Chapter 60 : Brollmuthaz Vs Haroth
Sanzo dan Pheara serta yang lain,memandang ke atas langit dan dua individu berbalas renungan.
Brollmuthaz dan Haroth terapung di udara,mereka berbalas renungan tajam. Aura kuasa cahaya dan kuasa gelap berlaga kuat,awan sekeliling menjadi gelap seakan mendung.
"Aku akan balas semula sebab kau malukan aku masa itu.." Haroth menarik pedangnya.
"Jadi bersiap-sedia untuk mendapat kemaluan lagi sekali. Sekejap.. Salah ayat pulak.. Siap-sedia untuk dimalukan lagi sekali.. Ha baru betul.." kata Tez selamba.
"Seriously?" soal Sanzo.
"Mampuslah!!"
Haroth meluru laju ke arah Tez dan menghayunkan serangan,Tez menangkis dengan tangannya yang sudah bersisik naga. Haroth mengetap gigi menahan marah,lalu dia menarik pedangnya dan menetak bahagian lain.
Tez menangkap bilah pedangnya,Haroth terkejut sebelum perutnya dihadiahkan tumbukan. Haroth membulatkan matanya kesenakan,dia ternganga dan Tez berpusing sedikit ke atas sebelum sekali lagi menyepak Haroth sehingga tercampak jauh.
Tez mengejar Haroth yang tercampak,si angel terhempas di kawasan hutan merempuh beberapa pokok. Manakala yang lain berpandangan,Sanzo hanya menghela nafas pendek.
"Nak pergi tengok?" soal Hilna.
Sophie hanya duduk dan menunjukkan satu imej,iaitu imej di mana Haroth terhempas. Hilna terkejut dan Frejya hanya ketawa kecil,Irene sekadar menghela nafas pendek.
"That's pretty convenient.." ujar Pheara tersenyum.
"Okay.. Everyone.. We just gonna watch from here.." Sophie berkata dengan tenang.
Tez mendarat dan bersiul melihat kerosakan yang berlaku,Haroth kembali bangun dengan muka yang bengis.
"Sial kau syaitan tak guna!!" Haroth menjerit marah.
"Aku pulak? Kau rosakkan hutan.. Bukan aku.." kata Tez selamba.
Haroth meningkatkan kuasa dan bulatan cahaya,muncul di atas kepalanya dan Tez sekelip mata mukanya dihadiahkan pukulan lutut oleh Haroth. Tez tercampak jauh dan merempuh beberapa batang pokok,belum lagi Tez terjatuh dengan segera Haroth memijaknya.
BRAAM!!!!
KLONG!!
Tez terbenam di tanah dan merosakkan keadaan sekeliling,Haroth tersenyum namun mukanya pula terkena sepakan oleh Tez. Dagu Haroth sasaran Tez,tindakan Tez buatkan Haroth terdongak dan terapung sedikit ke udara.
Tez melompat berdiri dan penumbuknya,dikepalkan dengan erat dan menghayunkan penumbuk.
DUUUSSH!!!
Haroth melambung tinggi ke udara,Tez segera terbang ke udara dan tangannya sudah memegang tukul gergasi.
"Demon King Hammer!"
BRAAM!!..
Haroth melekat ke tanah dan rekahan yang teruk,berlaku dan Haroth menahan sakit. Dia mengetap gigi dan merapatkan kedua tapak tangannya,Tez tersentak sebelum terkena pancaran cahaya.
"Tez!" Elene mula risau.
"Dia tak apa-apa.." ujar Rea dan Elene menoleh ke arahnya.
"Kalau dia selemah itu.. Dia tidak akan terpilih jadi calon raja.." kata Rea lagi.
Haroth tersengih namun dia sedar sesuatu,Haroth memandang ke bawah dan Tez sudah berada betul-betul di hadapan.
"How's he..?" Haroth ingin melakukan serangan,tetapi Tez lebih pantas.
"You must do better then this!" Tez menghayunkan penumbuk padu,Haroth menahan senak sebelum terpelanting.
KRAANG!!!!!
Haroth mengetap gigi menahan sakit,kemudian dia mencacakkan pedangnya untuk mengelak dari tercampak lebih jauh. Dia menyeringai menahan geram,Tez mendarat tidak jauh di hadapannya.
