Chapter 66 : Sanzo's Tease & White Hair Guy


Sanzo duduk berehat sambil menyandar pada dinding,angin bertiup lembut dan buatkan pemuda itu terlena.

Peristiwa di rumah agam berjaya diselesaikan,semua ini terjadi kerana sesuatu atau seseorang mempergunakan roh si mati yang tidak aman untuk menarik perhatian manusia.

Sebab itu manusia yang jenis ingin tahu,hilang apabila masuk ke dalam rumah tersebut. Sanzo menemui tulang-tulang di sesetengah bilik,dia tahu hanya satu makhluk sahaja yang ada bermain di kepalanya.

Mereka dikenali sebagai ghoul dan kegemaran mereka,adalah daging manusia dan nasib Riku serta Shin amatlah baik kerana Sanzo sempat selamatkan mereka.

Namun persoalan utama,ghoul hanya tahu mencari dan makan mangsa.

Tetapi bagaimana mereka mampu manipulasikan roh si mati?

Sanzo menggosok kepalanya dan menghela nafas pendek,dia mendongak ke atas langit dan bunyi tapak kaki kedengaran. Sanzo menoleh ke arah suara tersebut,Pheara berjalan ke arah dia dengan tersenyum.

"Pheara..." ujar Sanzo sebaik Pheara menghampiri dia.

"Kenapa ni?" soal Pheara mengusap pipi Sanzo.

Sanzo memegang tangan Pheara dengan lembut,dia tersenyum kelat dan menyentuh pipi Pheara pula. Senyuman manis Pheara hadiahkan,Sanzo sekadar ketawa kecil.

"What's so funny?" soal Pheara tidak puas hati.

"It's not that,but your smile make me happy.. That's why I laugh... Thanks..." jelas Sanzo dan Pheara agak terkejut kemudian tersenyum.

"Well.. Your welcome I guess?" kata Pheara turut ketawa kemudiannya.

"So... What's on your mind?" soal Pheara.

Sanzo menghela nafas pendek kemudian dia menceritakan apa yang berlaku,Pheara hanya mendengar dengan teliti sehingga habis.

"Jadi itulah yang berlaku.." jelas Sanzo dan Pheara berfikir sejenak.

"Pheara?" soal Sanzo.

"Ya..benar kata-kata awak,ghoul bukan makhluk pintar.. Mereka cuma tahu membunuh dan meratah mangsa.. Mereka tidak mahir gunakan magis ataupun teknik kawalan.." ujar Pheara kerana dia turut hairan.

"Jadi apa kata kita check lagi sekali rumah tu?" soal Ikhwan muncul dengan tiba-tiba dan mengejutkan pasangan tersebut.

Ikhwan ketika itu sedang dalam keadaan bertenggek,di atas patung singa yang memancutkan air kolam ikan di taman halaman dojo Sanzo.

"Guru?" soal Sanzo kehairanan.

"Tuan Ikhwan?" Pheara turut sama kehairanan,kerana dia tidak mengesan kehadiran Ikhwan.

"Ah maaf,aku tidak bermaksud untuk masuk dengan tiba-tiba.." jelas Ikhwan.

"Tidak kiralah tu..! Apa maksud tuan? Ke rumah tu lagi?" soal Sanzo.

"Ya.. Aku ada dua pembantu yang sedang mengawasi rumah tu.." jelas Ikhwan tersenyum.

"Tapi.. Kenapa?" soal Pheara.

"Aku ada benda yang nak diambil dari dalam rumah tu.." jelas Ikhwan lagi.

"Kuasa guru dah cukup nak uruskan semua ini.. Tapi masih perlukan bantuan kami?" Sanzo mula kehairanan.

"Kau rasa kalau aku buat.. Apa tindakan terpantas aku?" soal Ikhwan selamba dan minda imaginasi Sanzo memainkan imej rumah itu diletupkan dengan kuat.

"Okay,saya faham.. Saya akan bantu.." ujar Sanzo mengangguk faham dan Pheara menoleh ke arahnya terkejut.

"Good.. Nampaknya kau faham aku bagaimana.." ujar Ikhwan tersengih.

"Ya.. Saya faham guru..." kata Sanzo tersenyum kelat.

"Aku minta diri dulu.. Mesej aku bila kamu boleh..." jelas Ikhwan dan beredar dari situ kemudian sekelip mata terus lenyap.

"Apa maksud guru awak tu Sanzo?" soal Pheara kehairanan.

"Jika kita biarkan dia lakukan cara dia.. Guru saya akan letupkan tempat dengan segera.." penjelasan Sanzo buatkan Pheara tergamam.

"Biar... Biar betul?!" soal Pheara bagai tidak percaya.

"Awak tidak mengenali guru saya,Pheara.. Dia seorang sahaja mampu melawan jutaan ribu angkatan raksasa.." kata Sanzo tersengih menelan air liur.

Pheara hanya mampu terdiam dan termangu-mangu,dia mula tertanya-tanya siapakah guru Sanzo ini?

Sanzo sedar Pheara kelihatan risau,kepala dewi diusap lembut kemudian dikucup pipinya. Pheara kemerahan mukanya segan,dia menoleh ke arah Sanzo.

"H-hey! Bagaimana mereka nampak?" soal Pheara.

"Huh? Tiada sesiapa pun di sini..." ujar Sanzo dan Pheara memandang sekeliling.

"Ya.. Tiada sesiapa lalu.." ujar Pheara masih merasa segan.

"Tapi,kalau ada.. Saya akan pastikan mereka akan lupa dalam masa satu saat..." ujar Sanzo pula dengan senyuman mengerikan,Pheara hanya mampu tersenyum lalu ketawa kecil.

