Chapter 71 : Sanzo vs Ephraim
Sanzo tiba-tiba didatangi oleh demon yang mengaku dirinya,dihantar oleh tuannya untuk menghapuskan dia.
Igdriren nama tuan kepada demon itu,Sanzo terdetik nama Igdes bermain di mindanya. Adakah Igdes dalang di sebalik semua ini?
"Masa untuk kau mati.." ujar demon bernama Ephraim mengangkat senjatanya.
"Dia datang.." ujar Tez pula.
Ephraim bergerak pantas meluru ke arah Sanzo,manakala Sanzo hanya mendiamkan diri. Dia menunggu demon itu,mendekatinya dan tetakan senjata ditahan kemas oleh tangan kosong.
KRAKKK!!
Tanah merekah dan Tez bergerak ke belakang,berundur dan Sanzo hanya mengalihkan senjata Ephraim ke tepi lalu menghayunkan tumbukan.
DUUUSSH!!
Ephraim menangkis tumbukan padu Sanzo dengan sebelah tangan sahaja,Sanzo hanya sekadar memandang dengan pandangan kosong tanpa emosi.
DUSH!!
DUSH!!
KRAANG!!
Tinju Sanzo dan senjata Ephraim bertembung,lagaan dan pukulan saling berganti. Ephraim menujah serangan lutut,tepat mengenai pipi kanan Sanzo. Ephraim mengangkat senjatanya tinggi,ingin menetak Sanzo dan dihayunkan.
Tetapi Sanzo menahan pergelangan tangan Ephraim,yang memegang senjatanya dan satu tumbukan padu dihayunkan. Tepat mengenai perut Ephraim,si demon terseret ke belakang kemudian melutut sebelah kaki sambil tangan memegang perut.
Sanzo masih dalam keadaan menumbuk,tangannya tegak kemudian ditarik semula. Nafas helaan dilepaskan dan merenung demon tersebut,Ephraim mengetap gigi berang dengan renungan Sanzo dan kembali bangkit.
"Sialan!! Jangan nak berlagak!!" Ephraim membentak dengan suara yang lantang.
Tetapi Sanzo terlebih dahulu mara ke hadapan,Ephraim terkejut dengan tindakan mengejut Sanzo. Suasana bagaikan masa menjadi perlahan,Sanzo hanya memandang Ephraim dengan renungan dingin. Lantas Ephraim ingin menyerang balas,tetakan pedang dia hayunkan namun Sanzo dengan mudah mengelak.
ZRASSHH!!
ZRAKK!!
Ephraim menghayunkan pedang tetapi Sanzo mengelak dengan mudah,air mukanya hanya bersahaja tanpa menunjukkan reaksi dia seperti bergelut. Tez hanya sekadar menyaksikan sahaja,tanpa berkata dan melakukan apa-apa.
Pertarungan tersebut disaksikan oleh Takemikazuchi,Ebisu dan Bisha. Tiga orang dewa itu hanya menjadi penonton sahaja,Sanzo mengelak dan terus mengelak tanpa menyerang balas.
"Celaka! Kau hanya tahu mengelak je ke ha?!" Ephraim membentak bengang.
"Baiklah kalau begitu.." ujar Sanzo dan mengelak secara berpusing ke kiri,serentak menyepak Ephraim sehingga terpelanting jauh.
Ephraim tercampak merempuh dinding pagar taman rekreasi,Tez hanya bersiul sahaja melihat keadaan tersebut. Sanzo hanya menghela nafas pendek,kemudian terus meluru mendekati Ephraim sebaik demon tersebut bangkit.
"Yamasato Hidden Technique..."
Ephraim segera mengangkat tinggi pedangnya,namun Sanzo terlebih dahulu menghayunkan serangannya.
DUSH!!
DUSH!!
DUSH!!
DUUUSSH!!!!
"Fist of Dragonsouls! 100 Times!!"
Tumbukan padu beratus kali hinggap ke tubuh Ephraim,demon tergamam dengan serangan datang daripada Sanzo. Setiap tumbukan manusia yang dia terima begitu padu dan padat,Sanzo menghentikan tumbukan yang ke seratus dengan menekap perut Ephraim.
Nafas dihelakan panjang dan mata dipejamkan dengan rapat,Ebisu dan Takemikazuchi serta Bisha hanya kekal mendiamkan diri menyaksikan keadaan itu. Mata Sanzo dibuka luas dan tumbukan,dia hayunkan dengan deras.
DUUUSSH!!!!
"Urghh.... Gahakkk!!!" Ephraim memuntahkan darahnya berwarna hitam,sebelum tercampak keluar dari kawasan perumahan tersebut.
