Chapter 36 : Elene & Tez

Hilna dibantu oleh Frirja,Elene pula sekadar tersenyum kelat. Pheara pula hanya mendiamkan diri,dia merenung Sanzo dengan penuh pertanyaan. Ebisu telah larikan diri,Takemikazuchi pula tidak mahu memberi penjelasan. Bisha juga sama mendiamkan diri,Sanzo menyedari renungan Pheara.

"Pheara? Ada yang tidak kena?" soal Sanzo.

Pheara memandang lelaki itu agak lama,adakah patut dia tanya sekarang?

Mukanya ditekup dan menghela nafas pendek,Sanzo kehairanan dengan reaksi Pheara.

"Tidak apalah.. Bukan sekarang.." ujar Pheara dan Sanzo mengerutkan dahi.

"Betul?" soal Sanzo.

Takemikazuchi dan Bishamonten berbalas pandangan,kemudian Takemikazuchi memetik jari dan keadaan bertukar ke tempat asal semula. Hilna hanya mendiamkan diri,Elene pula memerhatikan Takemikazuchi.

Elene berpendapat kuasa dewa petir ini,bukan sembarangan kerana mampu mengubah lokasi sesuka hati seperti tadi.

"Mana Ebisu?" soal Sanzo.

"Balik.." ujar Bisha.

"Eh? Kejapnya?" Sanzo kehairanan dan Bisha tersenyum kelat melihat reaksi bengang Pheara.

Bisha memberikan isyarat pada Sanzo,merujuk pada Pheara dan Sanzo hanya memandang ke arah dewi tersebut. Pheara jelas sedang seperti merajuk?

"Pheara?" soal Sanzo.

"Apa?" Pheara menjeling ke arah Sanzo.

"Ada yang tidak kena?" soal Sanzo.

"Tiada.." ujar Pheara menahan geram.

Sanzo berjalan mendekati Pheara dan memeluknya,Bisha dan Takemikazuchi berpandangan. Elene dan Hilna serta Frirja memandang,mereka semua terkejut kerana Sanzo tanpa memberikan isyarat mengucup bibir Pheara.

"Apa yang awak buat? Orang ramai nampak la.." ujar Pheara mukanya merona merah dan masih dalam pelukan Sanzo.

"Awak pula kenapa? Merajuk tanpa sebab.." kata Sanzo dengan lembut dan Pheara terdiam tidak berani memandang ke muka lelaki yang memeluknya.

"Beritahu saya Pheara..." ujar Sanzo dengan lembut,Pheara yang mulanya diam membuka mulut.

"Ebisu.." kata Pheara.

"Ya kenapa dengan dia? Nak saya belasah dia ke?" soal Sanzo dengan muka tidak beremosi.

"Oi.. Oi.. Oi.." serentak Bisha dan Takemikazuchi berkata.

"Bukan itu.." balas Pheara dan Sanzo memandangnya.

"Kalau bukan,apa dia?" soal Sanzo.

"Ebisu gelar awak Kishiryu (dragon knight).." jelas Pheara.

Sanzo membesarkan mata sebaik mendengar kata-kata Pheara,pelukan dia terlerai dan Pheara terkebil-kebil memerhatikan Sanzo yang tiba-tiba senyap.

"Saya akan belasah Ebisu kejap lagi.. Pheara,kita kena berbincang.." ujar Sanzo dan Pheara didukung dalam keadaan bridal-style.

Sekelip mata Sanzo terus hilang dari pandangan,Takemikazuchi dan Bisha hanya berpandangan sahaja. Elene hanya tersenyum menggelengkan kepala,dia menoleh ke arah dua Valkryie itu dan terkejut. Reaksi Hilna jelas tidak menerima apa yang berlaku,manakala Frirja cuba menenangkannya.

"Berani dia cium dewi kita? Walaupun mereka bercinta.. SAYA TIDAK AKAN TERIMA SEMUA INI!!" Hilna membentak dan Elene serta Frirja tersenyum.

"Siapa kau? Ibu dia?"

Hilna langsung tidak pedulikan apa yang dikatakan oleh mereka berdua,Elene menyedari Tez berada berhampiran dan mereka berbalas pandangan.

"Tez..?" soal Elene.

"Hey hehe.." sapa Tez tersengih menelan air liur.

Mereka berbalas pandangan agak lama,Frirja pula ketika itu menenangkan Hilna. Mereka tidak menyedari keadaan itu manakala Elene,seperti sedar sesuatu tidak kena pada Tez.

"Minta diri dulu!" Tez terus berlari pergi.

"Hey! Nanti!!" Elene mengejar Tez.

"Kenapa awak kejar saya?!" soal Tez menyedari Elene mengejar dia.

"Kenapa awak pula lari?!" soal Elene pula.

Tez tidak menjawab dan terus melajukan langkahnya,Elene menyedari Tez semakin laju dan dia tidak mahu mengalah.

"Saya tidak akan bagi awak terlepas!!"

Tez berlari laju melompat dari bangunan ke bangunan lain,dia memandang sekeliling dan sedar Elene mengejarnya dengan terbang.

"Itu tak aci!! Sekejap,aku pun boleh terbang.. Hehe.." Tez berkata tersengih dan mengibaskan sayap devil.

