dari kisahkan hal di sana.." Sanzo pula mencelah sebaik muncul entah dari mana.

"Oi..oi.. Dia tu pak cik kau juga.." Kenji berkata sambil menggelengkan kepala.

"Maksud saya.. Jika kita tewas.. Dunia Shaitan juga dalam bahaya...mungkin dunia lain juga.." kata Sanzo dengan panjang lebar.

"Ya aku tahu Sanzo.. Huh?"

Awan semakin lama semakin gelap,Sanzo memerhatikan dan sedar ia bukan mendung yang biasa. Pheara yang berbual dengan Irish dan Sophie,terdiam dan mereka bertiga mula rasa tidak sedap hati.

Irene dan Hilna serta Frirja juga sama,Elene yang menemani Aphys dan Astia turut sama mengesan sesuatu yang tidak kena. Takemikazuchi pula berdiri di satu tempat tinggalnya,juga mengesan daya kuasa yang negatif.

"Apa ni? Kuasa yang menakutkan mula ingin menunjukkan diri..." jelas Takemikazuchi.

Bishamonten yang sedang berlatih,terhenti gerakan tangannya sebaik merasai kuasa misteri tersebut.

"Ayah.. Dapat rasai sesuatu tidak kena bukan?" soal Sanzo.

"Nampaknya Tentera Kematian mula bangkit.. Anak Igdriren sudah berjaya membuka pintu terakhir.." Osiris muncul di sebelah Tez,Asheia yang sedang terbaring telah lama sedar.

"My Empress!" Pheara yang bersama Irish dan Sophie menyedari Asheia sudah sedar.

"Pintu kurungan telah terbuka.." kata Asheia mula risau.

Pintu di hadapan Igdes dan Igdriren,sedikit demi sedikit terbuka dengan perlahan-lahan.

"At last.." Igdriren tersengih dan Igdes hanya mendiamkan diri sahaja,Xirgiarth yang berada di situ hanya beredar.

"Nampaknya semua akan bermula.. Kythes,ini adalah kemenangan aku.." Xirgiarth berkata dengan senyuman sinis.

"Mana dulu kita nak mulakan kehancuran.." kata Igdriren.

"Sebuah tempat dikenali bumi dan mulakan di Jepun.." jelas Igdes.

"Ah... Kau nak hapuskan anak Kenji?" soal Igdriren.

"Ya ayah.. Kerana dia.. Semua rancangan aku hancur!" ujar Igdes dengan penuh kemarahan di hati.

"Bagaimana dengan dewi bernama Pheara..?" soal Igdriren.

"Tiada guna biarkan dia hidup.." kata Igdes lagi dan Igdriren hanya tersengih licik sahaja.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki berjalan menghentak,semakin lama semakin kuat bunyinya. Igdriren pula semakin lebar senyumannya,Igdes pula hanya dengan mukanya yang dingin.

"Hancurkan semua,Tentera Kematian.."

Hujan tiba-tiba berhenti dan guruh saling sabung menyabung dengan dahsyat.

Sanzo dan Kenji serentak mendongak ke udara,sesuatu keluar dari awan yang gelap.

"Tentera berkuda?" soal Tez melihat ratusan askar seperti zombie,menunggang kuda berzirah.

"Tidak.. Itulah Tentera Kematian.. Igdes berjaya menguasai mereka.. Jika kita tidak halang,dunia ini akan musnah dan juga dunia lain turut sama..." Osiris berkata dan mengepalkan penumbuknya.

Tentera Kematian mula menyerang seluruh kawasan negara Jepun,manusia mula lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Ebisu dan Bisha memberikan bantuan,Tentera Kematian tidak berhenti dan terus menyerang dengan liar.

"Apa yang berlaku ni?!" soal Bisha.

"Nampaknya ia ada kena mengena dengan musuh dewi Pheara.." Ebisu berkata sendirian.

"THUNDERSTORM!!!"

Serangan petir yang kuat membakar tentera askar kematian sehingga hangus,Ebisu menoleh ke satu tempat dan tersengih. Takemikazuchi muncul dengan perisai dewanya,dia tersengih dan terus menyerang puluhan askar tentera kematian.

"Takemikazuchi! Ebisu! Bisha.. Mereka tidak boleh lawan dengan hanya mereka bertiga sahaja.." ujar Sanzo.

"Sanzo.." Kenji memanggil anaknya,Sanzo segera menoleh ke arah bapanya.

"Kita tiada pilihan selain berlawan.." jelas Kenji lagi.

"Heh.. Inilah yang saya tunggu ayah.. Masa untuk selesaikan hutang dengan dewa sialan tu.." kata Sanzo.

