Chapter 102 : Happiness & New Life


Perlawanan yang lama telah berakhir,namun meninggalkan kesan mendalam bagi umat manusia. Melihat tempat mereka menjadi medan peperangan dengan begitu sahaja,Sanzo yang dipapah oleh Pheara menyaksikan dari langit. Mereka turut ditemani yang lain,Kenji dan Lucas sekadar mendiamkan diri.

"Peperangan yang berlaku meninggalkan kesan yang teruk.." ujar Osiris.

"Benda seperti ini tidak boleh dielakkan..." satu suara mencelah.

Semua menoleh dan Osiris terkejut,Asheia kehairanan dengan reaksi Osiris. Sanzo melutut pada individu yang muncul itu,Kenji pun sama turut berbuat demikian.

"Yang Mulia Amaterasu..." ujar Sanzo dan Kenji serentak.

"God Emperor of this Realm.." ujar Osiris.

Lelaki yang digelar Amaterasu diiringi Takemikazuchi dan Ebisu,begitu Bishamonten yang menjeling ke arah Sanzo. Pheara sedar tindakan Bisha dan segera dewi perang itu,kerana menyedari Pheara perasan tindakan dia  segera mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Yamasato Kenji.. Yamasato Sanzo.. Kishiryu.. Bangunlah.." ujar Amaterasu tersenyum.

Amaterasu memandang ke bawah,melihat keadaan kerosakan yang dialami selepas peperangan yang berlaku.

"Ia mengambil masa yang lama untuk mereka bangkit.." jelas Amaterasu dan Sanzo merasa serba-salah.

"Tiada apa yang mampu kita lakukan?" soal Irene.

"Mustahil.. Jika dengan kuasa kita tidak dapat pulihkan dengan cepat.." Elene membalas sambil menggelengkan kepala.

"Betul ke?" soal Frirja pada Tez.

"Ya.." Tez menjawab pendek.

"Kata-kata daripada seorang yang mengalah.." Hilna berkata sinis.

"Hey Hilna!" Elene bengang dengan usikan Hilna pada Tez.

Irish yang memegang bahu Aphys,hanya berbalas tenungan dengan Sophie. Mereka tidak mahu masuk campur,Astia pula meletakkan kepalanya pada tubuh Sophie,dia sudah kepenatan kerana pertarungan tadi. Ruhiel dan Rea berdiri secara bersebelahan,dua orang gadis itu hanya mendiamkan diri.

Lucas menoleh Lohrryn meminta jawapan,Lohrryn menggelengkan kepala tanda tiada jawapan yang mampu membantu manusia di bawah.

"Apa kata serahkan pada aku?" soal satu suara dan semua menoleh.

Zanery Zane ataupun lebih dikenali sebagai Z,tersenyum berdiri memerhatikan keadaan bawah. Sanzo kehairanan dengan kehadiran Z,apa yang Z buat di sini dan Kenji ingin berkata-kata namun Z memintanya supaya diamkan diri sahaja.

"God of Creator...?" Osiris terkejut begitu juga Amaterasu.

Z tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Osiris,Z segera menghalakan tangan ke arah dunia di bawah. Cahaya terhasil dan Z halakan ke dunia tersebut,cahaya yang terang menerangi seluruh kawasan. Sanzo dan yang lain menutupi matanya,Osiris dan Amaterasu hanya membesarkan mata.

Seluruh kawasan yang rosak teruk pulih,bangunan-bangunan yang runtuh mula dibaiki begitu sahaja. Seluruh kawasan yang hancur,dipulihkan seperti tidak terjadi apa-apa. Osiris memandang ke arah Z yang sedang fokus melakukan restoration,kemudian petikan jari dilakukan oleh Z dan semua menjadi seperti sediakala.

"Alright my work here is done.." ujar Z dan semua menoleh ke arahnya.

"Good day guys.. No need to thank me... And adeu!" sebaik sahaja berkata begitu,Z terus lenyap di hadapan mereka.

Sanzo hanya mampu terdiam dan keadaan dunia,telah pulih sepenuhnya apabila mereka turun untuk melakukan pemeriksaan. Ternyata lelaki bernama Z tadi,tidak bermain-main dengan dia. Lengannya disentuh oleh Pheara,Sanzo menoleh ke arah Pheara dengan penuh tanda-tanya.

"Sanzo.." ujar Pheara memandang ke satu arah.

