Chapter 84 : Calamity Nearing & Réunion
Osiris dipapah berjalan dan dia memerhatikan keadaan sekeliling,dia tertanya-tanya siapa lelaki bertopeng itu. Osiris dibantu duduk menyandar pada sebatang pokok besar,Osiris menyedari dan mendongak ke atas.
"Yggdrasil tree?" soal Osiris di dalam hati,kemudian dia memandang ke arah lelaki bertopeng tersebut.
"Siapa kau?" soal Osiris menahan sakit pada bahagian rusuknya.
"Jangan bercakap.. Tunggu dalam beberapa minit.." ujar lelaki itu.
Tubuhnya bersinar dengan tiba-tiba,Osiris merasai kesakitan pada tubuhnya mula pudar dan lenyap. Osiris cuba bangkit dan tidak sangka lukanya yang teruk,sembuh begitu sahaja dan dia menoleh ke arah lelaki tersebut.
"Siapa kamu? Kenapa kamu membantu saya?" soal Osiris.
"Sebab tuan tidak ditakdirkan mati dalam keadaan tersebut.. Serangan tadi adalah serangan yang beracun.. Jika terlambat sudah pasti tuan tidak mampu menggunakan kuasa tuan..." jelas lelaki tersebut.
Osiris again terkejut mendengar penjelasan lelaki bertopeng,dia mengingati lelaki misteri yang menyerangnya dan mengetap gigi.
"Nama saya Kythes.. Saya daripada puak naga.. Gembira bertemu dengan pemerintah Kayangan..." ujar lelaki itu melutut memberi hormat,Osiris menghela nafas pendek.
"Bekas.. Saya bukan lagi pemerintah Kayangan.. Selepas tewas dengan Igdes.." jelas Osiris.
"Dia menang dengan kotor.. Tuan masih lagi pemerintah Kayangan... Tetapi saya ada berita buruk untuk tuan..." ujar Kythes.
"Apa dia?"
"Kurungan Tentera Kematian.. Itulah sebab utama Igdes menewaskan tuan..."
Osiris tersentak dan mukanya pucat,dia bangkit dengan segera dan Kythes menghalang.
"Tuan ingin ke mana?" soal Kythes.
"Aku kena halang Igdes.." jelas Osiris.
"Hanya dengan kuasa kamu seorang?" soal Kythes.
"Saya tidak digelar God Emperor tanpa sebab.." ujar Osiris.
"Saya tahu tuan ingin pertahankan Kayangan.. Tetapi Xirgiarth,mampu menghalang tuan.." jelas Kythes.
"Xirgiarth?"
"Ya... Lelaki yang menyerang tuan..."
"Kau kenal dia?"
"Dia sama seperti saya.. Daripada puak naga tetapi puak naga iblis.. Puak naga yang berpihak dengan demon gelap.."
"Apa yang kita boleh lakukan sekarang?"
"Kita kena turun ke bumi.. Berjumpa dengan Kenji-sama.." ujar Kythes.
"Huh? Sekejap! Kamu sebut nama siapa?" soal Osiris.
"Yamasato Kenji.." ujar Kythes.
"Kenji masih hidup..?" soal Osiris tidak percaya.
"Ya,dia telah dihidupkan oleh seseorang.." jelas Kythes melangkah pergi,Osiris mengekorinya dari belakang.
"He's been resurrect?"
"Yes.. And your wife,Empress is safe.. Now she's with Kenji.."
Osiris menghela nafas lega,dia ingin bertemu semula dengan rakan lamanya. Bulatan portal terhasil di bawah kakinya,dia dan Kythes terus hilang dalam sekelip mata.
========================
Asheia dibaringkan di atas futon,kemudian Irish menarik menyelimutinya. Dia memandang ke arah Sanzo dan Kenji,Pheara pula hanya duduk di sisinya memandang Asheia yang tidak sedarkan diri.
"Empress..." ujar Pheara dan Irish hanya sekadar mendiamkan diri.
Kenji memberi isyarat pada Sanzo supaya pergi dari situ,Sanzo mengangguk faham dan beredar mengekori Kenji.
"Tiada kecederaan yang teruk.. Ibu kau boleh rawat dia.." jelas Kenji kemudian berhenti dari melangkah,dia memandang ke arah taman di halaman dojo.
"Aku harap ayah berkata benar.." ujar Sanzo dan Kenji tersengih sahaja.
"Kau kuat Sanzo.." Kenji berkata dengan senyuman kelat.
"Apa maksud ayah?" soal Sanzo kehairanan.
"Kau hadapi kehidupan bersendirian.. Tanpa ibu dan ayah di sisi.." Irish mencelah sebaik menghampiri mereka berdua.
Irish mendekati Kenji dan mereka berpegangan tangan,Sanzo hanya sekadar memerhatikan sahaja ibu bapanya kemudian dia menoleh ke tempat lain.
"Apa yang saya fikir sekarang adalah menghalang Igdes.." jelas Sanzo dan ibu bapanya terkejut.