Tez tersenyum sinis dan menggamit tangan,tanda menyerangnya dan Haroth mula berang. Dia terus meluru laju ke arah Tez,mereka terus bertembung dengan kuat.
KRAKKK!!!
Tanah meletus dek kerana pertembungan itu,Haroth dan Tez berbalas renungan. Tez tersengih dan Haroth mengetap gigi,mukanya jelas bengis dan hayunan pedang serta cakaran silih berganti balas membalas.
KRASSH!!
KRAANG!!
KRASSH!!
KRAANG!!!
Tez menghayunkan tinjunya dan Haroth segera mengelak ke belakang,hayunan Tez tembus ke dalam tanah namun si demon tersenyum. Tanah meletus dan Tez menyungkil seketul tanah gergasi,lalu dicampakkan ke arah Haroth.
Si angel menjerit lalu melibas dan membelah ketulan tanah tersebut,sebaik tanah itu dibelah Tez muncul di tengah-tengahnya dan Haroth tersentak sebelum Tez melibas cakaran tinjunya.
"DEMON CLAW!!!"
"DON'T FULL YOURSELF!! DIVIDE SLASH!!"
ZWOOSHHH!!!!
KRAANG!!!!
Pertembungan dua serangan itu membuatkan seluruh tempat bergegar,Ruka yang sedang membantu ibu bapanya merasainya. Hanzo juga turut mengesan fenomena tersebut,dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Sanzo dan Pheara serta yang lain,hanya duduk diam tetapi Elene tidak. Dia sudah hilang dari pandangan,Irene mencari ke mana dia pergi. Sanzo hanya tersenyum kelat,Pheara juga begitu dan mereka berdua tahu ke mana Elene pergi.
Suasana di tempat pertarungan menjadi sunyi sepi,kawasan tersebut hancur teruk dan Elene mendarat di situ. Dia mencari-cari dan sesuatu bergerak,Elene hanya bersiap-sedia dengan pedangnya.
"Fuahh!! I thought I'm gonna die.." ujar Tez keluar dari timbusan tanah sambil termengah-mengah.
"Tez!" Elene berkata sambil tersenyum lega.
"Elene? Apa awak buat di sini?" soal Tez terkejut.
"Saya risaukan awak tahu tak?" ujar Elene dan Tez terkejut lagi kemudian tersengih.
"Apa?" soal Elene geram.
"Sayang juga awak pada saya ya? Cium sikit.." ujar Tez ingin memeluk Elene,namun ditahan oleh Elene.
"Ah!! Kakak ada kat sana!" ujar Irene melihat pada paparan imej.
"That's fast.." kata Hilna mengurut dagu,Frejya menghela nafas pendek
"Syaitan tu.. Berani dia.." Irene mengepalkan penumbuknya.
"Namanya syaitan.. Nak harapkan apa?" soal Sanzo sambil menekup muka.
"Hey! Hentikannya!" kata Elene menahan Tez ingin menciumnya.
Pada masa yang sama,Igdes yang menyaksikan keadaan itu hanya tersenyum. Haroth menerima kecederaan yang teruk,dia tidak setanding dengan Brollmuthaz. Igdes mengangkat jari telunjuk lalu cahaya sfera kecil,berwarna hitam dan Igdes campak pada Haroth.
Tindakan Igdes ketika itu bakal menjadikan Haroth sebagai senjata tempur yang tidak boleh dikawal!
Letusan kuat berlaku di belakang mereka,Tez dan Elene memandang ke arah letusan itu. Haroth menunjukkan dirinya semula,Tez menarik Elene ke belakangnya.
"Haroth?" soal Elene.
"Tak.. Kuasanya berbeza dari tadi..." ujar Tez.
Haroth diselubungi aura yang amat kuat,matanya kemerahan dan giginya mula menunjukkan siungnya. Tez tergamam dan bagai tidak percaya,Haroth bukan lagi dipenuhi kuasa cahaya.
"Sesuatu yang tidak kena pada dia.." ujar Sanzo dan Pheara terkejut dengan kata-kata Sanzo.
