Chapter 61 : A Little Weak From You


Semua terkejut dengan kehadiran orang misteri,Farhan Al'Tuzeman berdiri sambil tersenyum selamba. Bilah pedangnya diletakkan pada bahu,Tez dan Elene hanya terkebil-kebil bingung.

"Nama kau sahaja berlainan.. Adakah kau dari dunia lain?" soal Igdes.

"Kau nampaknya percaya dengan kewujudan dunia lain.. Boleh dikatakan begitu.." ujar Farhan sambil tersengih.

"Apa tujuan kau datang ke dunia ini?" soal Igdes lagi.

"Apa kena-mengena dengan kau.. Lagipun kau bukan dewa alam ini.." kata Farhan tersengih lagi.

Igdes mengetap gigi dan urat timbul di dahinya,dia ternyata sedang menahan amarahnya. Perancangan dia terganggu oleh pihak luar,Farhan menarik sebilah belati dan membaling lalu tercacak di hadapan kaki Tez.

"Apa yang kau nak lakukan?" soal Tez.

"Berdiri situ diam-diam.." jelas Farhan.

"Apa?" soal Elene tidak faham.

"Jangan soal.. Ikut sahaja.."

Pada masa yang sama juga,ada bunyi kedengaran di luar dojo. Mereka menoleh dan terkejut melihat seorang wanita dengan berambut merah,Sanzo dan Pheara berpandangan.

Wanita berambut merah itu segera,menyentuh rumput di halaman dojo dengan telapak tangannya. Muncul bulatan corak yang tidak dikenali,pada masa yang sama juga di tempat Tez dan Elene berdiri turut bersinar.

Igdes terkejut begitu juga Tez dan Elene sendiri,mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tez memandang ke arah Farhan,lelaki berpedang itu hanya menoleh ke belakang sambil tersenyum.

"Sampaikan khabar aku pada Sanzo..." ujar Farhan.

Sebelum sempat Tez ingin bertanya,lokasi mereka berdua terus berubah sekelip mata kembali di tengah-tengah halaman dojo. Sanzo terkejut dan wanita berambut merah itu sudah hilang,yang ada hanyalah pisau belati..

"Tez?" soal Rea.

"Jauhkan diri kau dari akak aku!!" Irene menghadiahkan tapak kaki ke muka Tez.

"Berani kau pijak muka aku?! Budak mentah?! Si dada kecik!" Tez berkata bengang.

"Hey dada saya tiada kena-mengena okay?!" Irene mempertahankan dirinya.

"Apa-apa jelah! Si dada kecik!" kata Tez bengang.

"Kau memang nak mampus ya setan tak guna?!"

"Marilah dewi mentah!!"

"Hey hentikannya!" Elene cuba meleraikan pergaduhan Tez dan Elene.

Sanzo berjalan ke arah pisau belati itu,Pheara hanya sekadar memerhatikan sahaja. Pisau itu dicabut dan diperhatikan lama oleh Sanzo,kemudian dia tersenyum sahaja sambil menggelengkan kepala.

"Awak kenal lelaki itu?" soal Pheara.

"Lebih dari kenal.." ujar Sanzo dan Irish hanya mendiamkan diri.

"Dia merupakan sahabat guru saya.." jelas Sanzo dan Pheara mulanya terkejut,kemudian dia tersenyum.

"Dia seorang yang baik hati.." ujar Sophie tidak teragak-agak dan Sanzo mengangguk.

"Ya.. Dia juga yang mengajar saya dalam asas pedang.." jelas Sanzo memegang erat pisau tersebut.

Igdes tergamam melihat keadaan tersebut,Tez dan Elene telah hilang kemudian diganti dengan kemunculan wanita berambut merah.

"Good job,Fara..." kata Farhan tersengih.

"Thank you.." ujar Fara pula bangkit dari terus melutut sebelah kaki.

"Jadi encik dewa.. Apa yang kau nak buat?" soal Farhan memusingkan pedangnya.

"Jangan berlagak sangat manusia.." ujar Igdes dengan muka yang bengis.

"Hentikan buat muka bengis tu.. Aku tidak takut langsung.. Nak ketawa adalah.." kata Farhan menahan dari ketawa.

