Chapter 63 : Smile Is Better


300 tahun yang lalu..

Seekor demon berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan,pandangan matanya bengis dan tangannya penuh dengan darah manusia yang dia bunuh tanpa belas kasihan.

Nafasnya termengah-mengah dan satu panahan,dilepaskan ke arahnya namun dia berjaya tangkis. Puluhan askar lengkap berzirah,sedang membidik anak panah dan sasaran mereka adalah dia.

Demon tersebut mengetap gigi mengangakan mulut,lantas menembak seperti meriam dan menghancurkan puluhan askar.

Brollmuthaz,sekitar usia 100 tahun mengetap giginya. Penumbuknya dikepalkan sekuat hati,matanya dipejamkan dan seseorang muncul dari belakang. Dia tersentak dan menoleh,libasan pedang dilakukan dan Brollmuthaz mengerang kesakitan dek libasan pedang melukakan tubuhnya.

Seorang samurai memegang pedang katana,Brollmuthaz sedar katana tersebut bukan pedang yang biasa. Ia pedang yang mampu mencederakan dan membunuh demon,dia mengetap gigi dan kemarahannya memuncak.

Sayap kepaknya dikibaskan,dia merenung tajam ke arah samurai tersebut. Brollmuthaz meluru ke arah samurai itu,lalu berlakunya pertarungan yang sengit.

Pertarungan untuk penentuan nasib manusia,Brollmuthaz bagaikan tidak boleh dibunuh. Entah kenapa dirinya seperti menangis,dia terlupa kenapa dia membunuh manusia dengan tanpa belas kasihan.

Air matanya mengalir dan raungannya,begitu kuat dan samurai itu menyedari Brollmuthaz teralih perhatiannya. Lantas dia melancarkan serangan,sekelip mata Brollmuthaz cedera parah.

Samurai itu terus melakukan tindakan susulan,Brollmuthaz mengetap gigi dan dia tidak mahu mati. Jeritan nyaring dan memekakkan telinga,Brollmuthaz hasilkan dan menyebabkan samurai itu terduduk akibat bunyi tersebut.

Brollmuthaz bingkas bangun dan terus berlari menyelamatkan diri,samurai itu hanya mampu memerhatikan dia pergi. Nafas lega dia helakan kerana demon tersebut,berundur dan harap demon itu tidak akan kembali.

Huff... Huff..

Demon itu berlari dan menyandar pada batang pokok,nafasnya mengah dan tidak stabil. Mukanya didongak ke langit,dia menghela nafas pendek dan menyambung langkahnya.

Huff.. Huff..

Luka di tubuhnya begitu sakit,dia memandang ke hadapan dan sekeliling kabur. Adakah dia akan mati begitu sahaja,dia masih belum dapat cari ibunya.

Huff... Huff..

Sampai di satu tempat dia berada di hadapan air terjun,Brollmuthaz tergamam dan matanya mengalihkan ke satu arah.

Brollmuthaz tergamam melihat seorang gadis,malah gadis itu tidak mengenakan seurat benang dan gadis itu berdiri berdekatan air terjun.

"Siapa?" soal gadis itu menoleh dan masa itu Brollmuthaz hilang kesedarannya,lalu terus rebah.

Pandangan Brollmuthaz terus gelap,tidak dapat meneruskan perjalanan.

Tidak lama lepas itu,pandangan dia kembali terang. Brollmuthaz terkebil-kebil kerana dia berada di atas futon,ditutupi selimut serta tubuhnya berbalut. Seseorang membantu dia dengan merawatnya,dia memandang ke kiri dan kanan.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki memijak lantai,kedengaran dan pintu terbuka. Brollmuthaz memandang ke arah pintu tersebut,seorang gadis cantik berjalan masuk dan duduk di sebelahnya.

Brollmuthaz terkejut kerana gadis itu,cacat penglihatan tetapi gadis itu tersenyum.

"Awak dah bangun?" soal gadis itu.

"Err... Ya..." jawab Brollmuthaz.

"Kecederaan awak boleh tahan parah,tapi mujur la sempat saya jumpa awak.." ujar gadis tersebut.

"Kenapa kau selamatkan aku?" soal Brollmuthaz.

"Kenapa? Awak cedera.." jelas gadis itu.

"Aku adalah demon! Kenapa kau selamatkan aku?!" soal Brollmuthaz meninggikan suara,gadis itu terkejut dan Brollmuthaz menyedari tindakan dia.

"Aku.. Minta maaf.." kata Brollmuthaz serba-salah,gadis itu tersenyum sahaja.

"Siapa nama awak?" soal gadis itu.

"Brollmuthaz..." jawab Brollmuthaz.

"Brollmuthaz... Agak susah nak sebut,apa kata saya panggil awak Tezuka atau Tez?.. Ia lebih senang disebut..." kata gadis itu.

"Suka hati kau..." ujar Brollmuthaz.

"Nama saya Hikari.." jelas gadis itu tersenyum,Brollmuthaz menghela nafas pendek.

"Pasal tadi.. Aku minta maaf.." ujar Brollmuthaz dan Hikari kehairanan.

"Aku tidak sengaja mengintai kau mandi..." jelas Brollmuthaz dengan muka merah padma,Hikari sekadar tersenyum sahaja.

