Chapter 33 : Hilna & Frirja
Pheara tergamam dan Sanzo serta Takemikazuchi masing-masing dengan muka yang serius,dakwaan Igdes adalah dari kalangan puak syaitan?
Mana mungkin ia boleh berlaku?
Tetapi Sanzo mendakwa senjata yang digunakan oleh Igdes,iaitu pisau belati yang mencederakan Pheara hanya boleh dihunus oleh puak syaitan.
Siapa sebenarnya Igdes?
Kenapa dia berada di Kayangan?
Apa tujuan dia?
Pheara memegang kepalanya dan pandangan dia kabur,Sanzo terkejut dan sempat menangkap elak Pheara terjatuh di lantai. Takemikazuchi hanya menghela nafas pendek,dia tahu perkara seperti ini mengejutkan Pheara biarpun dia seorang dewi.
"Dia okay ke?" soal Takemikazuchi cemas.
"Dia okay.. Mungkin sebab terkejut.." jelas Sanzo risau.
"Aku akan cari cara bagaimana untuk pulihkan kuasa dia.. Kau lindungi dia.." kata Takemikazuchi dan Sanzo mengangguk.
"Terima kasih.." ujar Sanzo dan Takemikazuchi sekadar tersenyum lalu terus hilang bersama rejaman kilat.
"Menunjuk.." kata Sanzo menggelengkan kepala dan memandang ke arah Pheara dalam pelukannya.
"Eh kenapa dengan Pheara?!" soal Elene sebaik muncul dan risau melihat keadaan Pheara seperti itu.
"Saya okay.. Cuma nak bermanja dengan Sanzo.." ujar Pheara dengan tiba-tiba dan muka Elene menjadi jelik merenung Sanzo.
"Apa? Kami bercinta kan?" Sanzo berkata selamba dan Pheara hanya tersenyum.
"Urghh..saya tak patut tanya.." kata Elene dan terus beredar diperhatikan Sanzo kemudian lelaki itu memandang ke arah Pheara.
"Awak okay?" soal Sanzo risau.
"Maaf risaukan awak.." ujar Pheara dan Sanzo mengusap kepalanya.
"Berita itu mengejutkan awak?" soal Sanzo dan Pheara mendiamkan diri.
"Tak mungkin dia syaitan.. Saya langsung tak kesan daya kuasa yang negatif daripada dia.." Pheara memberikan penjelasan.
"Mungkin dia pakar dalam hal menyembunyikan kuasa sebenar dia?" Sanzo menduga dan dia juga pernah bertemu dengan orang yang mampu melakukan seperti itu.
"Saya bingung Sanzo.. Kenapa sebabkan cinta orang boleh berubah? Dewa pun boleh terjerat dan menjadi sebegitu sekali?" soal Pheara.
"Mengenai hal awak,saya tak rasa kena tolak cinta sahaja Igdes ingin membunuh awak.." Sanzo berkata sambil memandang ke luar.
"Apa maksud awak Sanzo?"
Sebelum Sanzo sempat menghabiskan ayat,sesuatu mendarat di halaman rumah. Hilna dan Frirja muncul tanpa memberikan isyarat,Pheara terkejut dan bangun dari riba Sanzo.
"Keadaan di bumi berlainan dengan di Kayangan,saya hampir nak terjatuh.." ujar Hilna.
"Awak patut kena mahir serasikan keadaan.." kata Frirja tersenyum sahaja.
"Frirja? Hilna?" mereka berdua terkejut apabila seseorang menegur mereka,apabila dipandang mereka tersenyum.
Pheara berdiri di hadapan mereka,sambil tersenyum ke arah dua Valkryie itu.
"Kita dah jumpa dia.." ujar Hilna tersenyum.
"Ya.. Tapi.." kata Frirja dan memandang ke arah Sanzo.
Sanzo hanya membalas dengan renungan tajam,Pheara segera menghalang Frirja dari terus memandang ke arah Sanzo.
"Apa yang kamu buat di tempat seperti ini Pheara? Kenapa kamu menghilang?" soal Hilna dan Pheara tersenyum kelat sahaja.
"Beritahu sahajalah.." Sanzo mencelah dan Pheara menoleh ke arahnya.
"Sanzo.." ujar Pheara.
"Mereka adalah orang yang kamu percaya bukan?" soal Sanzo menyilangan tangan pada bawah dada.
"Pheara?" soal Hilna.
"Hilna.. Frirja.. Masuklah.. Saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.." ujar Pheara tersenyum.
Hilna dan Frirja mengangguk sahaja,Sanzo hanya menjadi pemerhati dari tepi. Elene terkejut dengan kehadiran dua orang rakannya itu,Hilna dan Frirja agak dibawa ke ruang tamu.
"Valkryie?" soal Sophie dan Sanzo mengangguk,ketika itu Pheara memulakan penjelasan sambil dibantu oleh Elene.
Hilna dan Frirja mendengar dengan teliti,tetapi Sanzo sedar Valkryie dipanggil Frirja memerhatikan dia.
"Tez mana?" soal Sanzo.
"Rasanya dia keluar bersiar-siar.." jawab Sophie dan Sanzo mengangguk sahaja.
