Chapter 8 : Should Know How To Respect
Elene berjaya mencari Pheara,namun semasa dia menemui dewi itu. Dua orang lelaki asing bersamanya,dia fikirkan Tez dan Sanzo adalah ancaman jadi sebab itu Tez ditikam oleh Elene dengan mengejut.
Tindakan Elene mengundang kemarahan Tez,lalu mereka berdua bertarung dan Pheara mula risau. Sanzo menghela nafas pendek,menyaksikan keadaan tersebut.
"Kau nak mampus ya dewa tak guna!!" ujar Tez geram.
"Marilah la tak guna..!!" Elene menghunuskan pedangnya.
"Pedang biasa tidak akan mampu cederakan aku!" Tez meluru ke arah Elene.
Mereka bertembung dan bertarung,Pheara mula risau dan Sanzo pula menyedari kehadiran orang awam. Sanzo menghela nafas pendek,lalu dia sekelip mata menahan pertembungan mereka berdua.
"That's enough.. Kita akan libatkan orang awam nanti..." kata Sanzo dan Tez menghela nafas pendek,dia segera beredar.
"Awak fikir saya akan ikut arahan awak?!" soal Elene geram.
"Fine... You leave me no choice..."
Elene ingin mara tetapi terkaku,kerana aura bunuh yang dikeluarkan oleh Sanzo membuatkan Elene tidak mampu mara. Elene mula menggigil dan mata berkaca,Pheara melangkah ke arah Sanzo.
"Dia.. Dia manusia ke?" soal Elene tidak mampu bergerak.
"Kenapa diam? Nak serang ke tidak?" soal Sanzo dengan dingin.
"Sanzo.." tegur Pheara dan aura bunuh Sanzo terus lenyap.
"Pheara..." kata Sanzo.
"Cukuplah tu... Dia dah tak dapat bergerak.." Pheara berkata lembut,Sanzo hanya mendiamkan diri sahaja.
Sanzo menghela nafas pendek,kemudian auranya terus dilenyapkan. Elene dapat kembali bergerak semula,si Valkryie hanya mampu termengah-mengah. Fikirannya tertanya-tanya apakah lelaki ini manusia?
"Elene? Awak okay?" soal Pheara mendapatkan Elene.
Elene kemudiannya terbatuk beberapa kali sebelum menarik nafas dalam-dalam,dia memandang ke arah Sanzo dengan pandangan tidak puas hati.
"BERANI KAMU MENCULIK PHEARA?!" Elene berkata tidak puas hati.
"Elene!" Pheara merungut.
"La tak habis lagi? Tak serik rupanya..." ujar Sanzo dengan muka selamba.
"Elene,dia tak culik saya..malah dia yang selamatkan saya dari diserang..." jelas Pheara.
"Kalau macam tu kenapa awak tak pulang semula Pheara?!" soal Elene.
"Saya tak boleh.." jelas Pheara tersenyum kelat.
"Kenapa?!" soal Elene lagi.
"Dia telah dicederakan oleh senjata yang mampu membunuh dewa..." jelas Sanzo mencelah.
"Impossible!" ujar Elene terkejut.
"If im late even for 1 second, she is dead.." jelas Sanzo dan Elene terkedu,dia menoleh ke arah Pheara.
"Kita berbincang sini tak sesuai.. Apa kata kau ikut kami pulang..." cadang Sanzo dan Elene.
Elene mendiamkan diri dan merenung Sanzo,Pheara menyentuh bahu Elene sambil tersenyum. Tez yang berdiri tidak jauh dari mereka,hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Elene.
"Baiklah saya akan akan ikut kamu..." ujar Elene dan Pheara tersenyum girang.
Sanzo hanya tersenyum sahaja melihat Pheara yang ceria,Tez mencebik dan mengangguk sahaja. Lukanya sudah pulih sepenuhnya,adakah ini antara salah satu kebolehan dia sebagai Candidates of Demon King?
Yamasato Residents
Pheara menceritakan segala-galanya kepada Elene,daripada dia diserang mengejut oleh Igdes dan Aena. Sehingga dia terjatuh ke dojo di mana Sanzo berada dan diselamatkan oleh lelaki itu. Elene mendiamkan diri tertunduk,dia menahan geram dan mengepalkan penumbuknya.