Haroth mengeluarkan sayap dan Tez serta Elene,terkejut kerana sayap Haroth berwarna hitam pekat. Igdes tersenyum dan pada masa itu,perbuatan dia diintip oleh seseorang. Haroth merenung ke arah Tez dan Elene,Tez menyedari apa yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.
"Elene! Kamu berundur!" ujar Tez memberi arahan,Haroth meluru laju ke arah mereka.
KRAANG!!.
Tez dirempuh dan diheret jauh,Elene tergamam dan segera mengekori mereka. Tez dicengkam leher dengan kuat dan dia digeser pada gunung yang berhampiran,Tez menahan sakit dan mengetap gigi.
Tez mencengkam pergelangan tangan Haroth,dia menarik Haroth dan menghentak pada permukaan dinding gunung. Tez menumpukan kuasa pada penumbuk kanannya,lantas dia hayunkan ke arah Haroth.
BRAAM!!!!
KRAANG...!.
Haroth terbenam pada dinding gunung,Tez merenung tajam ke arahnya dan penumbuk kirinya pula Tez hayunkan. Tumbukan tangan kanan dan tangan kiri silih berganti,Tez menghayunkan dengan laju dan permukaan dinding hancur dek tumbukan bertubi-tubi Tez.
DUSH!
DUSH!
DUSH!
DUUUSSH!!!!
Haroth menjerit dan Tez terkejut,sebelum tercampak ke belakang. Elene tergamam melihat apa yang berlaku,Haroth mampu menolak Tez ke belakang hanya dengan jeritan.
"Kau..." ujar Tez mengetap gigi.
"Dia sudah berubah menjadi Fallen Angel..?" soal Irish berbisik namun Sanzo mendengar dengan jelas.
Tez menghayunkan penumbuk dan Haroth turut melakukan perkara yang sama,mereka berbalas tumbukan dan lagaan kuat berlaku lalu menghasilkan impak tiupan angin kencang.
DUMM!!
DUMM!!
DUMM!!
Tez menepis tumbukan Haroth kemudian memberikan tujahan sepakan,tepat mengenai perut Haroth dan membuatkan si fallen angel mengerang kesakitan. Haroth menggigil sebelum menjerit dengan lantang,Tez dan Elene menekup kedua-dua telinga.
"Uwahh!! Pekak la sial!" Tez mengetap gigi .
Haroth termengah-mengah dan kuasa gelap yang menyelubungi tubuhnya,semakin lama semakin kuat dan semakin membesar. Semuanya kerana kebenciannya akibat dari kematian Barbelo,dia mengetap gigi dan kemarahannya memuncak.
"HAAA..!!!!!" Haroth melepaskan auranya,Tez tersentak merasai kuasanya itu.
"Oi berhenti menjerit la! Nak lawan guna mulut ke guna tangan?!" soal Tez memberi satu penumbuk,tepat mengenai pipi Haroth.
Tez mengurut penumbuknya sambil melihat Haroth,terjatuh ke bawah dan terhempas dengan kuat. Tez mendarat di hadapan mana Haroth jatuh,Tez menghela nafas pendek. Namun kuasa gelap yang ada pada Haroth,kembali meletus dan Tez tersentak.
Haroth bangkit perlahan-lahan dan matanya bersinar,malah senyumannya menyeringai membuatkan bulu roma meremang. Aura kuasa gelap yang menyelubungi tubuh Haroth,bertambah kuat dan Tez mengepalkan penumbuk.
"Perlu ke aku bunuh dia?" soal Tez sendirian.
Haroth menjerit sekuat hati,Tez menyedari sesuatu dan sedar Haroth sedang menahan kesakitan. Ternyata kuasa itu bukan datang daripada Haroth,seseorang memasukkan secara paksa. Elene mendarat tidak jauh tempat mereka berada,Tez menarik nafas panjang kemudian dihelakan dan dia Tez sudah mengambil keputusan.
Tez mengepalkan kedua-dua penumbuknya,lalu mengeluarkan kuasanya dan mengejutkan semua. Igdes juga tersentak dan menyedari Tez sedang merenungnya,Igdes menggigil merasai kuasa milik Brollmuthaz.