"Tidak apa kalau macam tu.. Awak tidak sengaja bukan?" soal Hikari.

Brollmuthaz hanya mendiamkan diri,dia menunduk tanda segan dan Hikari mengusap kepalanya. Brollmuthaz terkejut dengan tindakan gadis itu,Hikari tersenyum dan Brollmuthaz kagum dengan dia.

Walaupun Hikari buta tetapi gadis itu,mampu tersenyum dan teruskan hidupnya.

"Kau tinggal dengan siapa?" soal Brollmuthaz.

"Saya tinggal sendirian.." jelas Hikari dan Brollmuthaz terkejut.

"Jangan la risau,saya sudah biasa.." jelas Hikari lagi tersenyum,Brollmuthaz hanya mendiamkan diri.

"Awak lapar? Saya sedang memasak.. Tunggu ya?" kata Hikari bangun dan beredar keluar dari bilik tersebut.

Brollmuthaz hanya menekup muka,dia tidak sangka gadis seperti Hikari tinggal bersendirian. Bagaimana jika satu hari nanti,akan ada perompak menyerang dan memperkosanya?

Brollmuthaz bangkit dan berjalan ke luar,dia berjalan dan menghidu bau yang sedap. Brollmuthaz teringat Hikari berkata sedang memasak,dia mengikut dari mana bau itu datang dan berjaya membawa dia ke dapur.

"Tez?" soal Hikari mendengar tapak kaki.

"Maaf.. Aku kejutkan kau ke?" soal Brollmuthaz.

"Awak patut berehat.." ujar Hikari pula dan Brollmuthaz hanya tersenyum.

"Tidak apa.. Aku akan okay dalam beberapa minit lagi.." jelas Brollmuthaz dan Hikari sekadar tersenyum.

"Baiklah.. Jangan merungut pula.." balas Hikari menyambung memasak.

Brollmuthaz hanya memerhatikan senyuman Hikari,dia terubat sakit di hati selepas dikecewakan oleh seorang dewi yang berwajah durjana. Sebabkan itu membunuh manusia,tetapi entah kenapa dia terasa serba-salah sekarang.

"Tez? Awak okay?" soal Hikari menyentuh bahu Tez yang sedang termenung di tepi jendela.

"Hikari..." ujar Tez.

"Awak okay? Awak seperti risaukan sesuatu.." kata Hikari risau.

"Bagaimana kau tahu? Bukan kau buta?" soal Brollmuthaz.

"Saya buta mata,bukan buta hati dan deria saya jadi aktif.. Saya boleh rasa awak sedang dalam keadaan macam mana.." jelas Hikari bangga dan Brollmuthaz hanya ketawa kecil.

"Jadi? Apa yang mengganggu fikiran awak?" soal Hikari.

"Hikari.. Aku dah bunuh ratusan nyawa manusia.." ujar Brollmuthaz jujur,Hikari terdiam dan mendengar.

"Sebabkan kecewa dengan cinta ditolak oleh seseorang,buatkan aku meletakkan kesalahan pada manusia.. Seorang demi seorang aku bunuh tanpa rasa kesal.. Sebab aku demon? Tidak sebab aku melayani perasaan kecewa aku.." ujar panjang Brollmuthaz,Hikari kekal mendiamkan diri.

"Masih layakkan aku mendapat kemaafan? Atau patut aku mati??" bibir Brollmuthaz disentuh jari telunjuk Hikari.

"Kalau awak mati demi semua tu,itu bukan menyelesaikan tapi melarikan diri..." ujar Hikari.

"Jadi apa yang patut aku lakukan?" soal Brollmuthaz dan Hikari mengusap pipinya.

"Terus hidup.. Demi nyawa yang awak ambil.." Hikari memberi jawapan.

Brollmuthaz terkedu kemudian ketawa sahaja,Hikari kehairanan kemudian tersenyum mendengar tawa Brollmuthaz.

"Awak lebih manis bila tersenyum,Tez..." ujar Hikari.

====================

"Jadi... Kau duduk dengan gadis nama Hikari selepas pertarungan dengan samurai tu?" soal Sanzo

"Yeah... Hayat manusia tidak kekal,aku dapat duduk dengan dia selama 30 tahun... Selepas itu dia meninggal kerana usianya..." kata Tez pula tersenyum.

"Kau belajar mengenai manusia daripada Hikari ni lah?" soal Sanzo lagi mengangguk faham.

"Ya.. Walaupun dia sudah tiada.. Tapi dia hidup selamanya di dalam hati aku.." jelas Tez tersengih.

Sanzo hanya tersenyum sahaja melihat Tez yang tersengih ceria,apa yang dikatakan oleh gadis bernama Hikari itu benar. Brollmuthaz lebih sesuai tersenyum,dari menjadi seekor demon tanpa berperasaan.

"Kau lebih sesuai tersenyum.." ujar Sanzo dan Tez terkejut.

"Benarkah?" Tez mula tersipu-sipu malu,Sanzo memandangnya blur.

"Itu melebih namanya.." ujar Sanzo lagi.




















======================

Hellooo guys

How's this chapter

Aku cuba berikan sebaik mungkin

Komen dan vote..

Jangan serik la ye

Sebab aku tidak akan bersuara jika tiada masalah.

Itu je la

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top