Chapter 50 : Just a Normal Peaceful Day
Tez menguap panjang ketika berjalan di awal pagi,sedang dia menggaru perut langkah dia terhenti. Kelihatan Sanzo sedang melakukan tekan tubi dengan hanya seluar track-suit dan tidak berbaju,manakala Aphys duduk di belakang badannya.
Irish dan Pheara juga ada bersama,mereka berbual dan Tez hanya tersenyum sahaja lalu berlalu pergi.
"Jadi kita memang adik beradik?" soal Sanzo dan Aphys mengangguk sambil tersenyum.
"Semua ni sememangnya gila.." kata Sanzo selamba melakukan tekan tubi.
"Abang tak suka?" soal Aphys.
"Kenapa tak suka? Cuma terkejut.. Memikirkan Sophie tu adalah ibu saudara kita.. Rea,Tez yang sengal tu dan Astia adalah sepupu kita..." kata Sanzo panjang lebar.
"Abang.. Tak elok kata abang Thaz macam tu.." ujar Aphys tersenyum menggelengkan kepala.
Sanzo sekadar tersenyum sahaja,kemudian dia terus melakukan tekan tubi tanpa henti. Aphys terus berbual dan bergurau dengan abangnya,dia merasakan gembira kerana dia benar-benar mempunyai keluarga.
"Muka kau yang tersenyum lebih bagus.." ujar Sanzo dan Aphys terdiam.
"Benarkah?" soal Aphys.
"Aku tidak akan berbohong pada adik aku sendiri.." kata Sanzo tersenyum dan masih lakukan tekan tubi.
"Kalau macam saya akan sentiasa tersenyum.." ujar Aphys tersenyum girang dan Sanzo tersenyum sambil memejamkan matanya.
"Tapi jangan senyum sorang-sorang,nanti orang lain ingat adik abang gila.." usikan Sanzo buatkan Aphys tersentak kemudian mengembungkan pipinya.
"Comelnya muka dia.." ujar Sanzo selamba.
"Tak nak kawan abang,baka!.." kata Aphys dan Sanzo ketawa kecil.
"Jangan gelak lah!" ujar Aphys menahan geram.
Gelagat dua beradik itu diperhatikan oleh Irish,dia menundukkan wajahnya dan mengingati semula wajah Kenji.
Irish mengingati wajah pemuda yang mengubahkan dia mengenai persepsi manusia,juga seorang manusia yang menambatkan hatinya. Sehingga dia ingin hidup sebagai manusia,maka lahirnya Sanzo dan ketika dia sedang kandungkan Aphys. Igdes datang mengganggu mereka sehingga keluarga mereka berpisah,dirinya dikawal selama beribu tahun dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Irish hanya mampu menyaksikan Aphys diabaikan oleh dirinya sendiri,dia tidak dapat mengawal dirinya dan perkara ini adalah sesalannya seumur hidup. Irish terasa bahunya dipegang dan dia menoleh,Pheara tersenyum pahit dan menggelengkan kepalanya.
"Tolong jangan buat muka macam tu.. Puan tidak salah apa-apa..." ujar Pheara.
"Saya cederakan suami saya.. Tinggalkan anak saya dan abaikan anak yang baru saya lahirkan.. Bagaimana kamu kata saya tidak ada salah apa-apa..?" soal Irish dan Pheara terdiam.
"Apa yang berlaku sudah berlaku.." Sanzo menegur dengan tiba-tiba,dia berjalan ke arah mereka sambil mengesat peluh.
"Sanzo.. Ibu..ah.. Layak lagi untuk menggelar diri ni ibu pada kamu?" soal Irish tersenyum kelat.
Sanzo,Pheara dan Aphys hanya memerhatikan wanita itu. Sanzo menghela nafas pendek,dia membuka mulut semula.
"Ayah pernah beritahu saya.. 'Walau dewa sekali melakukan kesilapan..' masa itu selepas ibu tinggalkan kami..." jelas Sanzo dan Irish mendongak.
"Walaupun ibu cederakan ayah,dia tidak sesekali mengajar saya untuk membenci ibu sendiri.. Dia sering minta saya maafkan ibu..." jelas Sanzo duduk di sebelah Irish,Aphys hanya duduk di sebelah Pheara.
Irish tergamam dan matanya mula berkaca,wajah Sanzo mirip Kenji. Senyuman dan air mukanya,saling tidak tumpah dan Irish mengalirkan air mata. Sanzo hanya tersenyum sahaja dan membiarkan ibunya melepaskannya,tangisan yang senyap oleh Irish dan Sanzo,Pheara serta Aphys menjadi peneman.
Tez berjalan sambil bersiul selepas membersihkan muka,dia nampak Elene dan segera berjalan laju ke arah Elene. Namun Irene muncul menghalang,Tez agak terkejut dan langkahnya terhenti.
"Oi.. Apa ni?" soal Tez.
