Chapter 59 : Everything Turn Upside Down


"Your Highness!" Pheara berkata dengan terkejut kerana kedatangan dewa teratas ke puak di puak tersebut.

"Pheara,Goddess of Valkryie.. It's been a quite long time since we met.." ujar Emperor God atau Osiris.

"Yeah forgive for my absence.. Your Highness.." Pheara melutut memberi hormat,Osiris memandang ke arah Sanzo.

"Yamasato Sanzo I presume that's your name right?.." soal Osiris tersenyum,Sanzo sedikit terkejut kemudian menundukkan kepala tanda hormat.

Tez yang turut bersama agak terkejut,dia tertanya-tanya bagaimana dewa yang dikatakan paling atas antara dewa mengenali Sanzo?

Irish hanya menundukkan kepalanya,Aphys turut berbuat demikian serta Valkryie yang ada. Elene,Hilna,Irene dan Frejya hanya mampu mendiamkan diri. Mereka tidak tahu apa yang berlaku,Sanzo dan Osiris berbalas pandangan.

"Ya... Dia.." ujar Pheara ingin memberi penjelasan,namun Osiris mengangkat tangan tanda menyuruhnya diam.

"Maafkan saya.." Pheara menunduk memohon maaf.

"Tidak apa dewi Pheara.. Saya tahu segala-galanya.. Dialah yang bantu awak semasa Igdes cuba menyerang awak bukan?" kata Osiris dan semua terkejut.

Pheara dan Sanzo serta yang lain,berpandangan dan mereka agak terkejut kerana Osiris tahu mengenai segala-galanya.

"Maafkan saya,Pheara.." ujar Osiris menundukkan kepalanya pada Pheara.

Tindakan Osiris mengejutkan semua,Pheara terkedu dengan apa yang berlaku. Sanzo mula kehairanan dan memerhatikan keadaan,Irish menyedari tindakan anaknya kemudian hanya tersenyum sahaja.

"Saya nampak apa yang berlaku ketika itu.. Tapi saya hanya diamkan sahaja.. Kerana Igdes tidak dapat mengapa-apakan kamu...jadi hukuman Igdes saya tidak boleh putuskan.." jelas Osiris dan Sanzo menghampiri dia lalu merentap bajunya.

"Sanzo!" Pheara terkejut dengan tindakan Sanzo.

"Apa yang dia nak buat?" soal Tez dari jauh,menekup muka.

"Kau nak biarkan dia bebas sewenang-wenangnya?" soal Sanzo merenung Osiris dengan tajam.

"Lepaskan dia!" pengawal Osiris ingin menarik Sanzo,tetapi Osiris menghalangnya.

"Kau dengan Kenji sememangnya anak dan ayah.." kata Osiris dan Sanzo terkedu lalu cengkaman tangannya terlepas.

Irish terkejut dan dia mula tertanya-tanya,bagaimana Osiris boleh tahu mengenai mendiang suami dia?

"Kau kenal ayah aku?" soal Sanzo terkejut.

"Lebih dari kenal.." ujar Osiris tersenyum.

"Maksudnya ayah aku dan tuan adalah kawan?" soal Sanzo lagi.

"Sebelum dia berjumpa dengan Irish.. Dia dan aku boleh dikatakan sahabat.." jelas Osiris tersenyum sambil memandang ke arah Irish.

"Your Highness.." Irish menundukkan kepalanya.

"Nampaknya Dragon God telah bantu merawat ibu kamu.." ujar Osiris dan Sanzo terdiam.

"Ya.. Yang Mulia.." kata Irish lagi.

"D-dragon God? Siapa?" soal Sanzo.

"Dragon God.. Ikhwan Syah Al'Solleh,aku rasa itu nama guru kamu bukan?" soal Osiris tersenyum.

"Yang Mulia kenal dia?" soal Pheara.

"Ya... Lebih kurang... Dia banyak membantu saya di masa lepas.." Osiris memberi jawapan.