Haroth mengerang kuat dan meluru laju ke arah Tez,Igdes tersengih dan Tez hanya sekadar menunggu Haroth meluru ke arahnya dengan pantas.
"Maaf tiada cara lain untuk selamatkan kau.." ujar Tez membuka langkah secara teratur,gerakan tangannya umpama sedang menari.
Tez menumpukan kuasanya pada kedua-dua penumbuknya,nafas dihelakan dan Haroth semakin hampir. Igdes tersengih manakala Sanzo hanya mendiamkan diri,Pheara dan yang lain berdebar-debar.
"CROSSING THE EDGE OF THE WIND!!!"
ZRASSHH!!!
Serangan bentuk 'X' gergasi terhasil,aura ungu gelap memenuhi seluruh kawasan dan menutupi semuanya.
Haroth yang tergamam hanya mampu melihat sahaja,sehingga dia bertemu dengan seseorang ketika cahaya menelannya.
"Barbelo?"
Sehingga visual pada paparan lenyap,Sanzo sekadar mendiamkan diri manakala yang lain tergamam.
"Apa yang berlaku?" soal Irene tergamam.
Suasana menjadi sunyi seketika,pada masa yang sama dua orang pelajar sekolah tinggi berjalan beriringan. Pelajar lelaki dan perempuan,pelajar lelakinya berhenti dan memandang ke satu arah. Entah kenapa dia merasai sesuatu,tiupan angin dingin mencuit tubuhnya.
"Inui? Ada yang tidak kena?" soal pelajar perempuan yang ada di sampingnya,pelajar lelaki bernama Inui hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Tiada apa-apa.. Kaguya.. Perasaan saya sahaja.." ujar Inui memegang tangan pelajar perempuan bernama Kaguya itu dan terus beredar.
Pada masa itu Tez menghela nafas pendek,kuasanya kembali ke paras normal. Elene yang menyaksikan keadaan tersebut,hanya mampu tergamam dan Haroth sudah terbaring dengan kecederaan yang teruk malah dia tidak mungkin boleh pulih.
Tez berpaling dan berjalan menghampiri Haroth,mereka berdua berbalas pandangan. Elene menghampiri mereka,Tez hanya memandangnya kemudian melihat ke arah Haroth semula.
"Kau sudah menang..." ujar Haroth.
"Haroth.." kata Elene mengetap bibirnya rapat.
"Kenapa kau kata kami yang bunuh Barbelo..?" soal Elene.
"Sebab Igdes yang berkata begitu..." jawab Haroth.
"Kau terus percaya..?" Tez pula mencelah dan Haroth sekadar ketawa,tubuhnya mula bersinar dan sedikit demi sedikit menghakis.
"Apa yang lucu sangat?!" soal Tez dan Elene menahannya.
"Kamu semua patut berjaga-jaga.. Igdes bukan sembarangan musuh bagi kamu.." jelas Haroth dan terus lenyap,cahaya berbentuk orb muncul dan Igdes muncul dengan tiba-tiba.
"Igdes?" soal Pheara terkejut.
"Alamak,kita kena halang dia!" Sanzo mula cemas.
Tindakan Igdes mengejutkan Tez dan Elene,Igdes sekadar tersenyum sahaja dan ingin menarik cahaya berbentuk orb tersebut.
Tetapi seseorang muncul dan melibas pedang,Igdes terpaksa berundur segera ke belakang. Orb itu berjaya dirampas oleh pemuda berpedang itu,seorang lelaki berambut hitam. Tez dan Elene terkejut kerana mereka tidak menyedari kehadiran lelaki tersebut,Sanzo pula terkejut dan tersengih.
"Master Ikhwan.. You bring him here too?" Sanzo berkata sendirian sambil tersengih.
"Aha... Sorry bad god.. This is not yours.." ujar lelaki itu tersengih.
"Who the heck are you? How dare you interfere my doing?!" soal Igdes bengang,lelaki berpedang itu tersenyum lalu menyimpan orb tersebut.
"Mine? My name is Farhan.. Farhan Al'Tuzeman..." ujar lelaki itu tersenyum.
==========================
Yihaa
Aku rasa bosan jadi beberapa watak dari siri kaiser aku guna semula
So are you guys happy reading this chap?
Please COMMENT & VOTE
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top