Chapter 79 : Maybe He Still Alive


Takemikazuchi dan Ebisu mengekori Aphys dan Astia,dua sahabat itu berjalan sambil berpegangan tangan. Irene pula rancak berbual dengan dewa kilat,Ebisu hanya membuat hal sendiri. Frirja memandang Takemikazuchi sahaja,Hilna pula kehairanan dengan gelagat rakannya itu.

"Betul ke? Kamu berkawan dengan tuan Sanzo?" soal Irene menunjukkan minat.

"Yep! Kami kawan dia.. Sanzo banyak membantu kita betul tak Ebisu?" Takemikazuchi berkata dengan ceria.

"Antara dia dan kamu berdua.. Mana yang lebih kuat?" soal Irene dan dua dewa itu berpandangan.

"Kalau pasal tu..." kata Ebisu dan Takemikazuchi mencelah.

"Kami tidak pernah berlawan antara satu sama lain.." ujar Takemikazuchi pula.

"Tapi Sanzo mampu melawan ribuan demon.." Ebisu pula mencelah,mereka semua kecuali Takemikazuchi terkejut dengan kenyataan Ebisu.

"Betul ke ni?" soal Irene tergamam.

"Ya.." ujar Ebisu pendek.

"Masa tu kira-kira 400 tahuny yang lalu.. Kami dewa berhadapan masalah dengan peperangan menentang demon.. Kami tidak cukup manpower untuk melawan balik... Orang-orang kami cedera teruk.. Malah ada beribu datang menyerang.. Masa tu fikir kami hilang harapan.. Tetapi..." ujar Ebisu menghentikan kata-katanya.

"TETAPI?" soal mereka serentak dan Takemikazuchi tersengih.

"Sanzo datang entah dari mana dan terus menyembelih demon yang berjumlah hampir beratus ribu..." jelas Takemikazuchi pula.

"Masa tu Sanzo bagaikan raksasa menyembelih seekor demi seekor syaitan yang mara.. Hinggakan ratusan syaitan lari ketakutan.." kata Ebisu pula.

"Waaa..kalau begitu Sanzo lebih menakutkan dari syaitan?" soal Irene dan Hilna hanya mendiamkan diri,mengingati pertama kali mereka bertempur membuatkan Hilna mengetap gigi.

"Hilna...?" Frirja mula risau dan Hilna menggelengkan kepala mengatakan dia tidak apa-apa.

"Tidak sangka abang Sanzo kami hebat!" ujar Aphys.

"Ya.. Rasanya lebih hebat dan kuat dari abang saya.." Astia pula menyokong dan dia ketawa girang.

"Tez pasti sedih bila dengar tu.." ujar Aphys tersenyum kelat.

Aphys dan Astia terdiam mendengar apa yang diceritakan oleh dua dewa itu,mereka berpandangan kemudian tersengih kerana mengetahui kehebatan Sanzo.

"Aphys.. Astia.." ujar Takemikazuchi dan dua sahabat itu menoleh ke arahnya.

"Pastikan kamu jangan beritahu benda ini pada Sanzo.." ujar Takemikazuchi meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.

"Ya.. Ia rahsia.." ujar mereka berdua serentak sambil meletakkan jari telunjuk pada bibir masing-masing.

Takemikazuchi tersentak kerana menyedari sesuatu,Ebisu juga sama memandang sekeliling kawasan. Makhluk aneh dalam berkumpulan,mengintai dari sebalik semak dan tempat tersembunyi.

"Takemikazuchi... Ini.." ujar Ebisu dan Takemikazuchi tersengih.

"Ya.. Aku tahu.. Ayakashi.." kata Takemikazuchi.

"Ayakashi? Apa tu?" soal Irene.

"Ia sama je dengan syaitan yang kamu para dewa lawan.." jelas Ebisu sudah mengeluarkan dua bilah pedang.

"Kami juga akan bantu.." ujar Hilna.

"Tak payah.. Kami boleh uruskannya.." Takemikazuchi berkata sambil tersengih.

"Kamu bertiga lindungi dua orang gadis ni.." kata Ebisu.

"Tapi saya pun nak berlawan!" Astia berkata sambil mengembungkan pipi tidak puas hati.

"Ini adalah tugas kami..." jelas Takemikazuchi lagi.

"Tapi..." Frirja risau dengan jumlah Ayakashi yang begitu banyak.

"Jangan risau.. Jumlah seperti ini kami berdua sudah cukup.." jelas Takemikazuchi tersengih.

Ayakashi mula bergerak dan meluru ke arah mereka,Aphys dan Astia mula risau. Namun Takemikazuchi dan Ebisu sekelip mata,membelah badan ayakashi itu semua.

ZRASSHH!

ZROOSSHH!

ZRAKKK!!

Hilna,Irene dan Frirja tergamam. Dua dewa itu sekelip mata,sudah menghapuskan semua ayakashi yang ingin menyerang mereka.

"Cepatnya.. Lemah.." Ebisu berkata dingin.

"Hey.. Hey.. Ayakashi taraf rendah,memang la mudah.." kata Takemikazuchi menggelengkan kepala.

