Chapter 39 : Who Is He?


Ikhwan keluar dari portal dan meletakkan jasad itu di atas meja,sambil memandang ke arah seseorang yang berada di sebelahnya.

Emperor God,Ikhwan berbalas pandangan dengan dia.

"Terima kasih sahabat.. Aku terhutang budi dengan kau.." kata Emperor God.

"Aku lakukan sebab ada benda yang aku nak dari orang ini.." ujar Ikhwan.

"Tetapi tanpa kau,dia tidak dapat ditangkap..." jelas Emperor God.

"Jangan nak letakkan kredit pada aku.. Kau boleh tangkap dia dengan mudah.." jelas Ikhwan.

"Malangnya aku tak boleh tinggalkan tempat ini dengan terlalu lama..." jelas Emperor God.

"Apa yang kau nak buat dengan dia ni?.." soal Ikhwan menghela nafas pendek.

"Tiada apa. Aku cuma nak soal siasat dia.." jelas Emperor God.

"Dalam bentuk apa?" soal Ikhwan menjeling ke arahnya dan Emperor God hanya tersenyum ketawa kecil.

Ikhwan menghela nafas pendek sekali lagi,kemudian menggelengkan kepalanya dan sekadar tersenyum kelat.

"Buat apa yang kau nak Emperor God.. Bukan urusan aku.." ujar Ikhwan dan beredar.

"Terima kasih Emperor Dragon.." ujar Emperor God dan Ikhwan hanya melambai dari belakang lalu hilang daripada pandangan.

"Nampaknya ada orang mencuri dengar perbualan.." ujar Emperor God memandang ke tempat lain,Igdes muncul dari tempat yang gelap.

"Pelawat dari dunia lain? Kenapa aku tidak dipelawa untuk berjumpa...?" soal Igdes.

"Cukup dengan semua ini Igdes,atau aku yang akan hapuskan kau..." kata Emperor God dan Igdes memberikan senyuman sinis.

"Kau? Nak hapuskan aku? Mampu ke kau? Silap,adakah kau tergamak nak lakukan?" soal Igdes dan Emperor God berubah reaksi mukanya.

"Senyuman kau akan hilang Igdes... Akan ada individu lain yang tamatkan kau..." kata Emperor God.

"Yeah... Aku menunggu. Hahaha.." Igdes berundur dan terus hilang dari pandangan.

Apa yang Maharaja Dewa buat di situ?

Malah apa hubungan Emperor God,dengan Ikhwan?

Serta apakah yang berlaku di antara Emperor God dan Igdes.

Rea membuka matanya dan Tez sedang tidur dalam keadaan duduk di sebelahnya,Astia dan Aphys pula tidur bersama Elene. Lagi mengejutkan Lucas juga berada di situ,lena dengan bahunya menjadi bantal untuk kepala Sophie.

"Apa yang berlaku?" soal Rea.

"Kau kena racun,takkan tak ingat?" soal Sanzo yang duduk bersila di sebelah kanannya,Rea agak terkejut apabila Sanzo ada di sebelahnya.

"Apa yang kau buat di sini?" soal Rea.

"Apa yang aku buat? Sini rumah aku.." ujar Sanzo.

"Tapi ini bilik aku!" Rea berkata lagi.

"Memang la bilik kau,tapi kau kena racun semalam faham?!" kata Sanzo merenungnya dengan tajam,Rea terdiam dengan renungan Sanzo.

"Mereka semua berjaga untuk kau.." jelas Sanzo dan Rea memerhatikan adiknya,Elene dan ibu serta ayahnya.

"Tapi kenapa? Bukankah Elene tidak sukakan saya? Bukankah saya adalah demon? Kenapa dia ingin turut serta menjaga saya juga?" soal Rea dan Sanzo menghela nafas pendek.

"Siapa kata? Elene tidak membenci kau walaupun kau adalah demon,tidak sesekali dia membenci kau..." Tez menegur dengan tiba-tiba.

"Thaz? Bukan kamu sedang tidur?" soal Rea.

"Suara kau kuat sangat,aku terbangun la..." kata Tez menguap dan meregangkan lehernya.

Sanzo hanya bangun dan beredar,dia menggeliat dan menguap. Satu malam dia berada di dalam bilik tersebut,tidur dengan duduk sambil Pheara menjadikan riban sebagai bantal.

Tetapi apabila dia bangun,Pheara sudah tiada dan ketika Sanzo melepasi pintu dapur. Dia ternampak Pheara seperti sedang menyediakan sesuatu,Sanzo sekadar tersenyum dan pintu dapur diketuk. Pheara agak terkejut dengan kehadiran dia,tetapi dewi itu tersenyum.

"Saya baru sahaja selesai buat onigiri.." ujar Pheara dan Sanzo duduk di kerusi.

"Ye? Boleh saya cuba?" kata Sanzo dan Pheara menggaru pipinya.