"Saya tidak benarkan awak hampiri kakak saya.." ujar Irene.
"Apa?!" soal Tez terkejut dan Elene hanya kehairanan lalu berehat.
"ELENE!!" Tez ingin meneruskan langkahnya namun terhenti,apabila hujung bilah lembing dihalakan ke arah mukanya.
"Jangan dekat,tak faham bahasa ke?" kata Irene mukanya serius,kemudian berubah senyuman menjengkelkan.
"Valkryie ni memang macam ni ke perangai?" soal Tez geram.
"Apa maksud awak?" soal Irene.
"Aku tanya.. Adakah Valkryie bersikap begini? Suka ganggu kehidupan orang lain..?" kata Tez lagi.
"Macamlah kau tu manusia?!" Irene membidas.
"Heh.. Aku bukan manusia tetapi aku tidaklah ikut sangat perangai busybody manusia.. Silap.. Dewa yang cipta mereka dan kamu semua sekali.. Sebab tu sama je perangai.." kata Tez dengan panjang lebar dan mukanya penuh senyuman jahat.
Melihat Tez yang ketawa jahat,membuatkan Irene darah dia menggelegak. Lantas lembing dalam tangan ditujah namun Tez menahan kemas,Irene tergamam dan bunyi dari impak tahan agak bising.
Tez menahan kemas dengan cengkaman tapak tangan,Irene betul-betul tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Irene menarik semula lembing dan berundur beberapa tapak ke belakang,Tez mampu menahan serangan dia.
"Awak bukan sembarangan demon... Siapa awak sebenarnya?" soal Irene ingin tahu.
"Dia adalah calon raja syaitan.." seseorang menegur dan Irene menoleh,Hilna dan Frejya sedang berjalan ke arah mereka.
Irene terkejut dan bagaikan tidak percaya,melihat gaya Tez langsung tidak menunjukkan dia adalah dari puak syaitan.
"Dia? Calon raja syaitan?! Tak masuk akal langsung!!" ujar Irene.
"Kalau dari segi akalnya kurang matang,tapi dia ada kekuatan yang luar biasa.." jelas Frejya pula.
"Hey.. Kau mengutuk je memuji ni ha?" soal Tez bengang.
"Memang betul kan,kau akal macam budak-budak..suka main-main. Kurang matang la tu.." Hilna mencelah dan Tez menggaru kepala.
"Agak sukar percaya Elene jatuh hati pada dia.." ujar Frejya menekup pipi kiri.
"Aku simpati dengan Elene.. Haih.." kata Hilna pula menggelengkan kepala.
"Amboi... Sedap gaban korang kutuk aku ha?" Tez berkata bengang.
Tez berkelahi dengan dua Valkryie,mengabaikan Irene yang berada di situ terkebil-kebil melihat keadaan tersebut. Dia menundukkan kepalanya,badannya menggigil dan lembing dia bersinar.
"Kamu semua..." ujar Irene berkata menahan geram,Tez,Hilna dan Frejya berhenti bertekak mulut lalu menoleh ke arah Irene.
"BENAR-BENAR BUAT SAYA MARAH!!" Irene berkata dengan matanya bersinar.
"Alamak! Dia marah.." ujar Frejya sambil menekup mulut.
"Moga kau selamat,Brollmuthaz.." kata Hilna dan dua Valkryie itu terus hilang,Tez menoleh terkejut dengan tindakan mereka.
Tez menelan air liur dan menoleh semula ke arah Irene perlahan-lahan,siap ada efek bunyi seperti bunyi pintu berkarat dibuka. Irene auranya mula kelihatan,matanya bersinar dan Tez tergamam dengan hingus meleleh.
Letupan yang kuat di kaki lima,Sanzo,Irish,Pheara dan Aphys memandang serentak. Tez melompat keluar dan belakangnya,Irene mengejar dengan muka menakutkan.
"Jangan lari!!" jerit Irene.
"Oi! Jangan kejar!" balas Tez.
Sanzo hanya mampu menekup muka,Pheara pula tersenyum kelat dan ketawa kecil kemudiannya. Aphys pula terkebil-kebil dan Irish hanya menghela nafas pendek,dia menoleh ke arah Sanzo.
"Sure is so lively in your place.." kata Irish.
"You can say that.." balas Sanzo.
Elene pula bersama Sophie menikmati minum teh,Lohrryn dan Astia ada bersama juga menyertai mereka. Teh dihirup dan Elene menghela nafas pendek,mendengar jeritan Tez membuatkan dia tersenyum lebih manis.
"Just a peaceful day..."
==========================
Hai guys
Apa khabar?
Harap sihat la
Aku nak katakan good job sebab tak ada yang komen 'update pliss'
Semua memberi komen yang menarik dan unik
Jika ada soalan boleh terus direct message
Jangan tanya di ruangan komen untuk mengelakkan spoiler alert
Harap bersabar untuk next chapter
That's all
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top