Chapter 65 : Now You Can Rest
Tez terkejut dan mukanya pucat lesi,bagaikan terbeku kerana melihat sesuatu yang menyeramkan. Rambut hitam panjang dan muka benda itu putih,tanpa ada darah dengan mata hitam bulat.
Si syaitan ternganga tidak mampu bersuara,kening kiri tergerak-gerak dan hidung mengalir hingus. Benda itu merenungnya tanpa berbuat apa-apa,sampai satu tahap mulut benda tersebut bergerak.
"Oni-channn... Asoboyou..?"
Maka bergemalah suara pitching tinggi sehingga kedengaran dari luar,Sanzo dan Aphys terkebil-kebil. Mereka berpandangan lalu segera berlari masuk,Sanzo melihat Tez yang sedang terduduk.
"Oi Tez? Apahal kau jerit macam kena sampuk ni?!" soal Sanzo.
"Sanzo! Ada hantu!!" kata Tez menuding ke satu arah sebaik Sanzo menghampiri dia.
"Hantu? Mana?" soal Sanzo memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Tez.
Tez memandang semula ke arah dia bertemu benda itu,Tez terkejut kerana benda tersebut sudah tiada di hadapannya. Sanzo membantunya untuk bangun,Aphys hanya mendiamkan diri dan menyedari Astia tiada bersama Tez.
"Astia mana,abang Tez?" soal Aphys.
"Kami terpisah.. Dia kata nampak orang tadi..." kata Tez terketar-ketar dan Sanzo hanya menghela nafas pendek.
"Kita kena cari Astia.. Kalau boleh dengan mangsa yang hilang.." ujar Sanzo dan Aphys mengangguk setuju.
"Err.. Guys,boleh aku balik?" Tez bertanya.
"Tak boleh!.." jawab Sanzo dan Aphys berkata serentak.
"Figure.." ujar Tez sambil memainkan jari-jemarinya.
Sanzo melangkah dengan memerhatikan sekeliling kawasan,Aphys pula di belakang dan Tez kejap pandang ke kiri kemudian sekejap pandang ke kanan. Peluh membasahi mukanya dan air liur ditelan,apabila dia toleh ke sebelah kiri.
Seorang kanak-kanak berwajah pucat,memandang dari dalam cermin pintu dan Tez terbatuk darah. Sanzo dan Aphys hanya kehairanan,apa kena dengan syaitan yang seekor ni?
"Ha-ha-hahhantu...!!" ujar Tez mencebik bibir dan Sanzo menoleh,tiada sesiapa yang kelihatan.
"Tak ada sesiapapun?" soal Sanzo.
"Hish.. Sumpah aku tak tipu.. Dia jengah senyum sumbing dah macam joker dalam cerita batman der..!" Tez berkata dengan bersungguh-sungguh.
"Sudah.. Kita cari Astia sampai dapat.. Lepas tu baru putuskan nak buat apa seterusnya.." kata Sanzo pula dan Tez hanya mampu pasrah.
Aphys hanya menjadi pendengar,dia memandang ke belakang. Seorang wanita berpakaian serba putih,berdiri di hujung kaki lima sambil tersenyum. Tidak lama lepas itu dia pergi,Aphys hanya mampu tergamam dan bahunya dipegang.
Aphys menoleh dan Sanzo menggelengkan kepala,Tez pula hanya toleh kiri dan kanan.
"Jangan nak ikut.. Benda tu nak kita ikut.. Nanti satu lagi masalah.." jelas Sanzo dan Aphys mengangguk faham sahaja.
Sanzo memegang tangan adiknya,dia memandang kiri dan kanan. Adakah ini adalah semangat jahat,atau roh yang tidak tenteram?
Tez menyuluh jalan kaki lima dengan perasan gentar,jantung dia berdegup laju umpama keretapi lama. Tidak lama lampu suluh malap,lalu cahaya terus terpadam. Sanzo dan Aphys sekadar memerhatikan Tez yang gelabah,kerana lampu suluh mentolnya terbakar.
"Tidak.. Tidak..tidakkkkk... Kenapa kau terpadam? Kenapa?!! Ayarkk!!" ujar Tez berdrama sebelum disepak oleh Sanzo.
Tez terpelanting merempuh masuk ke dalam satu bilik,Sanzo menghela nafas panjang dan Aphys menekup mulutnya. Tez mengeluh kesakitan dan tertoleh ke kanan,seorang remaja lelaki berada di sebelah.
Maka berlakulah lagi jeritan sajat kedengaran,termasuk remaja lelaki sebelum Sanzo masuk dan menghayunkan penumbuk ke muka Tez.
"Diamlah! Kau apahal jerit macam pondan ha?!" soal Sanzo mengepalkan penumbuknya.