Kenji tersenyum sahaja dan mengambil pedangnya,lalu dilemparkan ke arah Sanzo.

"Ayah?" soal Sanzo kehairanan.

"Kau lebih layak.. Sebab kau la ketua keluarga Yamasato yang seterusnya.." jelas Kenji dan Sanzo sekadar tersengih.

"Jangan buruk siku minta balik.." kata Sanzo dan Kenji tersenyum.

"Ia tengok pada pedang tu.. Ia akan memberi penilaian pada pemiliknya.." kata Kenji pula dan Sanzo agak terkejut.

"Jangan kecewakan orang tua kau.." ujar Kenji lagi dan Sanzo tersengih.

"Lihat saya,orang tua.." kata Sanzo dan berpaling lalu sedia untuk berlawan.

"Sanzo! Tunggu!" Pheara pula muncul dan Sanzo terkejut.

"Pheara?" Sanzo menoleh ke arahnya.

"Jangan berdrama.. Jangan berdrama..." ujar Tez dalam hati.

"Awak nak halang saya?" soal Sanzo dan Pheara menggelengkan kepala.

"Saya akan bantu awak.." jelas Pheara dan Sanzo serta yang lain terkejut.

"Tapi ia berbahaya.." kata Sanzo risau.

"Sanzo sayang.. Sanzo lupa siapa Pheara sebenarnya?" Irish tiba-tiba mencelah dari belakang Pheara.

Sanzo mula sedar dan menekup mukanya,Pheara bersama dengan dia begitu lama sehingga Sanzo terlupa gelaran utama Pheara.

Goddess of Valkryie

"Okay.. Jangan tertinggal belakang.." kata Sanzo tersengih dan Pheara mengembungkan pipinya.

Pheara mengaktifkan kuasanya dan tubuhnya,bersinar dan berubah dengan zirah yang dia gunakan untuk bertarung.

"Cantik.." ujar Sanzo memberi pujian,Pheara hanya tersenyum dan menghampiri Sanzo.

"BAIKLAH!! AKU JUGA AKAN MEMBANTU!!" Tez berkata dengan semangatnya,Elene menarik telinganya.

"Saya juga akan ikut serta.." jelas Elene dan Tez hanya tersengih.

"Kami juga.." Irene berkata mencelah,Frirja dan Hilna bersamanya.

"Nampaknya aku juga akan bantu.." ujar Rea mencelah.

"Aku juga.." Osiris ingin menyertai,namun Kenji menghalang.

"Nope.. Kau duduk di sini temankan Asheia.. Aku dan Irish juga akan berada di sini.." jelas Kenji.

"Kakak pula?" soal Sophie dan Kenji tersengih.

"Terpulang pada kakak nak pilih yang mana.." jelas Kenji.

"Kalau macam saya akan sertai Sanzo dan yang lain.." jelas Sophie membuat pilihan.

"Hati-hati kakak.." ujar Kenji.

"Ya.. Sudah tentu.. Kamu pun.." balas Sophie.

"Ibu!" Sophie menoleh dengan terkejut sebaik Astia menjerit memanggilnya.

"Hati-hati! Pastikan pulang dengan selamat!!" Astia berkata dengan menahan dari menangis.

"Astia..." Sophie mulanya terkejut kemudian tersenyum.

"Baiklah.. Tunggu ibu ya?" pinta Sophie dan Astia mengangguk sambil ditenangkan Aphys.

Tez bersama Elene disusuli Rea,Frirja dan Hilna serta Irene. Manakala Sophie mendekati Tez,anaknya menjeling si ibu.

"Keep your promise..mother.." ujar Tez.

"Yes.. I will.. You too.. Don't die.." kata Sophie dan memandang ke arah Elene.

"Make sure he didn't do something stupid okay?" ujar Sophie pada Elene,manakala Elene tersenyum sahaja dan mengangguk.

"Mari pergi?" kata Pheara.

"Ya.." Sanzo menyangkutkan senjatanya kemas di pinggang dan belakang badannya.

"Mari pergi.. Kita kena pertahankan dunia kita.." kata Sanzo dan Pheara serta yang lain menyahut serentak.

"YA!!"


=======================

Ouhhh...!!

Harap bersabar untuk sambungan

Aku dah perah seboleh yang mungkin

Harap korang berpuas hati dengan chapter kali ini

Jadi setia dengan aku di penghujung cerita

Komen dan vote eh

Jangan komen minta update cepat ya..

Tahulah ubat aku bagi nanti kalau ada komen camtu

Sebab apa aku berikan peringatan?

Sebab kadang aku dah ingatkan di setiap chapter dan dh x bagi peringatan tu.. Aku check komen ada yang komen minta update cepat..

So aku akan berikan peringatan setiap chapter

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top