Chapter 76 : True Power & Unexpected Interfering


Irish berjalan mencari Kenji dan Lucas,berdasarkan jejak mereka Irish tiba di satu tempat yang agak sunyi. Dia merasai aura yang menakutkan datang dari sebalik semak yang tebal,Irish berjalan dengan berhati-hati ke arah semak tersebut.

TANG!

KTANG!!

ZTANG!!

Kenji dan Mazus berbalas tangkisan pedang,Mazus dilihat bukan sembarangan musuh yang mudah dikalahkan. Setiap serangannya amat jitu dan padu,Kenji tersenyum teruja kerana menghadapi musuh yang hebat.

TANG!!!

"Kau hebat manusia! Tiada manusia yang mampu menandingi aku selama ini..." ujar Mazus teruja.

"Tolonglah.. Jangan berlagak hebat sangat.." balas Kenji menghayunkan pedangnya,Mazus terseret ke belakang sebaik menangkis hayunan Kenji.

"Menarik... Menarik..." ujar Mazus menundukkan wajahnya,Kenji memusingkan pedangnya.

"MENARIK MANUSIA!! BERIKAN AKU KESERONOKAN LAGI!!" Jerit Mazus dan terus meluru ke arah Kenji.

KTANG!!

KTANG!!

TANG!!

Kenji menepis dan menangkis setiap hayunan buas Mazus,ternyata Mazus belum menunjukkan kuasa penuh. Kenji menghelakan nafas lalu menghayunkan libasan,sekelip mata dada Mazus berdarah hitam memancut keluar.

Mazus terkejut dan Kenji hanya merenungnya,suasana tegang seketika dan aura gelap meletus lalu menyebabkan Kenji tercampak. Lucas turut terkejut melihat Kenji menyeret lalu berhenti di sebelahnya,Mazus mula berang dan marah.

"Perlukan pertolongan?" soal Lucas tersengih dan Kenji mencebik.

"Jangan sengih pada aku masa kau dalam demon form,jijik!" ujar Kenji terus meluru ke arah Mazus semula.

"Hek eleh.. Ini bentuk demon aku kot? Nak aku buat macam mana lagi?!" ujar Lucas tidak puas hati.

KRAANG!!

Kenji dan Mazus sekali lagi berlaga pedang,mereka berbalas senyuman dan ternyata mereka menikmati pertarungan tersebut.

KTANG!!

TANG!!

KRAANG!!

"Bahahaha!!! Human! You really something else!" ujar Mazus.

Kenji tidak menjawab dan terus menghayunkan pedangnya,Mazus menahan dengan terkial-kial dan tangannya mula terasa kebas. Kenji menarik nafas panjang,lalu hayunkan sekali lagi dan Mazus mengetap gigi.

"SIAL KAU MANUSIA!!" Mazus berteriak dan Kenji menghayunkan sekali lagi,pedang Mazus terlepas dari pegangannya.

Mazus terkejut dan pedangnya terpacak di belakangnya,Mazus tergamam dan Kenji menghela nafas pendek sambil memegang erat pedangnya.

"Ada kata-kata terakhir?" soal Kenji dan Mazus tersenyum sinis.

Kenji kehairanan dan terus ingin menghayunkan pedang,namun saat dia hayunkan pedangnya sesuatu muncul di sebelahnya. Seekor lagi demon tahap tinggi selain Mazus?

"Teruk!" Kenji tidak boleh hentikan hayunannya,selain mengelakkan serangan demon seekor lagi.

KTANG!!!!

Irish muncul tepat pada masanya dan menahan serangan demon itu,Kenji terkejut begitu juga Lucas. Suasana menjadi tegang dan Irish,melakukan hayunan yang kuat dan mencampakkan demon tersebut. Kenji terkejut dengan kehadiran Irish,demon itu pula segera menghampiri Mazus.

"Kau cakap tidak akan ada masalah..? Macam mana demon slayer boleh ada di sini?" soal demon itu dan Mazus merengus.

"Diamlah! Kau ingat aku ni siapa?" soal Mazus pula.

"Demon pemalas?" ujar demon itu.

