Feat. Sophie The Dragon Maiden in media
Rumah agam lama diperhatikan oleh pemuda berambut hitam,matanya berwarna merah delima seperti bersinar. Sekumpulan gadis berjalan melalui kawasan tersebut,terpesona dengan penampilan pemuda tersebut.
Pemuda berambut hitam menyedari dirinya,diperhatikan kemudian memberikan senyuman. Sekumpulan gadis itu mukanya merah padma,si lelaki berambut hitam sekadar tersenyum sahaja kemudian menoleh ke satu arah.
Pemuda berambut putih tadi yang berada di restoran keluarga Kougami,muncul di hadapannya dengan muka meluat pemuda berambut hitam pula tersengih.
"Apa?" soal pemuda berambut putih.
"Kau cemburu..." kata pemuda berambut hitam dengan tersengih bangga,pemuda berambut putih membuat muka jelik lalu ludah air liur ke tepi.
"Tak ada masa aku.." bidas pemuda berambut putih.
"Relax la bang.. Jarang kita dapat lepak di dunia lain.. Negara ni namanya Jepun eh? Lebih kurang macam negara Sakura di dunia Mithgar.." ujar pemuda berambut hitam itu pula.
"Siapa pula rambut putih tu? Rambut hitam tu panggil dia abang?"
"Muka dia terasa menyeramkan la.."
"Tak kisah la.. Dia kacak! Kya!!"
Pemuda berambut putih hanya mendiamkan diri,dia dan pemuda berambut hitam jelas mendengar kata-kata sekumpulan remaja perempuan melalui kawasan tersebut.
"Can I shock them?" soal pemuda berambut putih.
"Woo.. Relax bang,sabar tu separuh dari kekuatan.." pemuda berambut hitam menenangkan pemuda berambut putih itu.
"Seronok berborak?" soal Ikhwan yang muncul dengan tiba-tiba.
"Eh uncle.. Lama sampai?" soal pemuda berambut hitam tersengih,pemuda berambut putih hanya menarik rokok dan diselitkan pada bibirnya.
"Baru je sampai,Aminudden dan Luqman kalau kau bakar rokok tu.. Aku bakar rokok tu dengan kau sekali.." kata Ikhwan menjeling pemuda berambut putih,atau namanya adalah Luqman.
"Tenang uncle.. Relax.. Tarik nafas,hembus.. Tarik nafas.. Hembus.. Errk!" ujar pemuda rambut hitam atau dipanggil Aminudden,sebelum mukanya dicengkam oleh Ikhwan.
"Adededeh sakit uncle,sakit uncle!" ujar Aminudden menahan sakit.
"Kau orang pertama aku bakar dulu.. Melawak pulak ye?" ujar Ikhwan.
Tidak lama lepas itu Ikhwan melepaskan cengkaman,dia menoleh dan Sanzo bersama Pheara baru sahaja tiba di hadapan mereka. Ikhwan tersengih melihat kehadiran mereka,Luqman dan Aminudden kehairanan.
"Cepat? Ingat masih nak bermanja lagi.." ujar Ikhwan tersengih.
Sanzo terkejut dan Pheara mukanya merah padma,Sanzo menahan segan dan Ikhwan sekadar ketawa kecil.
"You stalking us?" soal Sanzo.
"Opss.. Busted..!" kata Ikhwan tersengih.
"Could you please stop playing around?" Farhan muncul dengan tiba-tiba.
Sanzo terkedu apabila Farhan turut muncul dengan tiba-tiba,Pheara yang mulanya bertenang terus terkejut,kerana aura yang dia lihat pada Farhan sama yang ada pada Ikhwan.
MELEBIHI HAD LIMIT SEORANG MANUSIA..
Luqman dan Aminudden juga sama,namun masih ada had limit tetapi mereka mampu melawan dewa. Sanzo menghela nafas pendek,kemudian memandang ke arah rumah tersebut. Dia putus asa untuk berdebat dengan gurunya,dia memandang ke arah rumah agam tersebut.
"Jadi guru,apa yang guru nak rancangkan?" soal Sanzo dan Ikhwan tersengih.
"Jadi Am,kamu ada dapat apa-apa yang menarik?" Ikhwan menyoal sambil memandang ke arah Aminudden.
"Apa yang saya nampak.. Rumah agam tu didiami oleh Dark Sorcerer.." jelas Aminudden dan Sanzo terkejut,Pheara juga sama.
Ikhwan tersenyum dan Farhan pula menjengah ke arah rumah agam tersebut,Luqman pula hanya menghisap rokok dan asapnya dihelakan. Suasana menjadi suram dan Pheara terkejut,tiada lagi pejalan kaki yang lalu lalang. Sanzo hanya mendiamkan diri,suasana sekeliling berubah dan sekelip mata.
Sekitar kawasan menjadi tanah tandus,tiada lagi rumah dan hanya tanah lapang dihiasai pokok-pokok yang mereput mati.
"Apa? Apa yang berlaku? Tempat apa ni?" soal Pheara risau.
Tidak lama kemudian tanah merekah,tangan keluar dari dalam tanah dan sesuatu merangkak keluar. Luqman dan Aminudden yang memerhatikan keadaan itu hanya terkebil-kebil.
"Apa ni? Zombie apocalypse?" soal Aminudden dan Luqman memandang dia dengan muka blur.
"Apa? Aku tanya je?"
"Master.. Boleh jelaskan apa yang berlaku?" soal Sanzo.
"Ini kuasa dari akashic record tu.. Akashic Record of Nightmare..." ujar Ikhwan.
Rumah agam yang besar itu juga berubah,bentuknya lebih besar dari biasa. Malah ada beberapa penjaga di setiap penjuru rumah,setiap bumbung pula dihiasi dengan patung gargoyle.