Sanzo merasakan memang patut Tez keluar,ini kerana dia tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku. Mungkin Elene tiada masalah,bagaimana dua Valkryie ini menyerang Tez dengan tiba-tiba?
"Awak risaukan Thaz?" soal Sophie tersenyum.
"Yeah.. Sedikit.." ujar Sanzo dan Sophie hanya sekadar ketawa kecil.
Tidak lama kedengaran bunyi suara Astia dan Aphys berlari,lalu mereka terjatuh bergolek di hadapan dua Valkryie itu.
"Puak Demon?" soal Hilna dan Astia menyedari sesuatu.
"Goddes Aphys? Apa yang dia buat di sini?" Frirja terkejut dengan kehadiran Aphys di hadapannya,Elene risau dan Pheara mengeluh.
"Puak Angel!!" Astia segera membuka langkah jaga-jaga.
"Stand down Astia.." ujar Sanzo dan Astia menurut lalu melutut diam.
"Aphys.. Bawa Astia pergi dari sini.." kata Sanzo.
"Baik.. Nii-sama.." ujar Aphys dan menarik Astia pergi.
Perbuatan Sanzo memberi arahan pada Astia,mengejutkan Hilna dan Frirja. Mereka berdua merenung tepat ke arah Sanzo,Pheara dan Elene mula risau.
"Awak siapa sebenarnya? Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana selamatkan ketua kami.. Tapi perbuatan awak mampu memberi arahan pada demon..membuatkan saya syak awak bukan manusia.." ujar Hilna mengeluarkan pedangnya.
"Aku cuma memberi arahan sebagai ketua di dojo ini..rumah aku.." ujar Sanzo selamba dan Pheara hanya tersenyum sahaja.
"Jaga mulut awak bila berbicara dengan kami.." kata Frirja merasakan Sanzo menunjukkan sikap biadab.
"Heh.. Perbuatan kau datang tanpa dijemput ke sini.. Adakah ia juga beradab?" bidas Sanzo.
"Berani awak..." kata Hilna dan Frirja mula marah,mereka berdua ingin membuka langkah.
"Hentikannya!.." Pheara mencelah dan dua Valkryie itu terdiam.
Sanzo hanya menghela nafas pendek,Sophie dan Elene serentak hela nafas lega. Hilna mendiamkan diri kemudian pedangnya dilenyapkan,Frirja juga sama dan mereka kembali duduk di hadapan Pheara.
Sanzo merenung Pheara dan dewi itu,serba-salah dan Sanzo terus berjalan pergi meninggalkan kawasan tamu itu. Sophie hanya menghela nafas panjang,kemudian segera beredar dari situ. Elene yang mendiamkan diri,menyedari Rea memerhatikan dia sebelum hilang dari pandangan mata kasarnya.
"With due respect Pheara.. You should leave this place.." Hilna memberikan cadangan.
"Sorry Hilna,I can't.." Pheara menggelengkan kepala.
"But why? You wanna live in place like this.. With mere human?" soal Hilna dan Frirja hanya mendiamkan diri.
"With due respect Hilna,take that words.. Back..." ujar Pheara dan Hilna terkejut dengan renungan tajam Pheara..
"Sanzo not some kind 'mere human' like you said.. He save me.. He is my saviour.." jelas Pheara dan Elene mendiamkan diri.
"Elene.. Can you please tell her.." pinta Frirja.
"Sorry Hilna,Frirja.. I can't leave this place yet.. I got something I had to do.." ujar Elene dan air muka Tez mula bermain,dia menghela nafas pendek.
"Igdes is not some kind a god. He is stronger..you need us.." kata Hilna dan Pheara tersenyum sahaja.
"What I want right now,is to stay by his side..." ujar Pheara.
"Who?" soal Frirja dan Hilna kehairanan.
"That human earlier.. Yamasato Sanzo.." jelas Elene.
"You're in love with human?" soal Hilna dan Pheara sekadar tersenyum sahaja.
"Human and God can't be together Pheara.." jelas Frirja lagi.
"Yes he can,he is immortal.." balas Tez dan dua Valkryie itu tergamam.
"Don't running your mouth tell about my immortality.." kata Sanzo mengusap kepala Elene.
"Hey Sanzo! Rambut saya teruk la!!!" ujar Elene apabila rambutnya diusap oleh Sanzo dengan kasar.
"Forgive me of my rudeness.." ujar Hilna mengangkat tangan dan Sanzo serta Pheara menoleh ke arah mereka berdua.
"How older are you?" soal Hilna dan Sanzo menghela nafas.
"About 890 years old?" jelas Sanzo dan dua Valkryie itu tergamam,mata mereka dibesarkan.
"EHH??!!!!" serentak mereka terkejut dan Tez yang memerhatikan perbualan tersebut hanya tersengih sahaja.
"Dua Valkryie huh?" soal Tez.
====================
Dua Valkryie telah menunjukkan diri mereka,Elene juga Valkryie dan mempunyai gelaran dewi.
Adakah mereka akan tinggal bersama?
Harapkan ehsan Sanzo agaknya
Ada yang nak tahu ke bagaimana gambaran watak mereka?
Sila komen dan vote
Ciao
😁😁😁😁😁
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top