Chapter 82 : Oracle & Calamity
Semua orang terkejut dan tidak tahu nak bereaksi,Yamasato Kenji berdiri di hadapan mereka. Pheara yang diracun oleh Ashliel melalui tubuh Ruka,diselamatkan oleh dia.
Semua tidak percaya lebih-lebih lagi Sanzo dan Irish,Aphys hanya memegang lengan Sanzo dan tergamam melihat lelaki yang muncul dengan tiba-tiba itu.
"Kau berani mengganggu urusan aku?!" soal Ashliel yang mengawal badan Ruka.
"Aku? Sudah tentu.. Banding dengan kau yang tahu gunakan tubuh orang tidak bersalah.." ujar Kenji membidas kata-kata Ashliel.
Ashliel ternyata berang dengan kata-kata Kenji,maruahnya tercabar dan sinaran cahaya keemasan dihasilkan. Kenji hanya bersiul sahaja,dia tersengih dan Ashliel yang berada di dalam tubuh Ruka melancarkan serangan.
Sinaran laser menembak laju ke arah Kenji,Pheara menghasilkan pelindung untuk mereka. Kenji menghalakan tangan ke satu arah,pedang bilah hitam yang terpamer di ruang tamu terapung dan terus meluru ke genggaman Kenji.
"Kau jaga pedang ayah dengan baik.. Terima kasih anakku.." ujar Kenji dan Sanzo sekadar tersenyum.
Kenji melakukan libasan menangkis tembakan laser cahaya daripada Ashliel,gerakan Kenji begitu pantas dan serangan Ashliel tiada satu pun yang dapat menyentuhnya.
"Apa?! Bagaimana?! Mustahil!!" Ashliel benar-benar marah.
"Kau fikir dapat tewaskan aku dengan serangan pengecut macam tu?" soalan Kenji menaikkan darah Ashliel.
"Sekarang.. KELUAR DARI TUBUH GADIS TU!!" Kenji memberi amaran dan Ashliel merapatkan kedua-dua tapak tangannya.
"Apa yang dia nak buat?" soal Rea merasai sesuatu tidak kena.
"Rasanya..." ujar Sanzo mencelah dan semua menoleh ke arahnya.
"Self destruction magic.." Pheara pula mencelah,Kenji hanya tersengih dan tergelak kecil.
"Oto-sama?" Pheara kehairanan apabila mendengar reaksi Kenji.
"Panggilan yang tepat.. Pheara.. Oto-sama akan selesaikan masalah ini.." kata Kenji tersenyum selamba.
"Apa yang kau rancangkan,tidak akan berjaya! Aku akan hancurkan semua tempat ni..!!" Ashliel berkata dengan yakin.
"Tch.. Tch.. Kau naif anak muda.." kata Kenji menyarung pedangnya,dia terus merendahkan posisi badannya.
"Apa?"
"Tiada satu pun benda yang aku tidak boleh potong.." Kenji berkata dengan riak muka yang serius,Ashliel merasai ketakutan dengan tiba-tiba.
"Pergi matilah!!" Ashliel mengaktifkan kuasanya dan bersiap-sedia untuk melepaskan serangan dia.
Kenji menolak sedikit pedang dan sekelip mata,dia sudah bergerak di belakang Ashliel dengan pedang di dalam genggaman tangannya. Cahaya yang dihasilkan oleh Ashliel,terus lenyap dan Ashliel rebah tidak sedarkan diri.
Semua yang menyaksikan keadaan itu kecuali Sanzo dan Irish,hanya mampu tergamam melihat gerakan pantas Kenji.
"Apa yang berlaku?" soal Tez.
"Gerakan dia.." Elene hanya mampu terkedu.
"Begitu pantas.." Rea bagai tidak percaya dengan gerakan Kenji.
Sanzo hanya menghela nafas pendek,dia mendekati tubuh Ruka dan memeriksa keadaan gadis remaja tersebut.
"Bagaimana dengan gadis tu?" soal Kenji.
"Dia selamat.. Terima kasih pada Oto-sama.." kata Sanzo menjawab soalan ayahnya.
"Ruka!!" Aphys dan Astia mendapatkan Ruka yang tidak sedarkan diri,Sanzo memberi laluan pada mereka berdua.
"Bagaimana dengan dewi itu?" soal Sanzo dan Pheara memejamkan mata,dia mengesan daya kuasa Ashliel tidak jauh dari situ.
"T-tak guna... Aku akan pastikan kau menyesal..!" Ashliel dalam keadaan lemah berjalan pergi meninggalkan kawasan tersebut.
"Rasanya.. Dia berjaya selamatkan diri.." jelas Pheara.
"Perlu kejar ke?" soal Kenji.
"Tidak perlu.. Rasanya dia tidak akan munculkan diri buat sementara waktu.." ujar Sanzo.
"Ouh.. Okay.. Huh?" Kenji mengangguk faham,kemudian dia menyedari Aphys menghampiri dia.
"Err.. Sanzo? Kenapa dia pandang ayah macam tu?"soal Kenji berbisik pada Sanzo.
"Dia anak ayah.. Adik saya.." jelas Sanzo dan Kenji terkejut.
Kenji tersedar semasa Irish dikawal oleh Igdes,masa itu Irish sedang mengandungkan Aphys?
