Chapter 13 : Rescue Successfull
Sanzo berdiri tenang membalas tenungan mata setiap satu syaitan,si ketua syaitan mengetap gigi dan kemarahannya memuncak. Tez dan Pheara ingin membantu,tetapi Sanzo mengangkat tangan tanda dia boleh uruskan.
"SEMUA SERENTAK!! BUNUH DIA!!" Jerit si ketua syaitan.
Lima ekor syaitan mengepung Sanzo di semua arah,si ketua syaitan pula memetik jari. Rantai hitam keluar dari tanah ingin membelit Sanzo,namun sekelip mata rantai hitam dicincang potong.
"Apa?!" soal si ketua syaitan.
"Ada trick lain?" soal Sanzo pula.
"Don't get full yourself!!! Attack!!" kerah si ketua syaitan dan semua syaitan menyerang ke arahnya.
"Yamasato Secret Blade..."
Namun Sanzo dengan tenang menarik pedangnya,suasana sekeliling bagaikan menjadi perlahan bagi pandangan mata Sanzo. Hulu pedang digenggam dan renungan Sanzo,bertukar tajam dan sekelip mata.
ZRAASSH!!
ZTANGG!!!
ZWOSSH!!!
Ketua syaitan terkejut kerana hanya dalam tidak sampai seminit,empat pengikutnya dipancung dengan mudah oleh manusia di hadapannya.
"Dancing in the Dust.."
Semua syaitan rebah tidak lagi bernyawa,tinggal si ketua syaitan sahaja yang masih berdiri. Sanzo menghunuskan pedang ke arahnya,si ketua syaitan melihat renungan Sanzo dan merasakan Sanzo bukan manusia biasa.
"Siapa sebenarnya kau?" soal si syaitan.
"Seperti kau nampak,aku manusia.." ujar Sanzo.
"Manusia tidak sekuat ini!!" kata syaitan itu tidak percaya dan meluru laju ke arah Sanzo.
TANG!!!
"Siapa kau?!" soal si syaitan dan Sanzo menangkis setiap serangannya.
"Aku dah beritahu bukan? Aku manusia.." ujar Sanzo.
KRAANG!!
Sanzo menyeret ke belakang dek libasan si syaitan yang kuat,si syaitan mendesak Sanzo dengan hayunan senjatanya yang deras. Tetapi Sanzo hanya kekal tenang tanpa menunjukkan sebarang masalah.
KRAANG!!!
Pedang katana Sanzo kemas menahan tetakan senjata syaitan itu,pedangnya bergegar ditekan oleh si syaitan. Sanzo menghela nafas pendek,si syaitan menyedari sesuatu dan terkejut.
Sanzo seperti berkata tetapi tidak kedengaran dan syaitan itu terkejut,lantas Sanzo memancung leher si syaitan. Kepalanya bergolek di hadapan Sanzo,Tez dan Pheara keluar dari tempat mereka bersembunyi. Namun Pheara air mukanya seperti mendengar apa yang dikatakan oleh Sanzo,tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.
"Selesai ke?" soal Sanzo.
"Tak.. Kau kena runtuhkan gerigi tu..yang menghalang gua tu.." jelas Tez.
"Kenapa kau tak buat?" soal Sanzo dan Tez menghalakan tangannya ke arah gerigi.
Tetapi renjatan kilat mencederakan tangan Tez dengan tiba-tiba,Sanzo dan Pheara terkejut dengan apa yang berlaku.
"Gerigi besi tu hanya boleh dihancurkan oleh manusia sahaja.." jelas Tez dan tangannya kembali pulih.
Sanzo hanya menghela nafas sahaja,dia memerhatikan keadaan gerigi yang menghalang jalan masuk ke dalam gua itu. Agak lama dan Pheara mendekatinya,Sanzo menghalang Pheara terus mara dan pedang diangkat.
"Yamasato Secrets Art..."
Tez yang mulanya diam terkejut,seperti merasai aura yang kuat. Tez memandang ke arah Sanzo,tidak lama Sanzo menarik pedangnya lantas menghayunkan libasan. Suasana menjadi tegang dan Pheara terkebil-kebil,Tez menelan air liur dan Sanzo menyarung pedangnya perlahan-lahan.
Kchak!
Gerigi besi terus terbelah seribu,berkecai jatuh ke bumi sebaik Sanzo menyarung penuh pedangnya. Tez tersenyum kelat campur tergamam,Pheara hanya tersenyum sahaja melihat kebolehan Sanzo.