"Saya dah tak kisah mengenai perkara yang lalu.. Jika saya membenci kamu berdua itu tidak mengubah nasib yang saya pernah hidup seorang diri.." tambah Sanzo lagi dan Irish menundukkan wajahnya manakala Kenji hanya mengusap tangan Irish sambil tersenyum.
"Apa yang Sanzo katakan itu sememangnya benar.. Kita kena halang Igdes.." ujar Kenji.
"Abang..." Irish memandang tepat ke anak mata Kenji dengan matanya yang berkaca.
"Okay.. Ibu dan ayah boleh bermesra.. Saya tidak mahu ganggu.." ujar Sanzo beredar dan ia mengejutkan ibu bapanya.
Kenji dan Irish berpandangan kemudian memandang anak lelakinya beredar,mereka berdua berbalas pandangan lagi sekali dan ketawa kecil.
"Mungkin kita boleh ke bilik kita?" Kenji berkata tersengih dan Irish hanya menggelengkan kepala sahaja sambil tersenyum.
Awan menjadi mendung dengan tiba-tiba,Sanzo hanya memerhatikan sahaja keadaan tersebut. Hatinya jelas mengatakan ia petanda yang tidak elok,Kenji dan Irish turut sama merasa tidak sedap hati.
Igdes berdiri di hadapan bulatan kurungan berwarna hitam,dia membaca satu bacaan mantra dan bulatan itu bersinar merah kehitaman. Pintu bulat muncul terapung di udara,kemudian berpusing seperti membuka kunci seperti puzzle.
"Kurungan yang rumit.." ujar Xirgiarth sambil menyandar pada dinding.
"Tidak bermakna aku tak dapat nak rungkaikannya.." jelas Igdes dengan muka yang serius.
Klang! Tamp!!
Klang! Tamp!!
Setiap puzzle terbuka dengan bunyi yang kuat,tetapi masih banyak lagi puzzle yang perlu dibuka. Namun Igdes tidak akan mudah mengalah,Aena pula ketika itu duduk di satu sudut di taman Kayangan yang suram.
Aena mendongak ke atas dan tertanya-tanya,adakah apa yang dia lakukan semua ini berbaloi.
Semata-mata hanya kerana cemburu?
Aena menggelengkan kepala kerana dia tidak mampu berpatah balik,dia segera bangun dan terus beredar dari situ. Hilna,Frirja dan Irene yang terapung di hadapan Kayangan hanya mampu tergamam. Mereka melihat keadaan Kayangan seperti kota terbiar dan tiada kesan daya hidupan.
"Oh my Emperor.. Apa yang berlaku dengan Kayangan?" soal Irene.
"Aku tak dapat kesan daya hidupan di dalam.. Adakah mereka sudah dibunuh?" soal Hilna risau.
"Tiada kesan bau darah.. Ataupun kerosakan.. Mungkin Emperor sudah pindahkan mereka ke tempat selamat.." duga Frirja pula.
"Hey... Kita kena bersembunyi!"
Seseorang muncul dan terbang berhampiran tempat mereka bersembunyi,Hases menoleh ke kiri dan ke kanan. Sebaik sudah pasti tiada sesiapa,dia hanya mengangkat bahu dan terus beredar.
"Kita kena pergi dari sini..."
Sebaik Hilna memberi cadangan dengan tiba-tiba,daya kuasa gelap yang kuat dikesan dan buatkan mereka bertiga merinding seram.
"Apa ni?" soal Frirja.
"Kuasa ni berikan kita perasaan seram.." jelas Irene.
"Seperti kuasa kematian.." tambah Hilna.
Tiga Valkryie berpandangan lalu mengangguk,mereka terus hilang dari pandangan.
"Kuasa ni..." Irish memeluk tubuhnya menggigil.
"Kenapa ni? Awak okay?" soal Kenji memegang isterinya.
"Igdes tengah lakukan sesuatu.." ujar Irish.
"Apa maksud awak?" soal Kenji.
"Saya tak tahu.. Tapi perasaan ini..berikan saya perasaan yang menyeramkan..." jelas Irish.
"Army of The Dead?" soal Lucas yang muncul bersama Sophie.
"Kalau betul.. Ia akan menjadi masalah yang besar.." Sanzo pula mencelah sebaik kembali ke arah mereka.
"Kau tahu mengenainya?" soal Lucas.
"Sudah tentu.. Tapi ia dari mana?" soal Sanzo.
"Kayangan..." satu suara menegur,kemudian bulatan teleportasi terhasil.
Osiris bersama Kythes muncul di dalam bulatan portal itu,dia memandang ke arah Kenji dan ternyata kata-kata Kythes benar. Kenji telah hidup semula dan siapa yang lakukannya,dia tidak kisah dan hanya mampu berterima kasih sahaja.
"Osiris.." ujar Kenji.
"Lama tak jumpa kawan.." sapa Osiris tersenyum pahit.
=======================
Akhirnya Kenji dan Osiris bertemu semula
Adakah rancangan Igdes akan berjaya,well cliche spoiler the villain win first and then you already know right?
It's doesn't matter you know or not,just wait in next chapter
Please
No comments like NEXT UPDATES PLEASE okay?
That's it
Leave your opinion and vote
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top