Sanzo menghela nafas pendek,dia menarik semula tangannya. Nafas diaturkan dan memandang ke hadapan,Sanzo terus berjalan menuju di mana Ephraim terjatuh.
Satu sudut agak jauh dari taman perumahan,Ephraim cedera teruk dan bentuk demon dia terbatal. Ephraim terbaring dengan kesakitan yang dia alami,menyukarkan dia untuk bangun. Sanzo muncul tidak lama lepas itu,mereka berdua berbalas pandangan.
"Si... Al.." Ephraim menyumpah.
"Siapa hantar kau?" soal Sanzo.
"Bu.. Kan.. Kah a.. Aku sud.. Ah beri... tahu.." ujar Ephraim tersekat-sekat percakapannya.
"Siapa Igdriren ini?" soal Sanzo.
"Ka.. Kau.. F..f..fikir ak.. Aku aak.. Akan beritahu?! Per.. Gi.. Mmmati!!" ujar Ephraim masih berlagak kental.
"Okay.." ujar Sanzo dan Tez muncul tidak lama lepas itu.
"Kau.. A..anak Raja.. Sy.. Syaitan.." ujar Ephraim merenung Tez.
"Kau kenal aku?" soal Tez.
"Heh.. Sia.. Pa y.. Yang tidak k.. Kenal ka.. Kau?" kata Ephraim dan tubuhnya mula terhakis,sedikit demi sedikit menghilang.
"Hidup Lord Igdriren... He.. He.. Hahahahaha!!"
Sekelip mata tubuh demon tersebut terus lenyap,Sanzo dan Tez berbalas pandangan. Mereka tertanya-tanya siapakah Igdriren ini?
"Igdriren? Siapa dia ni?" soal Tez pula memikirkan nama tersebut.
"Dia juga syaitan,kau tidak pernah dengar ke?" soal Sanzo.
"Aku jarang bergaul di demon realm.. Kalau keluar tu jalan seorang diri je.. Aman sikit.." jelas Tez dan Sanzo memandang dengan muka simpati.
"Apa?" soal Tez kehairanan,Sanzo menepuk bahu Tez beberapa kali kemudian beredar.
"Seriously.. Apa?" Tez tidak faham tindakan Sanzo,manakala Sanzo memandang ke arahnya semula.
"Kau nak tidur luar ke? Hari dah lewat ni.." kata Sanzo.
Tez terkejut dengan senyuman Sanzo kemudian tersengih,dia segera mengekori Sanzo yang kembali melangkah.
"Ouh Sanzo! I love you so much!" kata Tez dengan girang ingin memeluk Sanzo.
"Jauhkan diri kau daripada aku..!" balas Sanzo menghadiahkan penumbuk.
"Ayark!!"
Sebaik tiba di dojo...
Elene hanya tersengih sahaja melihat Tez yang dalam keadaan lebam di muka,Sanzo menghela nafas pendek dan Pheara menggaru pipinya tersenyum kelat.
"Entah kenapa saya dah biasa dengan keadaan ini..." ujar Elene.
"Saya setuju tu,Elene..." ujar Pheara hanya mengangguk.
"Salah dia sendiri.. Dia yang mintak.." jelas Sanzo.
"Ala.. Aku cuma nak peluk kau je..tu pun salah ke?" ujar Tez dengan memuncungkan mulutnya.
KRAKKK!!
"Adedededeh!! Apasal kau cengkam muka aku?!" soal Tez.
"Masalahnya kau tu lelaki.. Aku bukan gay kau faham tak?" Sanzo berkata sambil mencengkam muka Tez lagi sekali.
"Sakit bro.. Ampun bro!" Tez meraung menahan kesakitan dialaminya.
"Aku peduli apa?..." Sanzo kekal mencengkam muka Tez dengan perasaan bengang.
Pada masa yang sama juga,sepasang mata memerhatikan gelagat mereka. Senyuman ikhlas terukir dan sebaik muncul Irish,menghentikan Sanzo dari terus cengkam muka Tez. Dia menjadi terkejut melihat wanita tersebut,dia memerhatikan gelagat Irish memujuk Sanzo.
Sanzo yang menghela nafas pendek selepas Irish menasihatinya,dia memandang ke satu arah iaitu di mana ada seseorang memerhatikan mereka. Namun tiada sesiapa pun di situ,Sanzo hanya memerhatikan agak lama kemudian masuk ke dojo bersama-sama yang lain.
"Pelik.. Perasan aku sahaja ke?"
************************
Hellooo guys
Aku dah mula hilang mood pulak
Tolong kembalikan mood aku guys
Hilang ditiup angin dah ni
Huhu
Please COMMENT & VOTE
OKAY
Satu lagi kalau ada komen update pliss mendapat la kau
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top