Chapter 2 : Goddes & The Festival

Pheara bangun dari lena dan memandang sekitar kawasan,dia teringat apa yang berlaku malam tadi. Pheara segera bangkit dari katil,dia tahu sini bukan Kayangan.

Pheara melangkah perlahan dengan berhati-hati,kesakitan akibat tikaman itu masih terasa. Dia berjalan sehingga melihat seseorang,duduk di kaki lima memandang ke luar.

Pheara masih teringat orang lelaki itu adalah individu yang menyelamatkan dia apabila diserang oleh askar berzirah,lelaki tersebut menyedari sesuatu dan menoleh ke arah Pheara. Mereka berdua berbalas tenungan,lelaki itu atau namanya Yamasato Sanzo memberikan senyuman pada Pheara.

"Selamat pagi... Awak tidur lena?" soal Sanzo.

"Terima kasih.." ujar Pheara.

"Bagaimana dengan kecederaan awak? Sudah kurang..?" soal Sanzo lagi.

"Rasanya..?" Pheara menjawab tersenyum,dia seakan bingung.

"Jangan fikir sangat.. Awak lapar?" soal Sanzo.

Pheara mengangguk sahaja kemudian Sanzo bangun,dia mempelawa Pheara mengekorinya ke dapur. Makanan sudah sedia terhidang,nasi dan ikan grill serta sup miso.

"Awak tahu gunakan?" soal Sanzo menghulurkan chopsticks pada Pheara.

Pheara tidak menjawab dan hanya menyambut huluran chopsticks,dia menjamah makanan yang dihidangkan. Sebaik menjamah segera Pheara menunjukkan reaksi gembira,matanya bersinar-sinar tersenyum girang.

"Sedap bukan? Ada lagi.. Jika kamu ingin tambah.." jelas Sanzo tersenyum.

"Terima kasih,satu lagi..!" ujar Pheara menghulurkan mangkuk nasi pada Sanzo.

"Baik..." Sanzo mencapai dan menambahkan nasi untuk Pheara.

Selesai bersarapan Sanzo berdiri tegak di tengah-tengah gelanggang dojo,Pheara hanya memerhatikan sahaja Sanzo yang sedang memejamkan matanya. Nafas helaan dilepaskan kemudian sebaik matanya dibuka,dia terus menghayunkan penumbuk dan berlatih seni pertahanan diri.

Pheara mulanya memerhatikan dengan minat,tetapi dia tersentak kerana melihat seseorang dalam diri Sanzo yang sedang berlatih. Tetapi Pheara tidak dapat mengingati siapa,Pheara hanya diam dan perhatikan gerak-geri Sanzo.

Sanzo melepaskan helaan sebaik menamatkan latihan,dia mengawal pernafasan dengan baik. Pheara sekadar tersenyum sahaja,Sanzo mengambil tuala yang disangkutkan berhampiran kawasan.

"Yamasato? Boleh saya tanya satu soalan?" soal Pheara dengan tiba-tiba.

"Panggil sahaja Sanzo.." kata Sanzo menoleh ke arah Pheara.

"Baiklah Sanzo,siapa yang mengajar awak seni pertahanan diri?" soal Pheara dan Sanzo hanya menggelengkan kepala.

"Awak tidak mahu beritahu?" Pheara ingin tahu.

"Bukan tidak mahu,tetapi tidak boleh jika aku ingin beritahu..." jelas Sanzo.

"Apa maksud awak?" soal Pheara lagi.

"Aku tidak ingat siapa yang ajar aku.." kata Sanzo tanpa perasaan.

Pheara terdiam dan Sanzo hanya beredar meninggalkan dewi itu sendirian,Pheara hanya memerhatikan sahaja Sanzo pergi.

Sanzo mengemaskan setiap bilik dalam dojo,Pheara hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Sanzo diperhatikan oleh Pheara tanpa dewi itu bersuara,selesai sahaja mengemaskan apa yang perlu. Sanzo mengambil masa untuk duduk berehat dan Pheara menghampirinya.

"Awak rajin betul mengemas.." ujar Pheara.

"Sebab untuk sediakan bilik untuk kau.." jelas Sanzo.

"Untuk saya?" soal Pheara.

"Ya.." jawab Sanzo pendek.

"Tapi awak dah beri saya bilik..." jelas Pheara.

