Chapter 43 : Dragon King and The Great Immortal


Seorang lelaki berambut hitam dengan anak mata biru,sedang berdiri di puncak gunung. Dia memegang tongkat sambil tersenyum,udara dihirup lalu dihelakan lega. Tapak kaki seseorang menapak,dia menoleh ke belakang dengan tersengih.

"Kau senyum macam tu apahal?" soal lelaki itu atau Ikhwan Syah Al'Solleh.

"Tak sangka kau datang.." kata lelaki berambut hitam,ataupun lebih tepat ialah Zane a.k.a Z.

"Aku dipanggil emperor god.." jelas Ikhwan.

"Ouh yeah? Apa yang dia nak?" soal Z.

"Hmm.. Sesuatu mengenai untuk pembangkitan askar kematian?" ujar Ikhwan dan Z membesarkan matanya.

"Tengok reaksi kau.. Nampaknya kau tahu mengenai benda tu?" soal Ikhwan tersenyum.

"Perkara itu mesti serius sehinggakan emperor mintak bantuan kau.." kata Z dan Ikhwan hanya mendiamkan diri kemudian memandang ke arah permandangan di hadapannya.

"Kau pula? Menyemak sini apahal?" soal Ikhwan.

"Hmm... Aku ada benda nak cari di sini..." jelas Z berfikir sejenak.

Aphys,Astia dan Ruka berpandangan. Mereka terkebil-kebil kemudian memandang ke arah lelaki eyepatch itu,Hazen Siegfried yang tersengih-sengih. Perutnya berkeruncung sekali lagi,Hazen hanya mampu tersenyum kelat. Ruka menghela nafas pendek,Astia dan Aphys memandang ke arahnya.

"Kita singgah di restoran ayah saya..." kata Ruka.

Seketika kemudian...

Hazen tergamam dan kagum melihat makanan yang dihidang,matanya bersinar-sinar dan memandang ke arah tiga orang gadis itu.

"Silakan makan..." ujar Ruka tersenyum.

Hazen tersenyum lebar dan menjamah makanan,dalam masa yang sama telefon Aphys berdering. Aphys kehairanan kenapa Sanzo menghubungi dia?

"Hello?" soal Aphys.

"Aphys? Kamu ada di mana?" suara Sanzo kedengaran di hujung talian.

"Kenapa ni?" soal Aphys dan Sanzo menghela nafas pendek.

"Boleh datang ke taman berdekatan dojo?" Sanzo menyoal kemudian Aphys mengangguk lalu matikan talian.

"Kenapa ni?" soal Astia.

"Abang Sanzo panggil saya.." ujar Aphys dan Astia tersengih.

"Jadi? Pergilah..! Mungkin ada hal penting..nanti saya menyusul.." duga Astia dan Aphys memandang ke arah Ruka,gadis berambut blonde hanya tersenyum lalu mengangguk bersetuju.

Aphys segera beredar dengan segera,dia kehairanan kenapa Sanzo memanggilnya. Tetapi dia harus berjumpa dengan Sanzo,entah kenapa dia teringat ibunya.

Akhirnya dia tiba di taman permainan berhampiran dojo,dia termengah-mengah dan menyedari Sanzo berdiri dengan muka yang sayu sambil tersenyum. Aphys kehairanan dan Pheara bersama Rhumiel,lalu seseorang berjalan keluar dari belakang Sanzo.

Aphys terkejut kerana Irish berdiri di hadapannya,dia tergamam bagaimana ibunya boleh berada di sini?

"Ibu?" soal Aphys membesarkan matanya.

"Ini ke Aphys? Adik kamu?" soal Irish dan Aphys kehairanan kenapa nada ibunya berbeza.

"Ya.. Inilah Aphys..." jelas Sanzo dan Irish menekup mulutnya lalu menangis,Aphys tidak faham apa yang berlaku.

"Aphys..." ujar Sanzo dan Aphys memandang ke arahnya.