"Kau nak mampus ya?" soal Mazus merenungnya tajam.

"Heh.. Nak bunuh aku? Tak ada hal.. Marilah..." kata demon itu tersenyum sinis,Mazus mengetap gigi menahan marah.

"Aku akan uruskan kau nanti.. Sebelum tu..." ujar Mazus memandang ke arah Kenji dan Irish.

Demon yang bersama Mazus merasakan pelik,memerhatikan Irish dan tersenyum sinis kemudian ketawa dengan kuat. Kenji dan Irish kehairanan,Mazus hanya mengetap gigi sekali lagi.

"Bising lah kau setan! Apa lagi?!" soal Mazus.

"Bagaimana dewa dari alam lain boleh berada di sini?" soal demon itu dengan tersenyum licik.

Irish tersentak dan mengetap gigi,dia memerhatikan demon di belakang Mazus. Auranya bukan sembarangan dan entah kenapa,Irish menggigil dan Kenji hanya memegang bahunya sebelum melangkah ke hadapan.

"Apa masalah kau?" soal Kenji dan demon itu berhenti dari ketawa.

"Demon Slayer Kenji.. Ia satu penghormatan dapat bertemu dengan kau..." ujar demon tersebut dengan senyuman licik tidak lekang dari mulutnya.

"Kau nak mati? Aku boleh tunaikan.." kata Kenji menghalakan pedangnya ke arah demon tersebut.

"Oi Izach.. Kau nak bebel apa?! Bunuh mereka!" ujar Mazus pada demon bernama Izach.

"Kau ni bisinglah.." balas Izach selamba dan Mazus mengetap gigi.

"Perempuan ni..." Mazus menahan amarah.

BOOMM!!!!

Letusan yang kuat mengejutkan dua ekor demon itu,Lucas kelihatan baru sahaja selesaikan minion mereka. Mata Lucas dalam bentuk devil merenung mereka,kemudian Lucas menjadi bentuk manusia.

"Oi Ken! Bahagian aku dah selesai... Bahagian kau bila?" soal Lucas memandang ke arah Kenji.

"Son of Demon King berpihak dengan manusia?" Izach menyoal dan Lucas menjeling ke arahnya.

"Waaa... The bitch is here..." ujar Lucas selamba dan Izach merenungnya.

"Jaga mulut kau..." kata Izach merenungnya.

"Perempuan memang cepat terasa eh?" soal Lucas tersengih tidak bersalah.

"Lawan kau ada di sini.. Jangan lupa.." Irish menghalakan pedangnya ke arah Izach.

"Baiklah aku akan bunuh dewi ni dulu.. Kemudian baru kau.. Son of Demon King..." ujar Izach dan dengan tiba-tiba,dia mengelak satu libasan.

Izach terkejut dan memandang ke arah Irish,Kenji hanya bersiul sahaja kagum dengan gerakan Irish. Izach merenung tajam ke arah Irish,Mazus juga terkejut dan sekelip mata dia menahan tetakan Kenji.

"Kau?!!" Mazus menahan bilah Kenji.

"Kita 'berbincang' tempat lain.." ujar Kenji menolak Mazus jauh-jauh.

Irish dan Izach berbalas renungan,si dewi menghela nafas panjang. Izach terus bersiap-sedia,Irish menumpu kuasa dalaman dan matanya bersinar.

"Mata bersinar kebiruan... Kau adalah Goddess of Battle Irish?.." ujar Izach.

Irish tidak berkata apa-apa,sekelip mata dia sudah bergerak di hadapan Izach. Hayunan libasan pedang dilakukan,Izach menahan dan terseret ke belakang.

"Ouhooo... That Goddess is badass.." ujar Lucas tersengih.

Irish segera menghayunkan pedangnya,Izach menangkis dengan terkial-kial. Serangan Irish mengejut dan membuatkan Izach,terkejut dan sebabkan itu reaksi dia lambat.

TANG!!!

"Jangan nak berlagak dewi tak guna!" Izach memberi makian.

Tetapi Irish hanya menghayunkan pedang,Izach tercampak ke belakang dia hanya tersengih teruja dengan apa yang berlaku.