Igdes mengetap gigi dan kemarahannya memuncak,tangannya muncul aura hitam yang gelap. Tidak lama muncul satu bentuk,lalu sebilah pedang diseru dalam pegangan tangannya.

"Wooo...menarik.." Farhan berkata kagum.

"Senyum selagi mampu manusia...aku akan tunjukkan kuasa sebenar dewa pada kau.. Masa itu kau akan melutut pada aku.." Igdes berkata dengan bangganya,tetapi Farhan sekelip mata sudah rapat di hadapannya.

"Apa?" Igdes terkedu.

"Kau nak lawan atau tak?" soal Farhan terus menghayunkan pedang.

KTANG!!!!

Igdes menangkis serangan mengejut Farhan,tetakan pedangnya membuatkan Igdes terseret ke belakang. Farhan berdiri dengan gaya yang penuh selamba,pedangnya dipegang kemas tanpa menunjukkan cacat cela.

"Kenapa? Mengalah?" soal Farhan.

"Jangan nak berlagak manusia! Kekuatan seperti itu tidak memberi sebarang makna.. Aku hanya baru bermula!" ujar Igdes berkata panjang lebar lagi,Farhan sudah bergerak di hadapannya.

KTANG!!!

Igdes menangkis dengan segera dan pedang mereka,melekat di antara satu sama lain untuk seketika. Farhan tersenyum tanpa perasaan bersalah,dia dan Igdes berbalas renungan.

"Kau memang suka bercakap ya? Kenapa tak jadi pensyarah?" soal Farhan dan kata-katanya,menaikkan kemarahan Igdes.

"MANUSIA HINA!!"

KRAANG!!..

KTANG!!!!

TANG!!!

Letusan berlaku dengan kuat akibat hayunan pedang Igdes,Farhan sempat bergerak lebih pantas dan mengelakkan serangan maut tersebut.

"Waa... Boleh tahan.." ujar Farhan melihat bekas serangan Igdes,rekahan dan kawasan tersebut mencair.

Farhan sempat mengerling ke arah isterinya,Fara tidak ada terkena apa-apa kesan. Jika berlaku sesuatu Fara boleh gunakan skill teleportasi,jadi tiada masalah baginya.

"Now it's my turn.." ujar Farhan dan rambutnya berubah putih,Igdes terkejut dan aura Farhan dia rasai amat berbeza.

Farhan memasang kuda-kuda dan badannya,direndahkan sedikit dan nafas dihelakan panjang. Wap terhasil dan auranya,bagaikan aura dingin menyelubungi tubuhnya.

Pedangnya dimasukkan ke dalam sarung,Igdes kehairanan dan Farhan menarik semula pedangnya.

JUDGEMENT CUT!

Igdes mengetap gigi dan menahan serangan libasan infiniti Farhan,dia tercampak ke belakang dan kembali bangkit serta menyeret jauh ke belakang.

Nafasnya termengah-mengah dan mengetap gigi,tangannya menggigil dan kemarahannya ingin meletus tetapi segera ditahan.

Igdes mendecih dan mencacakkan pedangnya,lalu bulatan cahaya terhasil di bawah kakinya.

"Aku tiada masa untuk bermain dengan kau.." ujar Igdes dan terus lenyap dari pandangan mata.

Suasana menjadi sunyi seketika,Farhan menghela nafas pendek. Pedangnya disarung semula,dia memandang ke sekeliling. Fara menghampiri Farhan,tidak lama muncul dua susuk tubuh dari bulatan cahaya.

Ikhwan dan Alisa.

"Ikhwan.." ujar Farhan.

"Abang Ikhwan,kak Alisa.." Fara berkata girang.

"Yo.. How's that god?" soal Ikhwan tersengih.

"Hmm..a bit weak from you?" teka Farhan dan Ikhwan ketawa kecil.

"Yeah.. Small matter to us.. But a big trouble for him right?" soal Ikhwan dan Farhan menggelengkan kepala.

"Shall we leave?" soal Fara.

"Yeah.. This place is creepy.." kata Alisa.

"What? Human weapon can't handle a creepiness?" usik Ikhwan dan Alisa mengembungkan pipinya.