Noirax dan Draven duduk di satu bangku,air muka mereka bagaikan mati. Tiada sikitpun reaksi pada mereka,Sanzo agak terkejut.

"Bukankah mereka adalah orang Igdes?" soal Sanzo.

"Ya.. Mereka.." ujar Pheara dan memandang semula Sanzo.

"Apa kata kita jaga mereka?" soal Pheara dan Sanzo agak terkejut dengan cadangan Pheara.

Seminggu kemudian..

Sanzo menyediakan makanan tengahari,dia dibantu oleh Pheara dan Irish. Sanzo tersenyum melihat Irish dan Pheara berbual,sambil masak dan tidak lama Aphys bersama Astia muncul. Mereka menarik Noirax dan Draven yang serba-salah mengekorinya.

Sophie dan Rea pula menyusul bersama Tez,Elene pula muncul dari belakangnya. Hilna,Frirja dan Irene ada bersama. Kenji pula menyusul,Sanzo memeriksa lauk yang dia masak dan merasainya. Sanzo hanya tersenyum mengangguk,tanda sedia untuk dihidangkan.

Selepas selesai makan tengahari Sanzo sedang duduk,dalam keadaan melutut di atas kusyen lantai. Matanya dipejamkan menumpukan kuasanya,Noirax dan Draven menghampiri dia.

"Tuan?" Sanzo membuka mata sebaik ada orang menegurnya.

"Noirax? Draven? Ada yang tidak kena?" soal Sanzo.

Noirax dan Draven duduk secara sopan,kedua-dua gadis itu memandang Sanzo.

"Kami ingin tahu.. Kenapa tuan menerima cadangan dewi Pheara bawa kami tinggal di tempat tuan?" soal Noirax dan Draven mengangguk.

"Kenapa? Hmm.. Boleh saya tahu kenapa kamu tanya macam tu?" soal Sanzo.

"Kami dulu adalah musuh tuan semua.. Kenapa.." jelas Draven membuka mulutnya.

Sanzo mulanya hairan kemudian tersenyum,Noirax kehairanan kenapa orang di hadapannya ketawa?

"Noirax.. Draven.. Kami membawa kamu masuk ke dalam dojo.. Tiada sebab yang kukuh.." jelas Sanzo tersenyum.

"Mustahil.. Tuan Igdes kata jika kebaikan dilakukan ada makna tersirat semuanya.." jelas Noirax dan Sanzo agak terkejut.

"Noirax dan Draven siapa yang bagi nama tu?" soal Sanzo.

"Tuan Igdes.." jelas Noirax.

"Mulai hari ini.. Nama kamu bukan lagi Noirax dan Draven.." jelas Sanzo dan dua kembar itu kehairanan.

"Noirax.. Saya akan panggil kamu Natsumi.. Yamasato Natsumi.. Draven..juga saya berikan nama Fuyuko.. Yamasato Fuyuko.." jelas Sanzo mengusap kepala mereka berdua.

"Natsumi?" soal Noirax.

"Fuyuko?" Draven juga kehairanan.

"Natsu adalah musim panas.. Fuyu pula musim salji.. Ia kena pada personaliti kamu berdua.." jelas Sanzo.

"Personaliti?" soal dua kembar serentak.

"Ya.. Natsumi.. Kamu jenis mudah berkata-kata.. Fuyuko kamu pula agak sukar untuk meluahkan perasaan.." kata Sanzo.

"Tapi Yamasato tu?" soal Noirax ataupun Natsumi,Draven atau namanya sekarang adalah Fuyuko mendengar dengan lebih minat.

"Kamu sekarang adalah ahli keluarga kami.." Pheara muncul dan memeluk Natsumi serta Fuyuko dari belakang.

Seminggu peperangan tamat semuanya berjalan lancar,tiada apa masalah seolah-olah tiada pernah berlaku peperangan di kota besar dalam negara Jepun. Ebisu hanya menyaksikan keadaan kota,dari atas bangunan tinggi sambil ditemani Takemikazuchi.

"Kuasa lelaki bernama Z boleh tahan hebatnya.." puji si dewa kilat.

"Siapa sebenarnya lelaki itu.. Lord Amaterasu panggil dia God of Creator?" soal Ebisu.

"Aku tak ada komen.." jelas Takemikazuchi tersenyum.

"Optimisnya kau.." kata Ebisu menjeling Takemikazuchi.

"Dunia dah selamat.. Manusia semua buat aktiviti seperti biasa.. Apa masalahnya?" Takemikazuchi berkata sambil tersenyum.

