Chapter 54 : Suddenly Ambush
Sanzo dan Tez berjalan di sekitar daerah Kyoto,membeli bekalan makanan dan sambil itu mereka berbual kosong.
"Ada masa kita keluar date sama-sama nak?" soal Tez memberi cadangan dan Sanzo menjeling.
"Aku bukan gay.." jawab Sanzo tanpa perasaan.
"Aduhai kau,maksud aku double date la sengal.." ujar Tez memberi penjelasan.
"Ouh.. Cakap la awal-awal.." kata Sanzo tanpa perasaan.
"Kau sengaja sebenarnya kan?" soal Tez bengang dan Sanzo hanya tersenyum sahaja.
"Apalah nasib,ada sepupu pun tak sayangkan aku.. Uhuk.. Uhuk.." ujar Tez pura-pura kecewa.
"Mula dah..." kata Sanzo menggelengkan kepala.
"Kau tak sayang aku ke Sanzo? Bukan ke kita ada pertalian saudara?" kata Tez dengan mata berkaca,mukanya dicengkam Sanzo.
"Apa yang kau merepak ni syaitan?!" Sanzo berkata menahan geram.
"Aduh! Aduh! Muka aku.. Muka aku!" Tez menahan sakit.
"Kalau tak silap kau pun immortal kan,try pecahkan kepala kau.. Tengok macam mana boleh pulih balik?" soal Sanzo dengan muka tersengih kejam.
"Whoops! Whoops! Times up! Aku surrender!" ujar Tez dan Sanzo melepaskan cengkaman muka Tez.
"Aduh... Kau ni nak bergurau pun tak boleh..." rungut Tez.
"Bergurau tu boleh,tapi ni menggedik.." ujar Sanzo dan Tez menelan air liur.
"Wahhh.. Mesranya kamu berdua.." tegur satu suara dan Sanzo serta Tez menoleh.
Seorang lelaki misteri bertopi dan kot labuh,berdiri di hadapan mereka dengan senyuman. Mukanya sukar dilihat dan Sanzo merasakan tidak sedap hati,Tez juga begitu dan hanya memerhatikan lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum lebar dan amat menjijikkan cara senyumannya,Sanzo dan Tez sekadar mendiamkan diri. Tiba-tiba tangan lelaki misteri itu bersinar,Sanzo dan Tez tersentak lalu lelaki misteri memetik jari.
BOOMM!!!
Sanzo dan Tez melompat kemudian mereka mendarat kemas,seseorang berdiri di hadapan mereka dengan tangan yang bersinar. Tanpa memberi peluang pada mereka terus lancarkan serangan tembakan,letupan demi letupan berlaku.
"Ahhh!! What the hell men?! What his problem?!" Tez menyoal dan Sanzo hanya mengelak sahaja.
Seorang lelaki bertopi dan berkot labuh,menyerang mereka berdua ketika Sanzo dan Tez sedang dalam perjalanan untuk membeli barang makanan.
BOOMM!!
"I don't know.. But we have lure him to the outside this city.." ujar Sanzo pula.
"Okay.. What's the plan?" soal Tez.
"Just do it.." kata Sanzo.
"Okay.. No plan!" ujar Tez.
"Let's go.." Sanzo berkata lagi.
Sebaik sahaja Sanzo berkata sedemikian,dia terus berlari dan Tez mengekorinya. Lelaki misteri itu pula terus menembak kuasa,Sanzo pada masa yang sama turut melindungi orang awam.
"Oi! Jangan babitkan orang yang tak bersalah!!" jerit Tez namun lelaki misteri itu hanya menembak sahaja.
Tembakan kuasanya dihalakan ke arah seorang kanak-kanak,Tez terus bergerak pantas dan menangkis kuasa tersebut. Sanzo pula menuju ke arah kanak-kanak tersebut,lalu mendukung dan membawa pergi.
Lelaki misteri itu hanya tersenyum sinis,tembakan terus dilakukan dan Tez bergerak pantas menangkis semuanya. Tindakan dia agak mengejutkan lelaki misteri tersebut,Tez sudah berada di hadapan lelaki itu.
"MARI SINI!!"
DUSH!!
KRASHH!!
KRAANG!!