"Igdriren.." kata Kenji dengan muka bengisnya,Aphys terkejut dan muka Kenji ditampar Sanzo.
"Kau tampar ayah kau?" soal Kenji merenung Sanzo.
"Muka tu kawal sikit.. Aphys dah takut.." kata Sanzo dengan muka selamba.
Kenji tersentak dan menoleh ke arah Aphys,dia memandang Irish dan Irish mengangguk. Kenji mendekati Aphys dan pada mulanya,Aphys agak takut tetapi melihat senyuman Kenji serta-merta sifat takutnya terus hilang.
Kenji mengusap muka anak perempuannya,Aphys yang mulanya terkebil-kebil. Air matanya mula menitis,dia rindukan kasih sayang ayah yang tidak pernah jumpa sejak lahir.
"Ayah.. Ayah.. Ayah...hhngh!" melihat tangisan Aphys,Kenji matanya berkaca dan terus merangkul anak gadisnya itu.
Aphys menangis dengan lebih kuat,apabila Kenji membalas pelukan gadis tersebut. Semua yang menyaksikan keadaan itu hanya mendiamkan diri,Tez mencuit Elene dan yang lain-lain kecuali Irish tanda memberi isyarat supaya beredar.
Tez dan yang lain beredar,termasuk Pheara memberi ruang pada Sanzo. Kenji menghulurkan tangan pada Irish,agak terkejut dengan tindakan Kenji dan Irish matanya mula berkaca lalu terus memeluk Kenji.
Kenji,Irish dan Aphys berpelukan erat. Sanzo hanya memerhatikan sahaja,dia mendongak ke langit dan wajahnya bertukar serius.
Pada masa yang sama,Igdes tergamam melihat keadaan itu. Kenji masih hidup dan dia tertanya-tanya,bagaimana Kenji selamat dari serangan itu?
"Bagaimana? Celaka!" Igdes mengetap gigi dan sedar Sanzo seolah-olah menyedari dia sedang memerhatikan mereka.
"Orang luar tidak dibenarkan melihat.." ujar Sanzo menarik pedangnya,sekelip mata libasan dilakukan dan Igdes hilang visi.
Igdes mengetap gigi dengan rapat,dia menggenggam kuat penumbuknya sehingga berdarah. Hases dan Hayyel yang memerhatikan dewa tersebut,sekadar mendiamkan diri dan Igdes mendepakan tangannya.
Igdes melepaskan satu kuasa yang misteri,Hayyel merasakan perasaan yang tidak enak. Hases sekadar tersengih sahaja,dia teruja melihat dewanya bagaikan hilang akal.
"Jadi apa rancangan tuan?" soal Hases dan Igdes menjeling ke arahnya tajam,Hayyel hanya merenung Hases.
"Kita akan kuasai Kayangan.."
Hayyel terkejut dengan kata-kata Igdes,Hases pula tersenyum kemudian dia bersiul.
"Bagaimana dengan Osiris? Dia adalah dewa yang berkuasa.. Dia adalah God Emperor.." jelas Hases.
"Dia memang berkuasa.. Tapi itu tidak bermakna tidak boleh dikalahkan.." Igdes berkata dengan nada yang garau.
Igdes merenung ke hadapan,dia tersenyum dan menyimpan muslihat yang berbahaya.
Sanzo yang baru sahaja menyarung pedangnya,hanya merenung ke arah langit dan hatinya merasakan sesuatu yang tidak elok.
"Sanzo?" soal Kenji sebaik dia meleraikan pelukan.
"Ada sesuatu tidak kena?" soal Irish pula sambil menyentuh bahu Aphys.
"Saya dapat rasakan malapetaka bakal berlaku.." jelas Sanzo.
"Pada kita?" soal Irish.
"Tidak.." ujar Sanzo pendek.
"Siapa?" Irish tidak mengerti.
"Malapetaka akan berlaku pada tempat asal awak,Irish.. Kayangan akan jatuh pada kuasa kegelapan.." Kenji berkata-kata dan Sanzo sekadar merenung ke arah langit.
Frirja yang sedang berbicara dengan Irene dan Hilna,tiba-tiba sahaja hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Hilna. Pheara dan Elena yang berada di situ turut terkejut,mereka berdua kehairanan.
"Frirja!" Hilna menyoal risau.
"Kenapa ni Frirja?" soal Irene melihat Frirja resah.
"Saya menerima ramalan.." jelas Frirja.
"Ramalan?" soal Pheara dan semua Valkryie menoleh ke arahnya.
"Apa ramalan yang kamu nampak Frirja?" soal Pheara lagi dengan nada yang tegas.
"Kayangan akan diselubungi kegelapan.. Osiris akan tewas.."
Pheara terkejut apatah lagi Elene,Hilna dan Irene. Frirja merupakan Valkryie yang mempunyai skill ramalan tepat dan apa yang diramalkan akan berlaku.
Apa yang akan berlaku?
Bila ramalan itu akan menjadi benar?
Tiada siapa yang mampu mengagak,mereka harus bersiap-sedia untuk semua itu.
Apa tindakan Sanzo?
=====================
Hellooo guys
It's been a while since last update
Maybe around a week ago?
Siri ni akan tamat tidak lama lagi
Bila?
Who knows?
Depends on my mood
Please comment and hit vote button
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top