"Alright.. Alright.. I'm just joking.." ujar Ikhwan.

"That's not funny okay..." balas Alisa dan Ikhwan ketawa sahaja..

Ikhwan memandang Farhan dan sepupunya mengangguk sahaja,kemudian Fara mengaktifkan abiliti miliknya dan mereka terus hilang sekelip mata.

Sanzo duduk di beranda,sambil memerhatikan burung-burung berterbangan. Mereka berkicauan girang tanpa sebarang masalah,Pheara menghampirinya dan duduk di sebelahnya kemudian meletakkan kepala pada bahu Sanzo.

"Hey Sanzo?" tegur Pheara.

"Ya?" jawab Sanzo.

"Agak-agak akan ada orang ganggu kita?" soalan Pheara buatkan Sanzo ketawa kecil.

"Janganlah.. Cukuplah dengan kes tadi..." keluh Sanzo dan Pheara pula ketawa.

Sanzo membuka tapak tangannya,kemudian api terhasil dan rama-rama dibentukkan melalui api tersebut. Puluhan rama-rama hasil dari api,berterbangan ke udara dan Pheara tergamam.

"Saya tertanya-tanya.. Apa yang lelaki bernama Farhan nak buat dengan orb tu?" soal Pheara.

"Jangan tanya saya.. Orb itu apa sebenarnya?" soal Sanzo.

"Bagi seorang dewa yang telah mati.. Orb itu akan dipulangkan semula ke Emperor God.. Untuk dewa itu dilahirkan semula..." jelas Pheara.

"Ouh.. Begitu.. Rasanya kemungkinan,master Farhan berikan pada master Ikhwan dan pulangkan kembali kepada Emperor God..itu teori saya.." ujar Sanzo dan Pheara sekadar tersenyum.

Sanzo dan Pheara berbalas pandangan,mata mereka bertembung dan tidak berkerdip untuk seketika. Suasana bagaikan masa berhenti,seolah-olah hanya mereka sahaja dan sedikit demi sedikit bibir mereka bertaut.

Tidak lama lepas itu bibir mereka terlerai,Sanzo dan Pheara berpandangan. Mereka berbalas senyuman dan tiba-tiba,bunyi jeritan kedengaran.

"JANGAN LARI SI MIANG!!" kedengaran suara Irene menjerit.

"Apa pula?! Aku cuma lalu je!! Yang kau bukak pintu dalam keadaan berbogel tu pehal?!" Tez berkata berlari keluar.

"Jangan buat alasan!! Awak memang nak mengintai sebenarnya kan?!"

"Kau? Tak ada nafsu lah!!" balas Tez.

"Jangan lari syaitan tak guna!"

"Jangan kejar dewi gila!!"

"Ouh?! Dewi gila pula?! Saya akan bunuh awak! Itu pasti!"

Sanzo dan Pheara terkejut,dia dan Pheara berpandangan kemudian ketawa bersama-sama.

Igdes berjalan lemah dan menggunakan dinding,sebagai sokongan untuk terus berjalan. Sehingga dia tiba di kerusi,Igdes duduk dan menahan sakit. Serangan Farhan meninggalkan kesan,mujurlah dia berjaya tahan.

Jika tidak?

Sudah pasti nyawanya melayang,dia mengetap gigi dan menghentak dinding sehingga berkecai.

Tidak lama kemudian muncul Zyler,Draven dan Noirax. Serta lima lagi susuk tubuh,tetapi dilindungi oleh bayang kegelapan. Mereka melutut hormat pada Igdes,si dewa penghukum hanya memerhatikan mereka seorang demi seorang.

"Bagaimana dengan persediaan?" soal Igdes.

"Masih tinggal tiga orb lagi tuan.." ujar Zyler.

"Status?" soal Igdes lagi.

"Baru 45 peratus tuanku.." Draven menjawab dan Igdes hanya mengangguk.

"Tidak lama lagi... Semuanya akan menjadi milik aku.." ujar Igdes.































Arc Two End

============================

Hellooo guys

Apa?

Cerita dah tamat?

Tidak...

Yang tamatnya Arc Two,masih ada lagi beberapa arc untuk diceritakan

Jadi sila tunggu

Komen dan vote ya

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top