Chapter 56 : Igdes's Motive & Pheara Dilemma


Pandangan yang gelap mulai terang,apa yang dia nampak adalah langit dan awan. Tez mengangkat tubuhnya,terasa sengal badan dan ototnya kesakitan seperti baru lepas melakukan kerja berat.

Tez mengerutkan dahi kerana kesakitan yang teramat,tidak lama lepas itu sakitnya mula reda. Nafas dihelakan tanda lega,kemudian seseorang berjalan dan berhenti di hadapannya lalu Tez mendongak melihat siapakah gerangan.

"Sanzo..." ujar Tez memandang Sanzo yang mencekak pinggang.

"Kau dah okay?" soal Sanzo.

Tez terkejut kerana mengingati apa yang berlaku,dia tertunduk wajahnya dan serba-salah. Sanzo menghela nafas pendek kemudian mengetuk kepala Tez,lantas si demon mengaduh kesakitan.

"Apa maksud perbuatan kau ni?!" soal Tez.

"Muka kau yang macam tu buatkan aku ketuk kepala kau.." ujar Sanzo selamba.

Tez tersenyum kelat dan menghela nafas pendek,Sanzo menghulurkan tangannya. Tez terkejut kemudian melihat Sanzo yang tersenyum,Tez kemudian turut tersenyum lalu menyambut tangan Sanzo dan terus dibantu bangun.

"Terima kasih bro.." ujar Tez tersenyum.

"Tiada masalah.." balas Sanzo.

"Eh.. Pedang kau.." Tez kehairanan kerana Sanzo tidak memegang pedangnya.

"Sana tu..." ujar Sanzo menuding ke satu arah.

Tez menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Sanzo,Tez terkejut kerana pedang Sanzo hanya tinggal pemegang sahaja.

"Salah aku?" soal Tez tersengih.

"Lebih kurang la.. Sebab kau mengamuk tadi.." jelas Sanzo dengan muka biasa.

"Sorry bro.. Sorry! Nanti aku ganti.." pinta Tez bersalah.

"Nah..ia cuma pedang yang ditempa oleh bahan biasa.. Lagipun ia pedang dah lama,sudah berusia 300 tahun." jelas Sanzo.

Sanzo dan Tez menyedari bunyi semak bergoyang,mereka berpandangan dan tidak lama seseorang keluar.

"Ah.. Yamasato-san!" ujar gadis blonde.

"Kamu..?" soal mereka berdua serentak.

Pheara dan Elene serta Rea sedang dalam perjalanan menaiki kenderaan jenis jeep,mereka mula risaukan Sanzo dan Tez apabila merasai daya kuasa mereka meningkat dengan tiba-tiba.

"Maaf Rea.. Susahkan kamu.." ujar Pheara memandang Rea yang memandu kenderaan tersebut.

"Aku kagum kau boleh memandu.." kata Elene.

"Itu pujian ke?" soal Rea.

"Sudah tentu.. Janganlah buruk sangka.." ujar Elene lagi.

Rea hanya menghela nafas pendek,dia agak kagum kerana Sanzo menyimpan beberapa buah kenderaan di garaj belakang dojonya. Kunci kenderaan yang ada hanyalah Jeep yang dia pandu,mujur dia pernah belajar dengan seseorang.

"Siapa yang ajar awak memandu?" soal Pheara.

"Ia dah lama.. Aku dah tak ingat.." ujar Rea acuh tak acuh.

Pheara hanya memerhatikan Rea yang memandu,dia tahu Rea menipu tetapi Pheara hanya membiarkan sahaja. Elene yang berada di belakang menyedari kelibat Sanzo dan Tez,dia bingkas menepuk bahu Rea.

"BERHENTI!!" Elene menjerit.

Rea terkejut dan menekan brek dengan mengejut,tindakan dia menyebabkan dahi Elene terhantuk belakang kerusi pemandu. Sanzo dan Tez yang berbual dengan seseorang menyedari keadaan tersebut.

"Jeep tu..."

"Hey elok-elok la!" Elene berkata sambil menahan sakit,mengusap dahinya dan merah.

