Chapter 83 : Igdes vs Osiris
Osiris mendongak ke atas,dia merasai aura negatif yang begitu kuat. Walaupun tidak menunjukkan kesan pada rakyatnya,tetapi dia tetap risau dan adakah dia mampu melindungi seluruh Kayangan?
Osiris mengingati kata-kata Kenji,mengenai ramalan tentang Kayangan bakal dilanda malapetaka.
1000 tahun yang lalu...
"Apa yang harus aku lakukan untuk hentikan malapetaka itu dari datang?" soal Osiris pada Kenji.
Soalan Osiris hanya dijawab dengan senyuman oleh Kenji,dia mendongak melihat ke atas ke arah langit yang gelap. Waktu malam yang mana langit dihiasi bintang berkelipan,mata dia redup memerhatikan keadaan tersebut.
"Aku tidak boleh halang.. Aku hanya mampu meramal.." jelas Kenji.
"Ia berkaitan dengan nasib orang-orang aku Kenji.. Kau mesti bantu aku.." kata Osiris pula.
"Pindahkan mereka semua ke tempat selamat dalam jangka 1000 tahun lagi.." jelas Kenji lagi dan Osiris kehairanan.
Osiris membuka kelopak matanya,dia duduk di kerusi mahkota tanpa berkata apa-apa. Asheia hanya memerhatikan dia dari jauh,tidak lama lepas itu Asheia terus beredar meninggalkan Osiris sendirian.
"Today is the day for you die.. Osiris.."
Osiris tersentak sebelum satu serangan yang laju,menembusi kerusi yang diduduki oleh Osiris. Tetapi Osiris sempat mengelak,dia mendongak ke atas dan Asheia datang kembali berlari mendapatkan Osiris.
"Kayangan will be mine.." ujar Igdes yang terapung di udara memandang ke arah Osiris dan Asheia menerusi bumbung istana Kayangan,yang berlubang kerana serangan daripada dia tadi.
"Igdes... What are you doing?!" soal Osiris.
"Like I said.. I want end your life.." kata Igdes.
"For what purpose? To rule over Kayangan?" soal Osiris merenung Igdes.
"I think I already told you earlier.." jawab Igdes dengan muka tak berperasaan.
"Think you can get it easily?" soal Osiris.
"Wanna try?" ujar Igdes.
"I'll kill you traitor..." Osiris menyeru pedangnya.
"Let's stop talking.. And get it done already.."
"Fine.. Die.."
Sekelip mata Osiris sudah berada di hadapan Igdes,maka berlaku lagaan pedang di antara mereka. Asheia yang menyaksikan keadaan tersebut risaukan Osiris,namun jelingan Osiris kepadanya seakan memberi isyarat bermaksud.
"Cari anak Kenji.. Minta bantuan mereka!"
Asheia segera beredar dari situ secara senyap-senyap,Osiris dan Igdes terus menerus bertempur di udara.
TANG!!
KTANG!!
"Why are you doing this Igdes?!" soal Osiris.
"Simple,because revenge.." jelas Igdes dan Osiris kehairanan.
KRAANG!!
"What have we done to you?!" soal Osiris lagi ingin tahu.
DUUUSSH!!!
"BECAUSE GOD KILL MY MOTHER!!"
Osiris jatuh menjunam ke tanah,Igdes mengetap gigi dan pedangnya dijulang ke langit. Aura yang gelap seperti tiang yang tinggi,terhasil tinggi menembusi ke langit. Osiris bangkit dan tidak faham,apa yang berlaku sebelum dia menjadi God Emperor?
"Die for good.." ujar Igdes.
Osiris menyeru busur berwarna emas,dia mengacukan anak panah ke arah Igdes. Igdes mula kehairanan kerana dia menyedari sesuatu,kenapa cuma Osiris sahaja yang berada di istana Kayangan.
"Kau alihkan orang-orang kau?" soal Igdes dan Osiris tersengih.
"Kau fikir kau seorang je yang cerdik?" ujar Osiris dan Igdes mula berang.
"SIAL KAU!! MAMPUS LA!!" Igdes menjerit seiring menghayunkan libasannya.
ZROOSSHH!!!
"Aku tidak akan benarkan kau cederakan rakyat aku!!" Osiris melancarkan serangan balas.
TUSSSSSHH!!!
"Jangan yakin sangat.." bidas Igdes tersenyum sinis.
KRAANG!!!!
BOOMM!!
BRAAM!!!
Letusan demi letusan berlaku di udara,seseorang melangkah berhampiran kawasan dan senyuman terukir. Osiris dan Igdes bertempur dengan dahsyat,langit Kayangan dipenuhi letupan yang kuat.
Osiris menyeru pedangnya semula,tetakan pedang Igdes ditahan dan muka Igdes dihayunkan sepakan. Igdes menjunam terhempas ke bawah,Osiris memusingkan pedangnya dan bilah disisirkan lalu sinaran cahaya keemasan kelihatan.
"Kau silap besar mencabar aku..." ujar Osiris dan ingin melancarkan serangan dia.
Namun,serangan curi mengenai kawasan rusuknya dan Osiris tidak jadi meneruskan serangannya. Osiris menoleh ke satu arah,seorang lelaki misteri tersenyum dengan pistol yang berasap.
"Demon? Gahakk!!" Osiris tersentak apabila Igdes sudah menikamnya,mereka berbalas pandangan.
"Ig.. Des..." ujar Osiris menahan sakit,Igdes sekadar tersengih.
"Aku dah cakap.. Kau akan mati.." Igdes berkata dengan senyuman sinis.
"Kau tidak akan terlepas dengan semua ni.." kata Osiris.
