Chapter 72 : Goddess Meet Human
Irish memandang ke luar tingkap,dia memerhatikan keadaan halaman luar biliknya. Melihat taman yang ada di luar dojo,dia perhatikan setiap hiasan taman kemudian ingatan kisah silam bermain.
Tetapi ingatan dia terhenti,apabila dia ditegur oleh seseorang yang muncul dengan tiba-tiba.
"Ibu?" soal Aphys muncul dari luar pintu bilik.
"Ah Aphys.. Masuk lah..." pelawa Irish tersenyum kepadanya.
Aphys berjalan melangkah masuk ke dalam bilik,menghampiri Irish dan duduk bersimpuh di tepi kakinya. Sambil tangannya diletakkan pada riba ibunya,Irish tersenyum sambil mengusap kepala anak gadisnya.
"Ibu? Boleh Aphys tanya satu soalan?" soal Aphys.
"Boleh.. Apa dia?" Irish berkata lembut.
"Aphys tak pernah dapat kenal ayah Aphys... Bagaimana orangnya ayah Aphys ni?" soal Aphys dengan muka ceria dan Irish tersenyum kelat.
"Ia satu cerita yang panjang.. Aphys tak kisah?" soal Irish dan Aphys menggelengkan kepala sahaja tanda tidak kisah.
Suatu masa yang lalu di mana dia dan Kenji mula berkenalan,seorang manusia yang tidak ambil peduli dengan ancaman daripada dia. Irish ketawa kecil sendirian,Aphys kehairanan dan Irish menarik nafas panjang kemudian dihelakan.
Ribuan Tahun yang lepas..
Irish The Goddess of Battle,ketika itu ribuan tahun yang lalu. Dia membenci manusia,kerana bumi rosak akibat sikap manusia yang berperang sesama sendiri. Sikap pentingkan diri manusia juga memainkan peranan,Osiris yang ketika itu masih lagi dewa biasa sekadar menggelengkan kepala dengan sikapnya.
"Kita patut lancarkan hari pengadilan,bumi dah terlalu rosak untuk manusia!" ujar Irish.
"Bagaimana dengan manusia yang tidak berdosa? Tidak patut mereka menerima nasib sama..." kata Osiris mempertahankan manusia.
"Apa yang kau tahu? Kau cuma dewa tanpa nama!" bidas Irish.
"Lagi bagus dari seseorang yang ada nama tetapi hanya tahu membuat keputusan membuta tuli.." Osiris membalas semula.
"Kau nak cari pasal ke Osiris?!" soal Irish menengkingnya dan seseorang berdehem.
"Cukup... Jangan bertekak di tempat yang suci,kamu berdua adalah dewa yang dihormati oleh dewa lain.. Jadi tolong jaga sikap..." ujar Emperor God sebelum Osiris,Horrus.
"Maafkan kami tuan Horrus.." Osiris berkata dengan menunduk kepala tanda memohon maaf.
"Baiklah kamu dimaafkan... Irish.. Goddess Of Battle.." Horrus memanggil nama Irish.
"Ya Emperor God.." sahut Irish melutut menunggu arahan Horrus.
"Kau turun ke bumi.." kata Horrus dan Irish terkejut.
"Tuan?" soal Osiris dan Horrus memberi isyarat supaya diam pada Osiris.
"Adakah tuan mahu saya hancurkan umat manusia?" soal Irish dalam masa yang sama,hatinya gembira namun Horrus sekadar tersenyum.
"Tidak Irish.. Aku arahkan kau turun ke bumi,untuk mengenali manusia.." jelas Horrus tersenyum dan Irish terkejut,Osiris mampu terkebil-kebil sahaja.
"Apa?!" soal Irish tidak menyangka dengan arahan Horrus.
"Ini adalah arahan muktamad Irish.. Kamu berani ingkar?" soal Horrus dengan tenungan menakutkan.
"Ti.. Tidak tuan..!" Irish menundukkan kepalanya akur arahan Horrus.
"Bagus... Aku harap kau boleh ubah pemikiran prajudis pada manusia nanti..." ujar Horrus dan berpaling kemudian beredar.
Irish mengetap giginya menahan geram,tetapi arahan adalah arahan dan dia harus akur. Dia segera beredar meninggalkan Osiris,si dewi pertarungan terbang turun ke bumi.
Akhirnya Irish menjejakkan ke bumi pertama kalinya,dia menyamar menjadi manusia dan menuju ke sebuah pekan.
Setibanya di pekan,Irish berjalan sekitar kawasan pekan dan memerhatikan suasana. Ramai manusia menjalani aktiviti harian,mereka semua sibuk fikirkan hal masing-masing.