"Okay..sejauh mana misteri guru Sanzo ni? Pembaca,hello? Ada komen?" soal Tez memandang ke arah pembaca.

"Maksudnya guru awak immortal?" soal Pheara dan Osiris menggelengkan kepala.

"Dunia dragon god dan dunia kita mempunyai jarak yang jauh.." ujar Osiris dan mereka semua kehairanan,Sanzo menghela nafas pendek.

"Senang cerita begini..." ujar Sanzo dan mereka semua menoleh ke arahnya.

"Jika dunia guru saya setahun.. Sama dengan 100 tahun di dunia kita.." jelas Sanzo dan mereka semua terkejut,Osiris mengangguk setuju.

"Ini bermakna.. Umur dia juga di sini hampir cecah puluhan ribu..." jelas Sanzo lagi dan menghela nafas pendek.

Pheara dan yang lain terkedu kemudian berpandangan,Irish menghela nafas pendek dan Aphys memandang ke arahnya. Sophie sekadar ketawa kecil,Astia dan Rea berpandangan. Tez memeluk tubuh sambil menyandar pada batang pokok,dia memandang ke arah Sanzo.

"Maafkan saya..." salah seorang ketua dalam puak burung mencelah.

"Horrus.." ujar Osiris.

"Apa kata kita berbincang di dalam.. Sambil minum dan sedikit makanan.." pelawa ketua puak burung bernama Horrus.

Osiris hanya mengangguk dan Sanzo menghela nafas pendek,dia terpaksa bersetuju untuk mengetahui mengenai ayahnya lebih lanjut.

Pada masa yang sama,di satu tempat yang jauh dan terpencil. Seseorang berjalan masuk ke dalam kawasan yang agak menyeramkan,tempat tersebut bagaikan tiada harapan. Dua orang berhud memerhatikan keadaan sekeliling,nafas dihelakan panjang kemudian melangkah ke hadapan.

Suasana di situ sedingin musim sejuk,nafas dihelakan dan wap dingin terhasil. Angin bertiup agak kuat di situ,hud yang menutupi mukanya terbuka akibat tiupan angin yang kuat itu.

Ikhwan mendecih merungut dan seorang lagi,hanya ketawa kecil dan lagaknya menunjukkan dia seorang wanita.

"Tak suka betul angin macam ni..." rungut Ikhwan.

"Janganlah macam tu.. Abang boleh uruskan orang jahat bukan.." ujar perempuan berhud itu lalu menurunkan hudnya.

"Yeah.. Tapi abang rasa tak sedap hati.. Bukan kamu rasa begitu juga?" soal Ikhwan menoleh ke arah rakannya.

"Alisa?" sambung Ikhwan tersenyum memandang wanita itu.

Sanzo dan yang lain telah berjaya kembali ke dojo,Tez menggeliat dan menguap. Sophie menghela nafas pendek,Rea sekadar beredar pergi dari situ. Irish dan Aphys berpegangan tangan,kembali ke bilik mereka berdua kerana Irish dan Aphys duduk sebilik.

Sanzo sekadar duduk di kerusi yang ada diletakkan pada ruang tamu,dia mendongak ke atas siling sambil diperhatikan Pheara.

"Awak okay ke?" soal Pheara kerana dia risaukan keadaan Sanzo.

Pheara teringat semula dengan apa yang diceritakan oleh Emperor God,mengenai ayah Sanzo dan perkara ini sudah tentu mengejutkan Sanzo.

"Rasanya tak agaknya.." ujar Sanzo menekup mukanya.

Pheara tersenyum kelat dan Elene memegang bahunya,dewi tersebut menoleh ke arah Elene. Irene,Hilna dan Frejya hanya tersenyum.

"Elene? Semua?" soal Pheara kehairanan.

"Awak temankan dia.. Kami akan kembali ke bilik masing-masing.." jelas Elene dan Valkryie yang lain mengangguk setuju.