"Kita akan tengok sahaja nanti.." bidas Igdes dan terus menarik pedangnya.
Osiris terus terjatuh ke bawah dan seseorang muncul,seseorang bertopeng sempat menangkapnya dan Igdes terkejut. Sebaik orang bertopeng itu berjaya menyelamatkan Osiris,mereka terus lenyap daripada pandangan.
"Apa? Siapa pula tu?" soal lelaki misteri tadi yang menyerang hendap Osiris.
"Bukan masalah aku.. Sekarang.. Kayangan di bawah aku.." kata Igdes tersengih licik.
Asheia yang menyaksikan dari jauh,hanya mampu mengetap gigi dan beredar dengan segera. Namun Hases dan Ruhiel sudah menghalang jalannya,Asheia terkejut dan merenung mereka berdua.
"Ini memang teruk..."
Sanzo dan Pheara berjalan beriringan di sebuah taman,kes melibatkan Ruka dirasuk oleh Ashliel telah selesai. Namun Ruka sekarang diperhatikan oleh Sanzo dan Pheara,untuk memastikan Ashliel tidak akan menggunakannya.
"Mujur tiada apa-apa.. Ruka-chan tidak mengalami apa-apa side effect.." ujar Pheara.
"Ya.. Tapi itu tidak bermakna kita ambil ringan..kita kena lindungi Ruka dan pastikan dia tidak dikawal lagi.." jelas Sanzo.
"Awak risau sangat.." ujar Pheara dan Sanzo mendiamkan diri.
Sanzo dan Pheara tersentak kerana merasai daya kuasa yang kuat,memasuki ruang dimensi mereka dan pasangan itu berpandangan lalu mengangguk faham. Mereka terus berlari memecut ke arah di mana daya kuasa itu dikesan,Asheia tercampak berguling keluar dari portal seruannya.
"Wooo.. Wooo.. Degilnya.." ujar Hases berjalan dengan memegang pedangnya.
"Hey.. Igdes nak dia hidup-hidup.." Ruhiel pula mencelah.
"Hidup-hidup.. Bukan dalam keadaan yang sempurna.." ujar Hases dengan muka teruja menjijikkan.
Asheia termengah-mengah walaupun dia adalah Goddess Empress,dia juga ada limit malah Hases dan Ruhiel antara pahlawan yang terhandal di Kayangan.
"Kenapa kamu berdua lakukan seperti ini?" soal Asheia.
"Kami hanya mengikut arahan tuan kami.. Jangan simpan dalam hati.." ujar Hases dan terus meluru ke arah Asheia.
Ruhiel hanya menggelengkan kepala,Asheia bersiap-sedia untuk menerima apa sahaja yang terjadi kepadanya.
Namun serangan pedang Hases ditahan Sanzo,hanya dengan sebelah tangannya sahaja. Hases dan Ruhiel terkejut dengan kemunculan Sanzo,Pheara mengangkat tangan ke arah langit lalu awan menjadi mendung.
"Thunderbolt!!"
Serangan petir merejam ke arah Hases dan Pheara,serangan yang berpuluh kali berlaku dan memaksa Hases serta Ruhiel berundur ke belakang.
"Sial... Jangan ganggu urusan aku lah!!" Hases berang dengan urusannya diganggu.
"Dua lawan satu? Sungguh tidak ada maruah.." ujar Sanzo.
"Apa kau kata?" Hases merenungnya.
"Empress!" Pheara mendapatkan Asheia.
"Pheara?" soal Asheia tidak percaya.
"Cukup Hases.. Ruhiel.. Pulang sekarang.." ujar satu suara di dalam kepala Hases dan Ruhiel.
"Tapi tuan?"
"Kau nak membantah arahan aku? PULANG SEKARANG!"
Hases tidak berpuas hati namun menurut sahaja,Ruhiel membuka portal dengan segera dan terus melangkah pergi.
"Ini belum berakhir!" Hases terus melangkah masuk ke dalam portal.
Portal di hadapan Sanzo terus lenyap,Pheara hanya mendiamkan diri dan Asheia terus rebah tidak sedarkan diri.
"Empress?" soal Pheara terkejut.
"Cepat.. Kita kena bawa dia ke dojo.." jelas Sanzo dan Pheara mengangguk setuju.
Igdes berjalan melangkah masuk ke dalam terowong di bawah istana,lelaki misteri tadi mengekorinya dari belakang dan berhenti di hadapan pintu yang begitu besar.
"Kau nak buat apa di sini?" soal lelaki misteri itu,Igdes senyum sinis.
"Kau fikir aku kalahkan Osiris untuk takhta?" soal Igdes.
"Habis tu?" soal lelaki misteri itu.
Igdes menghalakan tapak tangan ke arah pintu tersebut,kuasanya diaktifkan dan corak pada pintu itu bersinar. Igdes segera menolak pintu tersebut,satu corak gergasi di atas lantai yang lapang seluas satu bandar.
"Apa ni? Corak ni? Bagaimana corak ni ada di Kayangan?!" soal lelaki misteri itu.
"Kau masih tidak boleh nak teka?" soal Igdes.
"Takkanlah kau...." lelaki misteri itu cuba menduga dan Igdes tersenyum sinis.
"Aku nak bangkitkan Army of The Dead..." ujar Igdes tersenyum sinis,lelaki misteri terkejut.
======================
Igdes sudah mulakan rancangan dia
Osiris masih hidup?
Army of The dead
Sound badass? No?
Whatever,stay tuned for next chapter
Jangan komen
PLEASE UPDATES NEXT CHAPTER or etc..
Aku hanya update benda seminggu sekali
Faham ya?
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top