"Kau dah hilang akal ke? Senyum masa dalam pertarungan.." soal Irish.

"Aku senyum sebab ada peluang untuk membunuh dewa!!" kata Izach meluru ke arah Irish.

"Mimpi la!" balas Irish.

TANG!!!

KTANG!!

KRAANG!!!

Izach menahan tetakan pedang Irish,mereka berbalas renungan tajam. Mata biru dan mata merah bertembung,Irish dan Izach berbalas tangkisan yang libasannya begitu laju sehingga tidak kelihatan bilah pedangnya.

"Okay aku pening.." ujar Lucas matanya berputar kerana tidak dapat menangkap gerakan bilah pedang Irish dan Izach.

Izach melepaskan gelombang libasan,Irish menyisirkan jarinya pada bilah pedang lalu bersinar dengan terang. Irish membatalkan serangan Izach,dengan satu libasan sahaja. Izach membesarkan anak matanya,Irish pula hanya dengan muka tanpa emosi.

Izach mendecih dan tersengih lalu terus meluru lagi sekali,ke arah Irish dan mereka berbalas tetakan pedang. Lucas hanya sekadar memerhatikan sahaja dari tepi,dia menghela nafas pendek.

Irish mengatur pernafasan dan menghayunkan pedang,Izach menangkis dan cuba menetak kepala Irish. Namun Irish lebih pantas menahan,Izach mendecih kerana serangannya berjaya ditahan.

Tubuh Irish bersinar dan kepaknya dikuak,Izach membesarkan matanya dan segera dia berundur. Irish menghalakan tapak tangannya ke arah Izach,rantai cahaya muncul dan membelit demon perempuan itu sehingga dia tidak mampu bergerak.

"O,Holy Light... Punish my Foe in front of my Eyes..." Irish mengaktifkan kuasanya dan cahaya muncul,Izach tergamam seketika dan sekelip mata seluruh kawasan menjadi putih.

KTANG!!!

Kenji dan Mazus berbalas tangkisan dengan sengit,Mazus mengasak Kenji dengan tetakan yang begitu liar. Kenji segera bergerak pantas ke belakang,Mazus mengikutnya dengan jarak yang dekat.

"Oi.. Kau pehal lari?!" Mazus mula terasa jengkel,Kenji tersenyum dan berhenti menyarung semula pedangnya.

"Bagus! Duduk diam-diam situ,aku akan cincang badan kau!!" kata Mazus melompat dan ingin menghayunkan pedang miliknya.

Kenji hanya tersenyum dan merendahkan tubuhnya,nafas dihelakan secara teratur dan matanya redup.

"Yamasato Sword Style..."

Mazus semakin hampir dan menghayunkan pedangnya,Kenji menolak sedikit pedangnya. Libasan yang sepantas kilat,dilakukan dan tubuh Mazus tercedera darah memercik. Manakala Kenji sudah mengeluarkan pedangnya,Mazus tertanya-tanya bila masa dia keluarkan senjatanya?

"Single Swing.."

Mazus terjatuh tergolek dan segera bangkit,dia melutut sambil menyentuh bahagian lukanya. Dia termengah-mengah menahan kesakitan,nafas mengeluarkan wap dingin dan matanya merenung ke arah Kenji yang baru sahaja menyarung semula pedangnya.

"Sial kau manusia..." kata Mazus.

"Masih lagi angkuh? Menyerah sahaja..." ujar Kenji.

"Menyerah? Jangan mimpi!!" Mazus menjerit dengan kuat.

Rupa Mazus berubah bentuk demon dan kuasanya meningkat,Kenji hanya memandang kosong ke arah perubahan tersebut.

"Kau adalah manusia pertama memaksa aku ke tahap ini..!" ujar Mazus melagakan penumbuknya pada tapak tangan.

"Wooo... Seerrram neyh..." balas Kenji melakukan sarcasm.

"Aku nak tengok sampai bila kau mampu tersenyum..." ujar Mazus.