Ebisu malas nak berkata apa-apa lagi,apa yang dikatakan oleh Takemikazuchi ada benarnya. Dunia kini sudah selamat dan berjaya dipulihkan atas bantuan lelaki bernama Z.

"Bisha mana?" soal Takemikazuchi.

"Dia? Kau faham-faham sahaja la.. Dia kan suka gerak sendirian.." kata Ebisu.

Sanzo menajamkan bilah pedangnya,Pheara hanya menjadi peneman di sisi sambil mengait kain.

"Awak tahu mengait?" soal Sanzo.

"Ya.. Cuma jarang sentuh.." jelas Pheara.

"Wow.. Saya kagum.." ujar Sanzo.

"Apa? Ingat saya seorang Valkryie.. Tidak tahu perkara seperti ni?" kata Pheara.

"Tak,saya tak fikir macam tu.." jelas Sanzo menyarung pedangnya.

Sanzo menghampiri Pheara dan bahunya,disentuh lembut dan Pheara sekadar memberikan senyuman.

"Apa rancangan awak? Saya tidak sangka yang awak akan mengambil keputusan seperti itu.." ujar Sanzo.

Pheara mengambil keputusan tarik diri dari menjadi Dewi Valkryie,semua agak terkejut dengan keputusan Pheara namun dia hanya bersama Sanzo untuk selamanya.

"Saya ingin sentiasa di sisi awak.." jelas Pheara dan Sanzo tersenyum meletakkan kepalanya pada kepala Pheara.

KLETANGG!!!

"WOOAAHH!! ELENE! BERTENANG LA! AKU TAK SENGAJA!" suara Tez kedengaran.

"Tak sengaja?? Awak main masuk masa saya tengah pakai baju!! Miang! Gatal!!" suara Elene pula kedengaran.

"Apa? Aku tak sengajalah! Jangan samakan aku dengan lelaki gatal lain! Sanzo!! Tolong aku!!"

Suara Elene dan Tez kedengaran,Sanzo dan Pheara berpandangan kemudian tersenyum sambil ketawa kecil.

"Semuanya dah jadi normal huh?" seloroh Pheara dan Sanzo mengucup pipinya kemudian memeluknya dari belakang.

"Awak tak nak bantu sepupu awak?" soal Pheara dan Sanzo hanya tersengih.

"Biarkan.. Kita juga perlukan privasi.." kata Sanzo dan Pheara hanya tersenyum.

Frirja dan Hilna telah kembali ke Kayangan,mereka ingin membantu untuk pulihkan Kayangan. Irene pula ingin mengenali manusia dengan lebih dekat,jadi dia kekal di bumi menemani Elene.

Aphys juga kekal di bumi,Astia dan Sophie turut tinggal di dojo. Lucas kekal di Realm of Demon,mengawal demon dan memberi hukuman jika bangsa dia ingin mengancam manusia.

Kenji dan Irish mereka kini mengambil untuk merantau,menebus masa yang mereka hilang kerana angkara Igdes dan Igdriren.

Sanzo duduk di kerusi di kawasan beranda,sambil memerhatikan keadaan awan yang cerah. Melihat burung - burung berterbangan secara berkumpulan,tidak lama lepas itu Tez muncul dan duduk di sebelahnya.

"Ha.. Kau dah berjaya lepasi diri dari kematian?" soal Sanzo.

"Susah gila nak pujuk.." Tez mengeluh.

"Esok nanti dah kahwin kau boleh tahu cara nak pujuk dia.. Hati perempuan ni kadang - kadang je macam rumit.. Dewi atau manusia.. Sama je.." ujar Sanzo.

"Cakap memang senang.." kata Tez mencebik dan Sanzo hanya menggelengkan kepala.

"Enjoy your life Tez.."ujar Sanzo menepuk belakang Tez.

"Oi.. Watch it,you smack too hard!!"

"Hahaha.. Chill brother.. Is not like you can die.."

Pheara dan Elene memerhatikan mereka dari jauh,mereka berbalas pandangan dan tersenyum.

"Finally the everything now is back to normal.." jelas Pheara.

"Yeah you right.." ujar Elene.




GODDESS & THE IMMORTAL END

=======================

FINALLY

This series has ended

Don't shed a tear

Aku masih mengarang beberapa novel lagi okay

Sequel?

It's depend on you

That's it

Terima kasih pada reader yang setia bersama aku sepanjang siri ini berjalan

I owe you guys a big time

That's it

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top