Irish berjalan memerhatikan gelagat penduduk kampung,dia sekadar mendiamkan diri dan menjadi pemerhati tanpa berkata apa-apa. Manusia yang dia perhatikan melakukan kerja tanpa perlukan kuasa,bercucuk tanam dan berniaga. Mereka kelihatan seperti berseronok,bahagia dan juga seperti tiada masalah sehingga dia terdengar jeritan seseorang.
Irish perasan seorang lelaki berhadapan dengan lima orang lelaki mengerumuninya,keadaan lelaki itu cedera dan menahan kesakitan. Salah seorang menghampiri pemuda itu dan mungkin ketua mereka,rambut pemuda itu dicengkam.
"Hey aku suruh bayar wang perlindungan bukan? Kenapa susah sangat nak ikut?" soal lelaki itu.
"Wang perlindungan? Kau hanyalah memeras ugut kami.." kata pemuda itu pula tersengih.
"Kau memang berani ya?" soal lelaki tersebut.
"Lebih elok dari pengecut macam kau.." bidas pemuda itu.
"Kau memang tak sayang nyawa ya?!" soal lelaki itu berang dengan kata-kata pemuda tersebut.
Satu hentakan dilakukan dan muka pemuda itu mencium tanah,Irish agak terkejut dan ingin membantu namun seseorang melepasi dia.
"Oi!" tegur orang misteri itu.
DUSH!!!
Satu tumbukan hinggap ke muka ketua lima lelaki itu,maka ketua mereka tercampak bergolek beberapa kali ke belakang. Irish agak terkejut dengan tindakan orang misteri itu,lelaki berambut panjang dan berdiri dengan muka selamba.
"Siapa kau ha? Berani menyerang ketua kami?!" soal salah seorang daripada lima orang itu.
"Aku?" soal lelaki berambut hitam panjang.
Lelaki berambut hitam panjang hanya menarik pedangnya,lalu menghunuskan ke arah mereka semua. Ketua lima lelaki itu bangun dan ingin marah,namun terkejut melihat pedang tersebut.
"Aku rasa pedang ni dah cukup untuk beritahu siapa aku..." jelas lelaki itu.
"Pedang hitam yang panjang,tak.. Tak mungkin!" ujar ketua mereka.
Irish kehairanan dengan reaksi lelaki tersebut,tetapi dia jelas merasai aura yang agak mengagumkan daripada lelaki tersebut.
"Demon Slayer Yamasato Kenji?!" soal ketua mereka terkejut,kemudian menunjukkan reaksi ketakutan.
Para penduduk kampung semua terkejut,Irish hanya membuat muka biasa sahaja. Lantas lelaki dan pengikutnya semua,lari bertempiaran menyelamatkan diri. Lelaki bernama Yamasato Kenji hanya menghela nafas pendek,dia menyarung semula pedangnya.
Penduduk kampung menyerbu ke arah Kenji,mengucapkan terima kasih serta lebih-lebih daripada lelaki yang dipukul tadi. Irish hanya diam dan perhatikan Kenji tanpa berkerdip,Kenji menoleh dan terpandang ke arah Irish.
"Hey,awak.." ujar Kenji dan Irish mengetap giginya,berani lelaki ini memanggil dia begitu?
Irish tersentak dan teringat kata-kata Horrus,dia dihantar ke bumi supaya mengenali manusia. Lagipun manusia dia hadapannya,tidak tahu siapa dia sebenarnya dan Irish menarik nafas panjang kemudian dihelakan.
"Ya? Ada apa?" soal Irish semula.
"Awak orang baru ke? Tidak pernah nampak sebelum ni?" soal Kenji kehairanan dan Irish mula terpinga-pinga,apa yang patut dia jawab?
"Err..saya.." Irish tidak tahu apakah yang perlu dia jawab.
"Kami pengembara,untuk mengenali dunia..." ujar Osiris yang muncul secara tiba-tiba dalam berpakaian seperti manusia biasa.
"Ouh...begitu..." jawab Kenji mengangguk faham.
Irish terkejut dengan kehadiran Osiris yang mengejut,Osiris hanya mengenyitkan matanya sahaja dengan senyuman manisnya.
"Osiris?"
"Pengembara rupanya,hahaha.. Jarang kampung ni dilawati orang luar,selamat datang ke kampung kami...nama saya Kenji,Yamasato Kenji.." jelas Kenji memperkenalkan dirinya.
"Saya Osiris.. Dia ni Irish.." jelas Osiris dan Kenji hanya mengangguk tanpa berfikir panjang.
"Saya minta diri dulu,ada urusan lain perlu diselesaikan..." ujar Kenji dan segera beredar.
Irish hanya memerhatikan lelaki berambut hitam panjang,itu beredar meninggalkan mereka berdua kemudian dia menyedari Osiris memandangnya sambil tersengih.