Ratusan makhluk seperti mumia,badan berbalut berdiri tegak di merata kawasan. Sanzo mula risau dan Pheara juga begitu,salah satu makhluk berlari meluru ke arah Sanzo dan Pheara dari belakang.
KRAKKK!!!
Luqman sekelip mata melibas sepakan kaki diselubungi kilat menghancurkan makhluk tersebut,Sanzo dan Pheara membesarkan mata masing-masing. Rokoknya dihisap sehingga habis,lantas dijentik ke arah makhluk mumia itu semua.
Aminudden hanya tersengih dan memetik jari,sebaik puntung rokok yang masih membara mengenai salah satu makhluk mumia itu.
BOOMM!!!
ZROOMM!!!
Letupan yang amat kuat berlaku dalam sekelip mata,Sanzo dan Pheara memandang dua orang anak muda itu. Luqman hanya menghela nafas pendek,dan Aminudden pula tersenyum sinis.
"Oi.. Skill baru ke?" soal Luqman.
"Lebih kurang la,senang nak mencegah orang dari merokok.." kata Aminudden tersengih.
"Kau nak cari pasal ke?"
"Hmm.. Kau rasa bro?"
"Okay cukup.. Korang tahu kan tugasan korang.." ujar Ikhwan menepuk tangan,Luqman dan Aminudden menoleh ke arahnya.
"Ya!.." jawab Luqman dan Aminudden serentak.
"Kau pun Han,kau bantu mereka.. Selagi rekod tu aku tak ambil,benda semua akan kekal regen.." kata Ikhwan lagi.
"Haiitt.." balas Farhan bersahaja.
"Sanzo dan Pheara,kamu berdua ikut aku ke dalam rumah tu.." kata Ikhwan lagi.
"Musuh ramai di hadapan.." ujar Pheara.
"Itu bukan masalah.." kata Sanzo dan Pheara menjeling ke arahnya dengan hairan,pada masa yang sama juga Ikhwan menyeru meriam naga.
ZROOSHH!!
BRAAM!!!!
Licin dan rata di hadapan mereka,Pheara tergamam dan memandang Sanzo.
"Saya dah kata kan?" kata Sanzo tersenyum kelat,Ikhwan tanpa bersuara segera berlari melepasi makhluk berbalut itu semua.
Sanzo dan Pheara segera mengekori Ikhwan dari belakang,meninggalkan tiga orang yang dikepung oleh makhluk berbalut seperti mumia.
"Jadi tinggal kita bertiga sahaja.." ujar Aminudden tersenyum melagakan penumbuk.
Luqman terus meluru ke arah makhluk berbalut,kemudian dia merenjat puluhan makhluk sehingga hancur. Aminudden pula mengepalkan kedua-dua penumbuknya,lalu menujah penumbuk menghancurkan makhluk berbalut itu semua.
Farhan yang memerhatikan dua beradik itu,hanya menghela nafas pendek kemudian dia merendahkan tubuhnya. Pedang katana terus dilibaskan,Luqman dan Aminudden menyedari lalu mengelak potongan beribu yang begitu pantas.
ZINGG!!
ZINGG!!
ZINGG!!
Serangan tersebut membuatkan Pheara,tergamam dan Sanzo hanya tersenyum sahaja. Ikhwan dan mereka berdua,terus berlari masuk ke arah rumah di mana Dark Sorcerer berada.
Farhan kembali menyarung pedangnya,mukanya tenang dan menghela nafas pendek.
"That's easy..." ujar Farhan.
"You could kill us!!" jerit Aminudden.
"Watch it will ya?" Luqman berkata sambil mengeluh.
"Opss.." balas Farhan tersenyum selamba,Luqman dan Aminudden hanya menahan bengang sahaja.
Makhluk hodoh muncul dan setiap yang menyerang,berubah setiap masa makhluk itu semua dihapuskan. Mereka akan kembali dengan berbagai rupa,Aminudden menyalakan api merah yang marak.
"Let's go Flare!!" rambut Aminudden berubah menjadi merah oren,api semakin marak dan dia merempuh ratusan makhluk itu semua.
"BURNING DASH!!!"
KA-BOOMMM!!!
BRAAM!!!!
"Fight until nothing left.." kata Luqman mengepalkan penumbuknya,lalu dia terus menembak serangan kilat keluar dari tapak tangannya.
"LIGHTNING BLAST!!"
KZZZZTT...!!!
ZRAAMMMM!!!!
Melihat makhluk itu hancur,si penyeru atau Dark Sorcerer mula hilang sabar. Petikan jari dilakukan kemudian golem yang berkawal,mara ke hadapan dan Aminudden menyedarinya lalu bersorak girang.
"WOOHOO!! INI YANG SERONOK!!" Aminudden berkata dengan kuat.
"Golem huh? Eh?" Luqman terkejut apabila Farhan melepasi mereka,sambil menarik pedang katananya.
"Sekarang giliran aku..." ujar Farhan menghunuskan pedang sambil melangkah ke arah empat makhluk golem itu.
Dark Sorcerer itu hanya memerhatikan dari gelap,dia menjeling ke arah bola kristal. Imej Ikhwan,Sanzo dan Pheara dia perhatikan dengan senyuman sinis.
"This power... Is beyond my expectation.. I can rule the world..." ujar Dark Sorcerer kemudian ketawa kecil tanpa henti.
=======================
Macam lari sikit dari storyline je?
Korang rasa?
Sila tunggu untuk sambungan chapter seterusnya
Asyik crossover je Wanzenith ni eh?
Mesti korang bosan kan
Hahaha
Comment & vote please?
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top