Pheara memerhatikan Valkryie itu semua pergi,kemudian dia memandang Sanzo yang seperti kebingungan. Dia menghampiri Sanzo dan duduk di sebelahnya,Sanzo menoleh ke sebelah kehairanan dengan tindakan Pheara.

Pheara meletakkan kepalanya pada bahu Sanzo,biarpun agak terkejut dengan perbuatan Pheara. Sanzo sekadar mendiamkan diri,menunggu apa yang ingin dikatakan oleh dewi tersebut. Pheara menarik nafas panjang,kemudian dia helakan nafas tidak lama lepas itu.

"Saya faham awak agak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Emperor God.." ujar Pheara memulakan kata-kata,Sanzo hanya mendiamkan diri.

"Tapi tidakkah awak bangga ada seorang ayah yang hebat seperti dia.. Malah pernah berjuang bersama Emperor God kami?" jelas Pheara lagi tersenyum dan Sanzo yang mendiamkan diri,kemudian tersenyum sahaja.

"Ya.. Awak betul.. Saya tidak sepatutnya merungut.." ujar Sanzo memeluk Pheara.

"JANGAN FIKIR KAU DAH BOLEH LEPAS!!"

Sanzo dan Pheara tersentak,sebelum letupan kuat berlaku mengejutkan semua di dalam dojo. Tez berlari untuk melihat apa yang berlaku,Elene menyusul di sebelahnya. Tempat di mana Sanzo dan Pheara tadi,hancur dan dojo mengalami sedikit kerosakan.

" Apa yang berlaku?" soal Irish meluru ke tempat kejadian.

Tez mencari siapa punya angkara,kemudian dia mendongak dan mengetap gigi. Haroth terapung di udara,mukanya begitu bengis dan kelihatan Sanzo serta Pheara selamat kerana Sanzo sempat mendukung Pheara mengelak serangan tersebut.

"Haroth..." Pheara berkata.

"KAMU SEMUA FIKIR AKU AKAN MENGALAH?! SAMPAI LUBANG CACING AKU KEJAR!" Haroth menjerit.

"Apa masalah kau,mental eh?" soal Sanzo.

"Kau bunuh Barbelo! Berani kau menghina aku?!" Haroth menengking.

"Barbelo? Aku bunuh dia? Yang bunuh dia adalah tuan kau.." jelas Sanzo memandang ke arahnya.

"A-apa? Tuan Igdes?" Haroth menekup muka dan semua memerhatikan sahaja.

"KAU FIKIR AKU AKAN PERCAYA?!" Haroth menjerkah dan bulatan cahaya terhasil dengan banyak di udara.

"Dia nak serang lagi!" ujar Elene.

"Bagaimana dengan barrier?" soal Pheara.

"Tak sempat nak aktifkan.." ujar Sanzo mendecih.

Tetapi sekelip mata serangan pantas,menghancurkan bulatan cahaya yang berpuluh di udara. Semua terkejut termasuk Haroth sendiri,Sanzo menoleh ke arah Tez yang mendiamkan diri dan menunjukkan reaksi dingin.

"Kau berani..." Haroth merenung ke arah Tez,tetapi renungan balas Tez buatkan Haroth tersentak.

"Tez..." ujar Elene dan Rea hanya memerhatikan adiknya.

"Berani kau tenung aku?!" soal Haroth menghasilkan sekali lagi bulatan cahaya untuk menyerang.

TUSSH!!

TUSSH!!

Sekali lagi juga bulatan cahaya dihancurkan sekelip mata,Tez hanya berdiri tenang lalu aura bunuhnya dikeluarkan.

"Nama kau Haroth ya?" soal Tez dengan suara berubah garau.

"Jadi kenapa?" soal Haroth dengan angkuh.

"Aku akan berikan pengajaran pada kau..." ujar Tez.

"Hah! Marilah kalau kau mampu..." balas Haroth.






























=========================

Tez nak mula serius,okay berikan tepukan tangan yang kuat

Applause for him.

Heh..

Please COMMENT & VOTE

That's all

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top