Lucas dan Irish berbalas renungan,Sanzo dan Pheara berpandangan. Sophia dan Rea hanya mendiamkan diri,Tez pula bersama Elene memerhatikan dari jauh.

"Lama tak jumpa bukan? Irish?" soal Lucas.

"Ya.. Sudah seribu tahun rasanya?" ujar Irish pula.

"Maafkan aku tidak dapat membantu masa tu.." Lucas menundukkan kepalanya tanda meminta maaf,Irish pula menggelengkan kepala.

"Ia bukan salah kau,aku sendiri merelakan dikawal oleh Igdes.." jelas Irish tersenyum kelat.

"Tetapi aku tidak sangka Sanzo adalah anak Kenji dan kau.. Aku langsung tidak perasan masa pertama kali bertemu dengan dia.." ujar Lucas memandang ke arah Sanzo.

Sanzo hanya sekadar tersenyum sahaja,Pheara pula menoleh memandang Sanzo. Lucas tersenyum sahaja dan Irish pula membalas senyuman Lucas,Sophia pula berdehem dan Lucas tersentak.

"Rasanya awak datang sini bukan nak bertegur sapa sahaja bukan?" soal Sophia tersenyum dan Lucas menelan air liur.

"Ye.. Betul tu.. Maaf,Irish.. Aku nak beritahu sesuatu.." kata Lucas dengan muka serius.

"Apa dia?" soal Irish.

"Sanzo.. Kau pun dengar baik-baik.." ujar Lucas dan Sanzo mula kehairanan.

"Kemungkinan besar.. Kenji masih lagi hidup.." jelas Lucas dan Irish serta Sanzo terkejut.

"Mana mungkin! Bukankah dia sudah cedera teruk kerana perbuatan aku?" soal Irish.

"Apa yang buatkan kau yakin mengatakan ayah aku masih lagi hidup?..." Sanzo menyoal dan Lucas tersentak,bagaikan melihat Kenji merenungnya.

"Kau memang anak dia.. Renungan sama.." kata Lucas.

"Lucas.. Tolong beritahu kau tidak bergurau..." Irish berkata dengan mata yang berkaca.

"Aku sendiri pergi ke kubur dia.. Seperti sudah digali dan ditimbus semula.. Malah benda ni sudah lama,aku pergi ke kubur sekitar dua bulan yang lepas..." jelas Lucas.

Sebaik mendengar penjelasan Lucas,suasana bilik ruang tamu menjadi tegang. Tidak lama lepas itu,Aphys dan Astia bersama Valkryie dan dua dewa itu telah pulang.

"KAMI DAH PULANG!" Serentak mereka berkata.

"MAAF KERANA MENGGANGGU.." Takemikazuchi dan Ebisu pula menyusul.

Sanzo menoleh ke luar dan menghela nafas pendek,dia menepuk tapak tangan dengan kuat. Mengejutkan semua yang berada di dalam bilik,Irish kehairanan dengan tindakan anaknya.

"Kita boleh bincang nanti.. Sekarang masa untuk makan tengahari..." jelas Sanzo.

"Sanzo?" Irish kehairanan dan Sanzo menghela nafas pendek,dia melutut di depan ibunya kemudian tangan Irish digenggam erat

"Bertenang ibu.. Jika benar.. Kita akan jumpa ayah tidak lama nanti.. Sekarang isi perut dulu ya?" ujar Sanzo.

"Apa yang ibu lakukan,ia sudah berlalu.. Bukan salah ibu.. Saya sudah lama maafkan ibu.. Jadi ibu bertenang dan sabar.. Jika ayah masih hidup..kita sama-sama tendang punggung dia nanti.. Sebab buat kita risau.." kata Sanzo dan Irish menundukkan muka,dia terharu mendengar pujukan anaknya.

Pheara hanya tersenyum melihat anak beranak itu,Lucas juga turut tersenyum dan Tez sekadar menggelengkan kepala lalu menyiku bahu ayahnya.

"Kenapa ayah tidak pernah ceritakan mengenai auntie Irish pada kami?" soal Tez dan Lucas tersengih tidak bersalah.

"Lupa? Hehe.." kata Lucas.

"Dad.. You suck.."

"Thank you,son.."

"Apa yang berlaku? Kami terlepas sesuatu?" soal Irene sebaik tiba di pintu bilik ruang tamu.

"Tiada apa-apa.. Cuma drama petang sahaja.." kata Pheara tersenyum.

"Pheara.. Alasan apa tu?" soal Elene berbisik dan Pheara hanya tersenyum sahaja.

"Abang? Kenapa ni? Kenapa ibu ibu seperti menangis?" soal Aphys mendekati Sanzo.

"Tiada apa-apa Aphys,nanti abang ceritakan segala-galanya." jelas Sanzo mengusap kepala Aphys sambil tersenyum.

"Janji?"

"Sudah tentu.."
















=====================

What?

Kenji masih hidup?

Kena tunggu untuk sambungan akan datang

Sila KOMEN & VOTE

Okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top