Chapter 73 : Yamasato Kenji
Irish dan Osiris berada di kedai makan,Osiris hanya tersenyum kelat melihat wajah Irish yang menahan bengang. Raut wajahnya jelas sedang marah,antara faktornya adalah daripada Kenji sudah pasti.
Air muka Irish yang marah sambil merenung Kenji yang melangkah masuk ke dalam kedai makan,lalu lelaki berambut panjang hitam menghampiri mereka. Malah lebih berani dia duduk bersebelahan Irish,Osiris menelan air liur kerana takut-takut Irish akan apa-apakan lelaki tersebut.
"Hai.." sapa Kenji tersenyum namun tiada balasan,Irish kekal dingin tidak memandangnya langsung.
Kenji sekadar tersenyum kelat,Osiris sekadar mendiamkan diri. Dia tidak mahu berbuat apa-apa,Kenji diam dan perhatikan Irish agak lama.
"Awak tahu.. Awak cantik dan ayu.. Muka marah hanya cacatkan kecantikan wajah awak.." kata Kenji dengan senyuman manis.
Irish tersentak dan Osiris tergamam kerana kata-kata Kenji,Osiris risau apakah tindakan Irish dan memandang dewi tersebut. Osiris membesarkan matanya terkejut,kerana Irish mukanya merah padma dan memandang ke arah Kenji.
Irish dan Kenji saling berbalas pandangan,Kenji tersenyum redup dan Irish terkejut dengan mukanya merona merah malu. Ini adalah kali pertama seseorang memuji wajah dia,selama ini dewa dan dewi takut untuk mendekatinya kerana sifat ketegasannya.
"Apa yang awak merepek ni? Kalau awak cuba memikat,lupakan.. Saya tidak akan tertipu..!" ujar Irish.
"Pikat? Mana ada? Saya puji ikhlas.. Awak memang cantik.." jelas Kenji tersenyum.
Irish terus terdiam dan menundukkan wajahnya,dia benar-benar segan. Osiris terkebil-kebil melihat keadaan tersebut,ini kali pertama Osiris melihat Irish berkeadaan begitu.
"Oh Osiris-san? Awak akan bermalam di sini? Waktu begini agak berbahaya jika kamu teruskan perjalanan.." kata Kenji mengubah topik.
"Err.. Kami tidak terfikir tentang itu.." ujar Osiris.
"Kalau begitu apa kata kamu tumpang di rumah saya?" soal Kenji tersenyum dan Osiris agak terkejut dengan pelawaan Kenji.
"Tidak apakah? Apa tidak menyusahkan kamu sekeluarga?" soal Osiris.
"Ouh.. Jangan risau,saya tinggal sendiri.." jelas Kenji dan Osiris terdiam,Irish mengangkat kepalanya menoleh ke arah Kenji.
Tanpa banyak soal Osiris meneriam pelawaan Kenji,Irish tiada pilihan lain selain mengikut Osiris. Rumah Kenji jenis sederhana,namun mampu muatkan dua atau tiga tetamu.
Tidak besar juga tidak kecil.
"Selamat datang ke rumah saya.. Jemput la masuk.." pelawa Kenji.
"Terima kasih..." ujar Osiris dan Irish menahannya dengan memegang bahunya.
"Apa?" soal Osiris kehairanan dan Irish merenungnya lama,kemudian melepaskan pegangan bahu Osiris.
"Tidak.. Tidak ada apa-apa.." balas Irish dan Osiris hanya mengangkat bahu.
"Jemput la duduk.." Kenji mempelawa dan mereka berdua menurut.
"Sekejap,saya sediakan minuman.." kata Kenji.
Kenji sekadar tersenyum dan menyediakan minuman untuk mereka berdua,dua cawan teh bunga dan Kenji duduk di hadapan mereka. Irish mengerling matanya ke arah sebilah pedang yang disangkut pada dinding,jelas aura yang begitu kuat dan besar dirasai dari pedang tersebut.
"Kau dapat rasakan sesuatu yang berbeza dari pedang tu ke?" soalan Kenji mengejutkan Irish.
"Apa maksud kau?" soal Irish.
"Maaflah.. Aku tahu kamu berdua ni dewa bukan?" soal Kenji sambil tersenyum dan Irish serta Osiris terkejut.
"Bagaimana kau?" Osiris menyoal.
"Tahu kamu berdua adalah dewa? Setiap makhluk mempunyai warna badan mereka,manusia berwarna hijau.. Syaitan berwarna merah.. Dewa berwarna emas.. Jadi itu lah sebabnya.." jelas Kenji tersenyum.
"Warna? Mata kau... Adakah kau naga?" soal Osiris menduga.
"Separuh.. Ayah aku naga dan ibu aku manusia.." jelas Kenji tersengih.
"Kenapa dengan dia tu adalah naga?" soal Irish.
"Puak naga ada kelebihan yang istimewa,salah satunya adalah mata mereka mampu melihat warna dalam tubuh setiap makhluk.. Jika ada makhluk menyamar,mereka boleh tahu dengan segera..." jelas Osiris dan Irish hanya terdiam.
"Nampaknya kau serba tahu? Sudah semestinya jika kau adalah dewa.." ujar Kenji sambil tersengih.
"Apa yang demi-human seperti kau buat di sini?" soal Osiris ingin tahu.