"Jangan nak membebel kalau tak sedap okay?" ujar Pheara.

"Mana mungkin saya nak membebel,buatan tangan orang yang saya sayang.." balas Sanzo tersengih nakal.

"Nakalnya awak..."

"Nakal saya hanya pada awak Pheara.."

Sanzo menarik Pheara duduk di atas ribanya,Pheara muka merah padma. Namun dia cuba mengawal perasaan,Sanzo memeluknya dengan erat.

"Sanzo..! Nanti kalau mereka tiba-tiba masuk bagaimana?" soal Pheara menahan segan tetapi Sanzo hanya memeluknya dengan erat.

"Pheara.. Saya janji tiada perkara yang buruk bakal berlaku pada awak..." ujar Sanzo dan Pheara terdiam.

"Saya biarkan Kuroha mati.. Saya..." Sanzo berkata dengan nada yang sebak,Pheara memusingkan tubuhnya dan masih di atas riba Sanzo.

"Sanzo.. Saya tidak akan mati dengan mudah.." ujar Pheara menyentuh kedua-dua pipi Sanzo.

"Sebab saya dilindungi oleh awak..." tambah Pheara lagi.

"Pheara... Saya.." ujar Sanzo.

"Maafkan aku..." Bisha tiba-tiba muncul di hujung meja pada sudut lain,buatkan Pheara segera melompat dari riba Sanzo.

"Apa yang kau buat di sini Bishamonten?" soal Sanzo bengang dan Pheara nafasnya turun naik mukanya merona merah.

"Maaf lah aku tunggu terlalu lama..." ujar Bisha.

"Maksud kau? Sejak bila kau ada di sini?" soal Sanzo.

"Dari kau mula peluk Pheara?" jawab Bisha dengan muka selamba,Sanzo menutup rapat mulut dan menekup muka.

"Boleh tahan romantik juga kau ya..." kata Bisha tersenyum mengusik.

"Jika kau nak teruskan usikan kau boleh keluar dari sini.." balas Sanzo dan Bisha tersenyum kelat.

"Cuba bertenang,aku minta maaf okay?" ujar Bisha menggaru belakang kepala dan Sanzo hanya merenungnya.

"Haih..kau ni,aku cuma nak sampaikan salam daripada Raja Naga..." kata Bisha mengeluh dan meja tiba-tiba bergegar.

Bisha terkejut dengan keadaan meja bergerak,lari dari kedudukan asal dan Sanzo jelas menunjukkan muka terkejut tidak percaya apa yang dia dengar. Pheara kehairanan dengan reaksi Sanzo,lalu Sanzo berdiri dan berjalan ke arah Bisha.

"Kau jumpa Ikhwan Syah?!" soal Sanzo mencengkam kedua-dua bahu Bisha.

"Ya... Aku tak tahu nama dia,dia tidak beritahu nama dia.." ujar Bisha.

"Kau jumpa dia di mana?! Apa lagi dia kata?!" soal Sanzo dan Bisha menahan sakit pada cengkaman bahunya.

"Sanzo!!" ujar Pheara dan Sanzo tersentak,melihat Bisha sedang tahan sakit.

"Maafkan aku..!" ujar Sanzo dan melepaskan cengkaman dia.

"Tak.. Tak apa..." kata Bisha dan mukanya merah padma.

Sanzo hanya menunjukkan reaksi kecewa,Pheara pula kehairanan kenapa Sanzo tiba-tiba berkelakuan seperti itu.

"Sanzo.. Beritahu saya.. Siapa orang yang bernama 'Ikhwan Syah' ini?" soal Pheara dan Sanzo tersentak,dia kembali ke dunianya semula dan Sanzo menghela nafas pendek.

"Maaf.. Saya takutkan kamu.." ujar Sanzo kerisauan,Pheara dan Bisha hanya berpandangan.

"Tak apa.. Cuma beritahu kami.. Siapa dia?" soal Pheara.

Sanzo menghela nafas pendek,dia memejamkan matanya dan ingatan lama dia mula menjengah.

"Pheara.. Awak pernah tanya bukan mengenai Kishiryu?" soal Sanzo dan Pheara mengangguk sahaja.

"Ikhwan Syah inilah yang bertanggungjawab dan sebab utama saya dapat gelaran itu.." jelas Sanzo dan Pheara serta Bisha terkejut.

Sanzo memandang ke luar tingkap,ingatan 790 tahun yang lalu ketika dia masih lagi di usia normal bagi manusia. Selepas kematian bapanya,dia merantau dan bertemu dengan Ikhwan Syah.

"Hey.. Do you want me to train you?"





















=======================

Apa hubungan Sanzo dengan Ikhwan Syah?

Nampaknya watak Ikhwan kena masuk balik,tapi hanya di memori Sanzo

Stay with me guys

Ciao!

Don't forget comments and votes!







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top