"Jadi macam tu la ceritanya.." ujar Pheara dan Sanzo serta Tez hanya mendiamkan diri.
"Saya dah agak ada yang tak kena..." ujar Elene.
"Apa maksud awak,Elene?" soal Pheara.
"Igdes dan Aena bukan rapat,mereka bagaikan api dan air... Tapi mereka sanggup lakukan seperti ini untuk jatuhkan awak..." jelas Elene.
"Begitu... Saya tak terfikirkannya..." ujar Pheara tersenyum.
"Ia bukan salah awak Pheara.." kata Elene memujuk.
"Baiklah..." Pheara mengangguk faham.
"Jadi awak kena pulang semula ke Kayangan! Kita akan beritahu Emperor mengenai hal ni.." jelas Elene memberi cadangan.
"Saya tidak boleh gunakan kuasa saya,Elene..." jelas Pheara pula.
"Saya boleh papah awak!!" kata Elene bersungguh-sungguh,Pheara hanya mendiamkan diri.
"Jangan nak bergurau..." ujar Sanzo mencelah dan Tez kehairanan.
"Apa yang awak nak terangkan?" soal Elene merenung Sanzo.
"Kau fikir guna otak boleh? Kalau kau bawa dia ke Kayangan,beritahu Emperor adakah dia akan percaya.. Jika dia percaya,dia akan lakukan siasatan.. Masa tu Igdes dan Aena ini akan menyerang habiskan nyawa Pheara..." ujar Sanzo panjang lebar.
"Tapi... Saya tak boleh biarkan Pheara di sini..." Elene ragu-ragu dan Sanzo menunggu alasan Valkryie itu.
"Saya tak percaya makanan yang disediakan oleh manusia seperti awak!!" ujar Elene dan Tez tersengih geleng kepala manakala Sanzo mula timbul urat di mukanya.
"ELENE!!" Pheara berkata tegas dan Elene tersentak,Sanzo juga terkejut dengan muka Pheara yang serius.
"P-Pheara?" soal Elene terkedu.
"Jangan kata macam tu,awak lukakan hati Sanzo.. Dia kerap bantu saya,awak pula kata seperti itu.. Layak ke kita sebagai dewi?" soal Pheara mengerutkan dahi.
Sanzo dan Tez terkejut melihat keadaan itu,Pheara dan Elene berbalas pandangan. Suasana menjadi tegang seketika,Pheara lantas bangun dari duduknya.
"Pheara?" soal Elene.
"Jangan jadi macam mereka.." kata Pheara beredar menuju ke dalam,masuk ke dalam biliknya.
Selepas Pheara masuk membuatkan Elene terdiam,dia menjeling ke arah Sanzo dan Tez. Elene merenung Sanzo tidak puas hati dan Sanzo hanya membuat muka selamba.
"Apa hal?" soal Sanzo.
"Awak dah racun dia apa? Sampai dia pertahankan awak? Bukan saya?" soal Elene bertalu-talu.
"Aku tak buat apa-apa.." ujar Sanzo pula.
"Bohong!! Saya adalah Valkryie di bawah dia.. Saya akan lindungi dia! Saya takkan minta pertolongan bantuan dari manusia seperti awak!" ujar Elene dan Sanzo menjeling ke arahnya.
"Jadi di mana kau semasa Pheara diserang?" soalan Sanzo membuatkan Elene tersentak.
"Saya... Saya..." Elene kelu lidah untuk berkata-kata,Tez menggaru kepala melihat keadaan tersebut.
"Only bark more then bite huh?" soal Sanzo lalu bangun,lantas beredar sambil disusuli Tez.
Elene tidak mampu berkata apa-apa,dia terkedu dengan keadaan itu. Tez mengejar Sanzo dan berjalan di sebelahnya,Sanzo hanya dengan muka biasanya.
"Aren't you talk too much back there.." ujar Tez.
"Let her be... She should know how to..respect human like me..." ujar Sanzo pula.
============================
Hello guys
Ini update untuk korang,tapi aku tidak akan kerap update
Sebab aku nak tumpukan satu siri
Jadi harap bersabar la ya
That's all!
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top