"Untuk pengetahuan kamu.. Aku adalah abang kandung kau.." ujar Sanzo dan Aphys terkejut mendengar dari mulut Sanzo.

"Ibu kita dikenakan sihir yang membangkitkan personaliti lama sebelum bertemu ayah kita.. Dewi yang berhati dingin dan bencikan manusia.." jelas Sanzo dan Aphys tersentak.

"Sebab itu ibu kita mengabaikan kamu Aphys,kerana sihir itu.." kata Sanzo dan Aphys memandang ke arah Irish.

"Betul ke? Bukan muslihat untuk membunuh saya?" soal Aphys dan Sanzo ingin bersuara untuk menerangkan namun dihalang oleh Irish.

"Terima kasih Sanzo.. Ibu akan jelaskan sendiri.." jelas Irish.

Sanzo memandang Pheara dan dewi itu mengangguk,Rhumiel pula diusap kepalanya seperti haiwan peliharaan. Rhumiel seperti selesa dengan tindakan Pheara,Sanzo menghela nafas pendek. Irish berjalan menghampiri ke arah Aphys,dia tersenyum dan Aphys mengetap gigi.

"Aphys.." kata Irish.

"JANGAN DEKAT!! PERGI!!" jerit Aphys dan Irish terkejut,Aphys mencangkung dan menekup kepalanya lalu menangis.

"Ibu layan Aphys macam udara,tidak wujud dan abaikan saya.. Kenapa baru sekarang nak betulkan keadaan?!" Aphys menggigil ketakutan,Irish perlahan-lahan berjalan menghampiri Aphys.

Aphys terkejut apabila Irish memeluknya,dia menyedari Irish menangis. Aphys tidak faham dengan apa yang dia nampak,ini bukan ibu yang dia kenal.

"Ibu minta maaf.. Ibu tak mampu buat apa-apa.. Ibu hanya mampu melihat kamu menderita.. Sihir yang Igdes begitu kuat..." jelas Irish.

"Ibu cuba banyak kali untuk lepaskan diri dari sihir itu,tetapi kuasa Igdes begitu kuat.. Kuasa ibu tidak berkesan.." jelas Irish mendakap erat anak gadisnya,dia tidak akan lepaskannya.

Aphys yang mulanya tergamam mula menunjukkan reaksi,tetapi Irish meleraikan pelukannya dan Aphys kehairanan. Irish mengalirkan air mata,mulutnya dirapatkan dan memandang tepat ke mata Aphys.

"Tetapi kalau kamu bencikan ibu... Ibu tidak akan muncul di hadapan kamu lagi.." kata-kata Irish bagai sembilu menghiris hati Aphys.

"JANGAN LARIKAN DIRI!!" Jerit Aphys dan Irish tersentak.

"Saya kesunyian terlalu lama.. Saya cuma mahukan perhatian daripada seorang ibu.. Ibu tahu tak betapa lama Aphys ingin kasih seorang ibu?!" Aphys meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Maafkan ibu..." ujar Irish menahan sebak.

"Jangan minta maaf!! Aphys cuma mahukan ibu sahaja..." jelas Aphys kemudian air matanya berderai,dewi kecil itu menangis dan Irish segera memeluknya.

"Maafkan ibu.. Ibu janji tidak akan tinggalkan kamu.." ujar Irish memeluk Aphys dengan.

Sanzo dan Pheara hanya tersenyum,Rhumiel juga merasa terharu menahan sebak.

"Auww.. So sweet..." Aena muncul sambil diiringi Ashliel.

Sanzo segera bergerak pantas di hadapan ibu dan adiknya,dia merenung tepat ke arah Aena. Pheara dan Rhumiel hanya mendiamkan diri,Aena jelas menahan marah.

"Rhumiel.. Kau... Berani kau.." kata Aena mengetap gigi.

"Kau nak dia?" soal Sanzo sambil menghunuskan pedang.

"Kau kena lepasi aku..." sambung Sanzo dengan renungan tajam.

