Chapter 53 : See You Again,someday


Ikhwan dan Hazen berjalan di kawasan gelap,mereka berhenti di hadapan pintu gerbang. Sebesar dua kali ganda dari manusia,bercorak matahari dan rembulan. Pintu kanan bercorak matahari,manakala di sebelah kiri adalah rembulan.

"Matahari.. Juga.. Bulan?" soal Hazen dan menyedari Ikhwan menghampiri pintu tersebut.

Si Raja Naga menghampiri pintu gergasi itu,kemudian menghalakan tapak tangan pada pintu tersebut. Tidak lama pintu itu,terus terkuak luas dan Ikhwan hanya melangkah masuk. Hazen segera mengekorinya,pintu tersebut kembali tertutup rapat.

"Hey Ikhwan..." sapa Hazen dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Berkenaan 13 Servant of Demon.." jelas Hazen lagi.

"Kenapa dengan mereka?" soal Ikhwan.

"Adakah mereka mencari host di dunia ini?" soal Hazen dan Ikhwan mengangkat bahu.

"Aku tidak pasti,tetapi itu bukan tujuan mereka.." jelas Ikhwan.

"Eh? Bukankah kau kata mereka bertukar host?" soal Hazen lagi.

"Memang.. Tapi tujuan mereka kali berlainan..." ujar Ikhwan dan Hazen mengangguk sahaja kemudian mengangkat bahu.

"Mereka ingin bebaskan penghancur alam semesta,si Apocalypse.." jelas Ikhwan dan Hazen kehairanan.

"Sejauh mana kekuatan Apocalypse ini?" soalan Hazen hanya dijawab senyuman oleh Ikhwan lalu si raja naga terus berjalan semula.

"Ikhwan?" soal Hazen kehairanan dan malas nak bertanya.

Ikhwan tidak menghiraukan soalan Hazen,dia terus berjalan dan mengesan sesuatu. Lantas dia terus mempercepatkan langkahnya,Hazen juga mengekori dia dan mereka berhenti di satu tempat.

Satu kawasan yang terang,malah penuh dengan tulisan kuno pada dinding dan juga di lantai. Ikhwan hanya bereaksi selamba,Hazen pula terkebil-kebil melihat semua itu.

"Nampaknya kuil purba ni dari dunia aku.." kata Ikhwan mengangguk faham.

"Ha?" soal Hazen dan Ikhwan memerhatikan tulisan itu lalu sedar.

"Tulisan semua ni datang dari 1000 tahun yang lalu dari dunia aku.. Kedua aku boleh baca dan faham bahasa kuno semua ni.." kata Ikhwan lagi.

Hazen terdiam dan Ikhwan merasa pelik,kenapa kuil purba dari dunia Mithgar berada di sini?

Ikhwan menyedari sesuatu dan seseorang muncul,Soren berdiri di hadapan kuil purba. Tangan diangkat ke udara dan bebola gelap terhasil,dia tersengih sinis dan membaling ke arah kuil tersebut.

"Hazen!" ujar Ikhwan memegang lengan Hazen.

"Apa yang kau nak buat?" soal Hazen dan saat itu suasana menjadi kabur.

Ka-BOOMMM!!!!

GRAANGG!!!

Letusan kuat berlaku dan Sanzo merasakan gegaran kuat,dia memandang ke satu arah dan kuil itu hancur. Soren ketawa terbahak-bahak,Ursula dan Lusha muncul di belakang Soren.

"Raja naga dah mati!! Hahahah!!" ujar Soren melihat keadaan yang rata.

"Aku dah mati? Begitu mudah.." ujar satu suara.

Soren terhenti dari terus ketawa,Ursula dan Lusha memandang ke satu arah. Meriam naga dihalakan kemudian dilepaskan tembakan,mereka bertiga mengelak dan letupan kuat berlaku.

Soren terkejut melihat Ikhwan berdiri tanpa ada kesan apa-apa,Hazen juga berada di sebelahnya hanya berdiri dengan muka tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"That thing in your hand is very cool! Where did you get that?" soal Hazen.

"This is not for sale..." kata Ikhwan dan Hazen ketawa sahaja.

"I'm just joking..." ujar Hazen.

Ikhwan memandang ke arah Soren,renungan Ikhwan buatkan Soren tersentak. Air liur ditelan dan Ursula serta Lusha,bersiap-sedia dengan senjata masing-masing.

"Kau nak aku bantu?" soal Hazen.

"Tak perlu.. Aku boleh uruskan mereka.." kata Ikhwan melenyapkan meriam berbentuk kepala naga.

"Okay.. Bro,aku duduk tepi je.." Hazen berkata selamba dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

Ursula dan Lusha sudah bergerak pantas,rapat di hadapan Ikhwan. Hayunan cemeti dan pedang,Ikhwan tangkis cemeti dengan menangkap dan menepis pedang pula dengan pedang jenis katana.