"Kau masuk dulu..." ujar Sanzo memandang ke arah Tez.
"Ha? Ohh... Okay.." Tez melangkah mendahului Sanzo,lalu menjejakkan kakinya ke dalam gua tersebut.
Atmosfera dalam gua itu amat berlainan,Sanzo jelas merasakan aura yang amat dingin. Tangan Pheara dia genggam erat,Pheara agak terkejut dan mukanya merona merah padma. Namun begitu dia kemudian tersenyum,Tez berjalan agak lebih ke hadapan.
Sehingga dia tiba di satu tempat,satu bilik misteri seperti bilik kebal. Tez menyentuh dinding bilik tersebut,dia tersenyum dan pada masa terasa sayu. Renjatan kilat berlaku sekali lagi,Tez rentung dek renjatan kilat tersebut dan Sanzo menghela nafas.
"Jadi bilik ni ada medan kuasa halangan.. Kenapa mereka nak pisahkan sangat ibu dan bapa Tez...?" soal Pheara dan Sanzo menarik pedangnya.
"Awak ke belakang sedikit Pheara.." ujar Sanzo.
"Sanzo?" soal Pheara kehairanan.
Sanzo memejamkan matanya dan pedangnya digenggam erat,auranya ditumpukan dan sebaik matanya dibuka. Libasan yang beratus kali dia hayunkan,Pheara hanya mampu terkejut. Sekelip mata dinding yang menutupi bilik itu,terus terbelah seribu dan menunjukkan seorang wanita sedang duduk dalam keadaan reaksi tergamam.
"Itu ke? Ibu Tez?" soal Pheara dan Sanzo yang baru menyarung semula pedangnya menghela nafas lega.
"Tak tahu.. Oi.. Bangun la.." ujar Sanzo menyepak Tez yang sedang terbaring.
Tez segera bangun dengan pandangan mata yang tidak berkerdip,wanita itu yang mulanya seperti terkebil-kebil terkejut melihat kehadiran Tez.
"Brollmuthaz?" soal wanita itu tidak percaya.
"Ibu..." ujar Tez tidak lama menangis seperti anak kecil,buruk mukanya dan Sanzo menghadiahkan tendangan sehingga terlekat ke dinding.
"Apa yang awak buat Sanzo-san!?" soal Pheara terkejut.
"Muka dia buruk cam beruk.. Aku tak boleh tahan...nak bagi sepakan.." jelas Sanzo poker face.
"Kau nak bunuh aku ke ha?!" soal Tez bangkit dalam keadaan mukanya kotor.
"Thaz..." sapa wanita itu menghampiri Tez dan membersihkan bajunya.
"Ibu...." ujar Tez dan mukanya diusap oleh wanita dipanggil ibu.
"Kamu dah besar... Berapa umur kamu?" soal ibu Tez.
"400 tahun... Maaf.." ujar Tez menahan sebak dan ibunya mengusap kepala Tez.
"Hey...maaf la kalau ganggu reunion yang menyentuh jiwa.. Tapi ada baiknya kita beredar..." Sanzo mencelah dan dua beranak itu menoleh ke arahnya.
"Betul kata dia..kita kena pergi dari sini.." jelas Tez.
"Tapi nanti mereka akan sasarkan kamu semua sekali..." ujar ibu Tez.
"Tak apa ibu.. Saya dan Sanzo boleh uruskan..." jelas Tez tersengih.
"Uruskan sorang-sorang,aku tak nak terlibat..." celah Sanzo dengan muka selamba.
"That's mean!!" Tez mencebik dan ibu Tez tersenyum,Pheara ketawa kecil.
"Boleh kau buka portal..setan dungu?" Sanzo berkata selamba.
"Fine..." balas Tez sambil membuka pintu portal,ibu Tez disentuh tangannya oleh Pheara.
"Awak..." ujar ibu Tez.
"Mari puan.. Kita pergi dulu..." Pheara menarik lembut tangan wanita itu melangkah masuk terlebih dahulu.
Sanzo dan Tez berpandangan kemudian tersengih antara satu sama lain,lalu mereka melangkah masuk ke dalam portal kemudian hilang sekelip mata.
==========================
Ini untuk hadiah buat pembaca yang menyokong cerita GODDES & THE IMMORTAL
Aku ada dua cerita nak handle,so tengok mood aku kalau nak update cerita ni berapa kali seminggu
Komen yang membina jangan setakat 'update lagi'
Macam takde sokongan
Itu je la aku nak beritahu
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top