"Manusia hina.. Kau fikir kau siapa?!" soal Aena dan kemarahannya memuncak.

"Dewa menganggap diri mereka sempurna sangat..." satu suara menegur,mereka semua menoleh ke satu arah.

Sanzo tergamam dan Pheara juga merasai aura yang amat kuat,kot jaket labuh sehingga bawah pinggang serba putih. Rambutnya hitam yang kemas,panjang paras telinga berjalan ke arah mereka.

"Kau siapa pula?" soal Aena dan Ashliel hanya mendiamkan diri.

"Siapa aku? Aku dipanggil Emperor Dragon di dunia.. Tapi di Mithgar,aku dipanggil Dragon King..." jelas lelaki tersebut atau lebih tepat.

Ikhwan Syah Al'Solleh berdiri tenang sambil tersenyum,Aena tersentak kerana dia pernah melihat lelaki ini bersama Emperor God.

"Aku pernah nampak kau dengan Emperor God.." ujar Aena.

"Aku datang lagi dengan permintaannya..." kata Ikhwan pula.

"Why Emperor request mere human like you?" soal Aena.

"If I were you,I'll never said like that..." Sanzo mencelah.

"Shut up human!!" satu letusan kuasa berlaku,Aena dan Ashliel terkejut lalu menoleh.

"Mere human you say?" soal Ikhwan dengan aura yang amat besar.

"This is why I say god is arrogant,Sanzo...." ujar Ikhwan tersenyum.

"DON'T GET FULL YOURSELF MERE HUMAN!!" Aena menjerit dan ribuan askar dewa turun dari langit.

"This many?!" soal Pheara dan Irish memeluk Aphys dengan erat.

"We're done!! We're finish!! Waaa...!!" Rhumiel menjerit ketakutan.

"You think this amount can stop me?" soal Ikhwan.

"Yeah totally agreed with you.." Hazen muncul di sebelah Ikhwan dengan tiba-tiba.

Astia muncul mendarat di sebelah Pheara,dia menyedari Aphys dalam pelukan seorang wanita yang dia tidak kenal.

Ikhwan hanya menjeling sahaja dan memandang ke arah Goddes serta Angel,Hazen terus mengaktifkan kuasa dia sambil tersenyum.

"What the heck you think you doing?" soal Ikhwan.

"Let me join..." ujar Hazen.

"Just don't get in my way..." kata Ikhwan.

"Of course.." ujar Hazen menarik pedangnya.

"Kau nak melawan kuasa dewa?! Kau tak takut apa yang akan berlaku lepas ni?!" Aena menyoal.

"Emperor God berikan keizinan.." ujar Ikhwan.

"Your Highness?" Aena tidak percaya apa yang dia dengar.

"Mari lakukan Dragon King.." kata Hazen tersengih.

"Diamlah eyepatch.. Buat je bahagian kau.." Ikhwan berkata selamba.

"Nama aku Hazen!" ujar Hazen tidak puas hati. "

Kisah apa aku?" balas Ikhwan.

Ikhwan menghasilkan aura putih keperakan,Hazen dengan auranya menyelubungi bilah pedangnya. Sanzo segera menarik ibu dan adiknya,ke arah Pheara serta Rhumiel.

ZRASSHH!!

ZWOOSHH!!

BRAAMM!!!

Sekelip mata sahaja seluruh askar seruan dewa,lenyap dek gabungan serangan Ikhwan dan Hazen. Aena dan Ashliel tergamam,menggigil melihat kuasa milik dua orang itu.

"Oi!" ujar Ikhwan dan mereka berdua tersentak.

"Nak teruskan ke?" soal Hazen tersenyum teruja,Ikhwan pula sekadar menyalakan api birunya.
















=========================

Dua entiti terkuat dari dunia dan alam semesta yang berbeza,akhirnya bertemu.

Ikhwan dan Hazen?

Apa salahnya?

Please comment and vote for more updates

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top