"Ini tempat tinggal mendiang ibu aku.. Jadi normal la aku nak menetap di sini.." jelas Kenji.
Irish hanya mendiamkan diri,dia tidak berkata apa-apa mengenai hal yang Kenji dan Osiris bualkan. Manusia di hadapan dia adalah separuh naga,selain itu separuh manusia.
Malam menjelang dan bulan penuh pada waktu itu,rumah Kenji pula kebetulan bersebelahan sungai. Kenji berdiri memerhatikan sungai,cahaya bulan dipantulkan oleh air sungai yang begitu jernih.
"Awak ada sesuatu nak daripada saya?" soal Kenji dengan tiba-tiba sambil menoleh ke belakang,Irish berdiri di belakang Kenji dengan air muka yang serius.
"Kau dapat kesan aku biarpun aku sudah lenyapkan daya kuasa aku.. Bagaimana kau lakukan?" soal Irish pula.
"Daya kuasa awak sahaja yang hilang,tetapi daya ki awak masih lagi saya boleh kesan..." jelas Kenji tersenyum lebar.
"Jangan nak berlagak dengan kelebihan kamu,manusia.." Irish berkata dengan perasaan benci.
"Orang gelar saya Demon Hunter... Berpuluh ribu demon saya sembelih dan begitu kelebiham mereka amat banyak telah saya hadapi.. Tapi bertemu dengan dewa yang prajudis pada manusia,benda berlaku sekali dalam ribuan tahun..." kata Kenji tersenyum.
Irish mengetap giginya dan mula berang,dia menarik pedangnya dan dihayunkan ke arah Kenji. Namun Kenji hanya tenang dan sekelip mata dia sudah menahan kemas pedang Irish,sehinggakan Irish tidak nampak bila Kenji mengambilnya.
KRAANG!!!
"Serta kurang sabar..." ujar Kenji menyambung ayatnya,sambil tangannya memegang pedang dan menahan pedang Irish. .
"Aku nak bunuh kau manusia.." Irish berkata dengan aura yang kuat dirasai.
"Atas kesalahan apa?" soal Kenji tersenyum sinis.
Irish mengetap giginya dan hayun sekuat hati pedangnya,Kenji pula hanya menangkis sahaja serta mengelak libasan pedang Irish.
"Berhenti mengelak!" Irish menjerit.
"Biarkan diri dipenggal? Memang tak nak la aku.." jelas Kenji tersenyum.
KTANG!!
TANG!!
TUSSH!!
Libasan dua pedang berlaga,bunyi lagaan begitu nyaring. Kenji dan Irish bertembung,pedang dipusingkan beberapa kali oleh Kenji dan Irish menujah pedangnya ke arah Kenji.
"Hah!!" Kenji menahan dan tujahan pedang Irish,bergeser hujung bilah pedangnya pada pedang Kenji.
Kenji berpusing dan Irish terkejut melepasi dia,hampir terlajak dan Irish segera berhenti. Dia bengang kerana serangan dipesongkan,Kenji sekadar tersenyum dan itu menaikkan kemarahannya.
"Melihat gaya awak,nampaknya awak bencikan manusia.." ujar Kenji.
"Jika ya,kenapa? Aku tetap akan bunuh kau!" kata Irish dan bilah pedangnya,bersinar dengan berkilau sekali dan libasan dilakukan.
Libasan bercahaya dengan jumlah beribu libasan,serangan itu ditujukan ke arah Kenji
Manakala Kenji hanya tersenyum sahaja,pedangnya dipusingkan beberapa kali dan terus menangkis ribuan libasan dihalaka ke arahnya.
Kenji menghayunkan pedangnya dihayunkan,menangkis ribuan libasan bercahaya. Kenji sekadar tersenyum sahaja,ini hanya mampu menaikkan kemarahan Irish.
Irish segera mengaktifkan kuasa dan zirah tempurnya,bersarung kemas di tubuhnya dan Kenji hanya bersiul.
"Nice armor.." kata Kenji tersenyum.
Irish berang dan menghayunkan pedangnya sekuat hati,Kenji segera mengelak dan terkejut kerana Irish sudah berada di hadapannya. Kenji hanya mendecih sebelum hayunan pedang Irish,dilakukan dan Kenji menahan lalu tercampak.
Kenji memusingkan tubuhnya dan mendarat,kaki bergeser jauh dan Kenji mencacakkan pedang bagi diri terus tercampak jauh. Nafas ditarik dan dihelakan,Kenji menunjukkan reaksi dingin dan saat itu Irish merasai aura yang kuat datang daripada Kenji.
"Playtime is over..." ujar Irish dan terus meluru laju ke arah Kenji.
Kenji pula memegang pemegang pedang,dengan kedua-dua tangannya dan diangkat ke udara. Seperti pemedang kendo,Irish meluru ke arah Kenji dengan laju. Sekelip mata Kenji sudah melepasi Irish dengan pantas kilat,hancur zirahnya saat itu juga dan Irish terkejut.
YAMASATO KENJI
IRISH
OSIRIS
======================
Here update for ya!.
Tiga di atas itu untuk reference bagi tiga watak untuk beberapa chapter bagi flashback.
Bagaimana cerita?
Harap korang berpuas hati dengan penceritaan GODDESS & THE IMMORTAL
Aku buat flashback untuk beberapa chapter,harap korang tidak kisah
Please COMMENT & VOTE okay
That's all
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top