"Perlu ke kau tumbuk muka aku ha?!" Tez menyoal tidak puas hati.
"Perlu untuk memulihkan kau dari menjadi perempuan jadian.." kata Sanzo.
"Err.. Abang.. Rasanya kita perlu berhenti dari bertekak." jelas Aphys mencuit bahu Sanzo.
Tez dan Sanzo terdiam,lalu menoleh ke arah remaja lelaki tadi. Adakah dia hantu atau manusia,ataupun lebih dari semua itu.
"Kau siapa? Hantu?" soal Sanzo tanpa bertapis.
"Err..manusia normal. Nama saya Riku.. Jumonnji Riku,17 tahun.." jelas remaja itu memberi kenalan diri.
"Jumonnji Riku..." ujar Sanzo dan remaja bernama Riku itu mengangguk.
"Biar aku cuba,hantu ke bukan.." kata Tez memusingkan lengannya,Sanzo dengan menghela nafas memberikan tujahan penumbuk pada Tez.
Tez terjatuh ke kanan dan Riku terkebil-kebil,Aphys berfikir kemudian mengingati sesuatu dan yakin dengan apa yang dia ingat.
"Ha! Awak la pelajar yang hilang tu kan? Sekali dengan kawan awak nama Shin tu bukan?!" soal Aphys dan Sanzo sekadar menjeling Riku.
"Ya.. Saya.. Bagaimana awak tahu perkara ini?" soal Riku mengusap belakang kepala.
"Oi! Apahal kau tumbuk aku?!" Tez bangun dan segera meluahkan tidak puas hatinya sebelum mukanya,dicengkam oleh Sanzo dan dibawa jauh sedikit.
"Saya ada kenalan yang tahu mengenai hal ini.." jelas Aphys dan Riku mengangguk sahaja.
"Bagaimana kawan awak seorang lagi? Kalau tak silap namanya Shin bukan?" soal Aphys lagi tersenyum.
Senyuman Aphys buatkan Riku merah padma,Aphys kehairanan kenapa Riku terdiam. Sanzo memerhatikan lama sebelum berdehem,tindakan Sanzo mengejutkan Riku.
"Uuu.. Someone jealous.. Urgh!! My neck! My neck!" Tez menyedari sebab Sanzo berdehem,namun Sanzo mencekik lehernya.
"Ah.. Saya kejar dia.. Tetapi Shin tidak kelihatan,puas saya cari berjam-jam.." jelas Riku dan Sanzo baru sedar sesuatu.
"Berjam-jam?! Awak dah hilang 3 hari tahu tak?" jelas Aphys dan Riku tersentak.
"Apa?!" Riku terkejut.
"Ya.. Percayalah,awak dah hilang 3 hari.. Pihak polis memang tidak berani masuk ke tempat ini.." jelas Aphys.
"Begitu rupanya..." kata Sanzo melepaskan leher Tez,Aphys dan Riku menoleh ke arahnya.
"Waktu dalam rumah ni berbeza di luar rumah.." ujar Sanzo dan mereka kehairanan.
"Maksudnya?" soal Aphys.
"Jumonnji-kun,sepanjang awak mencari kawan awak.. Adakah awak memeriksa keadaan luar dari dalam tingkap?" soal Sanzo.
"Ya.. Ia waktu malam dengan bulan penuh.." jelas Riku.
"Begitu..." Sanzo mula faham dan tersenyum sahaja.
"Abang?" soal Aphys.
"Masa di dalam rumah ini berbeza dengan masa sebenar di luar.. Seperti Jumonnji-kun beritahu,dia berada di dalam rumah ini terasa hanya dalam dua tiga jam.. Tetapi sebenarnya di luar sudah tiga hari.." jelas Sanzo.
"Jadi ia bukan berkaitan dengan hantu?" soal Tez gembira.
"Entah.. Tak pasti.." balas Sanzo dan Tez kecewa,sambil dipujuk Aphys.
"Awak tahu mengenai sejarah rumah ini? Riku-kun?" soal Aphys tersenyum.
"Apa yang saya pernah dengar rumah ni milik satu keluarga dan dibunuh perompak yang memecah masuk rumah mereka.. Tubuh mereka ditanam begitu sahaja di taman belakang,selepas kejadian tu ramai penghuni mengadu tentang penampakan aneh di belakang rumah.. Jeritan meminta tolong di dalam.. " jelas Riku panjang lebar.
Sanzo hanya mengangguk sahaja,Tez mukanya pucat lesi dan Aphys memandang ke arah Sanzo.
"Ahli keluarga yang mati tu berapa orang?" soal Sanzo.
"Seorang suami,isteri.. Ada dua orang anak.. Seorang lelaki si abang dan seorang kanak-kanak perempuan.. Berusia lebih kurang 4 tahun kalau tak silap.." ujar Riku lagi.
