Chapter 48 : Sudden Visitor


Bangunan di bandar Tokyo yang tinggi,seseorang mendarat dan sayapnya disimpan. Rambut keemasan beralun ditiupi angin,matanya berkerdip berselang sambil memerhatikan keadaan bandar.

"Jadi sini adalah Jepun?" soal gadis itu sambil memegang lembing.

Gadis itu adalah Valkryie dan dan sedang mencari seseorang,mata dia dipejam dan merasai daya kuasa individu yang dia sedang cari. Sebaik sahaja dia berjaya mengesan,matanya dibuka dan terus hilang dari pandangan.

Pada waktu itu juga,Sanzo dan Tez duduk semeja. Sophie,Rea dan Pheara turut duduk sekali. Mereka tidak tahu ingin berkata apa,Ikhwan dan Hazen pula hanya memerhatikan sahaja.

"This is awkward.." ujar Hazen berbisik.

"You just knew you had relative.. How do you react?" balas Ikhwan berbisik juga.

"You have a point..." kata Hazen mengangguk.

"Just shut up.. And eat popcorn.." Ikhwan berkata dan berikan bekas berisi bertih jagung,Hazen hanya terkebil-kebil.

"What?" soal Ikhwan sebaik Hazen asyik perhatikan dia.

"Are you serious?" kata Hazen dan Ikhwan hanya mengangkat bahu.

Sanzo mendiamkan diri dan menjengah ke bilik di mana Irish berada,Aphys tidur dalam keadaan duduk bersandar pada dinding bersama Astia yang jadi bahunya sebagai bantal.

"Sampai bila nak diam ni?" soal Sanzo dan Sophie mengangkat kepalanya.

"Aku hilang kata-kata.." ujar Rea mengalah.

"Mengenai apa?" soal Sanzo.

"Kau.. Aku,Thaz dan Astia.. Sepupu? Ini luar jangkauan aku.." jelas Rea.

"Kau tak suka aku sebagai sepupu?" soal Sanzo dan Rea hanya mengeluh.

"Bukan macam tu.. Aku tak dapat nak kata apa-apa.. Semua ni datang mengejut.. Ayah kau? Adik ibu? Adik tiri?" kata Rea dan Sanzo hanya mampu mengangguk.

"Benar kata kau.. Semua ni bagai kebetulan.. Aku benarkan demon duduk bersama.. Hari ni aku tahu.. Kamu semua saudara aku? Mak cik dan sepupu aku? Semua datang sekaligus,ibu aku.." jelas Sanzo menghela nafas pendek.

"Mustahil jika katakan ini hanyalah kebetulan.." ujar Tez pula.

Sanzo hanya mampu menghela nafas pendek,dia bangun dan segera beredar. Pheara pula mengekori dia,Elene hanya menghela nafas pendek.

"Hey Elene..?" soal Tez menyentuh bahu Elene dengan tiba-tiba.

"Kenapa ni?" Elene kehairanan kerana Tez menegurnya dengan lembut.

"Apa kata kita jalan-jalan sekitar sini? Saya bosan gila ni.. Boleh?" Tez berkata sambil tersenyum dan Elene memerhatikan lelaki di hadapannya.

"Awak ada terhantuk mana-mana ke?" soal Elene menyengetkan kepalanya.

"Oi.. Itu biadab! Saya boleh berlagak normal..!" jelas Tez tidak puas hati.

"Itulah tak normal saya maksudkan..." kata Elene.

"Apa kata awak ikut sahaja saya?" pinta Tez lalu menarik tangan dewi,lalu Elene mukanya merah padma.

Sophie hanya duduk bersebelahan Rea,Tez menarik lembut tangan Elene berlalu pergi. Ikhwan dan Hazen pula hanya memerhatikan sahaja kemudian berpandangan,lalu Ikhwan segera bangun dan turut beredar.

"Kau nak ke mana?" soal Hazen turut bangun.

"Aku ada hal lain.." jelas Ikhwan.

"Boleh aku ikut?" soal Hazen dan Ikhwan memandang dia dengan muka blur.

"Kau pasti ke?" soal Ikhwan pula dan Hazen mengangguk beberapa kali.

"Well suit yourself.." kata Ikhwan.

"Yes.. I will.." balas Hazen tersengih.

Ikhwan hanya segera beredar pergi,Hazen bersiul sahaja lalu mengekorinya. Rea sekadar diam dan perhatikan mereka pergi,dia tidak tahu siapa dua orang itu malah Rea tahu mereka berdua tidak lagi boleh digelar manusia.

"Siapa mereka?" soal Rea.

"Seseorang yang kita tidak mahu jadi musuh.." jelas Sophie.

Tez dan Elene berjalan bersiar-siar,di sekitar kawasan berdekatan dojo. Mereka kadang bertegur sapa dengan kejiranan di situ,kebanyakan Elene yang sering menegur.

"Nampaknya awak terkenal juga di sini.." ujar Tez kerana sekali-sekala kejiranan di situ juga menyapa Elene.

"Kita kalau nak mengenali tempat,kena kenal sekali dengan penduduk dia.. Bukan main hentam je.." kata Elene.

"Bagaimana dengan saya?" soal Tez.

"Apa maksud awak?" Elene kehairanan.

"Sebelum kita meluahkan perasaan... Awak selalu hentam saya,tu macam mana pula.. Kenapa tidak mahu mengenali saya yang berhati murni ini.." kata Tez dengan muka pura-pura ingin menangis.

"Eh.. Tak sangka pula ada demon berhati tisu? Ini pertama kali jumpa.." balas Elene dengan muka tidak bersalah.

