Chapter 23 : You Can Call Me Mom
Aku berlari laju meredah pintu utama,nafas laju tidak aku endahkan. Perasaan cemas dan risau bermain di dalam fikiran,saat aku melangkah masuk ke dalam dojo. Muka Tez adalah orang pertama aku nampak,dia menyedari kehadiran aku.
"Yo Elene.. San-UWARGGH!!?" Tez aku rempuh sehingga dia berpusing lalu jatuh.
"Maaf!!" ujar aku lalu berlari meninggalkan dia.
Tez yang tergolek di atas lantai,dihampiri oleh Rea yang mencekak pinggang memandang ke bawah. Tez hanya menghela nafas pendek,Rea memandang ke arah Elene yang tergesa-gesa.
"Apa yang berlaku?" soal Rea.
"Mana la aku tahu,lagipun.." ujar Tez.
"Lagipun?" soal Rea kehairanan.
"Aku boleh nampak seluar dalam kau.." kata Tez dan Rea menghela nafas pendek.
"Hmm.. Hitam..." ujar Tez selamba.
"SAMPAI BILA KAU NAK BARING ADIK TAK GUNA!?" Rea menghayunkan sepakan.
"Eh? Sekejap! Sekejap?! URGHH!!!" Tez disepak umpama bola sehingga keluar dari dojo.
Tez melekat pada batu besar yang menjadi hiasan halaman dojo,Rea termengah-mengah kemudian berpaling lalu beredar. Tidak lama kemudian Astia muncul,mencucuk ranting kayu pada abangnya.
"Hello abang? Hidup lagi ke?" soal Astia dan Tez hanya menaikkan ibu jari.
"APHYS!!" aku menjerit sebaik tiba di satu bilik,Sanzo menghalang aku dari terus mara.
"Sanzo?" soal aku.
"Dia tengah dirawat.." jelas Pheara yang berada di sebelahnya.
Aku yang termengah-mengah memandang ke satu arah,Aphys dalam keadaan menahan sakit dirawat oleh Sophie. Seluruh tubuh Aphys bersinar,mukanya yang kesakitan mula kembali reda.
Apa yang aku dengar Aphys diserang ketika dia sedang melakukan tugasnya dan Sanzo adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan dia,Sanzo dan Pheara berjalan ke arah Aphys berada. Aku mengekorinya dari belakang,Sanzo duduk di arah bertentangan Sophie.
Aku agak terkejut dan rambut Aphys diusap lembut oleh Sanzo,Pheara sekadar memerhatikan sahaja dan aku pula hanya mampu mendiamkan diri.
Penumbuk aku hentam pada dinding,aku sepatutnya tunggu lama di situ. Kalau tidak sudah pasti perkara seperti ini,tidak akan berlaku dan Aphys tidak akan tercedera.
Igdes..
Adakah ini kerja kau?!
Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki,aku pandang ke arah bunyi tersebut. Seorang lelaki berambut hitam,dengan memegang buku tebal memandang aku. Pandangan dia kosong tanpa ada perasaan,siapa pula dia ni? Kenalan Sanzo?
"Dewi Elene bukan? Gembira bertemu dengan awak.. Saya Ebisu,rakan lama Sanzo.." ujar lelaki tersebut memberi pengenalan,aku terkejut kemudian menyedari sesuatu.
"Ebisu? God of Merchant?!" soal aku masih lagi terkejut.
"Walaupun berlainan dimensi,tapi nama saya dikenali di dimensi awak? Saya berbesar hati.." ujar Ebisu tersenyum.
Aku hanya mampu tersenyum kelat,Ebisu memandang aku dengan senyuman. Dia memegang bahu aku dan buatkan aku mendongak,Ebisu tersenyum bagaikan dia tidak mempunyai masalah.
Aphys mula sedar dan membuka matanya,Sophie yang sedang merawatnya tersenyum melihat keadaan itu. Sanzo menghela nafas lega,dia dan Pheara berbalas pandangan kemudian tersenyum.
"Saya dekat mana ni?" soal Aphys.
Aku berjalan bersebelahan Ebisu,dewa berlainan dimensi di sebelah aku ini adalah kawan lama Sanzo. Ini adalah kali pertama aku bertemu dengan dia,secara berhadapan dan kini kami kembali ke bilik di mana Aphys dirawat. Namun aku tersenyum lega,kerana Aphys sudah sedar dan rawatan Sophie berhasil.
"Dewi Pheara...?" soal Aphys dan Pheara hanya memegang tangan dewi tersebut.
"Hi,Aphys.. Lama tak bertemu bukan?" soal Pheara tersenyum.
"Aphys..." ujar aku dan duduk di sebelah Pheara.
