Chapter 49 : Elene & Irene


Sanzo berdiri memerhatikan kolam ikan di hadapannya,dia memandang sekeliling kawasan dan nafas dihelakan. Apa yang dia dengar agak sukar untuk diterima,Sophie adalah ibu saudaranya sendiri.

Amreadous,Brollmuthaz dan Astia adalah sepupu dia. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh,apabila dia toleh Pheara berada di belakangnya sambil tersenyum.

"Pheara.." ujar Sanzo tersenyum kelat.

"Awak okay?" soal Pheara.

"Lima puluh-lima puluh rasanya.. Semua datang mengejut.." jelas Sanzo.

"Bukankah ia benda yang elok? Sekurang-kurangnya awak sekarang ada keluarga sendiri.." ujar Pheara.

Sanzo tersenyum dan Pheara membalas dengan senyuman juga,mereka agak lama berbalas tenungan dan sedikit demi sedikit mereka mula rapat.

BRAAM!!!

"Apa yang berlaku?!" soal Pheara melihat dinding pagar roboh,Sanzo sedikit kecewa dan menahan geram.

"Uhuk!! Uhuk!! Serius la serang menggila macam tu?!" soal Tez keluar dari kepulan asap habuk tebal.

"Tez..." suara Sanzo kedengaran dan Tez sedar dia mengganggu mereka berdua.

"Sanzo..? Aku..." ujar Tez.

"Kau dah siap buat wasiat?" soal Sanzo mengepalkan penumbuknya.

"Tak! Nanti sekejap!!" Tez menahan Sanzo dari melakukan tindakan.

Irene muncul mendarat kasar di belakang Tez,Pheara agak terkejut dan dia mengenali gadis blonde itu. Pada masa yang sama juga,Hilna dan Frejya turut baru sahaja pulang.

"Ah shit..!" Tez berkata cemas dan Irene ingin melancarkan serangan.

"Mati lah!!" Irene ingin menusuk lembing.

Sanzo mendecih dan menarik Tez,kemudian menahan tusukan lembing dengan kepitan dua batang jari.

"Sila berhenti gadis muda.. Mana adab kau datang rumah orang?" soal Sanzo.

"KE TEPI MANUSIA!" bentak Irene dan Tez mula risau.

"Nope.. Sini rumah aku.. Kau nak jahanamkan tempat tinggal orang lain?" soal Sanzo.

"Saya kata... KE TEPI!!" Irene membentak lagi sekali.

"Itu bukan Irene?" soal Frejya.

"Ya.. Tak salah lagi..." ujar Hilna.

"Kita patut hentikan?" soal Frejya lagi.

"Nah.. Immortal tu boleh uruskan.." kata Hilna dan Frejya agak terkejut.

Sanzo hanya menghela nafas pendek,lalu menggunakan tekanan dan menolak Irene keluar dari kediaman dojo tersebut. Pada masa yang sama juga,Irish tersedar dari lenanya dan mendengar bunyi bising.

"Kau cari nahas manusia!" ujar Irene tidak dapat membendung kemarahannya.

"Aku suruh kau bertenang bukan? Tapi kau degil.." jelas Sanzo.

"Aku tak perlukan nasihat kau!!" jerit Irene marah dan Elene baru tiba di situ,Sanzo menyedari kehadiran dia.

"Irene cukuplah tu..." kata Elene.

"Akak jangan menyibuk.. Saya nak ajar manusia ni,berani dia mengganggu urusan saya.." kata Irene.

"Irene!! Cukup!! JANGAN LAWAN DIA!!" Elene memberi amaran.

Irene tidak pedulikan langsung amaran Elene,lalu meluru ke arah Sanzo dengan melakukan tusukan lembing. Sanzo pula hanya menghela nafas,lantas menarik pedangnya dan menahan tusukan lembing daripada Irene.

"Yamasato Sword Style.."

Sanzo memegang pedang dengan tenang,pandangan matanya redup. Sekeliling pergerakan bagaikan menjadi perlahan,Tez merasakan bulu romanya menegak. Sanzo menghayunkan pedangnya dan sekelip mata,libasan pedang yang banyak bagaikan memotong dimensi terjadi. Irene tercampak semula ke belakang,Sanzo kembali menyimpan pedangnya.