"Serang aku serentak? Tindakan yang bagus.." ujar Ikhwan tersenyum dan Soren memberi amaran.

"Bahaya!!" Ursula dan Lusha tersentak,sebelum terpelanting kerana dipukul oleh sesuatu.

Ursula dan Lusha terseret berhenti di sebelah Soren,mereka mengangkat kepala dan terkejut kerana kehadiran Sanzo serta Tez di sisi Ikhwan.

"Sanzo? Brollmuthaz?" soal Hazen.

"Aku tak ingat panggil kau Sanzo..." kata Ikhwan.

"Janganlah begitu.. Mereka adalah 13 Servant bukan?" soal Sanzo.

"Jangan masuk campur.." ujar Ikhwan dengan nada yang dingin.

Sanzo tersentak dan menelan air liur,Tez juga merinding bula romanya. Hazen hanya bersiul dan tersengih sahaja,Soren mula menggigil namun dia menjerit geram.

"BERUNDUR!!" Soren menghasilkan bulatan teleportasi,kemudian mereka bertiga lenyap dari pandangan.

Suasana menjadi sunyi seketika dan Ikhwan hanya menghela nafas,Sanzo dan Tez menoleh ke arahnya.

"Korang ni spoil betul la.." ujar Hazen.

"Eh? Apasal pulak?" Tez berkata bengang.

"Aku baru nak tengok skill raja naga ni,korang masuk campur." Hazen berkata sambil muncungkan mulutnya.

Ikhwan mendiamkan diri dan Hazen serta Tez bertekak,Sanzo pula memerhatikan gurunya tanpa berkata apa-apa. Ikhwan sedar reaksi Sanzo,hanya sekadar tersenyum sahaja.

"Maaf pasal tadi.. Terima kasih sebab datang tolong.." ujar Ikhwan.

"Ahhh... Bosan la duduk sini lama-lama.." ujar Hazen menghentikan perbalahan mulut dengan Tez.

"Kau nak ke mana?" soal Ikhwan.

"Balik ke dunia aku.." jelas Hazen.

"Kau boleh balik sendiri..?" soal Ikhwan.

"Kau fikir aku tak boleh balik sendiri ke.. Tengok ni.." Hazen dengan selamba,memetik jari dan portal terbuka di hadapannya.

Sanzo dan Tez terkejut,Ikhwan hanya membuat muka tiada reaksi. Dia mungkin sudah tahu abiliti Hazen,namun dia sekadar mendiamkan sahaja tidak mahu hebohkan hal itu. Hazen berjalan ke arah portal tersebut,kemudian langkahnya terhenti dan menoleh ke arah mereka bertiga.

"Panggil aku jika ada masalah.. Adios!!" Hazen terus memasuki portal dan portal tersebut lenyap begitu sahaja.

Sanzo dan Tez berpandangan kemudian Ikhwan pula,hanya tersenyum dan mendongak ke atas langit.

"Bagaimana dengan guru?" soal Sanzo.

"Aku? Hmm..." Ikhwan berfikir sejenak dan membuka portal dengan sebelah tangan.

Portal terbuka dengan jelas menunjukkan dunia Mithgar,malah di hadapan pintu portal itu ada seorang wanita berambut hitam menunggu.

"Ada perempuan.." ujar Tez.

"Siapa dia master?" soal Sanzo.

"Dia.. Ouh.. Isteri aku.." jelas Ikhwan dan mereka terkebil-kebil kemudian terkejut.

Ikhwan hanya ketawa kecil lalu melangkah ke arah portal,namun sama seperti Hazen langkah Ikhwan terhenti dan memandang ke arah Sanzo serta Tez.

"Master?" soal Sanzo.

"Sanzo.. Lepas ni kalau ada masalah,aku akan bantu.." ujar Ikhwan dan Sanzo terkejut kemudian tersenyum,Tez pula tersengih menepuk bahu Sanzo.

"Ya master!" balas Sanzo dan menundukkan badannya tanda hormat manakala si Tez pula tersengih,Ikhwan pula tersenyum kemudian berpaling lalu melangkah masuk ke dalam portal sambil melambai dari belakang.

"Ciao and see you again,my pupil..." kata Ikhwan dan terus hilang bersama portal tersebut.

Sanzo hanya tersenyum dan kembali tegakkan badannya,dia dapat bertemu semula dengan gurunya sudah cukup buatkan Sanzo berpuas hati.

"See you again master.." ujar Sanzo tersenyum.

























======================

Hellooo guys

Gatal tangan nak double update

Then aku nak berehat dalam beberapa hari

Tak tahu bila update semula

Kalau ada update tu aku aktif semula la tu

Okay

COMMENT & VOTE like always

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top