"Siapa suruh sergah aku macam tadi?" Rea membalas.

Pheara hanya ketawa kecil dan mujurlah dia serta Rea,memakai tali pinggang keledar kalau tidak sudah pasti dia juga akan mencium dashboard. Cermin pintu diketuk dan Pheara menoleh,Sanzo tersenyum di luar kenderaan.

Pheara membuka tali pinggang dengan terkial-kial,sebaik berjaya segera dia keluar dan memeluk Sanzo. Tindakan Pheara membuatkan Sanzo kehairanan,Elene yang mengusap dahi tersedar Tez membuka pintu.

"Awak okay?" soal Tez mengusap dahinya.

"Ya.." ujar Elene terkedu.

"Bagaimana awak boleh berada di dalam kenderaan ini?" soal Tez.

"Kami risaukan awak berdua.. Kami rasai kuasa kamu berdua meningkat dengan tiba-tiba.." jelas Elene dan Tez sekadar tersenyum kemudian ketawa sahaja.

"Dia boleh ketawa pula... Saya risau okay?" ujar Elene.

"Ya.. Terima kasih..kami tidak ada apa-apa.." jelas Tez mengucup pipinya.

"Pipi je? Biar betul awak ni?" soal Elene memerli.

"Habis tu nak depan mata kakak saya?" soal Tez dan Elene menyedari muka Rea yang blur merenung mereka.

Elene tertolak Tez akibat terkejut sehingga dia terjatuh,Elene menyedari tindakan dia dan segera mendapatkan Tez kemudian membantunya bangun. Rea yang menyaksikan keadaan itu hanya menghela nafas pendek.

"Stupid couple.." kata Rea menggelengkan kepala.

"Tapi mereka agak comel.." Ruka menegur.

Rea terkebil-kebil melihat kehadiran gadis tersebut,Tez hanya tersengih sahaja sebenarnya Ruka adalah gadis yang menemui mereka tadi. Pada masa yang sama juga,Sanzo ketika itu dipeluk erat oleh Pheara.

"Pheara? Kenapa ni?" soal Sanzo kehairanan kerana Pheara memeluknya dengan perasaan penuh risau.

Pheara tersedar kemudian dia lepaskan Sanzo,mukanya merah padma dan Sanzo pula menariknya semula.

"Kenapa ni?" soal Sanzo lagi.

"Saya risaukan awak.. Saya terasa daya kuasa yang gelap seiring kuasa kamu berdua.." jelas Pheara.

"Jangan risau.." ujar Sanzo mengusap pipi Pheara dengan lembut.

"Semuanya dah okay.. Tetapi.." ujar Sanzo lagi dan teringat Barbelo dibunuh oleh Igdes.

"Tetapi apa?" soal Pheara ingin tahu.

"Kita kena balik.. Sekarang.." kata Sanzo.

Pheara kehairanan dengan tindakan Sanzo,namun dia hanya mengangguk sahaja menurut kata-kata Sanzo. Ruka turut dibawa ke dojo,ini kerana kawasan situ agak jauh dari perhentian keretapi.

Sanzo,Pheara,Tez dan Elene duduk di satu meja. Sophie,Irish dan Rea serta angel dari puak burung,Rhamiel juga turut bersama. Irene,Hilna,Frejya dan Lohrryn tidak berkata apa-apa.

Pada masa yang sama,Aphys dan Astia berada di kawasan taman dojo. Mereka berbual dan bergurau senda,Ruka hanya memerhatikan Sanzo dan yang lain dari jauh.

Dirinya juga tertanya-tanya apa yang berlaku?

"Rhamiel bukan?" soal Sanzo dan Rhamiel mengangguk sahaja.

"Barbelo sudah mati.." jelas Sanzo dan Rhamiel terkejut.

"Siapa yang lakukan? Adakah tuan?" soal Rhamiel.

"Malangnya bukan aku.. Tetapi Igdes sendiri.." jelas Sanzo dan Rhamiel terkedu,Pheara dan Valkryie yang ada turut terkejut.