"Bilik tu sempit.. Saya berikan sementara je.. Mulai hari ini,sini bilik awak..." jelas Sanzo dan Pheara hanya menghela nafas pendek.

"Terima kasih..." ujar Pheara tersenyum.

Malam menjelang dan Sanzo memberikan Pheara pakaian,Pheara diminta Sanzo supaya memakainya. Ia adalah kimono lengkap,mujurlah Pheara dapat belajar dengan secara lisan. Sanzo menunggu Pheara bersiap,tidak lama kedengaran suara Pheara.

"Bagaimana?" soal Pheara menyoal dan bagaikan gadis jepun asli,melihat Pheara mengenakan baju kimono.

"Baju siapa ni?" soal Pheara ingin tahu.

"Ia baju seseorang yang penting bagi aku suatu ketika dahulu..." jelas Sanzo tersenyum dan Pheara terdiam.

"Jika penting kenapa berikan pada saya?" soal Pheara pula.

"Orang tu dah tiada.. Dari kimono tu dimakan tikus.. Baik bagi kau je.. Sudah la mari kita pergi.." ujar Sanzo menamatkan perbualan.

"Kita nak ke mana?" soal Pheara.

Sanzo mengenakan baju tradisi negara Jepun,Pheara melihat ke sana dan ke sini bagaikan anak kecil yang baru dapat melihat dunia baru.

"Kebetulan kau ada,sini ada festival di tokong berhampiran..." ujar Sanzo memberi penerangan.

"Festival?" soal Pheara terkejut.

"Ya.. Festival sini tiada perubahan,walaupun sudah beratus tahun ia kekal sama...tidak kira dunia moden atau tidak.." jelas Sanzo tersengih.

"Nampaknya awak boleh bercakap banyak.." kata Pheara tersenyum.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Sanzo.

"Saya fikir awak seorang yang dingin.. Sebab dari gaya penampilan awak.." Pheara memberi jawapan.

"Heh.. Selalu kena macam tu.." kata Sanzo pula.

Pheara hanya tersenyum dan Sanzo sekadar tersengih,akhirnya mereka tiba di tokong di mana festival itu dimaksudkan berjalan.

Pheara kagum melihat kemeriahan festival tersebut,dia mengekori Sanzo sambil memandang ke kiri dan ke kanan memerhatikan gerai-gerai yang ada.

"Waa... Meriahnya,ini memang selalu ada festival seperti ini?" Pheara berkata dengan teruja.

"Ya.. Setiap setahun akan ada,tengok tempat.. Sekolah tinggi juga ada,selepas musim panas atau ketika musim panas.." jelas Sanzo.

Festival begitu meriah dan Pheara dipelawa oleh Sanzo,lelaki itu mengajar setiap perkara mengenai festival itu. Sanzo terbayang seseorang sebaik melihat senyuman Pheara menikmati kemeriahan festival,seorang gadis yang mati dalam pangkuannya suatu ketika dulu.

"Ah...kenapa ingatan itu hadir?" ujar Sanzo sendirian menekup mukanya.

"Sanzo? Awak tak apa-apa?" soal Pheara.

"Aku okay,terima kasih kerana tanya.." kata Sanzo tersenyum.

"Okay..." ujar Pheara.

"Aku okay,jangan risau.." jelas Sanzo lagi dan Pheara mengangguk.

Sanzo menghela nafas pendek,dia kembali menunjukkan setiap gerai yang ada pada Pheara. Gerai hadiah kepada gerai makanan,Pheara memandang Sanzo seketika.

"Apa?" soal Sanzo.

"Terima kasih.." jawab Pheara.

Sanzo hanya mengangguk sahaja,Pheara berlari ke arah gerai menembak hadiah. Sanzo mengekori Pheara dari belakang,dia menghela nafas pendek.

"Ia sudah hampir 100 tahun huh? Koharu?" soal Sanzo sendirian.

Sanzo berkata dengan muka bersalah,dia memerhatikan Pheara dengan renungan sayu.

"Mampukah aku?"





















============================

Siap sudah untuk chapter kedua

Ada apa-apa soalan setakat ini?

Aku nak tahu jika ada yang tidak faham

Hubungan romantic manusia dan dewa-dewi?

Kenapa tidak?

Aku cuba bawakan kelainan,iaitu manusia immortal.

Jadi wujudlah

GODDES & THE IMMORTAL

That's it

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top