"Dimension Break.."

Sanzo kembali menyimpan pedangnya,ke dalam sarung semula dan Irene menyeret jauh ke belakang. Dia terkejut dengan apa yang berlaku,lelaki di hadapan dia mampu menolaknya ke belakang.

"Manusia biasa tidak mungkin mampu menyaingi aku.. Siapa sebenarnya kau?!" soal Irene.

"Bagus seorang lagi.." ujar Sanzo menekup muka,Elene mula hilang sabar dan berjalan mendekati Irene lalu menepuk kepala gadis blonde.

"Ouchhh.. Akak sakit la!" rungut Irene menoleh ke arah Elene.

"Akak dah kata suruh stop kan?" soal Elene mencekak pinggang.

"Tapi kakak mungkin dah sihir.." jelas Irene dan Elene timbul urat dahi.

"Sihir apa?!" pipi Irene ditarik kedua-duanya.

Sanzo menghela nafas pendek,dia dihampiri Pheara dan mereka sekadar berbalas senyuman. Irene diterangkan mengenai siapa Tez sebenarnya dan Elene mengaku ada hubungan dengan Brollmuthaz.

"Why demon?" soal Irene dengan muka tak rela.

"Don't asked!" ujar Elene muka merah padma.

"Apa yang mereka bualkan?" soal Tez menjengah dari belakang Sanzo.

"Tak tahu.. Kau tanyalah.." ujar Sanzo.

"Tak nak la,nanti kena lagi.." kata Tez.

"Siapa budak tu,satu lagi kau buat apa sampai kena kejar tadi?" soal Sanzo merenungnya.

"Err... Dia adik Elene..." jawab Tez.

"Lagi?" soal Sanzo.

"Aku cium Elene depan dia.. Err..." kata Tez lagi tersenyum bangga,Sanzo dan Pheara berpandangan.

"Guys?" soal Tez tersengih terasa semacam.

"Gadis blonde tu adik dia?" soal Sanzo pada Pheara dan dewi itu hanya mengangguk sahaja.

Sanzo mengangguk kepala tanda faham,kemudian dia berjalan merangkul leher Tez dan menepuk bahu syaitan itu.

"Sanzo?" soal Tez kehairanan.

"Jadi yang pegang lembing tu adik Elene?" soal Sanzo dan Tez mengangguk.

"Kau cium Elene depan adik dia?" soal Sanzo lagi dan Tez sekali lagi mengangguk kepala.

"Macam tu.. Kau ni kan..." ujar Sanzo tersenyum.

"Kenapa kau senyum bro? Jarang kau senyum camtu.." ujar Tez.

"Kau pernah kena tanam?" soal Sanzo.

"Eh?" Tez tersengih risau.

Sedang Elene dan Irene berdebat,mereka dengar bunyi dentuman yang kuat. Elene toleh dan terkejut,Tez ditanam ke tanah paras pinggang secara terbalik dan bermakna hanya kaki di atas. Separuh badan hingga kepala,dibenam oleh Sanzo yang beredar bersama Pheara.

Tidak lama Irish muncul dipapah Aphys dan Astia,Sanzo mendapatkan dia dan Irish kehairanan dengan apa yang berlaku pada Tez. Elene terasa bajunya ditarik-tarik,Irene yang melakukan dan matanya masih memandang keadaan Tez.

"Kakak..siapa pula manusia tu?" soal Irene dan Elene hanya mampu tersenyum kelat.

"Mari kita masuk.. Banyak benda kakak nak cerita.." jelas Elene.

"Tapi dia?" soal Irene menuding ke arah Tez.

"Jangan risau.. Dia tidak akan mati..." ujar Elene selamba.

Elene memegang tangan Irene lalu ditarik lembut,masuk ke dalam kawasan dojo. Hilna dan Frejya hanya beredar,Tez pula dibiarkan sahaja tertanam seperti itu.

"Helloooo~~~~?"



























==========================

Muncul lagi Valkryie

Dia adalah adik kepada Elene

Kesian kau Brollmuthaz,teruk la kau lepas ni

Hahaha

COMMENT & VOTE

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top