"Dia sanggup bunuh minion dia sendiri.. Aku boleh katakan dia sudah mental.." Tez bersuara dengan wajah serius.

"Igdes seperti ada rancangan.. Tuan Z ada memberi maklumat mengenai seseorang bernama Sophiriel.." Sanzo berkata lagi dan Pheara seakan mengenali nama tersebut.

"Dakwa tuan Z.. Wajahnya seiras Pheara.." jelas Sanzo lagi dan Elene serta Valkryie yang ada berdiri.

"APA?!" Mereka terkejut serentak.

"Bertenang..." Pheara memberi arahan,mereka berempat kembali duduk.

"Sanzo.. Awak boleh teruskan lagi?" soal Pheara.

"Pheara.." Sanzo memahami reaksi Pheara,mata dipejam kemudian nafas dihelakan.

"Mengikut hipotesis aku.. Igdes kemungkinan cuba memikat Pheara adalah sebab ini.. Dia ingin membunuh Pheara untuk dapatkan darah atau yang berkenaan untuk membolehkan membangkitkan individu bernama Sophiriel ini.." jelas Sanzo.

"Mungkin boleh diterima akal.." Irish yang diam dari tadi memberi pandangan sambil mengangguk.

"Maknanya Igdes bukan cintakan Pheara dari awal.. Dia cuma mahukan nyawa Pheara.." ujar Sophie.

"Jadi apa yang kau nak lakukan Sanzo?" soal Tez.

"Apa yang sepatutnya aku lakukan.." balas Sanzo memandang Pheara dengan senyuman redup.

"Jadi kita kena bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.." ujar Sanzo lagi dan Pheara hanya tersenyum,namun senyuman dia seperti dipaksa.

"Sebelum itu.. Kita perlu selamatkan puak Rhamiel.." jelas Sanzo dan semua agak terkejut termasuk Rhamiel.

"Aku ada dengar Rhamiel menyebut Igdes mengancam puaknya,supaya Rhamiel mengikut arahannya.." Hilna mencelah.

"Betul.. Sebab itu kita kena lakukannya.. Lagipun puak burung bukan di Kayangan betul?" soal Sanzo dan Rhamiel mengangguk.

"Kita akan lakukan seperti ini.." Sanzo mula merancang.

Perbincangan ditamatkan di situ,malam itu Pheara hanya duduk di beranda. Sambil memandang ke langit,Pheara merasakan dirinya seperti tidak berguna kerana dirinya dilindungi.

Adakah dia tidak akan mampu mendapatkan kuasanya semula?

Sanggup ke Sanzo terus melindungi dia selamanya?

"Tak boleh tidur?" teguran itu mengejutkan Pheara,dia menoleh dan Sanzo berdiri tersenyum ke arahnya.

"Sanzo.." Pheara berkata kemudian mukanya kembali risau,Sanzo menghela nafas pendek kemudian berjalan ke arahnya.

"Kenapa ni?" soal Sanzo.

"Tak ada apa-apa.." ujar Pheara.

"Betul? Muka awak tidak menunjukkan apa yang awak katakan..." Sanzo menjeling dan Pheara tersenyum.

"Jika kuasa saya tidak kembali.. Adakah awak akan kekal melindungi saya selamanya?" soal Pheara dan Sanzo agak terkejut.

Sanzo memegang tangan Pheara,tindakan Sanzo agak mengejutkan Pheara namun si dewi membalas pegangan tangannya.

"Jika kuasa awak tidak kembali.. Bagaimana awak boleh rasa kuasa gelap?" soal Sanzo dan Pheara terkejut.

Pada masa yang sama,di satu tempat iaitu di hadapan kubur bertulis. Tulisan yang berukir hampir hilang,pada batu tanda kubur itu.

YAMASATO KENJI.

Seseorang mendarat lembut dan memerhatikan kubur tersebut,senyuman terukir dan angin bertiup kuat.





















======================

Agak-agak kamu semua siapa orang tersebut?

Apa tujuan dia?

Boleh try..

Tapi jawapannya akan keluar lambat

Hahahah..

COMMENT & VOTE

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top