Lelaki misteri itu mukanya dicengkam,kemudian dibawa pergi oleh Tez. Setelah berjaya membawa pulang kanak-kanak itu ke ibunya,Sanzo segera mengejar Tez.
BRAAM!!!
Lelaki misteri itu dihempas oleh Tez ke tanah,manakala Tez pula mendarat dengan kasar di satu tempat. Tanah lapang yang dikepung bukit,Tez menghela nafas panjang.
Sanzo berjaya mengejar mereka dan dia memerhatikan keadaan sekeliling,memastikan tiada musuh yang bersembunyi untuk menyerang hendap. Lelaki misteri itu kembali bangkit,lalu membersihkan bajunya kotor dek habuk tanah dan debu.
"As I expected from candidates of the king demon..." ujar lelaki misteri itu.
"Who the hell are you?" soal Tez dengan muka serius.
"You can call me.. Belzebob Malum.." ujar lelaki bernama Belzebob.
"What do you want from us?" soal Tez lagi.
"Sorry.. I'm only targeting you Brollmuthaz,son of Lucas..." ujar Belzebob tersenyum.
"Only me? Then why you try attacking the innocent people? Also my friend too.." soal Tez.
"Maybe that's my neutral habit.. Heh..." jelas Belzebob lagi.
Mendengar ayat Belzebob buatkan Tez,darahnya mendidih dan Belzebob turut tersengih teruja merasai kuasa yang dilepaskan Tez. Sekelip mata Tez sudah menumbuk muka Belzebob,lalu Belzebob melekat pada dinding bukit.
"Weew...that's hurt.." ujar Belzebob tersenyum dan sedar Tez sudah berada di atas udara.
Sebelum sempat Belzebob ingin mendongak,mukanya ditekup dan dihempas ke tanah. Letusan tanah merekah dengan dahsyat,Sanzo pula yang sekadar menyaksikan ketika itu agak terkejut. Tez menukarkan kedua-dua tangannya kepada cakar naga,dia terus menghayunkan penumbuknya bertubi-tubi.
DUSH!!
DUSH!!
DUSH!!
Tez ingin menghayunkan sekali lagi,namun muncul deduri menghalang dia dari terus menyerang. Tez segera berundur ke belakang,dia merenung ke arah kawasan tanah yang hancur teruk.
Tidak lama kawasan yang hancur itu,meletus dan Belzebob muncul semula.
"Wow.. Sakit.. Kau memang ganas..." ujar Belzebob tersenyum sahaja.
"Kau pun demon?" soal Tez.
"Kau akan mati,jadi tak perlu untuk tahu semua tu.." jelas Belzebob tersengih.
"Waa.. Yakinnya kau..." ujar Tez tersenyum teruja menunjukkan siungnya.
Tez dan Belzebob terus meluru ke arah satu sama lain,letusan dari impak pertembungan berlaku dengan kuat sekali. Sanzo hanya menyaksikan dengan tergamam,tetapi seseorang muncul dari belakang menyerang hendap ke arahnya.
KTANG!!
Sanzo menahan libasan pedang,orang yang menyerang hendapnya adalah salah seorang daripada 7 Angel.
Barbelo.
"Okay seorang lagi muncul.." kata Sanzo.
"Reflek yang bagus manusia..." ujar Barbelo.
ZTANG!!
Sanzo melibas dan mereka berpisah lalu terseret ke belakang,Barbelo memusingkan pedang kemudian bersiap-sedia. Sanzo pula menyisirkan bilah pedangnya,dia menghela nafas pendek.
"Igdes hantar kau?" soal Sanzo.
"Tuan Igdes..untuk kau!!" Barbelo berkata seraya meluru laju ke arah Sanzo.
Manakala Sanzo dengan muka selamba,menangkis tetakan pedang Barbelo. Mata mereka bertentangan dan libasan berbalas laju,mata pedang masing-masing tidak dikesan akibat terlalu laju.
Barbelo menghayunkan dengan deras,namun setiap kali hayunan dia hampir mengenai tubuh Sanzo. Tiba-tiba sahaja tetakan dia dibatalkan,Sanzo membatalkan segala serangan yang mengancamnya.
"Yamasato Sword Style..Full Counter..." Sanzo menepis dan batalkan hayunan pedang Barbelo.