"Dewi Elene.. Kamu pun ada di sini? Saya berada di mana?" soal Aphys agak bingung.
"Kamu berada di dalam negara dipanggil Jepun,berhampiran Okinawa...." kata Sanzo mencelah.
"Bagaimana saya... Ah..!" Aphys bingung dan aku menyentuh bahunya.
"Aphys.. Beritahu saya.. Apa yang berlaku?" soal aku dengan lembut.
"Saya... Selepas dewi Elene pergi,saya terkena serangan.. Lepas tu pandangan terus gelap..." penjelasan Aphys membuatkan semua terkejut,kecuali Sanzo dan dia menghela nafas.
"Aku boleh buat kesimpulan,orang yang menyerang Aphys.. Adalah orang yang sama nak bunuh awak Pheara.." jelas Sanzo dan Pheara mengusap kepala Aphys.
"Saya tidak kisah kalau mereka sasarkan saya.. Tapi sehingga mereka sanggup serang dewa yang lain..." ujar Pheara dan aku dapat rasakan perasaan marahnya.
"Ia tidak boleh dimaafkan!" tambah Pheara mengetap gigi,serta mengalirkan air mata.
Aku hanya mendiamkan diri dan Sanzo serta Ebisu berpandangan,lantas Sanzo bingkas bangun dan bersama Ebisu keluar dari bilik tersebut. Pada masa yang sama,kami tidak sedar bahaya yang bakal menimpa ke atas kami.
"Kau serang Aphys?" soal Irish.
"Ya.. Kau pun bukan suka anak kau.." balas Igdes dengan muka biasa,Irish menghela nafas pendek.
"Kau berjaya bunuh dia?" soal Aena.
"Rasanya la.. Kalau tak pun,dia tidak memberikan ancaman pada kita.." ujar Igdes dan Irish beredar.
"Nak pergi dah? Kau tak kisah anak kamu mati?" soal Igdes dan Aena meluat.
"Dia mati atau tidak,bukan masalah aku lagi.." kata Irish terus beredar tanpa memandang ke belakang.
"Dinginnya... Nampaknya dia memang tidak ingat langsung..." Igdes berkata kemudian ketawa kecil.
Irish berjalan sehingga berhenti di tepi tebing,dia memandang ke hadapan ke arah langit. Pada masa yang sama kepalanya berdenyut seperti ingin meletup,ingatan lama bermain iaitu seorang kanak-kanak lelaki menangis ketika dia pergi tinggalkan kanak-kanak tersebut malah seorang lelaki dewasa di sisinya terbaring kaku.
"Ibu!!" suara kanak-kanak itu dia tersentak,kemudian hilang dan termengah-mengah Irish dibuatnya.
"Apa tu? Siapa mereka?" soal Irish.
Aphys dipakaikan baju kimono oleh Sophie,aku membantu mengemaskan rambutnya. Kuning cerah keemasan warna rambut Aphys,sentiasa berkilau dan bersinar. Pheara sekadar memerhatikan kami,dia tersenyum dan akhirnya siap.
"Okay siap! Cantiknya..." ujar Sophie tersenyum dan Astia yang berada di situ turut bertepuk tangan.
"Ya Aphys! Awak cantik!!" puji Astia dan Aphys tersenyum.
"Terima kasih puan,Astia....." Aphys menundukkan kepalanya.
Aphys tersenyum dan Sophie mengusap kepalanya,Aphys tersentak kerana perbuatan Sophie bagaikan belaian seorang ibu. Air matanya mengalir tanpa Aphys sedari,aku dan Pheara berpandangan.
"Kenapa ni Aphys? Saya ada buat salah ke?" soal Sophie risau dan Aphys mengesat air matanya kemudian menggelengkan kepala.
"Tiada apa-apa.. Cuma belaian puan seperti seorang ibu.." jelas Aphys dan Sophie terdiam.
"Sejak lahir.. Ibu dia tidak pernah layan dia seperti anak kandung.. Aphys tinggal sendirian sejak kecil.. Kami antara yang jaganya..." aku mencelah dan Sophie tersentak,dia terus memeluk Aphys.
"P-ppuuannn?!" soal Aphys.
"Tidak apa sayang,kamu boleh panggil saya ibu kalau awak mahu..." pujuk Sophie lembut dan Aphys tersentak,kemudian membalas pelukannya dan dia menangis dalam diam.
Aku dan Pheara hanya memerhatikan sahaja,aku sedar Sanzo yang berada di luar tiada masalah jika membenarkan Aphys tinggal di sini sementara waktu.
===========================
Hellooo guys
Salam lebaran dan adakah kamu semua puas beraya
Untuk update bagi aku janjikan
Aku nak raya gak
Hahaha
Komen dan vote
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top