"Apa yang kau buat di sini?" soal Irish dingin.
"Memastikan kau tidak akan bunuh manusia?" duga Osiris dan Irish merenungnya tajam.
"Aku juga ingin mengenali manusia,haih kau...tak boleh dibawa bergurau..." ujar Osiris menggelengkan kepala.
"Aku hanya ingin tahu bagaimana manusia sebenarnya,bukan belajar untuk menjadi manusia..." sindir Irish.
"Heh.. Gurauan tidak menjadikan kita manusia,setiap makhluk juga bergurau sesama mereka... Irish berhenti prajudis dan nikmati sepanjang kita berada di dunia manusia..." ujar Osiris tersenyum.
"Apa-apa sahaja.. Aku tidak berminat.." kata Irish.
"Tapi kau berminat nak mengenali manusia bernama KENJI tadi.." Osiris berkata sinis dengan menekan nama Kenji,Irish merenungnya tajam dan Osiris hanya mengangkat tangan tanda mengalah.
Irish mengetap giginya menahan geram,dia beredar meninggalkan Osiris yang tersengih. Dia berminat untuk mengenali Kenji,jangan bergurau kerana dia adalah dewi dan manusia bukanlah apa-apa dengan dia. Irish berjalan laju sehingga keluar dari kampung,dia berhenti dan menyedari sudah berada jauh dari kampung.
Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi semak sekeliling dilanggar oleh sesuatu,Irish hanya menunggu dan bersiap-sedia jika ada yang berbahaya keluar dari semak. Sesuatu keluar dan beberapa ekor makhluk aneh merenungnya,Irish tergamam dan kehairanan kerana makhluk itu dia tidak kenal serta tidak pernah jumpa.
Irish tidak mampu bergerak,adakah kuasa dari makhluk tersebut?
Salah seekor terus melompat ingin menyerangnya,Irish mengetap giginya dan adakah ini tanda dia tewas begitu sahaja?
Namun sekelip mata benda itu dipenggal,lalu hancur menjadi debu dan Irish tergamam melihat si pelaku.
Kenji muncul dalam sekelip mata dan menyelamatkannya,pedangnya yang berbilah warna hitam dihunus. Mata Kenji merenung tajam ke arah makhluk aneh itu semua,lantas makhluk yang ada berbaki meluru ke arahnya. Namun sekelip mata Kenji membelah semua makhluk tanpa sebarang masalah,makhluk itu semua menjadi debu sebaik dibunuh.
Irish hanya terpaku melihat cara mainan pedang Kenji,belum pernah dia melihat langkah gerakan manusia seperti Kenji. Irish dikejutkan dengan bunyi sarungan pedang Kenji,dia dan Kenji berbalas tenungan.
"Hey awak ni gila ke?" soal Kenji.
"Ha? Maafkan saya?" Irish terkejut dengan soalan biadab Kenji.
"Awak sesuka hati keluar kampung waktu senja begini? Makhluk seperti tadi akan keluar cari mangsa waktu seperti ini tahu?" jelas Kenji.
"Maafkan saya,saya tidak tahu.. Tapi itu tidak bermakna awak boleh hina saya!" bidas Irish bengang.
"Untuk mengajar awak,ia perlu..." ujar Kenji membalas renungan Irish.
"Jangan fikir awak terlalu bagus,manusia..." kata Irish hilang sabar.
"Manusia? Awak juga bukan manusia?" soal Kenji dan Irish tangannya mula bersinar,sebelum direntap Osiris.
"Osiris?" soal Irish terkejut.
"Apa yang kau nak lakukan? Hentikannya!" ujar Osiris melalui telepati dan Kenji kehairanan.
"Manusia ini menghina aku! Dia harus diajar!" jelas Irish.
"Hentikannya,kita tidak tahu peraturan di dunia ini.. Lagi satu sini bukan dunia yang dikawal oleh kita.." kata Osiris dan Irish kehairanan.
Kenji hanya memerhatikan mereka tanpa melakukan apa-apa,Osiris dan Irish berbalas renungan tanpa berbuat apa-apa tindakan. Itu adalah dari pandangannya,tetapi mereka berdua sedang berbicara melalui telepati.
Irish merentap tangan Osiris,Kenji terkejut dan Irish merenungnya lalu beredar pergi kembali ke kampung semula. Osiris hanya menundukkan kepala tanda memohon maaf,lantas Osiris mengekori Irish dari belakang. Kenji hanya memerhatikan mereka,dia mengangkat bahu sahaja.
"Wanita yang pelik..."
======================
Hellooo guys
Maaf late update
Mood datang dan pergi
Tak tahulah kenapa,maafkan aku jika hambar
Tolong komen dan vote
Ciao
No komen "update pliss" ya
Sila kerjasama
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top