Sanzo mengangguk dan menghela nafas pendek,dia memandang blur ke arah Tez yang mencangkung sambil memegang kepala.
"Kau dah kenapa?" soal Sanzo..
"Kenapa aku terlibat sekali? Kenapa? Apa salah aku? Apa dosa aku?" Tez menyoal dirinya sendiri.
"Jadi bilik ni?" soal Aphys.
"Masa tu saya cuma periksa tempat ni,tiba-tiba sahaja pintu bilik terkunci.. Saya terkurung.. Sampailah ada seseorang tercampak ke dalam.." kata Riku.
"Selain tu?" soal Sanzo.
"Err.. 'selain tu?' maksud tuan?" soal Riku.
"Ada dengar apa-apa,seperti bisikan ataupun yang berkaitan?" Sanzo menjeling ke luar pintu,susuk tubuh dalam keadaan hangus merenung mereka.
Tez,Riku dan Aphys terkejut. Sanzo pula hanya menjeling sahaja,benda tersebut sudah ada di situ sebaik Sanzo melangkah masuk ke bilik yang mereka berada. Tez mukanya terus biru,Aphys cuba menenangkannya dan Riku menelan air liur.
"Apa benda tu?!" soal Tez sebaik kembali sedar.
"Aku rasa benda tu ialah 'si suami'.." ujar Sanzo tersenyum dan bayangan susuk yang hangus lenyap.
"Hilang macam tu je?" Sanzo kehairanan dan Tez timbul urat pada dahinya.
"Kau ada masa nak tanya ke?! Kita kena pergi dari sini!!" kata Tez.
Tez segera melangkah keluar dari bilik tersebut sambil melepasi Sanzo,Aphys menyusul dan kini hanya tinggal Sanzo serta Riku.
"Kau tak nak keluar?" soal Sanzo.
"Ah.. Ya,baiklah.. Terima kasih.." ujar Riku.
Sanzo hanya memerhatikan Riku yang berjalan,melepasi dia tanpa berkata apa-apa. Tinggal Sanzo sahaja berada di dalam bilik,sambil berpeluk tubuh memerhatikan keadaan sekeliling dalam bilik.
Tidak lama kemudian Sanzo melangkah keluar,pada masa yang sama juga sesuatu susuk tubuh menerpa ke arahnya. Sanzo dengan tenang sudah melibaskan hayunan pedang memotong susuk itu,kemudian Sanzo pergi dari bilik tersebut.
Susuk tubuh itu tidak jelas dan tubuhnya,terbelah lalu terus lenyap dan Sanzo hanya menghela nafas pendek.
"Roh si mati bukan mainan untuk kau..."
Aphys yang menunggu Sanzo di luar,bersama Tez dan Riku mendengar bunyi tapak kaki berjalan. Semakin lama semakin hampir,Aphys bersiap-sedia dan Tez mukanya pula menjadi pucat semula.
"Ah! Aphys!" Astia muncul di hadapan mereka,Riku terkejut kerana Shin bersama gadis itu.
"Shin!" ujar Riku dan remaja bernama Shin itu hanya mendiamkan diri sahaja.
"Astia!" Aphys dipeluk oleh Astia,Tez hanya menghela nafas pendek.
Sanzo muncul tidak lama dengan lagak selamba,dia menghisap asap rokok paip kemudian memandang ke satu arah. Susuk bayang keluarga yang kabur,namun jelas mereka dalam bentuk rupa manusia tersenyum ke arah Sanzo.
"Sekarang kamu semua boleh bersemadi dengan aman.." ujar Sanzo dengan nada perlahan.
Susuk satu keluarga itu mula lenyap,sebuah pintu terbuka dan mereka berjalan masuk. Seorang lelaki berambut hitam muncul,Sanzo dan lelaki itu berbalas senyuman sebelum lelaki tersebut hilang dari pandangan.
Riku dan Shin diserahkan ke balai polis,kerana pihak polis perlu tahu kerana mereka dilaporkan hilang. Manakala Sanzo dan yang lain,sudah beredar dan Tez menghela nafas pendek.
"Kau masih rasa takut?" soal Sanzo tersengih,Tez memandang dia dengan muka merona merah malu.
"Diamlah kau.." ujar Tez bengang dan Sanzo sekadar menggelengkan kepala.
Aphys dan Astia hanya berjalan sambil memerhatikan mereka berdua dari belakang,dua sahabat itu berpandangan kemudian tersenyum sahaja lalu berpegangan tangan.
========================
Yihaa...
Sorry for the late
Ingat nak buat cam dulu,one day one update
But I'm not in mood
So hold back for a while
That's it
Please COMMENT & VOTE
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top