여자친구 | 02

pov | you

"Tadi awak sembang apa dengan sunbae kita? Dia macam ceria betul." Chaerin memulakan perbualan kecil ketika kami berdua melangkah keluar pagar sekolah.

"Oh, dia kata ada rumour fasal saya. Saya macam rumour apa pulak ni tapi saya tak faham apa yang dia nak sampaikan." balas aku.

"Dari semalam lagi. Diorang kata budak baru masuk tu cantik. Awaklah orangnya." katanya.

Aku menggegam tangan Chaerin. Sakit dikepala aku menyerang secara tiba-tiba. Aku menahan sakit sejak waktu terakhir tadi tetapi aku biarkannya tanpa ubat.

"Jiyeon, awak okay tak ni?" tanya Chaerin. Aku menggegam tangan Chaerin dengan erat. Kalini aku rasa nak menangis - menahan sakit dikepala aku.

"Chaerin, seluk poket saya. Ambil pil dan botol air saya dekat dalam beg." arah aku.

Chaerin masih terpinga-pinga tetapi dia terus mengambil apa yang aku suruh.

Mungkin cuaca harini sedikit panas membuatkan sakit aku datang kembali. Aku lupa untuk memakai topi ketika keluar tadi kerana memandangkan sekolah baru ini melarang pelajarnya memakai topi di dalam kawasan sekolah, aku terpaksa aku.

Selepas aku menelan pil yang diberi oleh Chaerin, dia membawa aku ketepi untuk meredakan kesakitan aku sebentar.

"Awak sakit ke?" tanya Chaerin. Aku hanya tersenyum dengan soalan Chaerin. Aku mahu menjawab tetapi pandangan aku gelap serta merta.

「 hospital 」

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Orang pertama yang aku lihat adalah Chaerin dan beberapa pelajar lelaki.

Aku dekat mana?

"Jiyeon, saya risau. Nasib baik awak okay." kata Chaerin lalu memeluk aku dengan erat.

"Chaerin, apa yang diorang buat dekat sini?" tanya aku.

Aku memandang satu persatu wajah dihadapan aku. Aku mengenali Yedam dan Doyoung tetapi lagi dua ni siapa?

"Yedam nampak kita berdua tadi terus dia tolong tu. Lepastu, tiba-tiba je Doyoung nampak saya dengan Yedam papah awak, dia terus buat panggilan kecemasan." balas Chaerin.

Aku masih kosong.

"Yang lagi dua ni junior sekolah kita, Haruto dan Jeongwoo. Diorang pun ada jugak kat tempat kejadian. Tanpa diorang, rasanya patah pinggang saya dengan Yedam papah awak sorang-sorang."

Aku melihat kearah mereka berdua yang dari tadi sengih-sengih seperti kerang busuk.

"Hai nuna cantik!" tegur Jeongwoo. Aku ketawa kecil tatkala mendengar apa yang Jeongwoo memanggil aku.

"Ish, dia crush aku okay. kau sibuklah eee." aku terdengar apa yang Haruto bisikkan kepada Jeongwoo.

"Nuna, Haruto cakap dia suka dekat nuna. Dia kata dia follow Instagram nuna dari dulu lagi sebelum nuna masuk sekolah kitorang." kata Jeongwoo.

Dengan pantas, tangan Haruto mencubit lengan Jeongwoo.

"Aigoo, Jiyeon tak sihatkan. Cuba diam sikit. Bawak bertenang. Ini hospital." Yedam bersuara untuk meleraikan pergaduhan kecil yang terjadi antara Jeongwoo dan Haruto.

"Er.. Kenapa bawak sampai hospital? Klinik biasakan boleh." kata aku.

Doyoung memandang tajam kearah aku.

"Tanak mintak maaf ke?" tanyanya. Eh, dia ni. Aku tak tau apa salah aku tiba-tiba sahaja suruh aku meminta maaf kepadanya.

"Saya buat salah apa eh?"

Doyoung memasamkan mukanya tanda kecewa.

"Kau lupa ke? Akulah, Kim Doyoung. Lelaki yang pernah janji untuk jadi soulmate kau. Kau lupa ke?"

Soulmate?

"Janji jangan lupa cari aku balik nanti. Kalau tak, tanak kawan."

Suara itu..

"Harap maaf, saya harap anda berempat pulang dahulu ye kerana kami mahu merawat Cik Yang." tegur doktor yang datang pada tepat waktunya. Aku melihat Chaerin menjelir lidah kepada mereka berempat.

Aduh sempat lagi dia ni.

"Doktor Choi, boleh saya tau Jiyeon sakit apa?" tanya Yedam. Doktor Choi memandang kearah aku sambil memegang dua fail aku yang berisi dengan laporan rawatan susulan aku.

"Dia mengalami amnesia selepas dia tersedar dari komanya."

Doyoung memandang aku. Aku mempamerkan riak wajah bersahaja, tetapi ternampak sesuatu dimatanya.

Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir lalu meninggalkan kami semua di dalam wad.

pov | kim doyoung

Kalaulah aku dengar apa yang ahjumma mahu katakan tadi, aku tak usik Jiyeon berlebihan.

Aku ingatkan dia hanya berpura-pura tidak mengenali aku.

Rupanya, dia sakit. Dasar bodoh, Kim Doyoung.

"Doyoung, kau okay tak ni?" tegur aku seseorang dibelakang. Aku yang duduk menghadap padang yang luas menghijau di belakang hospital memandang kearah empunya suara.

"Kau nak apa lagi? Nak tegur aku jangan tinggalkan perbualan orang tua secara tiba-tiba pulak ke?" perli aku.

Dia melabuhkan punggungnya disebelah aku sambil memandang kearah padang yang hijau itu.

"Takdelah, kau dengan Jiyeon macam rapat. Aku curiga jugak sampai bengkak mata kau sekarang ni." tegurnya.

Air mata aku yang tadinya mengalir dengan deras akhirnya berhenti.

"Takde apa-apalah. Kau baliklah." balas aku sambil mengusap pipi aku yang masih bersisa dengan air mata aku tadi.

"Aku pun pernah jadi sebahagian hidup Jiyeon dulu tapi sekejap je."

Kau biar betul?

"Tapi masa tu dia baru masuk sekolah lama aku, dan masa tu jugak aku kena pindah ke sini. Jadi, sempatlah jumpa dia kejap. Tapi tak sangka dia pindah masuk sekolah kita." katanya.

"Aku ingatkan dia daftar sekolah biasa tapi bila aku terdengar perbualan antara Puan Ong dengan Puan Kim, aku baru tau yang ayah Jiyeon dinaikkan pangkat. Sebab tu dia dapat masuk sini." tambahnya lagi. Aku mendengar apa yang dikatakan oleh Yedam dari tadi.

"Jadi, secara official-nya Jiyeon setara dengan kita berdua. So, don't ask her about her father's asset." kata Yedam sambil memandang kearah aku.

Aku tersengih sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal.

"Aku saja je tanya pasal aset tu sebab siapa-siapa yang masuk kelas aku, tulah soalan wajib aku." balas aku. Aku masih tidak mahu kalah dengan Yedam. Suka hati akulah, soalan aku.

"Tapi, tak baik buat macam tu. Kau buat classmate kau fikir Jiyeon tu orang biasa-biasa tapi takkanlah kau tak perasan dengan rumah dia tadi? Besar." balas Yedam.

Aku baru perasan akan rumah Jiyeon tadi. Besar, dua tingkat.

"Nak pikat Jiyeon boleh tapi kau bantu pulihkan ingatan dia. Nak?" tanya Yedam.

Aku memandang kearah Yedam.

"Deal."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top