"Mustahil... Aku tidak mampu mencederakan dia?!" soal Barbelo tidak percaya.
"Kau para dewa terlalu angkuh dengan apa yang kamu ada.." ujar Sanzo dan Barbelo merenungnya.
"DIAM!!!" Barbelo menghayunkan pedangnya dengan lebih laju.
Melihat hayunan pedang daripada Barbelo,Sanzo menyarung pedangnya semula.
"Yamasato Living Blade Secret Arts..." Sanzo merendahkan tubuhnya.
"Mampus kau!" Barbelo berteriak dan Sanzo menumpu tenaga dalaman lalu hulu pedang dipegang.
SWING!!
ZTANG!!!
ZRASSHH!!
"SWORD OF TRANSIENT LIFE!"
Barbelo ditewaskan sepenuhnya dan terjatuh terbaring,di atas tanah dan dia tidak mampu bergerak. Sanzo hanya menghela nafas pendek,tidak lama satu susuk tubuh muncul memandangnya.
Igdes.
Si dewa penghukum merenung orang bawahannya,Sanzo hanya mendiamkan diri dan bersiap-sedia jika Igdes menyerangnya.
"Tuan...Igdes." ujar Barbelo tersekat-sekat.
"Barbelo.. Kau lakukan tugas dengan baik...sayang kau tewas.." ujar Igdes.
"Tuan tolong berikan saya kekuatan.. Saya pasti akan tewaskan manusia tu... " kata Barbelo.
"Kau dah berkhidmat aku dengan baik.." kata Igdes dengan muka tanpa perasaan.
"Tuan..." Barbelo berkata sambil tersenyum.
"Tapi tugas kau tamat di sini.." jelas Igdes dan menikam dada Barbelo.
"Tu.. Tuan?" Barbelo tergamam dengan apa yang berlaku ke atasnya,apatah lagi Sanzo yang terkejut.
Igdes menarik keluar satu orb dari tubuh Barbelo,Sanzo mengetap giginya dan Barbelo terus lenyap bersama cahaya. Igdes menyerap cahaya orb itu dan memandang ke arah Sanzo,mereka berbalas renungan dan Igdes tersenyum.
"Apa yang kau buat? Kau bunuh orang kau sendiri?!" soal Sanzo.
"Itu bukan urusan kau.." kata Igdes dan Sanzo melepaskan libasan,Igdes terus lenyap seiring terkena potongan.
Sanzo terkejut dan memandang ke sekeliling arah,Igdes tidak dapat dikesan dan Sanzo hanya berjaga-jaga.
"Kau boleh berseronok.. Sampai masanya nanti.. Aku akan buat kau merana..." suara Igdes kedengaran bergema sebelum lenyap.
Sanzo mendecih dan mengetap gigi,tidak lama dentuman berlaku di sebelahnya. Sanzo menoleh dan Tez seperti kalah teruk,Belzebob mendarat tidak jauh di hadapan mereka.
"Kau betul ke calon raja syaitan? Lemahnya..." ujar Sanzo selamba.
"Aku nampak Igdes bunuh orang dia.. Terus syaitan tu hayun aku..." kata Tez mukanya berdarah.
"Kuatnya alasan kau.. Tak ada alasan lain? Cliche der.." ujar Sanzo.
"Ini betul-betul.. Bukan cobaan brader..." bidas Tez dengan muka tidak bersalah,lalu mulalah mereka bertekak tanpa hiraukan Belzebob di hadapan mereka.
"Kamu berdua ni memang lemah.. Depan musuh nak bertekak?" soal Belzebob meluru ke arahnya dengan senyuman sinis.
"DIAMLAH!!"
Sekelip mata Sanzo membelah badan Belzebob seiring dengan Tez,yang turut melakukan serangan hayunan cakaran serentak memotong Belzebob. Manakala Belzebob terkejut dengan apa yang berlaku,Sanzo dan Tez masing-masing dengan wajah yang serius.
===========================
Hellooo guys
I'm back yow
How's the story for this chapter?
Can you guys accept it?
COMMENT & VOTE okay
Macam yang korang faham
Kalau ada komen
'Update please'
Faham la ya akibatnya
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top