"Demon berhati tisu pun awak sukakan saya.. Jadi okay lah tu." ujar Tez dengan bangganya dan Elene mukanya menahan segan.

"Kenapa diam? Kalah berdebat dah ke?" soal Tez tersengih dan sekelip mata penampar hinggap di pipinya.

Tez berpusing dan menyeret lalu bangkit semula,Elene hanya menghela nafas pendek. Tez mengusap pipi berbekas juga tapak tangan di pipi kirinya,Elene merengus dan berpeluk tubuh.

"Adededeii.. Awak nak bunuh saya ke?!" soal Tez terkejut.

Elene menghela nafas pendek namun saat dia ingin bercakap dengan tiba-tiba,seseorang mendarat kasar dan tanah merekah. Elene dan Tez menoleh serentak,seorang gadis blonde dengan lembing di tangannya. Elene terkejut melihat individu tersebut,Tez hanya memerhatikan sahaja dan gadis blonde itu meluru ke arahnya dengan begitu laju.

Tez terkejut dan lembing gadis itu ditujahkan,ke arahnya dan Tez segera menahan dengan dua tapak tangannya. Lalu Tez menyeret jauh,Elene agak terkejut dengan apa yang berlaku.

"Irene?"

Tez menahan dari terus menyeret,lalu diletuskan aura kuasanya. Gadis blonde itu terpaksa berundur,Tez menghela nafas lega seketika kerana berjaya menolak gadis itu jauh ke belakang daripada dia.

"Kau siapa ha? Datang-datang je serang aku?!" soal Tez berang.

"Jauhkan diri kau dari Elene!" kata gadis blonde itu menghalakan lembing ke arahnya.

"Ha?" Tez memberi reaksi kehairanan.

"Irene!" Elene muncul di hadapan Tez.

"Kak Elene! Jauhkan diri daripada demon tu! Biar saya hapuskan dia!" gadis dipanggil Irene itu berkata tegas.

"Jangan apa-apakan dia Irene,dia bukan musuh.." jelas Elene dan Irene terkejut.

"Apa maksud kakak dia bukan musuh?! Dia demon bukan?!" soal Irene berkata geram.

"Ya.. Dia bukan demon.. Dia juga bukan musuh.." jelas Elene tersenyum kelat.

"Kalau begitu,dia siapa?!" soal Irene memaksa ingin tahu,Tez segera memeluk Elene dari belakang.

"Tez?!! Apa yang awak buat?" soal Elene mukanya merah padma.

"Hoi! Lepaskan dia syaitan!!" Irene mula hilang sabar dan Elene dikucup oleh Tez dengan tiba-tiba,Elene terkejut tetapi dia tidak melawan hanya membiarkan sahaja.

"Kkkkkau.. Ccccium dddia?!!" soal Irene muka merah malu.

Tez meleraikan bibirnya dan Elene pula dilepaskan,Tez tersenyum dan Elene memejam mata mengetap gigi geram. Satu ketukan pada kepalanya dan benjol besar,timbul di atas kepala.

"JANGAN BUAT MACAM TU SESUKA HATI BOLEH TAK?!" Elene berkata bengang.

Irene kehairanan melihat keadaan tersebut,dia tidak faham kenapa kakaknya langsung tidak kisah demon itu menciumnya.

"Awak comel bila cemas.. Jadi saya tak boleh kawal diri saya.." Tez berkata jujur dan menjilat bibir.

"Itu tidak bermakna awak boleh cium saya di tempat terbuka macam ni.." kata Elene menahan malu.

"Ouh macam tu ya.. Kalau macam tu kita boleh sambung di bilik saya atau awak?" soal Tez dengan muka gatalnya.

"Awakkk... Memang cari nahas ya..?!" Elene mencekik leher Tez,muka syaitan itu mula membiru.

"Elene.. A.. Awak n.. Nak b.. Bunuh saya.. Ke?!" kata Tez sesak nafas.

"ARGHHH CUKUP!!" jerit Irene dan Tez serta Elene terkejut.

"APA YANG BERLAKU NI?! KAK ELENE DICIUM DEMON?! DIA TAK KISAH PUN?!" soal Irene.

"Irene.. Bertenang.." pujuk Elene.

"Ye betul tu bertenang.." Tez mencelah.

"MACAM MANA SAYA NAK BERTENANG?! KAU DIAM DEMON!! CIUMAN PERTAMA KAKAK SAYA DIAMBIL OLEH SYAITAN!!" ujar Irene geram.

"Sebenarnya.. Ini bukan ciuman pertama kakak lagi..." jelas Elene dan Irene memandang ke arahnya.

"Yeah.. Kami dah selalu buat.. Di bilik mandi.. Di tempat yang..UHUKK!!" Tez meluahkan dengan jujur dan sebelum dia berkata lebih,perutnya ditujah siku oleh Elene dengan kuat. "Awak boleh diam..."

Elene memandang adiknya yang terdiam,Irene hilang kata-kata dan mulutnya ternganga. Tez dan Elene hanya memandang tanpa bersuara,gigi Irene diketap rapat dan mulutnya bergerak.

"APA?!!!!!"




















=========================

Hellooo guys

Apa khabar semua?

Korang ada apa-apa nak tanya pada aku?

Kalau rasa nak tahu Wanzenith ni macam mana,boleh pm dan tanya la apa-apa

Soalan yang cliche dan kerap ditanya,akan aku letak dalam slot baru WANZENITH GONNA TELL THE TALE

COMMENT & VOTE like usual

That's it

Ciao

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top