여자친구 | 07

pov | bang yedam

"Okay saem, saya dah faham." balas aku sambil mengambil buku matematik aku semula lalu berjalan ke arah tempat duduk aku.

"Beb, dia datang balik." tegur Hyunsuk yang tiba-tiba datang ke meja aku sambil memegang bahu aku.

"Ha?"

"Sara, she's comeback." sampuk Mashiho.

SERIUSLAH?

"Aku nampak dia tegur Doyoung depan pagar tadi. Dia pun nampak terkejut bila Sara tegur dia." kata Hyunsuk.

"Kau tak tanya khabar Sara ke? I mean, dia takde chat ke yang dia balik sini or what ever?" tanya Hyunsuk lagi.

Aku menggeleng. Seriuslah perempuan gedik tu datang sini balik? Bukan family dia semua dah pindah sana ke?

Aku ingatkan bertembung dengan dia semalam takdelah rasa dia masuk sekolah sini balik.

Takpe, aku tipu diorang kejap je. Huhu

"Aku pun tak faham apa jadi sebenarnya ni." kata aku sambil memikirkan apakah niat sebenar Sara pulang ke tanah air semula selepas meninggalkan mereka semua untuk 4 tahun lamanya.

"Agaknya dia nak ambil kau balik kot." duga Mashiho.

Aku menggeleng pantas.

"Tak kuasa aku. Penatlah jadi boyfriend dia dulu. Kalau dia macam Jiyeon aku boleh terima lagi." balas aku tapi nama Jiyeon aku sengaja sebut dengan perlahan supaya tidak dapat didengari oleh Mashiho dan Hyunsuk.

Aku tak percaya Hyunsuk sebab dia ni cepat terlepas cakap. Mashiho masih 50-50 since dia rapat dengan Junkyu, si budak yang cepat detect apa jadi so bahaya jugak kalau tersebut nama Jiyeon kuat.

Takut dia bagitahu Doyoung, tak fasal-fasal aku pulak yang macam sengaja mengapi-apikan Doyoung supaya berlawan dengan aku untuk menangkam hati Jiyeon.

Tak fasal-fasal nanti Jiyeon ingat dia jadi taruhan pulak. Perempuan ni cepat overthinking.

"Apa dia tadi kau cakap?" tanya Hyunsuk.

"Aku tak cakap apa-apa. Kau je ni salah dengar." balas aku. Aku terus memandang kearah Mashiho yang duduk dihadapan aku.

Dia memandang kearah aku seperti dia dapat tangkap nama yang aku sebut tadi. Oh my—

Mashiho mengangguk sambil sengih. Shit.

"Petang ni busy ke? Aku nak ajak budak-budak kita main mafia. Dah lama tak main." kata Hyunsuk.

Orang dah nak exam dia sempat lagi nak main mafia, ada nak kena cubit ni!

Aku baru sahaja ingin menjawab ajakan Hyunsuk, kami bertiga terdengar loceng sekolah yang menandakan waktu rehat telag tiba.

Satu persatu pelajar keluar dari kelas dan tinggallah kami bertiga yang masih diam, dan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sebab..

"Yedam, i'm back!" Sara berdiri tepat dihadapan papan hitam kelas aku, memandang kearah aku — atau lebih tepat lagi, matanya memandang terus ke anak mata aku.

"Shit, here we go again." Mashiho berdesis perlahan tapi masih boleh didengar oleh telinga aku.

"Kenapa datang sini balik?" tanya aku. Aku dan Sara kini berada di gelanggang bola keranjang kerana jurulatih aku ingin berjumpa dengan pemain bola keranjang sekolah.

"For you." dia hulurkan aku sebuah coklat yang dari bungkusan luar aku dugakan coklat tersebut mahal daripada coklat yang aku sering beli di kedai serbaneka.

"Thanks, but i don't need it. Answer me, why are you here?"

"Kita mula dari awal nak?" tanya Sara.

Eh dia ni aku tanya soalan, dia balas dengan soalan jugak.

"Sara Chang." panggil aku sambil memegang bola keranjang dengan tangan kiri aku.

Dia memandang aku dengan harapan aku menjawab ya.

"Tanak." balas aku sambil meninggalkannya dengan bergerak kearah pintu keluar gelanggang.

"Tapi, saya nak." dengan pantas dia berlari kearah aku lalu memeluk aku dari belakang.

"Eh eh, lepaskan saya. Sara, lepaskan saya." balas aku sambil menepis tangannya yang masih setia memeluk aku dari belakang.

"Lepaskan saya, saya nak ambil bola saya jatuh." tambah aku lagi.

Kalini, dia lepaskan.

Tanpa berlengah aku melarikan diri dari pandangannya dengan pantas.

Dasar —

Aku berlari dan terus berlari sehingga aku tidak nampak kelibat Sara dibelakang aku.

"Kau ni dah kenapa tercungap-cungap macam baru lepas kena kejar dengan hantu." tegur Mashiho yang setia menunggu aku dihadapan pagar sekolah.

"Sara. Dia.."

"Dia ajak get back." sambung aku setelah aku menarik nafas panjang.

"Gila betul penangan Bang Yedam." balas Mashiho sambil menggelengkan kepala, kedua-dua tangannya dilipat ke dada.

"Amende nya gila." balas aku. Merepek.

Aku masih dengan jersi bola keranjang kelab aku. Ni semua salah Sara la ni tak sempat aku nak pergi tukar dekat bilik persalinan.

Baju, beg, telefon pintar semua ada dalam loker jugak.

Aku dengan Mashiho masih bersantai di pondok bas sementara aku menunggu Sara betul-betul hilang. Tengah panas ni. Berpeluh huhu.

"Eh, tak balik lagi ke?" tegur satu suara.

Aku dah tengah panas dengan ingat apa yang Sara ungkapkan tadi. Tiba-tiba ada satu soalan pulak daripada seseorang.

"Tak, tengah on the way nak balik. Kenapa?" balas aku sambil tidak melihat empunya suara.

Mashiho masih melekat dengan skrin telefon pintarnya. Tak dengarlah tu.

"Dengan baju jersi macam ni je ke?" tanyanya lagi.

"Jangan gangg— Eh.. Jiyeon.. Sorry.." balas aku yang mulanya tadi dengan nada geram tapi sebaik sahaja aku memandang kearah empunya tersebut, aku terus terdiam.

Aku hampir termarah Jiyeon.

"Sorry ganggu. Saya pelik je kenapa masih tercegat dekat di sini sedangkan waktu sekolah dah habis lama dah." balasnya.

Aku baru sahaja hendak membalas jawapan Jiyeon, aku ternampak kelibat Sara yang baru keluar dari pintu pagar sekolah.

"Yeda—"

Ya, dia nampak aku. Aku memeluk Jiyeon dihadapannya.

"Sunbae?" panggil Jiyeon. Aku masih kaku. Aku rasa macam saraf aku tiba-tiba kejang.

"Lepaskan dia."

Suara Doyoung.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top