여자친구 | 03

pov | bang yedam

Selepas aku mengambil sarapan aku serta bekal tengah hari, aku terus berjalan keluar dari perkarangan rumah aku.

"Hati-hati, tuan muda." pesan pengawal keselamatan dipintu pagar. Aku membalas dengan senyuman sambil melambai kearahnya.

Aku jarang pergi sekolah dengan menaiki kereta. Selalunya aku berjalan kaki dari rumah, kira macam bersenam jugaklah.

Rumah aku pun tidak jauh dari sekolah.

"Selamat pagi Yedam." tegur seorang makcik kepada aku. Dia sedang menyiram pokok bunganya yang kini sedang berbunga mekar. Aku melambai tangan kanan aku sebagai peganti ucapan selamat pagi.

"Hyung!" jerit seseorang dari belakang. Aku memusingkan badan aku kearah belakang lalu dia terus berlari memeluk aku.

"Kenapa tiba-tiba peluk ni?" tanya aku kepadanya. Dia membalas dengan sebaris senyuman colgate kepada aku.

So Junghwan, salah seorang rakan aku paling muda yang pernah aku ada. Malangnya, kami berlainan sekolah dan jalan pulang ke sekolah.

Tapi, ni macam mana dia boleh kejar aku sampai ke sini?

"Saja je. Dah lama tak jumpa. Selalunya kitakan rajin main dekat taman." balasnya sambil membetulkan bajunya.

"Hyung, Junghwan kena gerak dulu. Teu-bye!" dia terus berlari kearah jalan yang bertentangan dengan aku.

Aku melambai-lambai kearahnya dan berharap dia boleh menjadi seorang yang berjaya dan..

Kacak? Hehe.

"Sunbae, kenapa senyum sorang-sorang ni?" tegur seseorang disebelah aku.

"Eh, selamat pagi Jiyeon." balas aku sambil menunduk 15°.

Dia senyum.

"Sunbae, tak payahlah formal sangat dengan saya. Kitakan kawan. Betul tak?" katanya. Jantung aku berhenti buat seketika apabila Jiyeon mengatakan kami berdua kawan.

Kawan?

Aku kena friendzone ke ni?

"Er.. Haah. Kita kawan. Hehe. Nak pergi mana ni?" tanya aku.

"Kitakan satu sekolah. Oh, topi ni. Ada seseorang yang pernah bagi dekat saya. Jadi, mengelakkan perkara semalam berlaku, saya pakai topi ni semasa nak pergi sekolah je." balasnya.

Tanpa sedar, kami berdua berjalan sama-sama menuju ke sekolah.

Yang Jiyeon, seorang perempuan yang pernah duduk dalam hati aku buat seketika. Walaupun sesaat pertemuan kami dahulu, wajahnya tidak pernah luput dalam ingatan aku.

Senyumannya...

Gelak tawanya...

Aku rindu.

"Sunbae, kita dah sampai depan sekolah ni. Tanak masuk ke?" soalan dia memecahkan lamunan aku sepanjang aku dengan dia berjalan ke sekolah.

"Eh.. Hehe jomlah."

pov | kim doyoung

"Okay, awak semua boleh pergi rehat memandangkan loceng rehat sudah berbunyi."

Ayat yang paling suka aku dengar. Setelah Puan Kim keluar dari kelas 2-1, ada sesetengah pelajar telah keluar mengambil makanan di kafe.

Manakala, aku dan Jihoon duduk didalam kelas memandangkan kami berdua membawa bekal dari rumah.

Bukan aku dengan Jihoon je, ada Jiyeon dengan Chaerin sekali.

"Kau tanak maaf fasal semalam ke?" satu soalan keluar dari mulut Jihoon kepada aku. Aku terus memberhentikan suapan kedua aku lalu memandang kearahnya.

"Dia nak maafkan aku ke?" tanya aku. Jihoon mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Aku dan Jihoon menyambung aktiviti mengisi perut kami dengan tenang. Tiba-tiba, ada seseorang masuk ke dalam kelas kami, jadi sesi suapan terakhir aku terbantut dek kerana melihat gerak gerinya.

Dia bergerak ke arah meja Jiyeon.

"Nah.. Minumlah." aku memandang kearah Yedam yang sedang menghulurkan susu pisang kearah Jiyeon.

Aku mengharapkan Jiyeon tidak menerimanya tetapi sebaliknya berlaku.

"Terima kasih, sunbae." balas Jiyeon sambil tersenyum.

"Kau ada pesainglah weh. Wuu." kata Jihoon sambil memegang lengan kiri aku.

Aku menggegam penyepit makanan aku dengan kuat tanda geram.

Oh, ini maksud kau semalam? Kita berdua lawan, siapa yang akan dapat Jiyeon.

Wait and see, Bang Yedam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top