"Pheara..." Sanzo memegang kedua-dua pipi Pheara.

"S-Sanzo?" Pheara agak terkejut dengan tenungan lembut daripada Sanzo.

"Jangan risau.. Semuanya akan okay.. Percayakan saya.." kata Sanzo dan Pheara terkedu kemudian menekup mukanya.

"Pheara? Kenapa ni?" soal Sanzo risau.

"Tak.. Saya okay.." ujar Pheara.

Sanzo hanya terkebil-kebil dan Pheara mukanya,merona merah padma di sebalik tekupan tapak tangannya.

"Why.. Attack me like that so suddenly... Uuu..." bisik hati Pheara dan Sanzo hanya mampu terkebil-kebil melihat kekasih hatinya menjadi begitu.

"Did I say something wrong?"

Pada masa yang sama juga Ikhwan yang bersama Farhan dari jauh memerhatikan keadaan tersebut,Farhan hanya menghela nafas pendek dan Ikhwan tersengih sahaja.

"Kau ajar dia yang bukan-bukan ke?" soal Farhan menjeling Ikhwan.

"Apa? Aku ajar tumbuk sepak belasah musuh,yang tu bukan aku.. Jangan nak tuduh.." jelas Ikhwan dan Farhan menghela nafas pendek.

"Fine.. Aku ubah topik.. Apa yang kau cari kali?" soal Farhan.

"Akashic Record of Mithgar.." jelas Ikhwan dan Farhan terkejut.

Semasa Ikhwan tersenyum dan Farhan terkejut,kita ubah lokasi di tempat restoran keluarga Kougami berada.

"Shin dengan Riku telah kembali ke sekolah..." jelas Ruka pada Aphys dan Astia,dua sahabat itu berpandangan.

"Err..kamu berdua?" soal Ruka.

"Ah.. Ya? Mereka dah berjaya ditemui? Baguslah kan Aphys?" soal Astia.

"Ah.. Ya.. Ya..betul tu.. Hehehe.." kata Aphys menyokong kata-kata Astia.

Aphys tidak boleh ceritakan ianya jasa abangnya,iaitu Sanzo yang menyelesaikan masalah tersebut. Namun walaupun kes itu sudah selesai,kenapa dia perasan abangnya seperti risaukan masalah itu lagi?

"Aphys? Ada yang tidak kena?" soal Ruka kehairanan.

"Ha? Tak.. Tak,saya okay je.." balas Aphys tersenyum dan Ruka hanya mengangguk sahaja.

"Tapi kamu berdua ada simpan rahsia ke?" soal Ruka dengan tiba-tiba.

"Rahsia? Apa maksud awak,Ruka?" soal Astia.

"Yalah.. Lepas saya ceritakan hal mengenai kes kehilangan pelajar pada kamu.. Kes itu terus selesai.. Kamu ada terlibat eh?" soalan Ruka buatkan Aphys terkejut.

"Mungkin kebetulan.. Betul tak Astia?" Aphys berkata dan meminta Astia menyokongnya.

"Jika kalau diingatkan semula.. Masa saya kena hunus pedang dengan lelaki misteri tu.. Kamu berdua tidak terlalu cemas.. Seolah-olah dah biasa dengan situasi tersebut.." kata Ruka dengan panjang lebar,Aphys menelan air liur dan Astia sekadar mendiamkan diri.

"Jadi rasanya kamu bukan sembarangan orang,kalau secara hipotesisnya.." ujar Ruka dengan tersenyum.

"Rasanya kamu fikir jauh sangat..." kata Aphys cuba berdalih.

"Nah...saya buat kajian sendiri.." ujar Ruka.

"Hey budak..aku rasa dah cukup..." seseorang menegur dan mereka bertiga menoleh.

Seorang lelaki berambut putih dengan jaket hitam,duduk di salah satu tempat meja makan yang ada di situ. Aphys dan Astia tidak sedar langsung dengan kehadiran dia,Ruka pula merenungnya.

"Apa maksud awak dah cukup?" soal Ruka.

"Kamu memasuki privasi mereka.. Ia bukannya sesuatu yang elok.." jelas lelaki berambut putih.

"Ia bukan urusan awak.. Kalau awak bukan pelanggan sila pergi..." kata Ruka merenung lelaki tersebut,kemudian lelaki berambut putih ketawa dengan tiba-tiba.

"Apa yang lucu sangat?!" soal Ruka.

"Juga bukan urusan kau untuk mempersoalkan mereka.." kata lelaki berambut putih lagi.

"Apa awak kata?" Ruka cuba menahan marah.

"Tenang.. Jangan nak naik angin.. Aku cuma nak beritahu satu ayat..." kata lelaki berambut putih tanpa membuat reaksi muka.

"Apa dia?" soal Ruka.

"Mind on your own business.." kata lelaki berambut putih sambil tersenyum sinis.

Ruka tersentak kemudian bapanya tiba-tiba berdehem,buatkan Ruka terdiam dan lelaki berambut putih tersenyum simpul serta sinis. Lalu lelaki tersebut bangun,sambil meletakkan satu not duit dan beredar. Ruka terus duduk semula,Aphys dan Astia memerhatikan Ruka yang diam.

"Err.. Ruka?" soal Aphys.

"Maaf.. Saya tak patut tanya hal peribadi kamu berdua.." jelas Ruka dan Aphys memandang Astia.

Aphys cuba ceriakan Ruka,Astia pula menyedari ada gelas di meja lelaki berambut putih itu tadi.

"Bila masa dia minum?"
























===================

Hellooo guys

Apa khabar semua?

Ternanti-nanti ke chap baru

Maaflah ya

Aku akan cuba update sekerap mungkin,that's it

  Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top