Kenji bersiap-sedia dan Mazus menghayunkan penumbuk,Kenji menahan dan terkejut sebelum terpelanting merempuh pokok sehingga patah batang pokoknya. Mazus hanya tersengih dan mulai ketawa kuat,dia memandang ke arah Kenji.

"HAHAHAHA!!! BAGAIMANA?! ITULAH YANG KAU DAPAT MELAWAN AKU!!" Mazus menjerit dan Kenji bangkit.

Mazus meluru dan mengasak Kenji,perutnya dihayunkan tumbukan dan Kenji memuntahkan air liur. Mukanya pula ditumbuk bertubi-tubi,Mazus tersengih kerana berfikir kemenangan berpihak kepadanya.

DUUUSSH!!!

KRARAAKKK!!!

Kenji terbenam di tanah dengan kuat sehingga tanah merekah teruk,Mazus kemudian hanya tersengih dan ketawa sekali lagi. Kenji tidak bergerak dan apakah dia sudah tewas,Mazus ketawa tanpa henti namun aura membunuh yang menakutkan kuat dirasai.

Mazus segera melompat jauh dan mendarat semula,dia memandang kiri dan kanan kemudian Kenji bangkit semula. Mazus tergamam melihat keadaan tersebut,Kenji menghela nafas pendek kemudian menyisirkan rambutnya ke belakang.

"Apa? Tidak mungkin kau mampu bangun... Aku dah pukul kau dengan teruk,bagaimana kau?.." kata Mazus tergamam dan berpeluh.

Kenji menarik nafas panjang,dia meregangkan ototnya kemudian menghela nafas pula. Tangannya berubah menjadi cakar naga bersisik hitam,matanya mula bersinar kebiruan dan corak aneh terukir di pipi.

"Kau... Kau... Bukan manusia?" soal Mazus tidak percaya dengan apa yang dia nampak.

"Kau tidak perlu tahu apa-apa.." ujar Kenji.

Mazus ingin melakukan gerakan,tetapi Kenji terlebih dahulu menhinggapkan penumbuknya ke muka Mazus. Maka terpelanting demon itu sehingga merempuh beberapa pokok,terhenti melanggar melekat pada dinding gunungdan memuntahkan darah.

"Aku tidak nampak gerakan dia.. Bila masa dia bergerak?" soal Mazus turun dari terus melekat pada dinding gunung.

Kenji berjalan tenang ke arah Mazus dan demon itu tersentak,badannya jelas menggigil dan Mazus mengetap gigi.

"HUARGGHHH!!!! DON'T GET COCKY YOU MONSTER!!" Mazus mula marah.

"Monster? Me? Heh,funny when I hear from the demon.." ujar Kenji tersenyum simpul,Mazus merasakan maruahnya tercalar dan mukanya bengis.

"AKU AKAN CINCANG,ROBEK DAGING KAU!!" Mazus meluru laju ke arah Kenji.

Mazus mengibarkan kepaknya dan meluru ke arah Kenji,tetapi Kenji menghela nafas pendek dan tangannya bersinar kemerahan.

ZRASSHH!!!

Mazus dilibas hirisan X yang besar pada bahagian dada,mulutnya memancutkan darah hitam dan Mazus melepasi Kenji serta terus jatuh mencium bumi.

Kenji memerhatikan jasad Mazus yang tidak lagi bernyawa,kemudian letusan kuat berlaku dan Kenji mula tidak sedap hati.

"Irish!" Kenji terus pergi dari situ.

Pada masa itu Irish dilindungi oleh Lucas,keadaan Irish yang teruk namun tidak mengancam nyawanya. Lucas menghasilkan pelindung dan merenung ke hadapan,seorang lelaki berambut hitam putih sedikit berdiri di hadapan Izach.

"Siapa kau?!" soal Lucas.

"Salam hormat anak demon king.. Nama aku Igdriren.."














====================

Hellooo guys

Apa khabar semua,harap semua sihat sejahtera.

Maaf menunggu lama

Ambil masa untuk mood

Idea ada tapi mood untuk mengarang,susah nak dapat

Okay la

Please COMMENT & VOTE okay

Don't "please update" got it

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top