"Jangan lari Brollmuthaz!!"

"Jangan kejar!"

Adegan kejar-mengejar itu disaksikan oleh Sanzo dan Pheara,mereka berada di atas puncak menara ketika ini. Sanzo baru sahaja lepas memberikan penjelasan pada Pheara,mereka berdua berbalas pandangan.

"Apa yang mereka buat?" soal Sanzo.

"Saya rasa baik kita biarkan.." ujar Pheara dan meletakkan kepala pada bahu Sanzo.

"Ya.. Biar mereka uruskan hal mereka sendiri.." kata Sanzo setuju.

"TEZ!!" Elene mengejar Tez terbang tinggi ke langit.

"Degilnya perempuan ni!!" ujar Tez sendirian.

Elene mula hilang sabar dan menumpukan kuasanya,cahaya yang amat terhasil dan menerangi seluruh kawasan. Tez meraung dan sayapnya menghakis,dia terus terjatuh ke bawah semua.

Mujurlah dia jatuh di kawasan pergunungan,penuh dengan pokok-pokok yang tebal daunnya. Tetapi sedikit luka dan Tez terbaring,Elene mendarat di hadapannya.

"Kenapa awak lari dari saya..?" soal Elene dan Tez berbalas pandangan.

"Bila masa? Aku cuma nak ambil angin je,tak nak ganggu kau.." kata Tez berdalih.

"Jangan bohong! Kalau awak benar nak ambil angin,kenapa mesti lari daripada saya?!" soal Elene.

"Kenapa kau nak sibuk?! Bukan sepatutnya kau lega aku tak perlu ganggu kau lagi?!" ujar Tez dan bangun dari jatuhnya,Elene terdiam mendengar kata-kata daripada Tez.

"Tak.. Saya cuma..." Elene hilang kata-kata,dia juga tertanya-tanya kenapa dia mula nak kisah jika Tez tidak mengganggunya.

Perasaan apa ni?

"Kau bencikan aku bukan? Jadi tak perlu kau susah-payah..nak ambil tahu.." ujar Tez.

Elene mula menangis dan Tez terkejut,Elene mengesat air matanya kerana kata-kata Tez. Dia tidak mahu membenci lelaki di hadapannya,biarpun Tez adalah demon tetapi Elene tidak mahu membencinya kerana perkara seperti itu.

"Kenapa Tez?" soal Elene dan Tez sedar Elene sedang mula berlawan perasaan dalam dirinya.

"Saya bencikan awak,tetapi diri saya akan menangis kalau saya katakan seperti itu.." jelas Elene dan mula melutut,dia menangis teresak-esak.

Tez duduk melutut merangkul Elene,si dewi terkejut dengan tindakan si syaitan. Elene cuba menolak namun Tez kekal memeluknya,Elene terus cuba menolak tetapi bagaikan sesuatu menghalangnya.

"Elene.. I love you..." ujar Tez dan Elene.

"No!! I hate you.. I hate it.." kata Elene dan Tez mengetap gigi.

"Then say it to me! Say that you hate me! You wanna kill me..!!" kata Tez pula dan Elene tersentak.

Elene tidak tahu kenapa tetapi dia menangis,dia tidak sanggup berkata seperti itu. Tez pula tidak sanggup melihat Elene terus seperti itu,pelukannya dia lepaskan dan Tez ingin pergi namun Elene memeluknya. Tez dan Elene berpandangan,muka mereka begitu dekat.

Sedikit demi sedikit bibir mereka mula bertaut,kemudian dilepaskan semula tetapi mereka kembali berkucupan.

Tez dan Elene meleraikan bibir mereka,Elene mukanya merah padma.

"Say it.. You hate me..." ujar Tez mengusap pipi Elene.

"Tez.. You are so cruel.. You know I can't really hate you..." kata Elene.

"Then?" soal Tez dan Elene ketawa kecil.

"Brollmuthaz,I'm in love with you.." Elene berkata dengan senyuman manis,Tez yang mulanya tersengih jadi terkejut kerana Rea dari belakang ingin menikam Elene.

"Elene!!" jerit Tez dan Elene kehairanan.

Seseorang muncul dan menepis serangan pedang Rea,lelaki berambut hitam serta menahan dan api marak di tangannya. Rea terkejut dan lelaki misteri itu melibaskan apinya,memaksa Rea ke belakang.

Tez terkejut dengan kehadiran lelaki misteri itu,rambut hitam beralun dan Rea mengetap gigi kemudian hilang sekelip mata. Tez tidak faham maksud tindakan kakaknya,Elene masih dalam pelukannya membantu dewi itu bangun. Tez menoleh ke arah lelaki itu,pemuda itu menoleh ke arahnya.

"Terima kasih kerana membantu kami..." ujar Tez.

"Sama-sama.. Ianya kebetulan,saya melalui kawasan ini.." ujar pemuda itu.

"Saya Brollmuthaz.." Tez memberi pengenalan diri.

"Ikhwan.. Ikhwan Syah Al'Solleh.."































=====================

Ikhwan dari siri KAISER muncul?

Jangan terkejut,Ikhwan ada kuasa seperti Z yang mampu merentasi dunia lain

Jadi ia tidak mustahil

So tunggu untuk sambungan terbaru

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top